Wednesday, January 1, 2020

#KimanisMengundi  
DATUK MOHAMAD ALAMIN CALON BARISAN NASIONAL  
oleh Sam Hj.Othman  

KIMANIS : Mantan ADUN N23 Bongawan Datuk Mohamad Hj.Alamin diisytiharkan sebagai Calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P176 Kimanis.

Pengumuman itu di buat oleh Ketua UMNO Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin dalam satu sidang media khas di Command Centre Pejabat UMNO Kimanis di sini yang turut dihadiri lebih 1,000 orang penyokong termasuklah kalangan pemimpin UMNO Pusat yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamad Alamin,47,berdarah suku kaum Berunai dan Kadazan Dusun juga merupakan Ketua UMNO Bahagian P176 Kimanis,pernah mewakili Barisan Nasional dalam Dewan Undangan Negeri Sabah 2013-2018 sebelum tewas pada PRU14 lalu kepada calon Warisan.

Kekembalian Mohamad di lihat sebagai suatu anjakan paradigma selepas proses pemutihan UMNO Sabah yang melalui berbagai onak ranjau apabila kini berada di dalam blok pembangkang.


Merupakan seorang yang aktif dalam dunia sukan,Mohamad Alamin juga adalah seorang peguambela & peguamcara do Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Slogan 'UbahBalik' yang bertiup kencang di Kimanis menjadi platform Barisan Nasional untuk mengekal kerusi yang menjadi tradisi di Kimanis.

PRK Kimanis bakal mengundi pada 18hb Januari ini di 69 saluran dengan jumlah pengundi berdaftar sebanyak 29,664 orang manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 4hb Januari ini di Dewan Tun Banir,Beaufort.

No comments:

Post a Comment