Politik Hari ini :
SINDROM TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI
Oleh Sam Hj.Othman
Ramai pemimpin politik yang
berpendapat bahawa kebangkitan suara rakyat dari segenap pelusuk rantau samada
di grup-grup whatsapp mahupun Medsos sebagai angin yang berlalu begitu sahaja.
Selepas menang PRN16,ada
wakil rakyat yang mula tinggi diri,lupa asal usul sewaktu masih dalam kumpulan
pembangkang malah merasa diri mereka bukan lagi diri mereka yang terdahulu
yakni,lupa bahawa kemenangan ciput mereka itu adalah hasil pangkah pengundi yang
memberi belas kasihan.
Di tanah Malaya,ribut
taufan melanda ‘Sindrom Takut Bayang-Bayang Sendiri’ sehingga lupa bahawa
Pandemik Covid19 masih terlalu kukuh berlagak bagai Malaikatul Maut.
Kerana gila kuasa dan gila
pangkat,mereka sanggup menikam rakan sendiri tanpa rasa malu dan pada masa yang
sama,berusaha untuk memartabatkan Ego masing-masing tanpa berfikir bahawa
rakyat memerhati tingkah laku mereka untuk pengadilan seterusnya.
Apakah kerana politik,kuasa
dan jawatan itu lebih penting berbanding dari memikirkan kesejahteraan rakyat
jelata ?
Mahu di panggil BANGANG
& BODOH,kita pula di saman dan di ambil tindakan.
Jadi,wajar bagi rakyat
Malaya sana mengadili mereka pada Pilihanraya Parlimen akan datang ini
berdasarkan sikap belacan mereka itu di kala negara di landa musibah Covid19
yang makin bermaharajalela.
Hukum mereka sewajarnya
kerana mereka tidak peduli kepada nasib dan masalah rakyat (pengundi) tetapi
lebih kepada memenangkan poket mereka sendiri.
Di Sabah pula,kesan begitu
belum lagi ketara tetapi para penyokong-penyokong parti Malaya ini sudah mula
meniupkan sentimen tersebut di grup-grup whatsapp dan MedSos yang sekaligus
menggambarkan bahawa mereka ini begitu cenderung kepada pergolakan politik
Malaya sedangkan para pemimpin Sabahan pula berusaha sedaya upaya untuk
memenuhi aspirasi rakyat dengan penubuhan kerajaan GRS.
Apakah para penyokong parti
import ini masih taksub kepada Malaya sedangkan kita di Sabah ini memiliki
autonomi dan parti lokal sendiri yang bekerjasama semahu-mahunya ?
Tidak kira dari parti
manapun,politik Sabahan bercorak dengan seninya yang tersendiri malah keunikan
seni politik tersendiri itulah yang menjadikan Sabah ini negeri yang begitu
versetail.
Kesenian politik Sabah ada
kembang,ada kuncupnya dan mengamalkan sistem ‘hidup ibarat roda’,ada kala di
atas,ada kala di bawah.
Bersembah diri kepada
rakyat pada waktu dunia di landa musibah ini adalah suatu tindakan yang
bijaksana jika dilakukan oleh para pengamal politik hari ini khususnya yang
ingin menjadi calon pilihanraya akan datang.
Rakyat mempersembahkan
peluang kepada bakal-bakal calon ini untuk mengetengahkan diri mereka sendiri
andai ada terdetik nawaitu mereka mahu bertanding di pilihanraya yang akan
datang.
Bakal-bakal calon ini
seharusnya mengambil peluang ini untuk berusaha menampilkan diri mereka untuk
berbakti kepada rakyat yang mengundi tanpa memikirkan istilah ‘boleh saja
menang kerana parti ini pilihan rakyat’.
Istilah ini sudah lapuk dan
rakyat bukannya bodoh untuk diperkotak-katikkan dengan istilah zaman purba
sebegitu kerana dari parti mana sekalipun kamu,atau siapapun kamu,atau sebesar
mana jentera politikmu sekalipun,kamu boleh saja tumbang bila-bila masa tanpa
sebarang amaran.
Seseorang calon yang ingin
mencalonkan diri mereka untuk bertanding nanti (selepas pandemik menurun dan
mungkin SPR bagi laluan pilihanraya),bukanlah kaleng-kaleng orangnya (saya
rasa) lantaran untuk menjadi seorang calon pilihanraya ini,sudah tentu anda itu
punya kewangan yang mencukupi,pengaruh yang hebat dan mendapat kepercayaan
pucuk pimpinan pula.
KEWANGAN YANG TEGUH
Setiap calon pilihanraya
perlu mengorbankan wang ringgit mereka untuk mendekati rakyat dan waktunya itu
sudah ada di depan mata,yakni di musim rakyat terkesan dengan bencana alam dan
pandemik Covid-19 ini.
Apakah perlu menunggu ‘bantuan’
dari parti baharulah mahu turun padang ?
Calon ditentukan oleh parti
tetapi parti pula mahu melihat komitmen calon yang sesuai,jadi adakah perlu
seseorang calon itu menunggu sumbangan parti,kemudian,barulah mahu bergerak
menyumbang kepada rakyat?
Pemikiran seperti ini hanya
akan membuatkan pucuk pimpinan parti berhak memilih sesiapa sahaja yang
difikirkan sesuai dan berupaya menjadi calon pilihanraya bagi mewakili parti
ataupun mengambil pendekatan drastik untuk tidak meletakkan calon di sesuatu
kawasan tersebut.
Maknanya,kamu tidak
semestinya akan jadi calon pilihanraya walau sekaya mana sekalipun kamu kerana
rakyat tidak mahu memilih kamu kelak.
Mutu kewangan yang teguh
oleh seseorang yang ingin bertanding di sesuatu kawasan pilihanraya itu
haruslah berkorban dahulu mencari dana dari sumber lain (jika kedekut dari
poket sendiri) kerana rakyat ingin melihat lebih jelas siapakah yang muncul
membantu mereka di saat mereka memerlukan.
Berjanji kosong atau
berbohong pada rakyat akan membuatkan rakyat bakal menjatuhkan hukuman di
saat-saat akhir kelak.
PENGARUH YANG HEBAT
Pengaruh yang hebat boleh
saja lahir dari tindak tanduk keperihatinan seseorang bakal calon itu apabila
lebih mementingkan rakyat dari yang lain.
Tetapi,pengaruh yang hebat
bukan datang dari laporan sekutu-sekutu terdekatnya yang ‘kaki jeck’ sedangkan
pada sebaliknya adalah Zero dan rakyat ‘fed-up’ dengan segala impian yang
dijanjikan tidak kunjung tiba.
Akar umbi adalah pengundi
dan pengundi adalah penentu masa depan politik kamu.
Ada di kalangan para
pengamal politik ini sudah kerapkali masuk keluar kampung berziarah dan
menyantuni rakyat walaupun dengan hanya membawa sekampit beras untuk setiap
keluarga tanpa memikirkan adakah fahaman politik keluarga berkenaan.
Ini tindakan bijak kerana
si pelaku ini sekaligus menonjolkan dirinya kepada orang awam sebagai salah seorang
dari Ikon Masyarakat yang prihatin.
Dia tidak menunggu lama
untuk memperkenalkan dirinya walau dengan hanya sekampit beras,dia terus
bersabar dan berusaha mencari penaja-penaja atau dana yang bukan daripada parti
yang dianggotainya sendiri kerana sedia maklum bahawa urusan memohon dana itu
banyak prosedur dan lambat ketibaannya.
Dia tidak mengamalkan sikap
menunggu hingga bantuan berlori-lori,barulah mahu turun padang,cukup sekadar
hari ini membeli 10 kampit beras,cari sasaran warga OKU dan daif atau keluarga
yang terjejas lalu hantar sumbangan tersebut sambil bertanya khabar sihat
walafiat.
PILIHAN PUCUK PIMPINAN
Bila sudah ada kewangan
yang teguh,pengaruh yang hebat dan dikenali oleh rakyat sebagai seorang yang
prihatin,baharulah Pucuk Pimpinan akan buka mata.
Tidak bodoh seorang
Presiden Parti memilih calon pilihanraya yang mewakili parti dari kalangan
pemimpin yang rakyat tidak berapa kenal atau jarang tunjuk muka ke
kampung-kampung.
Pucuk Pimpinan tidak ingin
menggadaikan maruah partinya semata-mata untuk kepentingan individu pelobi
calon itu sendiri sedangkan undi yang bakal di terima hanya ciput dan ini
amatlah memalukan sekali.
Pucuk Pimpinan sudah pernah
merasai bahawa ada ex-calon-calonnya yang gagah perkasa,tumbang kalah teruk di
pilihanraya lalu dek kerana di hukum oleh rakyat atas sebab-sebab
keperibadiannya.
Pucuk Pimpinan parti sudah
masak tentang asam garam kehidupan dalam karenah politik hari ini yang
menonjolkan Rakyat Itu persis Sang
Algojo (penjatuh hukuman) dan bukan lagi mahu melihat siapa kamu dan dari
parti apa kamu datang.
Rakyat hanya mahu melihat
kamu muncul di ketika mereka memerlukan.
Dan bukan pada ketika memerlukan
rakyat (undi),baharulah kamu muncul.
Politik hari ini sudah jauh
berbeza dari genre politik di tahun-tahun lalu dan adalah menjadi suatu kelemahan
bagi setiap pengamal politik yang masih lagi mempraktikkan sistem drama politik
yang nyata sudah jauh ketinggalan.