Oleh Sam Hj.Othman
RAHMAN DAHLAN |
Teruja...Begitulah kata sebilangan anggota UMNO dan sebahagian besar rakyat daerah Cowboy of The East itu bila mana desas desus mengatakan mantan Ahli Parlimen Kota Belud Dato Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan sudah kembali.
"Syukur jika betul Dato Rahman kembali bersama-sama rakyat di Kota Belud ini...Kami memang sangat bertuah," kata Saidin Maruf,34,yang katanya tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik setakat ini.
Ibarat 'Sirih Pulang Ke Gagang',Rahman atau lebih dikenali sebagai MR.DARD mengorak langkah awal apabila disahkan perlantikannya sebagai Bapa Angkat UMNO Bahagian Kota Belud bulan lepas.
Dard juga turut di lantik bagi memantau UMNO Bahagian Kudat dan Kota Marudu yang mana merupakan jiran terdekat Kota Belud selain menjadi Ketua UMNO Bahagian Tuaran,juga sebuah kejiranan paling dekat.
Menurut tinjauan Sabah_OnlineNews baru-baru ini,Dard begitu kerap berada di kawasan ini dan kelihatan juga di beberapa majlis awam antaranya di Tamu Besar Kota Belud 2019,majlis perkahwinan dan kelihatan juga meninjau beberapa buah projek besar di Kota Belud yang dahulunya telah diluluskan oleh kerajaan BN...Saat itu,Dard menjawat jawatan Menteri Ekonomi yang memudah-carakan kemasukan pembangunan demi kemajuan Kota Belud yang mampu di lihat hingga ke hari ini.
Dard turut kelihatan di tapak projek Perumahan Rakyat yang khabarnya kini hampir 90 peratus siap selain meninjau kawasan pesisir sungai Tempasuk,Gunding dan Kadamaian yang sering dilewati air di paras tebingnya sehingga mengakibatkan banjir kerap berlaku apabila tiba musim tengkujuh.
Sewaktu kerajaan terdahulu memegang tampuk,Dard merupakan salah seorang pejuang tegar dalam isu mencegah banjir di daerah ini dan berusaha mendapatkan banyak peruntukan bagi mengorek dan memperdalamkan sungai serta tebing yang terlibat namun setelah kerajaan bertukar takhta,projek harapan rakyat Kota Belud itu dihentikan sehinggalah ke saat ini.
Selain turut menyantuni rakan,sahabat dan rakyat di Kota Belud baru-baru ini di pelbagai acara,Dard juga khabarnya ada menyentuh soal Politeknik Kota Belud yang merupakan suatu kemegahan daerah itu di dalam sektor pendidikan.
Projek Perumahan Rakyat Kota Belud |
Politeknik Kota Belud,sebuah mercutanda pendidikan yang begitu dinanti-nantikan pembikinannya kerana kewujudan institusi itu kelak bakal mengundang banyak kebaikan dalam populasi dan sosio ekonomi setempat.
Apa yang jelas,kerajaan hari ini ternyata mengekang setiap apa yang pernah diusahakan oleh kerajaan terdahulu seolah-olah semua 'impian rakyat' ini cuma layak dimasukkan dalam 'tabung impian' sahaja semata-mata dek kerana dendam atau sebagainya.
Kerajaan Negeri hari ini sepatutnya bersyukur dengan pelan yang sedia ada dan cuma perlu meneruskannya sahaja...Bukan mengekang atau 'mengawet' perkara tersebut semata-mata kerana takut dilabelkan sebagai 'Sapi Punya Susu - Lembu Dapat Nama'...
Istilah ini memang lucu jika dipengaruhi dengan sentimen negatif tetapi jika Kerajaan Negeri khususnya para YB-YB berfikir demi kepentingan rakyat serta kelangsungan pengaruhnya dalam politik Kota Belud,soal meneruskan pelan kerajaan terdahulu itu sebenarnya bakal mengundang 'rasa sayang' dan pujian kepada YB-YB yang meneruskannya (tetapi sikap mengawet pelan-pelan berkenaan lebih pada mengundang kekesalan rakyat).
Salleh Said Keruak |
DARD pada kronologinya,telah banyak membawa kemajuan dan pembangunan di daerah ini sewaktu beliau bergelar Ahli Parlimen dan Menteri...PRU14 menyaksikan kejutan dahsyat apabila kerusi P169 itu di ambil oleh DSP Dr.Mohd.Salleh Tun Said (ketika itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia) manakala Dard 'dipindahkan' ke Parlimen Sepanggar.
Percaturan berani mati ini akhirnya berdepan Checkmated bila kedua-duanya tumpas dan kehilangan kerusi ibarat 'Yang Dikejar tak dapat,yang di kendung berciciran'...Warisan merampas kedua-dua kerusi berkenaan sekaligus meletakkan semua pelan perancangan untuk Kota Belud menemui jalan buntu dan kusam sehinggalah ke hari ini.
Masalah banjir bukanlah sesuatu yang baharu di Kota Belud...Malah,sebelum kerajaan bertukar,isu banjir hampir dua tiga kali setahun dibicarakan di daerah ini sehingga netizen meletakkan YB-YB ketika itu (Datuk Musbah,Datuk Salleh & Dard) adalah penyebab kepada kejadian banjir tersebut.
Foto Ehsan PMR KB |
Kerap sakan bila sahaja banjir berlaku,YB-YB inilah yang dipersalahkan di media sosial...
Sedang musibah alam itu datangnya daripada Allah Yang Esa dan Maha Besar.
Yang peliknya pula,bila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan,tidak pula YB-YB baharu ini dipersalahkan bila bencana melanda...Tidak pula disebut-sebut sebagai penyebab....
Jelapang Padi Kota Belud di Tempasuk (foto IADAKB) |
Apa yang dilihat setakat hasil tinjauan ini di tulis,para YB Kota Belud lebih gemar membuat kajian demi kajian tentang cara mana mengatasi banjir berlaku....Kajian-kajian itu sudah lebih setahun berlaku tetapi masih belum ada tindakan menyeluruh..(Pelan tersebut sebenarnya pelan kajian atasi banjir yang pernah digariskan oleh kerajaan terdahulu tetapi kerajaan hari ini mungkin 'malu' untuk meneruskannya)....Mahu di ubah,tetap berbalik kepada titik asalnya,mahu di tokok tambah,tetap juga berbalik pada dasar permulaannya.
Wal hasil balik asal.
Musbah Hj.Jamli |
Dasar Pertanian Global (Jelapang Padi Kota Belud) pernah disusunatur strateginya oleh Datuk Musbah sewaktu beliau masih di dalam kerajaan terdahulu....Tidak juga beliau di cemuh kerana meneruskan pelan pertanian Kota Belud itu apabila berada di dalam kerajaan hari ini....Malah,Ahli Yang Berhormat Tempasuk itu tetap menerima pujian kerana terus berani memperjuangkan sektor pertanian ini sehingga jaya dan separuh lagi masih dalam peringkat perlaksanaan.
Datuk Seri Salleh Keruak turut sama memperjuangkan Jalur Lebar 4.5 di Kota Belud sewaktu berada dalam kerajaan terdahulu..Suatu perjuangan yang akan di kenang biarpun beliau sudah meninggalkan UMNO-BN secara rasminya dan kini bakal menyertai PKR pula (parti kerajaan PH)....Persoalan yang tertinggal ialah,perjuangannya itu diibaratkan sebagai Perjuangan Yang Belum Selesai.
Barangkali Salleh boleh meneruskannya apabila sudah rasmi berada dalam kerajaan kelak dan Kota Belud kembali memegang status JL4.5 pertama di Malaysia,InshaAllah.
Soalnya,selepas Salleh dan JL4.5 nya,ada tak YB-YB Kota Belud mengungkit perkara ini untuk diajukan ke peringkat nasional bagi kelangsungannya ????
Negeri itu umpama sebuah busut tanah.....
Rakyat itu umpama jutaan sang semut merah.....
Bila semut mula membina busut - Bentuknya dan kondisinya terpulang pada sang semut dan tidak boleh dicorakkan oleh sesiapapun...Mereka itu ibarat sang Algojo yang mampu menghukum....
SELAMAT KEMBALI,DARD.
SELAMAT BERJUANG DMJ & DSSK.
No comments:
Post a Comment