KERAJAAN SABAH PERLU TEGAS : JAINAB
oleh Sam Hj.Othman
Jainab |
KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal perlu bertegas dalam keputusannya berhubung pembatalan perlaksanaan PSS,kata Ketua Wanita UMNO Sabah hari ini.
"Pada sidang akhbar pengumuman berkenaan semalam,beliau (Ketua Mentari) ada menyebut berkenaan keputusan mutlak terletak di tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ini menggambarkan seolah-olah Sabah terpaksa akur pada keputusan KDN sedangkan yang menanggung impak buruk dan baiknya itu adalah kita di Sabah," jelas Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.
Menurutnya,jika kerajaan Sabah memaktubkan keputusan membatalkan perlaksanaan PSS itu,maka KDN hanya perlu makluman sahaja dan bukannya menyerahkan kembali keputusan tersebut untuk di buat lagi satu keputusan di Kuala Lumpur.
"Rakyat terkeliru dalam soal ini dan penjelasan menyeluruh perlu di buat oleh kerajaan Sabah kerana ini melibatkan aspek keselamatan awam.
PSS itu melalui proses 'perlaksanaan' dan 'perlaksanaan' itu membawa maksud 'belum lagi dilaksana' dan lebih ke arah cadangan.
Kenapa perlu rujuk dan meminta keputusan lagi pada KDN sedangkan ianya hanya sebagai 'planning' yang belum dilaksanakan ?" Soal Jainab.
"Apapun,kami menyambut baik keputusan berkenaan dan meminta agar kerajaan serius dalam hal ini kerana ternyata rakyat menolaknya mentah-mentah.
Ketegasan itu perlu jika kerajaan negeri benar-benar ikhlas untuk membatalkan niat (PSS) mereka dan bukannya sebagai alasan semata-mata untuk mengaburi mata dan fikiran rakyat Sabah," katanya lagi.
Beberapa ketika selepas pengumuman oleh Ketua Menteri itu di buat,tular lagi kenyataan berhubung perkara tersebut (PSS) yang dinyatakan sendiri oleh Datuk Peter Anthony yang menyebut 'Kerajaan cari mekanisme baharu untuk pastikan PSS dapat di terima rakyat Sabah'.
"Inilah yang menggusarkan rakyat kerana rakyat keliru,apakah pembatalan itu cuma sementara atau sekadar 'main wayang' ??
KM umum pembatalan sedang Menterinya mengumumkan mekanisme baharu dan ini membawa makna bahawa pembatalan yang diumumkan oleh KM itu cuma sekadar retorik untuk mengalihkan perhatian rakyat dan pada masa yang sama,PSS tetap dilaksanakan cuma namanya sahaja mungkin akan di tukar dengan beberapa syarat lain yang di ubah suai," ujar Jainab yang juga merupakan mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment