'KERAJAAN PENGUMUMAN' : RAHMAN
KOTA KINABALU : Apa sudah jadi kepada pengumuman demi pengumuman kerajaan Warisan sejak mereka menjadi kerajaan?
Mungkin ramai yang lupa. Izinkan saya senaraikan sebahagian daripada pengumuman tersebut.
28.09.18 -> RM2 bilion pelaburan dari China, 3,000 peluang pekerjaan.
27.03.19 -> RM13 bilion pelaburan oleh Burel Industries Sdn Bhd, Petrochemical Plant di POIC Lahad Datu
24.04.19 -> RM20 bilion MOU ditandatangani bersama oleh Ketua Menteri dan Gabenor Jiangxi, pelaburan hartanah dan industri berasas kaca dan sebagainya.
17.04.19 -> RM5.2 bilion landasan keretapi sepanjang 175km dari Kota Kinabalu ke Kudat.
04.05.19 -> RM3 bilion pelaburan oleh Yayasan Sabah dan pelabur China untuk industri pembuatan kaca.
03.07.20 -> Apakah pengumuman projek RM7 bilion projek di Meruntum, Lok Kawi dan pelaburan RM350 juta di Oceanus akan berdepan dengan nasib yang sama?
Sementara kita berbincang mengenai status pengumuman demi pengumuman oleh kerajaan Warisan, elok juga kerajaan Warisan memberi “status update” mengenai beberapa isu-isu tertunggak yang lain. Antaranya:
-Pengumuman pembinaan Pelabuhan air dalam di Kudat
-Pengumuman pembinaan Kluster Pembuatan Perabut di POIC Sandakan
-Pertikaian undang-undang antara kerajaan Warisan dan Prestasi Pelangi mengenai syarat-syarat tambahan konsesi balak
-Pertikaian undang-undang kerana keputusan kerajaan Warisan membatalkan penamatan kontrak konsesi air
-Pertikaian undang-undang mengenai penamatan kontrak perkhidmatan CEO-CEO yang mengetuai GLC kerajaan negeri.
(Tiga isu terakhir diatas adalah isu undang-undang dan boleh membawa kesan kewangan besar kepada kerajaan negeri jika kerajaan di dapati bersalah.)
Saya harap kerajaan Warisan selesaikan dulu pengumuman demi pengumuman projek terdahulu sebelum projek Meruntum diteruskan dan akhirnya tanah Yayasan Sabah yang bernilai ratusan juta akan terikat, tersangkut dan terjebak dalan pertikaian undang-undang dengan syarikat swasta tersebut untuk berpuluh-puluh tahun yang akan datang.
Yang rugi nanti Yayasan Sabah dan rakyat Sabah.
Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
Ketua UMNO Sabah
Bahagian Tuaran
-
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
05.07.20
No comments:
Post a Comment