UPKO PUTATAN LUMPUH
AJK Bahagian tinggalkan parti
oleh Sam Hj.Othman
PUTATAN: UPKO menerima tamparan hebat hari ini apabila Bahagian parti
itu di Putatan bergolak dengan keluarnya sebahagian besar ahli.
Dikhabarkan
bukan sedikit jumlah yang keluar beramai-ramai itu yang diketuai oleh Ketua
Bahagian Upko Putatan Datuk Marcus Mojigoh bersama hampir semua ahli jawatankuasa
Bahagian kecuali Timbalan Ketua Bahagian Datuk Alex Martin dan AJK dilantik
Jacky Litong sahaja yang tidak menyertai kumpulan beliau.
Datuk Marcus
Mojigoh bersama Ketua Pemuda Bahagian Mark Silak bersama sebahagian besar AJK
Bahagian serta ahli Upko bahagian umum keluar parti hari ini.
Dalam Sidang
Media di kediaman beliau di Kampung Kotiduvan Duvanson di sini,mantan Ahli Parlimen Putatan itu menyatakan antara
penyebab tindakan mereka ialah ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan parti
yang dikatakan tidak sensitif dengan rungutan akar umbi sejak parti itu
menyertai kerajaan Warisan selepas PRU14 lalu.
Beliau
berkata Upko Putatan juga tidak bersetuju dengan sokongan pimpinan Upko
terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) sebelum ini.
Menurut Mojigoh,Upko Bahagian Putatan turut diketepikan daripada sebarang jawatan di
peringkat daerah.
Di tanya
mengenai spekulasi menyebut tentang kumpulan beliau bakal menyertai Parti Bersatu Sabah
(PBS),Mojigoh menafikan dengan alasan bahawa kumpulan mereka belum memikirkan
hal tersebut buat masa ini.
hampir semua jawatan tertinggi kerajaan negeri,di monopoli semuanya daripada semporna.bukankah negeri ini mempunyai pelbagai kaum/etnik dan budaya.
ReplyDelete