Saturday, January 25, 2020

PSS TIDAK PERLU MEKANISME BAHARU : RAPLIN  
oleh Sam Hj.Othman  

KOTA KINABALU : Pas Sementara Sabah (PSS) tidak perlu mekanisme baharu apabila kerajaan negeri sudah mengumumkan pembatalannya pada Rabu kerana ianya kelihatan seolah-olah bagai retorik dalam politik Warisan Sabah sahaja.

Ahli Majlis Tertinggi STAR Sabah,Dato Sri Raplin Samat menegaskan bahawa 'mekanisme' yang disebutkan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berhubung pembatalan PSS tersebut menunjukkan bahawa pembatalan yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah itu lebih kepada sebuah 'alasan' untuk menarik perhatian rakyat semata-mata.

"Sedangkan pada hakikatnya,PSS itu cuma batal pada namanya sahaja dan akan dijenamakan semula dalam bentuk lain,nama lain,ubah suai persyaratan atau sebagainya.

Ini membawa makna bahawa PSS itu akan tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain mengikut 'mekanisme' dan acuan baharu," jelas Raplin.

"Hal ini perlu penyelasaian sepertimana yang disuarakan oleh Presiden Star Sabah,Datuk Dr.Jeffrey Kitingan semalam dalam kenyataan beliau di MedSos dan portal.


Saya juga bersetuju dengan pendapat Presiden bahawa maksud PTI itu bukan menjurus kepada pelarian Filipina semata-mata tetapi juga menyeluruh dari segenap negara asing yang lain seperti China,Pakistan,India,Indonesia,Taiwan,Afrika dan sebagainya," jelasnya lagi.

Raplin yang juga merupakan Ketua Bahagian STAR DUN Pintasan Kota Belud menyeru kerajaan negeri agar menghapuskan terus hasrat mengujudkan PSS di Sabah ini termasuklah cadangan untuk mengubahsuai mekanisme baharu yang dimaksudkan.

"Benar,tidak semua rakyat bersetuju dengan PSS tetapi jumlah yang bersetuju itu terlalu kecil bilangannya berbanding rakyat yang membantah.


Buru PTI yang tidak punya dokumen dan memiliki IMM13,Surat Banci atau Kad Burung-Burung ini dan tangkap serta hantar mereka balik ke negara masing-masing biarpun ianya dilakukan secara berperingkat dan memakan masa yang lama.

Yang penting,kerajaan negeri tidak mencipta dokumentasi-dokumentasi tertentu yang seolah-olah kebajikan PTI ini terpelihara.

Persepsi rakyat terhadap hal ini amat jelas dalam bentuk bantahan kerana kerajaan negeri kelihatannya lebih memfokuskan masalah mendokumentasi PTI berbanding dari menumpukan perhatian kepada pembangunan infrastruktur,sosio ekonomi dan keperluan rakyat Sabah," ujar Raplin lagi.

Menurutnya,adalah lebih baik jika Warisan Sabah berusaha keras melaksanakan janji mereka kepada rakyat seperti yang terkandung dalam manifesto PRU14 lalu kerana itulah yang dinanti-nantikan oleh rakyat.

"Penduduk luar bandar perlu diutamakan samada mahu atau tidak,pengujudan peluang-peluang pekerjaan atau perniagaan untuk anak-anak muda dan apa yang paling penting ialah mentadbir kerajaan negeri seelok-eloknya sepertimana yang mereka janji di PRU14 yang lepas.

Hak-hak Anak Asal Negeri Sabah perlu dipertahankan dan terus perjuangkan MA63 selain menuntut hak-hak Sabah ke peringkat Persekutuan sehingga berjaya," Kata Raplin lagi.

1 comment: