Wednesday, July 8, 2020

ANAK JATI SABAH TERUS SOKONG PERJUANGAN OAS : JAPIRIL  
Oleh : Sam Hj.Othman  

  Japiril Suhaimin  

KUNDASANG : Anak-anak pribumi Sabah akan terus menyokong setiap perjuangan Orang Asal Sabah (OAS) samada ianya di buat secara berkumpulan (NGO) ataupun secara individu.

Aktivis OAS,Japiril Suhaimin melahirkan rasa sukacita dengan kesinambungan perjuangan beberapa NGO dan individu yang terus-terusan memperjuangkan tuntutan Hak-Hak OAS serta mempertahankan bumi Sabah Tanahair Tumpah Darah ini.

"Sejak dahulu lagi,kita tidak pernah berhenti untuk terus berjuang dan bersuara di mana-mana sahaja demi untuk mempertahankan hak-hak kita sebagai pribumi asal di Sabah ini.

Ianya tidak mengira siapapun memerintah dan kerajaan bertukar tampuk,hak-hak Sabah perlu terus diperjuangkan dan disuarakan hingga apa yang kita tuntut itu tercapai.

Memang benar ianya mengambil masa yang agak panjang dan berbagai dugaan serta cabaran dihadapi tetapi semangat untuk perjuangan itu tidak pernah sesekalipun luntur," jelas Japiril kepada Sabah_OnlineNEWS di sini.

Menurutnya,anak-anak muda belia perlu sedar dan menerima perjuangan ini kerana ianya melibatkan maruah OAS dan masa depan anak-anak cucu cicit kita di Sabah.


"Secara peribadi,saya mengikuti perkembangan Aktivis Sabah Dato' Verdon Bahanda dari semasa ke semasa dan menyifatkan bahawa beliau itu seorang yang kental semangat kerana sanggup berjuang seorang diri (tidak melalui Ngo).

Apatah lagi apabila sering di ancam dengan ugutan bunuh,premis bangunannya di simbah cat dan berbagai fitnah serta tohmahan di Media Sosial memperkecil-kecilkan perjuangan Verdon.

  Verdon Bahanda  

Ini sepatutnya tidak berlaku kerana dari berita yang kami ketahui,tentangan itu sendiri datang dari kalangan OAS yang terlalu taksub dengan agenda politik masing-masing," ujarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden SAPP.

Parti SAPP dibawah pimpinan mantan Ketua Menteri Sabah,Datuk Yong Teck Lee sendiri merupakan salah seorang dari pejuang menuntut hak-hak milik Sabah sejak dahulu malah kata Japiril lagi,Yong akan bertindak untuk menjadi pengkritik kepada dasar-dasar kerajaan yang rasanya tidak betul dan tidak memenuhi aspirasi rakyat jelata.

"Suatu hari kelak,saya tidak menolak kemungkinan untuk menggabungkan kesemua aktivis-aktivis Sabahan ini bagi memperkukuhkan lagi tuntutan memartabatkan maruah OAS ini yang nyata sekali sedang diperkotak-katikkan oleh perleluasan kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) dari beberapa negara.

  Penempatan Setinggan  

Banyak sekali kita lihat kemunculan rumah-rumah baharu di kawasan milik kita dan tanah rezab kerajaan sehingga timbulnya isu jenayah,kekotoran,penyambungan haram tenaga elektrik dan air dan banyak lagi.

Kita semua tahu apa puncanya lambakan warga asing haram ini semakin menjadi-jadi sejak setahun dua ini dan kita harus terus kukuh menyuarakan kehendak kita sebagai OAS demi menyelamatkan maruah dan tanahair kita sendiri," katanya lagi.
TOBILUNG & IRANUN DUDAR IKRAR SOKONG JEFFREY  
Tinjauan Krew Sabah_OnlineNEWS  


KOTA BELUD,SABAH : Penyokong StarSabah dari Suku Dusun Tobilung dan Iranun membulat tekad dan muafakat untuk kekal menyokong perjuangan Ketua Pembangkang DUN Sabah,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, dalam satu pertemuan silaturrahim di Kg. Taburan,kira-kira 20km dari pekan Kota Belud petang tadi.

Sokongan dan dokongan itu disuarakan secara muafakat oleh wakil suku kaum masing-masing di JDM Dudar,dalam Program Santai Bersama Timbalan Presiden merangkap Ketua Penyelaras Parlimen P169 Kota Belud,Sdr.Jalumin Bayogoh.

  Ketua Pembangkang DUN Sabah  

Menurut mereka semasa sesi dialog terbuka di akhir program berkenaan,masyarakat Tobilung dan Iranun yang kebanyakannnya menghuni di kawasan JDM Dudar ini termasuklah suku kaum Bajau dan suku-suku lain,melafazkan ikrar untuk terus berada di dalam StarSabah pimpinan Presiden nya Datuk Dr Jeffrey meskipun parti ini di anggap terlalu kecil pada pru14 yg lalu.

Menurut Ketua JDM Dudar,Sdr.Masangkin,hari ini,perjuangan dan semangat itu diteruskan lagi dengan jajaran yang lebih besar kerana penyertaan keahlian bagi DUN Pintasan,kini mencecah lebih 5,000 keahlian.

"Dengan keahlian parti StarSabah,lebih 5 ribu di DUN Pintasan jumlahnya,kita menjangkakan bahawa dalam tempoh terdekat ini kelak,keahian StarSabah boleh mencecah 8,000 ahli dari suku Dusun,Iranun,Bajau dan suku-suku lain di kawasan ini," katanya.


Jalumin pula dalam ucapannya turut menyentuh soal ikatan silaturrahim yang sekianlama terjalin antara StarSabah dan juga para penduduk kawasan itu telah memungkinkan penyertaan yang luarbiasa terhadap parti itu apatah lagi pada ketika mereka mula hilang kepercayaan pada prinsip perjuangan parti-parti lain.

"Star akan terus mendekati rakyat di kawasan Parlimen Kota Belud ini dari masa ke semasa walaupun ketika ini,kita masih di dalam blok pembangkang di peringkat negeri.

Sejak dahulu lagi,meskipun Star di lihat sebagai parti kecil,komitmen kita terhadap kebajikan para penyokong kita di semua kawasan di Sabah tetap berjalan dengan begitu aktif sehinggalah kini,kita dapat menyaksikan kemasukan beramai-ramai ke dalam StarSabah di seluruh negeri.

Ini disebabkan kerana Star parti konsisten dalam perjuangan,tidak pernah goyah dari matlamat asal iaitu membela nasib Orang Asal Sabah dan MA63," jelas beliau dalam ucapannya di majlis tersebut.

Turut hadir menyampaikan ucapan ialah Sdr.Ir.Awang Saleh Hj.Makmud serta Timbalan Ketua StarSabah DUN Pintasan,Sdr.George.

Pintasan yang mempunyai jumlah pengundi seramai lebih 12,000 Orang (2019) kini merupakan sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri N08 di persempadanan semula kawasan pilihanraya negeri Sabah.


Terdapat 13 kerusi baharu diperuntukkan bagi Negeri Sabah yang antaranya N02 Bengkoka (Kudat),N06 Bandau (Kota Marudu),N08 Pintasan (Kota Belud),N13 Pantai Dalit (Tuaran),N17 Darau (Sepanggar),N24 Tanjung Keramat (Putatan),N27 Limbahau (Papar),N44 Tulid (Pensiangan),N47 Telupid (Beluran),N51 Sungai Manila (Libaran),N58 Lamag (Kinabatangan),N61 Segama (Silam) dan N70 Kukusan (Kalabakan).


Monday, July 6, 2020

"KAMU TAKUT STAR KAH ?" KATA GAPARI  


Kamu takut StarSabah kah ? Soal Jeffrey Gapari Kitingan apabila di minta mengulas tentang komentar-komenter dari lapisan netizen di MedSos sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam satu pertemuan singkat lewat petang tadi.

Beliau tersenyum apabila diajukan soalan demikian dan sedikit tertawa,mungkin kerana geli hati dengan gelagat sebilangan CyberTrooper Anti StarSabah yang sering menyerang beliau dengan pelbagai cara.

Inilah tindakbalas dari seorang tokoh politik Sabah yang hampir setiap 3 jam,akan disebut-sebut namanya di FaceBook oleh pihak lawan dan juga seteru politiknya.

Dari tinjauan yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu,nama Gapari sememangnya sering meniti dari bibir ke bibir dan dari hujung jari ke hujung jari para netizen.

Dia seorang yang bertubuh kecil dan sederhana tetapi entah mengapa dia begitu digeruni oleh ramai pengamal politik yang lain samada yang masih baru berjinak mahupun yang sudah tua bangka dalam politik Sabah.

Menghadapi Gapari dan auranya yang tersendiri telah berjaya membuatkan ada yang tidak lena tidur,ada yang tak lalu selera,ada yang sakit hati,malah sangat membenci bagaikan Gapari ini berhutang dengannya 10 ringgit.

Semua lipatan seluar dan singlet Gapari terasa ingin mereka singkap dan lihat keburukannya lalu di buat pengkisahan yang macam-macam,demi memuaskan nafsu politik dan kebencian mereka terhadap Gapari ini.

'Gapari'...Itu nama yang digunapakai oleh mereka di MedSos sebagai mengelakkan dari menyebut nama,Jeffrey Kitingan atau sebutan beradab Yang Berhormat Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

Apa yang anehnya dengan Gapari ini ialah,sifat tidak melawan terhadap segala serangan peribadi ke atasnya malah di sambut dengan senyuman dan ketawa sahaja.

Apakah di dalam hati Gapari itu ada menyebut "Betapa bodohnya dia," kepada penulis-penulis MedSos yang menyerangnya ?

Atau.."Mulau" ?

Atau.."Tuhan Maha Mengetahui" ?

Rasanya,Gapari mungkin berfikiran positif sahaja kerana jika dia menjawab semua hinaan dan tohmahan itu,pasti saja dia 'tergolong' dalam golongan-golongan yang bodoh kayu.

Seorang ahli politik matang dan tidak bertindak melulu adalah seorang pengamal politik yang waras,itu barangkali yang boleh kita terjemahkan mengenai diri Gapari ini kerana sikapnya yang cool dan bersahaja tanpa mahu melenting sedikitpun apabila di serang bertalu-talu setiap hari.

Inilah sebahagian daripada sepak terajang politik jika anda ingin belayar di samuderanya kerana 'umur setahun jagung' belum tentu mampu mengharungi setiap liku jeram dan ombak badai yang melanda.

Ada sebilangan dari kita yang ingin terjun ke dunia politik tetapi kurang 'tahan tukul' malah mudah 'koyak tisu' bila di terjah 'ombak sepoi-sepoi bahasa',sekalipun.

Apabila ini terjadi,akan wujudlah sifat Gangsterisme atau tayang siapa lebih kuat kalau bertumbuk di dalam parti.

Alangkah bingainya sikap begitu jika di bawa masuk dalam politik kerana anda perlu ketahui juga bahawa setiap Filem Gangster pun,pasti ada babak jiwa sentimental dan fikiran matang untuk menjadikan plot filem itu memberikan kesan kepada penonton.

Kebodohan paling nyata yang sering tertayang di dalam skrin politik hari ini ialah sikap 'Ngedor',cakap besar dan penipuan semata-mata untuk menunjukkan dirinya lebih ampuh dan powerful.

Bodohkah kita jika kita amalkan politik ugut-mengugut ? ..Lawan orang atasan ?

Budaya politik begini bakal menemui jalan hancur malah tentu sekali kalian akan tergolong dalam golongan-golongan Politik Kelas Bawahan dan hancing.

Jadikan Musuh Kita sebagai Sahabat...Jangan cari musuh dalam politik. 

Sunday, July 5, 2020

'KERAJAAN PENGUMUMAN' : RAHMAN  


KOTA KINABALU : Apa sudah jadi kepada pengumuman demi pengumuman kerajaan Warisan sejak mereka menjadi kerajaan?

Mungkin ramai yang lupa. Izinkan saya senaraikan sebahagian daripada pengumuman tersebut. 

28.09.18 -> RM2 bilion pelaburan dari China, 3,000 peluang pekerjaan. 

27.03.19 -> RM13 bilion pelaburan oleh Burel Industries Sdn Bhd, Petrochemical Plant di POIC Lahad Datu

24.04.19 -> RM20 bilion MOU ditandatangani bersama oleh Ketua Menteri dan Gabenor Jiangxi, pelaburan hartanah dan industri berasas kaca dan sebagainya.

17.04.19 -> RM5.2 bilion landasan keretapi sepanjang 175km dari Kota Kinabalu ke Kudat.

04.05.19 -> RM3 bilion pelaburan oleh Yayasan Sabah dan pelabur China untuk industri pembuatan kaca.  

03.07.20 -> Apakah pengumuman projek RM7 bilion projek di Meruntum, Lok Kawi dan pelaburan RM350 juta di Oceanus akan berdepan dengan nasib yang sama?

Sementara kita berbincang mengenai status pengumuman demi pengumuman oleh kerajaan Warisan, elok juga kerajaan Warisan memberi “status update” mengenai beberapa isu-isu tertunggak yang lain. Antaranya:

-Pengumuman pembinaan Pelabuhan air dalam di Kudat

-Pengumuman pembinaan Kluster Pembuatan Perabut di POIC Sandakan

-Pertikaian undang-undang antara kerajaan Warisan dan Prestasi Pelangi mengenai syarat-syarat tambahan konsesi balak

-Pertikaian undang-undang kerana keputusan kerajaan Warisan membatalkan penamatan kontrak konsesi air

-Pertikaian undang-undang mengenai penamatan kontrak perkhidmatan CEO-CEO yang mengetuai GLC kerajaan negeri.      

(Tiga isu terakhir diatas adalah isu undang-undang dan boleh membawa kesan kewangan besar kepada kerajaan negeri jika kerajaan di dapati bersalah.)

Saya harap kerajaan Warisan selesaikan dulu pengumuman demi pengumuman projek terdahulu sebelum projek Meruntum diteruskan dan akhirnya tanah Yayasan Sabah yang bernilai ratusan juta akan terikat, tersangkut dan terjebak dalan pertikaian undang-undang dengan syarikat swasta tersebut untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang.

Yang rugi nanti Yayasan Sabah dan rakyat Sabah. 

Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
Ketua UMNO Sabah
Bahagian Tuaran
-
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

05.07.20

Friday, July 3, 2020

KENYATAAN MEDIA 3 Julai 2020  

MASALAH BANJIR DI KOTA BELUD, AHLI PARLIMEN JANGAN "TIDUR"?  


KOTA BELUD: Kelab Belia Transformasi Keranjangan (KBTK) mendakwa Ahli Parlimen (MP) Kota Belud, Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis gagal berjalankan tanggungjawabnya  menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda daerah itu.

Pengerusinya, Datu Nasrul Datu Mastar berkata, sebagai Wakil Rakyat Isnaraissah Munirah sepatutnya berusaha mencari jalan mengatasi masalah banjir yang kerap melanda Kota Belud.


Katanya, dalam tempoh hampir 2 tahun sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Malaysia, Munirah sepatutnya memastikan Kerajaan Persekutuan dan negeri telah melaksanakan projek menangani masalah banjir di daerah itu.

"Kami berasa kesal dan kecewa dengan MP Kota Belud, kerana gagal menjalankam tanggungjawab yang telah diamanakan oleh rakyat yang telah memilihnya.

"Sampai bila kami perlu berada dalam keadaan risau  dan bimbang akan banjir setiap  kali musim hujan? Inilah persoalan yang ditanya oleh rakyat Kota Belud terutama ahli-ahli KBTP ", kata Datu Nasrul dalam kenyataan hari ini.


Beliau mengulas kejadian banjir yang sering melanda Kota Belud sehingga menyebabkan kerugian besar kepada penduduk kampung disebabkan kerosakan tanaman, rumah dan kemudahan asas yang lain.

Katanya, persoalan itu timbul ekoran kejadian banjir besar yang telah melanda daerah Kota Belud sekali lagi pada Sabtu lalu.

"Kami penat mengharungi situasi seperti ini, kami juga perlu masa untuk mencari nafkah untuk keluarga.

"Banjir yang sering melanda kebanyakan kawasan di Kota Belud, bukan sahaja menyebabkan ahli-ahli persatuan  dan rakyat hilang punca pencarian, malah terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap tahun.

"Rakyat di Kota Belud juga sedar dan tahu bahawa sejak gempa bumi pada tahun 2015, sungai di daerah ini sudah menjadi cetek dan kecil akibat mendapan yang serius sehingga menyebabkan fenomena banjir", tegasnya.


Datu Nasrul berkata, pelbagai inisiatif dan cadangan telah dirancang oleh Kerajaan terdahulu, termasuk janji-janji daripada pihak-pihak berwajib, namun keadaan ini masih berlarutan sehingga kini.

Justeru, KBTB menggesa Munirah agar "BANGUN DARI TIDUR" dan bertindak secara positif bersama Kerajaan Negeri dibawah pimpinan parti Warisan, segera menyelesaikan masalah banjir di Kota Belud yang sehingga kini masih tiada kesudahan.

"Rakyat tidak mahu mendengar alasan demi alasan yang akan diberikan, termasuk status Ahli Parlimen kini adalah pembangkang di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana beliau pernah memegang portfolio Timbalan Menteri Persekutuan", tambahnya.

Sunday, June 28, 2020

Calon PM ke-9
SHAFIE PERLU UNDUR DIRI SEBAGAI KM SABAH SEBELUM 12 JULAI : YONG   

Kota Kinabalu, Ahad, 28 Jun 2020


Datuk Shafie Apdal sebagai Calon Perdana Menteri mempunyai masa sehingga Ahad 12 Julai untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kerana cadangan kepada Shafie untuk menjadi Perdana Menteri memenuhi tarikh akhir pada Isnin 13 Julai, ketika Parlimen bersidang.

Sekiranya Shafie berjaya, dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9. Dan partinya akan mencalonkan mana-mana pemimpin untuk menjadi CM Sabah. Tetapi jika dia gagal menjadi Perdana Menteri, maka dia tidak lagi boleh memeggang jawatan Ketua Menteri Sabah kerana kerosakan teruk pada kedudukan dan keberkesanannya sebagai Ketua Menteri. Dia harus mengundurkan diri daripada membebankan dirinya dan menjadi liabiliti berat kepada rakyat Sabah.

Sekiranya dia berkeras untuk terus menjadi Ketua Menteri Sabah setelah gagal dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri negara ini, maka Shafie akan mengheret Sabah menjunam bersamanya. Dengan kemelesetan ekonomi yang menimpa kita, kesan buruk akibat perlakuan Shafie sebagai Ketua Menteri tidak dapat dibayangkan bagi rakyat biasa di Sabah. Dia harus meletakkan jawatan untuk mengambil tanggungjawab politik kerana menjadi beban serius bagi Sabah. Ingatlah, seperti apa yang berlaku sekarang, pentadbiran Sabah sudah longlai tidak berfungsi. Manakala Adun PKR, termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri, di Sabah harus melepaskan jawatan kabinet mereka kerana tindakan Shafie  Ketua Menteri mereka, menyaingi Presiden PKR, Anwar Ibrahim, untuk jawatan Perdana Menteri.


Shafie kini bermain "Last card" dalam usaha terakhir untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan untuk menjadi Perdana Menteri sendiri. Shafie, tahu bahawa, jika dia gagal, dia tidak boleh dan tidak akan mungkin kembali sebagai Ketua Menteri. Shafie, pernah menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia dan menteri persekutuan selama bertahun-tahun sebelum ini, mengetahui kepentingan permainan kuasa persekutuan. Ini adalah masalah menang atau kalah, bunuh atau terbunuh.

Dengan menjadi penyerang yang provokatif terhadap Perdana Menteri, Shafie telah membakar semua jambatan, menjerumuskan dirinya sendiri dan menggambarkan dirinya tidak mampu melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Menteri. Satu-satunya pilihan yang ada baginya ialah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan mengambil kedudukannya sebagai pemimpin pembangkang di peringkat nasional.

Shafie sebagai Calon PM bukan satu jenaka

Bercanggah dengan komen pemimpin Sarawak, James Masing, Shafie untuk Perdana Menteri bukanlah satu jenaka. Parti Shafie sendiri, dan DAP Sabah, keduanya langsung menyuarakan sokongan terhadap tawaran Shafie untuk jawatan Perdana Menteri.

Selanjutnya, Dr Mahathir mendedahkan bahawa mesyuarat pada 25 Jun yang memutuskan untuk mencalonkan Shafie sebagai PM diadakan di Rumah Sabah di Kuala Lumpur. Shafie adalah tuan rumah mesyuarat yang turut dihadiri pemimpin DAP dan Amanah. Ini menunjukkan bahawa Shafie sangat mengetahui rancangan Dr. Mahathir untuk mencalonkannya sebagai calon Perdana Menteri. Bagaimanapun, kelihatannya Dr Mahathir dan Shafie bergilir-gilir untuk saling menamakan mereka sebagai Perdana Menteri.

Selain Rumah Sabah, seperti yang dilaporkan, ada desas desus mengatakan mengenai jet peribadi Sabah Air dan kemudahan kerajaan Sabah yang lain digunakan dalam plot menjatuhkan Perdana Menteri. Penggunaan aset dan sumber kerajaan Sabah untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan mendatangkan kesan buruk. Repleksi serius yang akan diterima dan ditanggung oleh rakyat Sabah pada masa yang akan datang, sekiranya Shafie kekal sebagai CM Sabah setelah gagal merebut jawatan Perdana Menteri.


Siaran Media oleh :

Datuk Yong Teck Lee
Bekas Ketua Menteri

Saturday, June 27, 2020

Siaran akhbar

YONG: SELAMATKAN SABAH DARI MUFLIS

Kota Kinabalu, Sabtu, 27 Jun 2020


Kesukaran yang dihadapi oleh Kolej Universiti Yayasan Sabah (KUYS) adalah bibit permulaan dari apa yang akan berlaku seterusnya kepada Kerajaan Sabah sekiranya pentadbiran Sabah pimpinan Warisan ketika ini dibenarkan untuk meneruskan ketidakcekapan dan kebodohan politiknya. KUYS baru sahaja mengumumkan pemotongan gaji dan waktu kerja kerana masalah kewangan.

Kerajaan Sabah menuju kebankrapan kewangan sekiranya tidak ada tindakan yang dilakukan untuk menyelamatkan Sabah. Ketidakcekapan pentadbiran Sabah dan kegagalan terang-terangan untuk menangani kejatuhan ekonomi akibat Covid-19 di tengah-tengah pemimpin kerajaan Sabah pula merancang secara melulu untuk menjatuhkan Perdana Menteri telah mewujudkan gelora krisis ekonomi yang sempurna di Sabah.

Persengketaan  Anwar-Mahathir dan pakatan yang dipimpin Warisan berpecah

Merumuskan salah urus ekonomi, pemerintah Sabah yang dipimpin Warisan dilumpuhkan oleh ledakan yang penuh dengan konflik dalaman Parti Warisan. Pakatan politik yang dipimpin Warisan pada dasarnya cacat kerana Parti Warisan mahu Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri ke-9 manakala PKR mahukan Presidennya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Konflik yang begitu sengit di peringkat tertinggi antara PKR dan Warisan akan memecahkan pakatan Warisan-PKR di Sabah.


Pendapatan Sabah kekurangan komitmen

Dari segi kewangan, pendapatan Sabah pada tahun ini akan berkurangan daripada sudut komitmen kewangannya. Berdasarkan Bajet 2020 yang diluluskan oleh Dewan Undangan pada November lalu, pendapatan untuk tahun ini dianggarkan berjumlah RM4,192 juta berbanding perbelanjaan RM4,143 juta, meninggalkan lebihan hanya RM49 juta.

Kedua-dua pakej bantuan Covid-19 yang diumumkan pada 25 Mac dan 18 Jun, berjumlah RM910 juta. Ini telah menenggelamkan lebihan kecil tersebut, menjadikan defisit sebanyak RM806 juta.

Semua sumber pendapatan utama Sabah dijangka turun. Sebagai contoh, disebabkan oleh peningkatan pengeluaran dan harga yang lebih rendah, royalti petroleum dijangka turun dari jumlah yang dianggarkan berjumlah RM1,700 juta menjadi hanya RM1,100 juta. Begitu juga, cukai jualan Minyak Sawit Mentah diunjurkan turun dari RM852 juta kepada RM600 juta. Kerana pembangunan yang terencat, percukaian tanah (anggaran RM300 juta) akan turun menjadi sekitar RM200 juta. Item besar yang terjejas adalah pendapatan air (turun dari RM305 juta hingga RM250 juta), cukai jualan permainan (turun dari RM60 juta hingga RM30 juta) dan cukai eksport makanan laut (dari RM10 juta hingga sifar). Bahagian 50% daripada cukai pelancongan persekutuan akan diabaikan.

Penurunan pendapatan ini meningkat sehingga RM1,047 juta. Jika defisit RM806 juta ditambah dengan penurunan pendapatan ini, bermakna Perbendaharaan Sabah akan menghadapi defisit sebanyak RM1,853 juta. Dan ini mengambil kira andaian bahawa keseluruhan sumbangan persekutuan yang dianggarkan berjumlah RM463.00 juta telah diturunkan kepada Sabah. Ingat, Sabah bukan lagi sekadar "negara pembangkang". Sebaliknya, kerajaan Sabah kita telah menjadikan Sabah sebagai "negeri musuh" yang secara agresif berusaha menjatuhkan Kerajaan Persekutuan PN.

Bagaimana Sabah akan mendapatkan insentif dan faedah dari Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (Penjana) dari Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan sekarang?

Dari segi perbelanjaan, emolumen Sabah (gaji penjawat awam dll) meningkat sehingga RM739 juta. Perbelanjaan berulang adalah RM1,495 juta. Kedua-dua item ini telah mengambil 70% daripada pengurangan bajet pasca-Covid-19 yang merupakan satu situasi yang sangat membimbangkan.


Sabah musnah jika tidak kerana rizab RM4 bilion 2017

Seperti seekor burung unta yang menguburkan kepalanya di bawah pasir, menteri-menteri Warisan berusaha menyangkal kenyataan kewangan yang nyata dan akibat dari kegagalan dan kebodohan politik mereka.

Sebenarnya, jika tidak kerana rizab RM4 bilion yang dibawa dari tahun 2017, kerajaan Sabah sudah pasti akan hancur. Menurut Bendahari Negeri pada Januari tahun lalu (2019), kerajaan Sabah mempunyai rizab kewangan sebanyak RM4 bilion pada tahun 2017. Berapa banyak baki yang tinggal sekarang?

Datuk Yong Teck Lee
Bekas Ketua Menteri, Bekas Menteri Kewangan, Presiden SAPP

(Rujukan dilampirkan: Ucapan Belanjawan 2020, 15 November 2020)
(Rujukan: Rizab negara pada RM4 bilion yang sihat, Daily Express, 29 Januari 2019)