Sunday, January 26, 2020


UPKO PUTATAN LUMPUH  
AJK Bahagian tinggalkan parti  
oleh Sam Hj.Othman  

PUTATAN: UPKO menerima tamparan hebat hari ini apabila Bahagian parti itu di Putatan bergolak dengan keluarnya sebahagian besar ahli.

Dikhabarkan bukan sedikit jumlah yang keluar beramai-ramai itu yang diketuai oleh Ketua Bahagian Upko Putatan Datuk Marcus Mojigoh bersama hampir semua ahli jawatankuasa Bahagian kecuali Timbalan Ketua Bahagian Datuk Alex Martin dan AJK dilantik Jacky Litong sahaja yang tidak menyertai kumpulan beliau.

Datuk Marcus Mojigoh bersama Ketua Pemuda Bahagian Mark Silak bersama sebahagian besar AJK Bahagian serta ahli Upko bahagian umum keluar parti hari ini.

Dalam Sidang Media di kediaman beliau di Kampung Kotiduvan Duvanson di sini,mantan Ahli Parlimen Putatan itu menyatakan antara penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi sejak parti itu menyertai kerajaan Warisan selepas PRU14 lalu.


Beliau berkata Upko Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.

Menurut Mojigoh,Upko Bahagian Putatan turut diketepikan daripada sebarang jawatan di peringkat daerah.

Di tanya mengenai spekulasi menyebut tentang kumpulan beliau bakal menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS),Mojigoh menafikan dengan alasan bahawa kumpulan mereka belum memikirkan hal tersebut buat masa ini.

Saturday, January 25, 2020

PSS TIDAK PERLU MEKANISME BAHARU : RAPLIN  
oleh Sam Hj.Othman  

KOTA KINABALU : Pas Sementara Sabah (PSS) tidak perlu mekanisme baharu apabila kerajaan negeri sudah mengumumkan pembatalannya pada Rabu kerana ianya kelihatan seolah-olah bagai retorik dalam politik Warisan Sabah sahaja.

Ahli Majlis Tertinggi STAR Sabah,Dato Sri Raplin Samat menegaskan bahawa 'mekanisme' yang disebutkan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berhubung pembatalan PSS tersebut menunjukkan bahawa pembatalan yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah itu lebih kepada sebuah 'alasan' untuk menarik perhatian rakyat semata-mata.

"Sedangkan pada hakikatnya,PSS itu cuma batal pada namanya sahaja dan akan dijenamakan semula dalam bentuk lain,nama lain,ubah suai persyaratan atau sebagainya.

Ini membawa makna bahawa PSS itu akan tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain mengikut 'mekanisme' dan acuan baharu," jelas Raplin.

"Hal ini perlu penyelasaian sepertimana yang disuarakan oleh Presiden Star Sabah,Datuk Dr.Jeffrey Kitingan semalam dalam kenyataan beliau di MedSos dan portal.


Saya juga bersetuju dengan pendapat Presiden bahawa maksud PTI itu bukan menjurus kepada pelarian Filipina semata-mata tetapi juga menyeluruh dari segenap negara asing yang lain seperti China,Pakistan,India,Indonesia,Taiwan,Afrika dan sebagainya," jelasnya lagi.

Raplin yang juga merupakan Ketua Bahagian STAR DUN Pintasan Kota Belud menyeru kerajaan negeri agar menghapuskan terus hasrat mengujudkan PSS di Sabah ini termasuklah cadangan untuk mengubahsuai mekanisme baharu yang dimaksudkan.

"Benar,tidak semua rakyat bersetuju dengan PSS tetapi jumlah yang bersetuju itu terlalu kecil bilangannya berbanding rakyat yang membantah.


Buru PTI yang tidak punya dokumen dan memiliki IMM13,Surat Banci atau Kad Burung-Burung ini dan tangkap serta hantar mereka balik ke negara masing-masing biarpun ianya dilakukan secara berperingkat dan memakan masa yang lama.

Yang penting,kerajaan negeri tidak mencipta dokumentasi-dokumentasi tertentu yang seolah-olah kebajikan PTI ini terpelihara.

Persepsi rakyat terhadap hal ini amat jelas dalam bentuk bantahan kerana kerajaan negeri kelihatannya lebih memfokuskan masalah mendokumentasi PTI berbanding dari menumpukan perhatian kepada pembangunan infrastruktur,sosio ekonomi dan keperluan rakyat Sabah," ujar Raplin lagi.

Menurutnya,adalah lebih baik jika Warisan Sabah berusaha keras melaksanakan janji mereka kepada rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto PRU14 lalu kerana itulah yang dinanti-nantikan oleh rakyat.

"Penduduk luar bandar perlu diutamakan samada mahu atau tidak,pengujudan peluang-peluang pekerjaan atau perniagaan untuk anak-anak muda dan apa yang paling penting ialah mentadbir kerajaan negeri seelok-eloknya sepertimana yang mereka janji di PRU14 yang lepas.

Hak-hak Anak Asal Negeri Sabah perlu dipertahankan dan terus perjuangkan MA63 selain menuntut hak-hak Sabah ke peringkat Persekutuan sehingga berjaya," Kata Raplin lagi.

Thursday, January 23, 2020

PEMBATALAN PERLAKSANAAN PSS  
KERAJAAN SABAH PERLU TEGAS : JAINAB  
oleh Sam Hj.Othman  

  Jainab  
KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal perlu bertegas dalam keputusannya berhubung pembatalan perlaksanaan PSS,kata Ketua Wanita UMNO Sabah hari ini.

"Pada sidang akhbar pengumuman berkenaan semalam,beliau (Ketua Mentari) ada menyebut berkenaan keputusan mutlak terletak di tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ini menggambarkan seolah-olah Sabah terpaksa akur pada keputusan KDN sedangkan yang menanggung impak buruk dan baiknya itu adalah kita di Sabah," jelas Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.

Menurutnya,jika kerajaan Sabah memaktubkan keputusan membatalkan perlaksanaan PSS itu,maka KDN hanya perlu makluman sahaja dan bukannya menyerahkan kembali keputusan tersebut untuk di buat lagi satu keputusan di Kuala Lumpur.

"Rakyat terkeliru dalam soal ini dan penjelasan menyeluruh perlu di buat oleh kerajaan Sabah kerana ini melibatkan aspek keselamatan awam.


PSS itu melalui proses 'perlaksanaan' dan 'perlaksanaan' itu membawa maksud 'belum lagi dilaksana' dan lebih ke arah cadangan.

Kenapa perlu rujuk dan meminta keputusan lagi pada KDN sedangkan ianya hanya sebagai 'planning' yang belum dilaksanakan ?" Soal Jainab.

"Apapun,kami menyambut baik keputusan berkenaan dan meminta agar kerajaan serius dalam hal ini kerana ternyata rakyat menolaknya mentah-mentah.

Ketegasan itu perlu jika kerajaan negeri benar-benar ikhlas untuk membatalkan niat (PSS) mereka dan bukannya sebagai alasan semata-mata untuk mengaburi mata dan fikiran rakyat Sabah," katanya lagi.

Beberapa ketika selepas pengumuman oleh Ketua Menteri itu di buat,tular lagi kenyataan berhubung perkara tersebut (PSS) yang dinyatakan sendiri oleh Datuk Peter Anthony yang menyebut 'Kerajaan cari mekanisme baharu untuk pastikan PSS dapat di terima rakyat Sabah'.

"Inilah yang menggusarkan rakyat kerana rakyat keliru,apakah pembatalan itu cuma sementara atau sekadar 'main wayang' ??

KM umum pembatalan sedang Menterinya mengumumkan mekanisme baharu dan ini membawa makna bahawa pembatalan yang diumumkan oleh KM itu cuma sekadar retorik untuk mengalihkan perhatian rakyat dan pada masa yang sama,PSS tetap dilaksanakan cuma namanya sahaja mungkin akan di tukar dengan beberapa syarat lain yang di ubah suai," ujar Jainab yang juga merupakan mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah. 

Wednesday, January 22, 2020

PSS DIBATALKAN
KERAJAAN PERLU GIAT BURU DAN USIR PTI DARI SABAH : YAKUB
oleh Sam Hj.Othman

  Datuk Yakub Khan  
KOTA KINABALU : Kerajaan negeri perlu telus dan bertekad untuk memburu Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan bukannya setakat untuk membatalkan Pas Sementara Sabah (PSS) semata-mata.

Timbalan Ketua UMNO Sabah,Datuk Yakub Khan berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri untuk membatalkan cadangan perlaksanaan PSS berkenaan hari ini.

"Bukan setakat membatalkan cadangan perlaksanaan malah kerajaan perlu mempergiatkan usaha melalui Badan Berwajib untuk memburu,menangkap dan mengusir PTI ini dari bumi Sabah," kata beliau ketika dihubungi Sabah_OnlineNEWS di Kota Kinabalu.

"PTI tersebut bukan hanya tertumpu kepada warga asing Filipina dan Indonesia sahaja tetapi juga PTI dari negara-negara lain yang sewenang-wenangnya menetap tanpa dokumen di Sabah.

Seperti yang kita ketahui terdapatnya warga China memasuki negara ini termasuk Sabah tetapi tiada rekod menunjukkan mereka sudah keluar dari sini.


Kerajaan harus sedar bahawa isu PTI ini sangat meruncing dan hangat diperkatakan oleh rakyat pada ketika ini sehingga menimbulkan ketakutan serta menggusarkan," jelasnya lagi.

Menurut Yakub,pada masa yang sama,rakyat juga perlu mengetahui bahawa maksud PTI itu bukan hanya tertumpu kepada PTI Filipina semata-mata tetapi juga PTI dari Indonesia dan negara-negara lain seperti China,Taiwan,Nigeria,Afrika,Thailand dan sebagainya.

"Secara peribadinya,saya menyambut baik keputusan kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Shafie Apdal berhubung perkara ini (Pembatalan PSS) kerana ianya pasti merupakan keputusan yang rakyat mahukan.

Akan tetapi,ketelusan perlu juga ada kerana jika pembatalan itu bermaksud menunjukkan lain seperti hanya mengaburi mata rakyat,saya langsung tidak bersetuju dan akan menentang.

Pemegang-pemegang IMM13,Sijil Banci dan Kad Burung-Burung itu masih lagi dikatagorikan sebagai PTI dan mereka-mereka inilah yang perlu di hantar balik ke negara asal mereka termasuklah PTI yang tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah," ujar Yakub lagi yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Hari ini,Ketua Menteri Sabah dalam satu sidang akhbarnya mengumumkan pembatalan perlaksanaan PSS dan akan memaklumkan perkara itu (pembatalan PSS) kepada Kementerian Dalam Negeri sedikit masa lagi.

PRK Kimanis baru lalu merupakan satu titik tolak ke arah pembatalan ini apabila Warisan tewas dengan majoriti 2,029 undi.

Sentimen Bantah PSS dan Tolak PSS merupakan sentimen paling hangat dalam kancah 14 hari kempen berlangsung mulai 4 hingga 18 Januari 2020 termasuklah beberapa siri Himpunan Bantah PSS yang dilangsungkan oleh sebuah badan NGO yang menggelarkan diri meraka sebagai The Black Sunday.

Monday, January 20, 2020

Rencana Susulan kemenangan BN di Kimanis  
BUKAN SEDIKIT DUGAAN YANG MELANDA : JAINAB  
oleh Sam Hj.Othman  


  Jainab Ahmad Ayid  
KOTA KINABALU : Berbagai cabaran dan dugaan melanda setiap hari bagi memastikan Barisan Nasional meraih kemenangan dalam PRK Kimanis yang lalu kata Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.

"Tempoh 14 hari berkempen itu suatu tempoh yang begitu mencabar sekali dan kami Wanita UMNO Sabah dan Malaysia melalui Program JR merancang berbagai aktiviti khususnya dari rumah ke rumah bagi mendekati warga penduduk Kimanis.
Penerangan mengenai pentingnya mengundi BN adalah satu keperluan dan ternyata warga pengundi di Kimanis menyambut baik apa yang kami persembahkan," jelas beliau dalam satu temubual di sini.

Menurut Jainab lagi,program dan aktiviti Wanita UMNO mendapat sambutan yang begitu baik sehingga ianya diterjemahkan melalui kemenangan calon Barisan Nasional,Datuk Mohamad Hj.Alamin dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,029 undi.


"Apa yang jelas,rakyat sudah memberikan isyarat ke-5 bermula di Cameron Highland,Semenyih,Rantau dan Tanjung Piai.

Kini ianya berlaku lagi di Kimanis sebagai petunjuk betapa rakyat sudah terlalu muak dengan karenah Warisan-PH.

Isu Pas Sementara Sabah (PSS) adalah sesuatu yang amat tidak disenangi rakyat yang kini bangkit menentang 'penjajahan era baharu' yang ingin dilakukan oleh Warisan sebagai kerajaan negeri," ujarnya lagi sambil menyifatkan PSS tersebut sebagai suatu bentuk pengkhianatan terhadap penduduk Asal Pribumi Sabah.

"Kita menang atas dasar penyatuan...Atas dasar Muafakat Sabah di mana ramai rakan-rakan seperjuangan kita tampil membantu kempen seperti Kem Muafakat Nasional (PAS-UMNO-MCA-MIC) dan Muafakat Sabah yang terdiri daripada UMNO Sabah,Parti Bersatu Sabah,SAPP,Star Sabah dan PBRS.

Malah,mantan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman juga banyak membantu dalam melancarkan kempen khususnya kempen 'Tolak PSS'.

Inilah namanya permuafakatan sejagat menentang penjajahan era baharu tersebut yang hasilnya sangat memuaskan dengan makna,rakyat Sabah kini menolak Warisan-PH bermula di Kimanis ini," kata Jainab yang juga merupakan mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

" Apa yang menghairankan ialah terdapatnya segelintir pihak menuduh dan mendakwa bahawa para pengundi Kimanis mengambil wang pemberian dari Warisan tetapi bertindak mengundi BN lalu melabelkan mereka sebagai Pengundi Kimanis Kejam.

Jika dakwaan itu benar,Bukankah ini menunjukkan bahawa terdapatnya permainan wang ringgit dengan tujuan membeli undi oleh Warisan ?" Soal Jainab.

"Selama berada di Kimanis,kami tahu bahawa pengundi-pengundi Kimanis sangat santun dan baik-baik belaka sebagai mencerminkan adat kampung yang sangat menyentuh hati kami untuk berada dekat dengan mereka.

Bukan seperti pemimpin-pemimpin Warisan yang sewenang-wenangnya menggunakan lampu siren biru bagi kenderaan mereka dan bergerak sangat laju seolah-olah jalanraya itu milik mereka sendiri tanpa menghiraukan pengguna-pengguna yang lain.

Malah kami juga mendengar banyak sungutan para pendudk kampung yang di ugut tidak mengundi BN dan sekiranya mereka mengundi BN,bantuan-bantuan tertentu dari kerajaan akan ditarik balik terutamanya pada golongan warga emas.


Malah seperti yang saya tulis di Media Sosial baru-baru ini,saya mendengar dari kalangan penduduk kampung bahawa terdapatnya perbuatan menghantar minuman keras berkaton-katon ke kawasan luar bandar di Kimanis sebagai sogokan kepada penduduk kampung malahan kami juga mendengar bahawa terdapatnya segelintir petugas-petugas Warisan 'menuba' penyokong-penyokong BN dengan minuman keras sehingga ada di antara mereka 'kogutan' sehingga tidak dapat keluar mengundi.

Perkara sebegini bukan tuduhan liar tetapi ramai penduduk kampung menyatakan hal ini kepada kami...Jadi,di dalam hal ini,siapa yang bertindak kejam sebenarnya ?" Tegas Jainab lagi.

Dalam PRK Kimanis 18 Januari lalu menyaksikan kemenangan calon BN Datuk Mohamad Hj.Alamin (12,706) mengalahkan calon Warisan Datuk Karim Bujang (10,677) dengan majoriti sebanyak 2,029 undi.

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa Kimanis adalah kubu terkuat BN dan UMNO Sabah (Kimanis) yang menjadi pelopor utamanya.

Kemenangan BN di Kimanis di anggap kenangan paling manis sekali apabila suara rakyat menjadi Algojo yang menjatuhkan hukuman terhadap janji-janji manis Warisan-PH apatah lagi kepada isu panas berkenaan PSS yang benar-benar menggusarkan rakyat Sabah,penduduk asal pribumi.


"Pok Amai-Amai,
         Belalang Kupu-Kupu,
 BN jadi pilihan ramai,
         sebab serik dah kena tipu."

" Kalau hendak pergi memancing,
             di dalam baldi berisi umpan,
   Kalau tidak mahu di kencing,
             jangan pilih parti Warisan."

"Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada para pengundi di Kimanis yang menyokong dan memenangkan calon BN yang sekaligus melancarkan isyarat  amaran buat kali-5 untuk kerajaan.Terimakasih," kata Jainab di hujung temubual ini.


#KimanisMengundi

KRONOLOGI :

-01/01/2020 BN umum calon PRK Kimanis
-02/01/2020 Warisan-PH umum calon PRK Kimanis
-04/01/2020 Hari Penamaan Calon
-Tempoh kempen selama 14 hari bermula 4-18 Januari 2020
-16/01/2020 Pengundian Awal/Pos
-18/01/2020 Hari Pembuangan Undi bagi 29,663 pemilih
-sebanyak lebih 79% keluar mengundi
-18/01/2020 jam 7.50mlm keputusan tidak rasmi memihak kepada BN
-18/01/2020 jam 9.13mlm keputusan Rasmi di umum SPR di Dewan Tun Banir Beaufort.
-18/01/2020 BN menang 12,706 undi : Warisan-PH 10,677 undi
-18/01/2020 BN menang majoriti 2,029 undi
-19/01/2020 YB Datuk Mohamad Hj.Alamin,Ahli Parlimen P176 Kimanis yang baharu.                          


Saturday, January 11, 2020

Kenyataan media Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung

MCA SOKONG PADU CALON BN

BONGAWAN : MCA Sabah memberi sokongan penuh kepada calon BN di PRK Kimanis Datuk Mohamad Alamin. Kami bukan sahaja akan memastikan supaya ahli-ahli MCA di kawasan Parlimen Kimanis mengundi calon BN, tetapi juga akan berkempen untuk menggerakkan pengundi-pengundi Cina di Kimanis untuk mengundi Datuk Mohamad Alamin.

Selain pemimpin-pemimpin tempatan dari Sabah, pemimpin-pemimpin dari MCA pusat  juga turun padang bertungkus lumus untuk berkempen bersama calon BN, untuk memastikan kemenangan BN dalam PRK Kimanis ini.

Walaupun jumlah pengundi Cina di Kimanis tidaklah ramai sangat, iaitu sekitar 1000 orang, namun MCA tidak memandang ringan, tetapi tetap berusaha dengan sedaya upaya dalam kerja-kerja berkempen.

Kemenangan BN dalam PRK Kimanis adalah amat penting untuk memperkuatkan suara pembangkang dari Sabah, terutamanya suara BN untuk semak dan imbang pentadbiran kerajaan, demi hak dan kepentingan orang Sabah.

Wednesday, January 1, 2020

#KimanisMengundi  
DATUK MOHAMAD ALAMIN CALON BARISAN NASIONAL  
oleh Sam Hj.Othman  

KIMANIS : Mantan ADUN N23 Bongawan Datuk Mohamad Hj.Alamin diisytiharkan sebagai Calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P176 Kimanis.

Pengumuman itu di buat oleh Ketua UMNO Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin dalam satu sidang media khas di Command Centre Pejabat UMNO Kimanis di sini yang turut dihadiri lebih 1,000 orang penyokong termasuklah kalangan pemimpin UMNO Pusat yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamad Alamin,47,berdarah suku kaum Berunai dan Kadazan Dusun juga merupakan Ketua UMNO Bahagian P176 Kimanis,pernah mewakili Barisan Nasional dalam Dewan Undangan Negeri Sabah 2013-2018 sebelum tewas pada PRU14 lalu kepada calon Warisan.

Kekembalian Mohamad di lihat sebagai suatu anjakan paradigma selepas proses pemutihan UMNO Sabah yang melalui berbagai onak ranjau apabila kini berada di dalam blok pembangkang.


Merupakan seorang yang aktif dalam dunia sukan,Mohamad Alamin juga adalah seorang peguambela & peguamcara do Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Slogan 'UbahBalik' yang bertiup kencang di Kimanis menjadi platform Barisan Nasional untuk mengekal kerusi yang menjadi tradisi di Kimanis.

PRK Kimanis bakal mengundi pada 18hb Januari ini di 69 saluran dengan jumlah pengundi berdaftar sebanyak 29,664 orang manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 4hb Januari ini di Dewan Tun Banir,Beaufort.