"KAMU TAKUT STAR KAH ?" KATA GAPARI
Kamu takut StarSabah kah ? Soal Jeffrey Gapari Kitingan apabila di minta mengulas tentang komentar-komenter dari lapisan netizen di MedSos sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam satu pertemuan singkat lewat petang tadi.
Beliau tersenyum apabila diajukan soalan demikian dan sedikit tertawa,mungkin kerana geli hati dengan gelagat sebilangan CyberTrooper Anti StarSabah yang sering menyerang beliau dengan pelbagai cara.
Inilah tindakbalas dari seorang tokoh politik Sabah yang hampir setiap 3 jam,akan disebut-sebut namanya di FaceBook oleh pihak lawan dan juga seteru politiknya.
Dari tinjauan yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu,nama Gapari sememangnya sering meniti dari bibir ke bibir dan dari hujung jari ke hujung jari para netizen.
Dia seorang yang bertubuh kecil dan sederhana tetapi entah mengapa dia begitu digeruni oleh ramai pengamal politik yang lain samada yang masih baru berjinak mahupun yang sudah tua bangka dalam politik Sabah.
Menghadapi Gapari dan auranya yang tersendiri telah berjaya membuatkan ada yang tidak lena tidur,ada yang tak lalu selera,ada yang sakit hati,malah sangat membenci bagaikan Gapari ini berhutang dengannya 10 ringgit.
Semua lipatan seluar dan singlet Gapari terasa ingin mereka singkap dan lihat keburukannya lalu di buat pengkisahan yang macam-macam,demi memuaskan nafsu politik dan kebencian mereka terhadap Gapari ini.
'Gapari'...Itu nama yang digunapakai oleh mereka di MedSos sebagai mengelakkan dari menyebut nama,Jeffrey Kitingan atau sebutan beradab Yang Berhormat Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.
Apa yang anehnya dengan Gapari ini ialah,sifat tidak melawan terhadap segala serangan peribadi ke atasnya malah di sambut dengan senyuman dan ketawa sahaja.
Apakah di dalam hati Gapari itu ada menyebut "Betapa bodohnya dia," kepada penulis-penulis MedSos yang menyerangnya ?
Atau.."Mulau" ?
Atau.."Tuhan Maha Mengetahui" ?
Rasanya,Gapari mungkin berfikiran positif sahaja kerana jika dia menjawab semua hinaan dan tohmahan itu,pasti saja dia 'tergolong' dalam golongan-golongan yang bodoh kayu.
Seorang ahli politik matang dan tidak bertindak melulu adalah seorang pengamal politik yang waras,itu barangkali yang boleh kita terjemahkan mengenai diri Gapari ini kerana sikapnya yang cool dan bersahaja tanpa mahu melenting sedikitpun apabila di serang bertalu-talu setiap hari.
Inilah sebahagian daripada sepak terajang politik jika anda ingin belayar di samuderanya kerana 'umur setahun jagung' belum tentu mampu mengharungi setiap liku jeram dan ombak badai yang melanda.
Ada sebilangan dari kita yang ingin terjun ke dunia politik tetapi kurang 'tahan tukul' malah mudah 'koyak tisu' bila di terjah 'ombak sepoi-sepoi bahasa',sekalipun.
Apabila ini terjadi,akan wujudlah sifat Gangsterisme atau tayang siapa lebih kuat kalau bertumbuk di dalam parti.
Alangkah bingainya sikap begitu jika di bawa masuk dalam politik kerana anda perlu ketahui juga bahawa setiap Filem Gangster pun,pasti ada babak jiwa sentimental dan fikiran matang untuk menjadikan plot filem itu memberikan kesan kepada penonton.
Kebodohan paling nyata yang sering tertayang di dalam skrin politik hari ini ialah sikap 'Ngedor',cakap besar dan penipuan semata-mata untuk menunjukkan dirinya lebih ampuh dan powerful.
Bodohkah kita jika kita amalkan politik ugut-mengugut ? ..Lawan orang atasan ?
Budaya politik begini bakal menemui jalan hancur malah tentu sekali kalian akan tergolong dalam golongan-golongan Politik Kelas Bawahan dan hancing.
Jadikan Musuh Kita sebagai Sahabat...Jangan cari musuh dalam politik.
Saya bangga dgn perjuangan beliau walaupun selalu dikatakan LOMPAT KATAK...apa yg membanggakan sama saya adalah beliau berani mempertahankan perjuangan dia.tidak berubah.bukan seperti mentri2 yg lain..
ReplyDeleteTERUSKAN PERJUANGAN
Deletesudah tiba masanya DDJK buat yang terbaik untuk.lagi pun,sampai bila! Kita sudah terlalu lama Dalam malaysia.kita tidak mahu Sabah Masih di tampuk yang lama.kita tidak mahu terus bertahan Dalam keadaan ini.
DeleteSaya sangat memahami DDJK ini. Dari BTP sehinggala DDJK menjadi wakil rakyat kami sentiasa bersama DDJK khususnya di dun Bingkor amnya di P180 keningau. Beliau seorang hero bagi kami. DDJK orang yg berani untuk kebenaran.
ReplyDeleteTERBAIK
DeleteDDJK,nama yg tidak asing lagi dlm arena politik Sabah. Yg Sya bangga dgn dia ni,perjuangannya cukup mantap dan mampan.tidak pernah berubah corak pertahanannya,sehinggakan tun Mahadhir sumbat dia ke penjara Isa pn masih mampu tersenyum. Dari dulu hingga sekarang perjuangannya tidak pernah berubah. Agendanya menuntut ma63 dan 20 perkara adalah keutamaan baliau. Sehinggakan tun M sendiri pn mengofi fast maniposter politiknya.Sedangkn kerana ma63 le tun M sumbat DDJK di penjara ISA. DDJK adalah yg terbaik buat saya. Hidup DDJK,hidup STARSABAH.������
ReplyDeleteTerimakasih komen saudara...
DeleteYB Datuk Dr Jeffrey Kitingan adalah perintis jalan perjuangan kami di N37 Sook pada mula di tubuhkan Star bersama Sarawak Sabah pada 26/6/2016 sehingga lah ke Starsabah sekarang banyak inti perjuangan yang membakar perjuangan kami demi generasi orang Sabah dan mendapat ilmu untuk menuntut hak hak Orang Sabah yang tidak pernah di dengar dan di utarakan pada pemimpin pemimpin yang lalu atau takut dengan Malaya, atas kesederaan beliau lah membina semula semangat perjuangan hak hak Sabah, ilmu yang kami belajar dari beliau begitu besar dan amat memberi manafaat kepada kami di N 37 Sook dan kini telah pecah dua di N44 Tulid.
ReplyDeleteKami bangga mendapat seorang pemimpin yang bertoleransi, berkeyakinan, pejuang kental dan Ilmu yang sangat tinggi dari sejarah perjuangan tentang hak hala M63, 20 POINT, Atonomi Sabah, Dasar penipuan pemimpin Malaya dahulu, dan Pengurusan yang amat efektif.. Tahniah YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan atas usaha tidak mengenal panat, usia mahu pun kewangan demi perjuangan masa depan Sabah.. 👍 👍 👍