ANAK JATI SABAH TERUS SOKONG PERJUANGAN OAS : JAPIRIL
Oleh : Sam Hj.Othman
Japiril Suhaimin |
KUNDASANG : Anak-anak pribumi Sabah akan terus menyokong setiap perjuangan Orang Asal Sabah (OAS) samada ianya di buat secara berkumpulan (NGO) ataupun secara individu.
Aktivis OAS,Japiril Suhaimin melahirkan rasa sukacita dengan kesinambungan perjuangan beberapa NGO dan individu yang terus-terusan memperjuangkan tuntutan Hak-Hak OAS serta mempertahankan bumi Sabah Tanahair Tumpah Darah ini.
"Sejak dahulu lagi,kita tidak pernah berhenti untuk terus berjuang dan bersuara di mana-mana sahaja demi untuk mempertahankan hak-hak kita sebagai pribumi asal di Sabah ini.
Ianya tidak mengira siapapun memerintah dan kerajaan bertukar tampuk,hak-hak Sabah perlu terus diperjuangkan dan disuarakan hingga apa yang kita tuntut itu tercapai.
Memang benar ianya mengambil masa yang agak panjang dan berbagai dugaan serta cabaran dihadapi tetapi semangat untuk perjuangan itu tidak pernah sesekalipun luntur," jelas Japiril kepada Sabah_OnlineNEWS di sini.
Menurutnya,anak-anak muda belia perlu sedar dan menerima perjuangan ini kerana ianya melibatkan maruah OAS dan masa depan anak-anak cucu cicit kita di Sabah.
"Secara peribadi,saya mengikuti perkembangan Aktivis Sabah Dato' Verdon Bahanda dari semasa ke semasa dan menyifatkan bahawa beliau itu seorang yang kental semangat kerana sanggup berjuang seorang diri (tidak melalui Ngo).
Apatah lagi apabila sering di ancam dengan ugutan bunuh,premis bangunannya di simbah cat dan berbagai fitnah serta tohmahan di Media Sosial memperkecil-kecilkan perjuangan Verdon.
Verdon Bahanda |
Ini sepatutnya tidak berlaku kerana dari berita yang kami ketahui,tentangan itu sendiri datang dari kalangan OAS yang terlalu taksub dengan agenda politik masing-masing," ujarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden SAPP.
Parti SAPP dibawah pimpinan mantan Ketua Menteri Sabah,Datuk Yong Teck Lee sendiri merupakan salah seorang dari pejuang menuntut hak-hak milik Sabah sejak dahulu malah kata Japiril lagi,Yong akan bertindak untuk menjadi pengkritik kepada dasar-dasar kerajaan yang rasanya tidak betul dan tidak memenuhi aspirasi rakyat jelata.
"Suatu hari kelak,saya tidak menolak kemungkinan untuk menggabungkan kesemua aktivis-aktivis Sabahan ini bagi memperkukuhkan lagi tuntutan memartabatkan maruah OAS ini yang nyata sekali sedang diperkotak-katikkan oleh perleluasan kehadiran Pendatang Tanpa Izin (PTI) dari beberapa negara.
Penempatan Setinggan |
Banyak sekali kita lihat kemunculan rumah-rumah baharu di kawasan milik kita dan tanah rezab kerajaan sehingga timbulnya isu jenayah,kekotoran,penyambungan haram tenaga elektrik dan air dan banyak lagi.
Kita semua tahu apa puncanya lambakan warga asing haram ini semakin menjadi-jadi sejak setahun dua ini dan kita harus terus kukuh menyuarakan kehendak kita sebagai OAS demi menyelamatkan maruah dan tanahair kita sendiri," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment