TOBILUNG & IRANUN DUDAR IKRAR SOKONG JEFFREY
Tinjauan Krew Sabah_OnlineNEWS
KOTA BELUD,SABAH : Penyokong StarSabah dari Suku Dusun Tobilung dan Iranun membulat tekad dan muafakat untuk kekal menyokong perjuangan Ketua Pembangkang DUN Sabah,Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, dalam satu pertemuan silaturrahim di Kg. Taburan,kira-kira 20km dari pekan Kota Belud petang tadi.
Sokongan dan dokongan itu disuarakan secara muafakat oleh wakil suku kaum masing-masing di JDM Dudar,dalam Program Santai Bersama Timbalan Presiden merangkap Ketua Penyelaras Parlimen P169 Kota Belud,Sdr.Jalumin Bayogoh.
Ketua Pembangkang DUN Sabah |
Menurut mereka semasa sesi dialog terbuka di akhir program berkenaan,masyarakat Tobilung dan Iranun yang kebanyakannnya menghuni di kawasan JDM Dudar ini termasuklah suku kaum Bajau dan suku-suku lain,melafazkan ikrar untuk terus berada di dalam StarSabah pimpinan Presiden nya Datuk Dr Jeffrey meskipun parti ini di anggap terlalu kecil pada pru14 yg lalu.
Menurut Ketua JDM Dudar,Sdr.Masangkin,hari ini,perjuangan dan semangat itu diteruskan lagi dengan jajaran yang lebih besar kerana penyertaan keahlian bagi DUN Pintasan,kini mencecah lebih 5,000 keahlian.
"Dengan keahlian parti StarSabah,lebih 5 ribu di DUN Pintasan jumlahnya,kita menjangkakan bahawa dalam tempoh terdekat ini kelak,keahian StarSabah boleh mencecah 8,000 ahli dari suku Dusun,Iranun,Bajau dan suku-suku lain di kawasan ini," katanya.
Jalumin pula dalam ucapannya turut menyentuh soal ikatan silaturrahim yang sekianlama terjalin antara StarSabah dan juga para penduduk kawasan itu telah memungkinkan penyertaan yang luarbiasa terhadap parti itu apatah lagi pada ketika mereka mula hilang kepercayaan pada prinsip perjuangan parti-parti lain.
"Star akan terus mendekati rakyat di kawasan Parlimen Kota Belud ini dari masa ke semasa walaupun ketika ini,kita masih di dalam blok pembangkang di peringkat negeri.
Sejak dahulu lagi,meskipun Star di lihat sebagai parti kecil,komitmen kita terhadap kebajikan para penyokong kita di semua kawasan di Sabah tetap berjalan dengan begitu aktif sehinggalah kini,kita dapat menyaksikan kemasukan beramai-ramai ke dalam StarSabah di seluruh negeri.
Ini disebabkan kerana Star parti konsisten dalam perjuangan,tidak pernah goyah dari matlamat asal iaitu membela nasib Orang Asal Sabah dan MA63," jelas beliau dalam ucapannya di majlis tersebut.
Turut hadir menyampaikan ucapan ialah Sdr.Ir.Awang Saleh Hj.Makmud serta Timbalan Ketua StarSabah DUN Pintasan,Sdr.George.
Pintasan yang mempunyai jumlah pengundi seramai lebih 12,000 Orang (2019) kini merupakan sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri N08 di persempadanan semula kawasan pilihanraya negeri Sabah.
Terdapat 13 kerusi baharu diperuntukkan bagi Negeri Sabah yang antaranya N02 Bengkoka (Kudat),N06 Bandau (Kota Marudu),N08 Pintasan (Kota Belud),N13 Pantai Dalit (Tuaran),N17 Darau (Sepanggar),N24 Tanjung Keramat (Putatan),N27 Limbahau (Papar),N44 Tulid (Pensiangan),N47 Telupid (Beluran),N51 Sungai Manila (Libaran),N58 Lamag (Kinabatangan),N61 Segama (Silam) dan N70 Kukusan (Kalabakan).
No comments:
Post a Comment