kenyataan media secara terbuka
Hj.Mustapha Hj.Sakmud 02.11.2019
ASSALAMUALAIKUM WRT DAN SALAM SEJAHTERA
Berikutan Sedutan Ucapan saya semasa Konvensyen Keadilan
baru-baru ini tentang Evolusi Politik Perubahan dengan mengambil contoh kes Kg.
Suang Punggur, Kota Belud.
Saya dengan ini MEMOHON MAAF kepada WARGA KG. SUANG PUNGGUR
khasnya dan WARGA KOTA BELUD amnya kerana menyentuh isu politik wang yang
berlaku semasa saya bertanding di DUN Usukan pada masa itu.
Niat murni saya hanyalah untuk memberi gambaran kepada
peserta konvensyen tentang bagaimana evolusi politik perubahan yang berlaku di
Kota Belud berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri.
Saya fikir perubahan sudah banyak berlaku dan pada PRU15
pengundi Di Usukan sudah semakin menerima Politik Perubahan ini dengan
peningkatan undi yang mendadak berbanding semasa saya dan calon-calon sebelum itu.
Kesimpulan yang saya mahu ialah agar peserta Konvensyen dan
rakyat Sabah khususnya dapat menilai pemimpin bukan kerana hartanya semata-mata
tetapi perlu menilai kewibawaannya memimpin. Kita mahu supaya ramai pimpinan
generasi muda Sabah diketengahkan untuk bersama politik perubahan ini. Mohon
dengar keseluruhan ucapan agar contoh yang digunakan dapat diletak dalam kontek
yang adil.
Walaubagaimanapun saya mengambilkira sentimen setempat dan
sekali lagi MEMOHON MAAF dan akan lebih berhati-hati dalam ucapan-ucapan
selepas ini.
Saya juga ambil maklum bahawa Satu Laporan Polis telah dibuat
berkaitan isu sedutan ucapan saya semasa Konvensyen Keadilan baru-baru ini.
Pertamanya saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
terimakasih atas Laporan Polis ini yang bagi saya Penduduk Kg. Suang Punggur
ingin menyatakan kepada umum bahawa politik wang tidak mendapat tempat di
kampung tersebut sejajar dengan politik perubahan yg sedang berlaku.
Walaupun saya sudah membuat permohonan maaf secara terbuka
seperti posting saya sebelum ini kemungkinan tidak mencukupi. InsyaAllah Team
Penyelaras DUN Usukan sedang merancang untuk membuat program di Kg. Suang
Punggur dan saya minta agar ucapan permohonan maaf saya nanti di rakam untuk
sebaran umum. Untuk keperluan sidang akhbar saya akan meminta peguam saya untuk
meneliti cadangan tersebut dari segi undang-undang.
Saya fikir mesej Politik Perubahan yang saya dan Team
Keadilan di Kota Belud semakin menarik perhatian ramai. Penafian dan kecaman
kepada saya menggambarkan bahawa berlaku kesedaran dikalangan generasi muda
terutamanya untuk menolak politik wang. Jika gelombang politik perubahan dan
kesedaran ini membesar, saya yakin ini baik untuk Kota Belud dan rakyat boleh
menilai pemimpin secara matang.
Inilah mesej penting yang saya mahu bawa ditengah masyarakat.
Kita mahu melahirkan rakyat terutama pengundi yang berjiwa merdeka. Kita tidak
terikat dengan Pemimpin kerana banyak hartanya tetapi kerana kewibawaan
kepimpinannya. Saya tidak kata harta tidak penting tapi kriteria-kriteria lain juga
sama penting.
Saya akui dengan sedar kesilapan besar saya apabila
menamakan lokasi dan daerah sendiri sebagai contoh. Saya memohon setinggi-hati kemaafan atas kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati dalam siri ucapan selepas
ini. Namun saya fikir majoriti rakyat Kota Belud memahami isu ini dan saya
minta agar ucapan saya di dengar dari awal sampai akhir supaya dapat memahami
mesej yang saya mahu sampaikan.
Akhirnya, saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak
Polis untuk memberi keterangan selanjutnya tentang ucapan ini dan sekali lagi
memohon maaf atas kesilapan menamakan lokasi secara spesifik dalam ucapan
tersebut.
Mohon juga agar ahli-ahli Keadilan bertenang dan jangan lari
dari fokus seperti yang dirancang. Jangan buat provokasi dan biar saya berdepan
sendiri dengan masalah ini.
MUSTAPHA SAKMUD
Ketua Cabang Kota Belud
Merangkap
Timbalan Pengerusi MPN
Parti Keadilan Rakyat
Sabah.
No comments:
Post a Comment