Friday, November 29, 2019


PERTANIAN,SUKAN DAN PELANCONGAN PERLU DI PERTINGKAT DI MATUNGGONG : VERDON  

Dato' Verdon Bahanda  
MATUNGGONG,KUDAT : Daerah kecil Matunggong boleh membangun dalam sektor pertanian dan dan berpotensi besar dalam industri pelancongan jika kedua-dua sektor ini diberikan perhatian dan sekaligus dipertingkat pembangunannya oleh kerajaan.

Usahawan Terkemuka Sabah,Dato’ Verdon Bahanda menggariskan dua pelan ini sebagai satu rujukan dalam usaha kerajaan membangunkan Matunggong menjadi salah satu lokasi pelancongan dunia dan pertanian sebagai produk pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat.

“Matunggong yang majoriti penduduknya terdiri dari masyarakat Rungus,bukanlah asing dalam dunia pelancongan dan ianya merupakan salah sebuah lokasi tumpuan para pelancong luar dan dalam negara setiap hari.

Begitu jua dengan industri pertanian,sebahagian Matunggong ini ditanami kelapa sawit,getah dan tanaman kontan atau produk pertanian kampung.

Apa yang diperlukan oleh Matunggong ialah suntikan pembangunan khususnya dari segi infrastruktur dan prasarana supaya kedua-dua sektor ini mampu bergerak seiring dan lebih berkesan lagi pada masa akan datang,” katanya dalam satu temubual Segmen Secawan Kopi bersama Sabah_OnlineNews di Market Tokow,Matunggong baru-baru ini.


Menurut beliau lagi,masyarakat Rungus yang terkenal dengan tenunan manik,sulaman,pembuatan gong dan parang sudah sekianlama dikenali manakala rumah-rumah tradisi suku kaum Rungus perlu penjagaan rapi bagi menarik lebih ramai pelancong singgah.

“Kerajaan perlu mempertingkat sistem jalanraya di daerah ini bagi kemudahan awam dan pelancong yang datang kerana sistem jalanraya yang ada kini agak tidak memuaskan terutamanya bagi kenderaan rendah dan kecil.

Kemudahan jalanraya sangat penting bagi menghubungkan setiap kampung di Matunggong dan juga sangat penting bagi kemudahan kenderaan pelancongan pergi dan balik ke lokasi yang ingin mereka kunjungi di sini.

Bagi penduduk kampung pula,jalanraya sangat diperlukan bagi mengangkut hasil-hasil pertanian dan keperluan lain,” katanya lagi.

Menyentuh soal kepembangunan belia di kawasan tersebut,Verdon turut mencadangkan kepada kerajaan agar membantu golongan belia ini menerokai bidang pertanian moden memandangkan ruang pekerjaan lain begitu terhad buat masa ini.

Katanya,kerajaan menerusi agensi-agensi tertentu perlu membawa masuk siri kursus pertanian moden untuk diperkenalkan di kawasan ini bukan sahaja untuk industri pertanian moden tetapi juga siri penjanaan pendapatan penduduk kampung yang melibatkan sektor pelancongan,kreativiti dan sebagainya dan apabila kemahiran-kemahiran sebegini diperkenalkan serta diberikan panduan yang intensif,sudah tentu mampu mengekang penghijrahan belia ke bandar sekaligus juga akan mampu menjana ekonomi penduduk setempat.

“Kecenderungan bersukan juga boleh memberikan impak yang besar dalam pembentukan belia yang progresif,aktif dan sihat.

Jika di bandar-bandar besar,belia atau remaja terdedah kepada permainan gajet yang canggih tetapi di luar bandar seperti Matunggong ini,sukan menjadi tumpuan utama kepada mereka dan inilah yang harus kita pandang serius supaya hobi dan minat mereka itu mendapat sokongan.

Prasarana sukan merupakan salah satu cara kita memberikan sokongan terhadap minat para golongan belia ini dengan harapan,Matunggong akan melahirkan jaguh-jaguh sukan negara suatu ketika nanti,” ujarnya lagi.


Karnival Bola Sepak Bawah 12 tahun bakal dilancarkan pada 7 Disember 2019 ini sempena Perasmian Kelab Bola Sepak Matunggong Bersatu (MUFC-The Black Rhinos) oleh Dato’ Verdon Bahanda selaku penaung kelab berkenaan.

SABAHitz_On9TV akan membuat siaran langsung FBLIVE pada hari pelancaran sebagai Media Penyiar dan eksklusif dijanakan bersama Yayasan Verdon Bahanda.

Krew Sabah_OnlineNEWS juga turut di bawa melawat tapak perasmian dan padang bolasepak sintetik yang bakal dirasmikan untuk kegunaan kelab serta para belia setempat nanti.

JUMPA DI MATUNGGONG PADA 7 DIS 2019 !!

Monday, November 25, 2019

KENYATAAN MASIDI IBARAT LUPA ASAL USUL : JAINAB  


Kota Kinabalu : Jangan lupa asal usul dan jangan lupa daratan,ujar Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid terhadap pemimpin-pemimpin PPBM dan mereka yang pernah mengecapi kesenangan semasa kerajaan terdahulu memerintah.

"Ingatlah...Kalian dahulu adalah orang-orang UMNO dan mengecapi kesenangan,kemajuan dan ada yang hidup mewah semasa kerajaan BN yang ditunjangi UMNO memerintah negeri ini.
Kalian juga pernah memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam kabinet Sabah dan sekaligus mengukuhkan karier politik kalian sehingga ke hari ini," kata Jainab.

Menurutnya,bila sudah keluar dari UMNO dan mengkhianati para pengundi di kawasan mereka,kini mereka pula bersuara dengan lantang mengkritik UMNO sedangkan kerusi yang mereka duduki sekarang ini pun dimenangi atas tiket BN-UMNO.

"Kecaman nyata dan berterusan daripada kalangan pemimpin PPBM Sabah ibarat meludah ke langit,tetapi kena muka sendiri...
UMNO Sabah mandiri sejak pengkhianat-pengkhianat seperti mereka ini keluar dari UMNO dan UMNO Sabah terus relevan dari hari ke hari biarpun terpaksa menghadapi dugaan dan kecaman yang datang khususnya daripada bekas-bekas ahli yang berpaling tadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Jainab mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua PPBM Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang menggambarkan bahawa UMNO seolah-olah sebuah parti rasis setelah Muafakat Nasional bersama PAS terjalin.

Masidi dalam laporan sebuah portal kelmarin memberikan kenyataan yang sensitif yang boleh disalah tafsirkan olah rakyat di mana tuduhan terhadap pembentukan Muafakat Nasional tidak sesuai berada di Sabah dan lebih kepada rasis.

"Perlu di ingat bahawa UMNO Sabah akan memiliki autonominya sendiri menjelang beberapa minggu lagi dari sekarang dan UMNO Sabah berpendirian bahawa Muafakat Nasional bersama PAS itu RELEVAN di Sabah yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
UMNO bukan parti rasis kerana Masidi harus sedar dan lebih mengetahui bahawa sejak dahulu lagi,UMNO Sabah bukan saja dianggotai oleh masyarakat muslim semata-mata malah UMNO Sabah terkenal dengan parti bersifat berbilang kaum di negeri ini.

Muafakat Nasional untuk Sabah bukanlah bertujuan untuk keagamaan semata-mata tetapi lebih kepada penyatuan kaum berbilang bangsa dan agama di negeri ini.
Isu rasis dan menyentuh sensitiviti keagamaan yang cuba ditiupkan oleh PPBM Sabah adalah tidak masuk akal dan merupakan tindakan yang bodoh dari lidah seseorang yang bergelar pemimpin," jelas Jainab lagi.

"Kita hairan mengapa UMNO di bidas dengan berbagai tohmahan dan kecaman setelah gagal mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan di Sabah.
Tetapi bagi UMNO Sabah,kenyataan demi kenyataan oleh bekas orang-orang UMNO ini disifatkan sebagai 'ketakutan' apabila mereka sedar bahawa UMNO masih kukuh berdiri,UMNO masih relevan sebagai pilihan rakyat dan rakyat kini semakin ramai yang ingin kembali bersama-sama dengan UMNO setelah janji-janji PRU14 tidak mampu dilaksanakan," katanya lagi.


UMNO Sabah bakal diberikan autonomi bulan depan (Disember 2019) di mana ianya akan menjadikan parti berkenaan mentadbir dan menguruskan sendiri perjalanannya berpandukan kepada tawaran baharu atau 'New Deal' untuk Sabah.

Ini sekaligus merupakan anjakan paradigma parti itu dalam menyantuni rakyat serta negeri secara keseluruhannya berbanding sebelum ini.

"Oleh yang demikian,saya berharap agar serangan politik atau kecaman perlulah dihentikan terhadap UMNO Sabah kerana mereka-mereka yang merupakan bekas pemimpin UMNO itu,apabila membuat tohmahan dan kecaman,seolah-olah terkena juga batang hidung sendiri.

Adalah lebih baik kalian menjaga parti kalian sendiri yang ternyata jauh lebih kucar-kacir dari sudut dalamannya daripada menyerang UMNO....
Semua orang tahu,parti-parti kerajaan sekarang berada dalam situasi retak menanti belah kerana terlalu taksub dan terlalu banyak 'kepala' serta jauh dari istilah permuafakatan.

Orang luar jangan masuk campur urusan UMNO Sabah kerana ia parti yang kini di tadbir dengan baik di bawah kepimpinan baharu yang sejati dan oleh para pejuang yang sebenar," ujar beliau lagi yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia.



Thursday, November 7, 2019


ISU PSS : WANITA UMNO SABAH ULANGI PENDIRIAN TIDAK SETUJU   
Oleh : Sam Hj.Othman   

KOTA KINABALU : Wanita UMNO Sabah tetap berpendirian untuk tidak menyokong pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) atau pun kad-kad seumpamanya kata Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.

Beliau menegaskan bahawa pendirian itu tidak akan berubah kerana pihaknya sudah meneliti setiap sudut dari segala kebaikan,keburukan dan kelemahan pemberian kad tersebut kepada pemegang IMM13,Kad Burong-Burong dan Kad Banci yang ada kini.


“Setiap sudut berkenaan hal ini telah kami perincikan dengan teliti malah kami juga ada melihat pada sudut kebaikannya tetapi ternyata terlalu banyak kesan buruk kami perolehi kerana kelemahan-kelemahan ketara melalui impak atau risikonya lebih menonjol berbanding kebaikannya.
Sumber FMT  

Malah,belumpun reda isu PSS ini,sudah ada pihak tertentu mula mengeluarkan kad pekerjaan bagi pendatang asing yang bekerja di Sabah sehingga berani mencemar institusi perlembagaan kita apabila mereka dengan sewenang-wenangnya meletakkan ‘Warganegara-Sabah’ pada bahagian kewarganegaraan,” jelas Jainab dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Jainab,inilah salah satu kelemahan yang boleh di timbangtara oleh kerajaan dalam isu ini dan jangan pula terlalu fanatik dan melenting bila menilai teguran pihak lain khususnya dari pihak pembangkang kerana setiap dari lapisan masyarakat mempunyai hak untuk menegur selagi ianya demi kebaikan bersama.

“Seperti kenyataan kami tempohari berkenaan bantahan terhadap isu pemberian PSS ini,sekali lagi kami mengulangi kenyataan bahawa pendirian kami tetap untuk tidak menyokong.
Bayangkan apabila tibanya hari-hari dimana para pemilik kad IMM13 dan yang lain diarahkan untuk membuat pendaftaran ke kaunter PSS,akan ramai orang-orang tertentu akan mengambil kesempatan mendaftar sama.

Mereka akan gunakan berbagai cara dan sudah pasti akan ada surat-surat sokongan muncul,malah pihak-pihak tertentu akan muncul lagi sebagai agen-agen khas atau sebagainya,sindiket atau orang tengah akan muncul di sana sini sehingga urusan pemberian kad tidak telus malah akan ada system birokrasi,” katanya lagi.

Menyentuh soal pekerjaan pula,Jainab menegaskan bahawa rakyat Sabah bukan jenis pemalas atau memilih kerja dan tidak berdisiplin tetapi mereka sebenarnya tidak diberikan peluang di negeri ini sehingga ramai yang berhijrah ke semenanjung atau Singapura melalui agen pekerjaan.

“Saya turut tertarik dengan satu kenyataan Menteri Sumber Manusia yang mengatakan sebanyak 600,000 lebih bidang pekerjaan diwujudkan di antara Januari hingga Ogos 2019 tetapi pengisiannya terlalu lembab.
Saya ingin menyoal apakah peratusan pengangguran yang tinggi di negara kita ini tidak mengetahui berkenaan wujudnya jawatan kosong sebesar 600,000 yang diumumkan oleh menteri berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu ?
\
Persoalan ini menjadi perbualan hangat di media-media sosial sehingga netizen menganggap pengumuman tersebut sebagai suatu bahan jenaka kerajaan PH semata,” ujar Jainab yang juga mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.



Saturday, November 2, 2019

KPLB PERLU SUNTIKAN DANA LEBIH BESAR : VERDON  
Oleh Sam Hj.Othman

Verdon Bahanda  
KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) perlu diberikan dana (bajet) yang lebih besar dalam merealisasikan fungsinya kepada pembangunan di kawasan pendalaman Sabah.

Usahawan dan Pemerhati Politik Sabah,Dato Verdon Bahanda berkata,fungsi KPLB seakan tersekat-sekat disebabkan oleh kekurangan suntukan dana manakala pada masa yang sama pula,kerajaan persekutuan hari ini seakan ingin mengecilkan sedikit pola peruntukan khususnya untuk negeri Sabah.

"KPLB ini besar tugasnya dan merupakan sebuah kementerian yang fokus pada kemajuan atau pembangunan di luar bandar selain banyak membantu usahawan-usahawan kecil bangkit menjadi pesaing di persada niaga.
Malah,pada pendapat saya,isu banjir dan pengorekan sungai Tempasuk dan Kadamaian juga boleh disenaraikan di bawah peruntukan KPLB namun seperti yang saya katakan tadi,fungsi KPLB seolah-olah tersekat sedangkan ada sungai-sungai berkenaan berada dalam kawasan DUN menterinya," jelas Verdon ketika bercakap dengan Sabah_OnlineNEWS di sini.

Datuk Ewon Benedick merupakan ADUN Kadamaian dan sungai Kadamaian merentangi kawasan DUN berkenaan menghala ke Tempasuk yang sering meledakkan musibah banjir apa bila musim tengkujuh tiba.

"Saya kenal rapat dengan Ewon (Datuk) dan saya tahu bahawa beliau seorang dedikasi,rajin dan gigih bekerja dalam menjalankan tugas-tugasnya kerana memang itu sikap beliau sebelum bergelar ADUN lagi.
Ewon Benedick  
Sebagai menteri di KPLB,Ewon mungkin serba salah apabila memikirkan soal banjir di Kota Belud kerana mahu atau tidak,beliau juga perlu dipertanggungjawabkan kerana selain berjawatan menteri,Ewon juga ADUN di kawasan tersebut.
Walau bagaimana sekalipun beliau bersuara di peringkat kabinet negeri atau persekutuan,suaranya mungkin kurang mendapat perhatian tetapi saya yakin dan percaya,Ewon tidak akan berdiam diri," tegas Verdon yang juga pernah berada di dalam UPKO suatu ketika dahulu.

"Lebih kurang 70% hingga 80% penduduk Sabah menghuni kawasan pendalaman dan sepanjang Ewon menjadi menteri KPLB,kita boleh saksikan kecemerlangan beliau menangani masalah-masalah yang melibatkan kepembangunan,keusahawan dan kemajuan di kawasan-kawasan yang sudah dikenalpasti seperti Program MESEJ,komuniti,Touch Point dan sebagainya.
Bayangkanlah jika KPLB Sabah diberikan dana yang lebih besar,tentu sekali manfaatnya akan dapat dirasai oleh kalangan rakyat di luar  bandar.
Tetapi malang sekali,dalam Belanjawan Negara 2020 tidak banyak yang diperuntukkan untuk KPLB sepertimana di tahun yang lepas.
Kita berharap jika Belanjawan Negeri Sabah dibentangkan nanti,penumpuan haruslah diberikan lebih kepada keperluan asas rakyat di luar bandar,penstabilan harga komoditi getah dan sawit serta bantuan-bantuan tertentu bagi keluarga-keluarga miskin di seluruh Sabah," ujar beliau lagi.



KOTAKAN JANJI KATA JAINAB  
Oleh Sam Hj.Othman  

KOTA KINABALU: Pihak pembangkang menggesa kerajaan untuk mewartakan 30 buah kampung di kawasan Sepanggar dengan kadar segera seperti yang dijanjikan.

Mantan Wakil Rakyat Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata beliau ingin mengingatkan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman untuk segera mengotakan janjinya bagi mewartakan kampung berkaitan.

Menurut Jainab,isu pewartaan kampung-kampung berkenaan sudah diusulkan pada waktu kerajaan terdahulu dan ianya belum sempat dilaksanakan sebelum PRU14.

''Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan Datuk Azis Jamman agar  menyegerakan  pewartaan kampung yang berkaitan di kawasan Sepanggar seperti yang beliau (Aziz) nyatakan tempohari.

''Ini kerana semua laporan mengenai kampung dan setinggan terbabit  telah didokumentasikan dan dihantar kepada kerajaan. Saya turut menggesa agar beliau mewartakannya seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini,'' katanya.

Semasa masih menjadi ADUN Karambunai dahulu,Jainab dan pemimpin-pemimpin ketika itu telah beberapa kali menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan agensi-agensi terlibat termasuklah pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk menyuarakan segala permasalahan rakyat.


Tan Sri Musa telah diberikan taklimat oleh Dato Seri Abdul Rahman Dahlan,Datuk Yakub khan dan rakan-rakan yang lain di mana akhirnya Ketua Menteri mengumumkan pewartaan Kg.Numbak 1 & 2 sepertimana yang telah telah diumumkan semula Dato Azis baru-baru ini.

Banyak lagi pewartaan kampung-kampung diusahakan ketika itu dalam keadaan berperingkat dengan pelbagai cabaran dihadapi.


Pengujudan kampung-kampung ini di lihat sebagai salah satu alternatif bagi menampung jumlah penduduk di penempatan-penempatan sedia ada dan juga disebabkan perpindahan lokasi akibat kerja-kerja pembesaran sungai dan pembinaan masjid di kampung yang terlibat,” jelas Jainab lagi.

Ketika bergelar ADUN bagi Karambunai,usaha Jainab untuk mewartakan banyak kampung terlaksana seperti Kg.Likas Lama,penambahan bagi Kg.Inanam,Kg.Loqub Baru,Kg.Soang Bok Darau,Kg.Tebobon Baru dan Kg.Selambunan selain berjaya mendapatkan pengiktirafan dari UiTM bagi penduduk Kg.Kuala Menggatal menumpang tanah milik UiTM di Menggatal.

Bagaimanapun kata Jainab lagi,sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri,Dato Azis harus peka kepada isu PTI dan pewartaan kampung-kampung sebegini tidak menolak persepsi rakyat terhadap keterlibatan PTI yang mungkin akan mengambil peluang dan kesempatan.

“Saya yakin,Azis dan kementerian beliau akan memperhalusi serta bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang cuba untuk mendapatkan lot-lot  kediaman yang terdiri dari yang bukan warganegara.


Isu ini menjadi hangat disebabkan istilah ‘setinggan’ itu berkait rapat dengan perumahan haram PTI di mana-mana pun juga dan ianya perlu dipantau dengan lebih terperinci lagi bagi mengelakkan sebarang isu sensitif muncul,” ujarnya lagi.

Azis, dalam satu kenyataan baru-baru ini, turut berkata terdapat pelan penstrukturan semula untuk 18 buah kampung setinggan di Inanam yang kebanyakannya didiami oleh masyarakat KDMR, iaitu Kampung Bambangan (Sobog), Bambangan Baru, Kelingau, Kiang Lama, Perpaduan Keliangau, Kiapad, Kironggu, Maruah / Sumagid  , Natai Telipok, Pangasan, Poring-Poring, Pulau Penampang, Ruminding, Salut, Tampulan, Kebayai / Tamalang, Peniang dan Pinahawon.

kenyataan media secara terbuka  
Hj.Mustapha Hj.Sakmud  02.11.2019  

ASSALAMUALAIKUM WRT DAN SALAM SEJAHTERA  

Berikutan Sedutan Ucapan saya semasa Konvensyen Keadilan baru-baru ini tentang Evolusi Politik Perubahan dengan mengambil contoh kes Kg. Suang Punggur, Kota Belud.

Saya dengan ini MEMOHON MAAF kepada WARGA KG. SUANG PUNGGUR khasnya dan WARGA KOTA BELUD amnya kerana menyentuh isu politik wang yang berlaku semasa saya bertanding di DUN Usukan pada masa itu.

Niat murni saya hanyalah untuk memberi gambaran kepada peserta konvensyen tentang bagaimana evolusi politik perubahan yang berlaku di Kota Belud berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri.

Saya fikir perubahan sudah banyak berlaku dan pada PRU15 pengundi Di Usukan sudah semakin menerima Politik Perubahan ini dengan peningkatan undi yang mendadak berbanding semasa saya dan calon-calon sebelum itu.

Kesimpulan yang saya mahu ialah agar peserta Konvensyen dan rakyat Sabah khususnya dapat menilai pemimpin bukan kerana hartanya semata-mata tetapi perlu menilai kewibawaannya memimpin. Kita mahu supaya ramai pimpinan generasi muda Sabah diketengahkan untuk bersama politik perubahan ini. Mohon dengar keseluruhan ucapan agar contoh yang digunakan dapat diletak dalam kontek yang adil.

Walaubagaimanapun saya mengambilkira sentimen setempat dan sekali lagi MEMOHON MAAF dan akan lebih berhati-hati dalam ucapan-ucapan selepas ini.

Saya juga ambil maklum bahawa Satu Laporan Polis telah dibuat berkaitan isu sedutan ucapan saya semasa Konvensyen Keadilan baru-baru ini.

Pertamanya saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terimakasih atas Laporan Polis ini yang bagi saya Penduduk Kg. Suang Punggur ingin menyatakan kepada umum bahawa politik wang tidak mendapat tempat di kampung tersebut sejajar dengan politik perubahan yg sedang berlaku.

Walaupun saya sudah membuat permohonan maaf secara terbuka seperti posting saya sebelum ini kemungkinan tidak mencukupi. InsyaAllah Team Penyelaras DUN Usukan sedang merancang untuk membuat program di Kg. Suang Punggur dan saya minta agar ucapan permohonan maaf saya nanti di rakam untuk sebaran umum. Untuk keperluan sidang akhbar saya akan meminta peguam saya untuk meneliti cadangan tersebut dari segi undang-undang.

Saya fikir mesej Politik Perubahan yang saya dan Team Keadilan di Kota Belud semakin menarik perhatian ramai. Penafian dan kecaman kepada saya menggambarkan bahawa berlaku kesedaran dikalangan generasi muda terutamanya untuk menolak politik wang. Jika gelombang politik perubahan dan kesedaran ini membesar, saya yakin ini baik untuk Kota Belud dan rakyat boleh menilai pemimpin secara matang.

Inilah mesej penting yang saya mahu bawa ditengah masyarakat. Kita mahu melahirkan rakyat terutama pengundi yang berjiwa merdeka. Kita tidak terikat dengan Pemimpin kerana banyak hartanya tetapi kerana kewibawaan kepimpinannya. Saya tidak kata harta tidak penting tapi kriteria-kriteria lain juga sama penting.

Saya akui dengan sedar kesilapan besar saya apabila menamakan lokasi dan daerah sendiri sebagai contoh. Saya memohon setinggi-hati kemaafan atas kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati dalam siri ucapan selepas ini. Namun saya fikir majoriti rakyat Kota Belud memahami isu ini dan saya minta agar ucapan saya di dengar dari awal sampai akhir supaya dapat memahami mesej yang saya mahu sampaikan.

Akhirnya, saya bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak Polis untuk memberi keterangan selanjutnya tentang ucapan ini dan sekali lagi memohon maaf atas kesilapan menamakan lokasi secara spesifik dalam ucapan tersebut.

Mohon juga agar ahli-ahli Keadilan bertenang dan jangan lari dari fokus seperti yang dirancang. Jangan buat provokasi dan biar saya berdepan sendiri dengan masalah ini.

MUSTAPHA SAKMUD
Ketua Cabang Kota Belud
Merangkap
Timbalan Pengerusi MPN
Parti Keadilan Rakyat
Sabah.

Friday, November 1, 2019

SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN PERLU FOKUS PADA PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI : VERDON   
oleh Sam Hj.Othman   


KOTA KINABALU : Fokus pembangunan sosio ekonomi dalam dan luar bandar,gesa pemerhati politik Sabah,YBhg.Dato' Verdon Bahanda terhadap para pemimpin kerajaan negeri pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Mohd.Shafie Apdal.

Gesaan itu di buat berikutan prestasi lembab kerajaan negeri dalam membangunkan Sabah ke arah yang lebih baik seperti mana yang pernah dilaung-laungkan semasa PRU14 yang lalu.

"Lebih setahun tempoh pemerintahan kerajaan baharu yang memperjuangkan slogan 'Sabah Ubah' sehingga rakyat nekad mengubah tampuk pemerintahan dengan harapan yang tinggi bahawa Sabah akan berganjak dari sebuah negeri terbelakang kepada negeri yang lebih maju lagi.
Kita tidak mahu menyokong sesiapa dalam soal ini....Mandat sudah diberikan hingga membentuk kerajaan jadi,giliran pemimpin-pemimpin ini pula berusaha menunjukkan bahawa 'Sabah Ubah' itu tercapai maksudnya dan bukan hanya sekadar janji-janji kosong semata," ujar beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Sabah_OnlineNews di sini hari ini.

Menurutnya lagi,para pemimpin ini sudah ada peluang untuk membuktikan apa yang mereka perjuangkan selama ini dan teruskanlah memikat hati rakyat.
Penduduk menjual hasil tani di Tamu Sabah

"Bawa pembangunan itu ke ceruk rantau negeri khususnya di kawasan-kawasan luar bandar agar rakyat tidak mengeluh kesusahan.
Jika pembangunan dan sosio ekonomi luar bandar itu kuat,maka akan muncul kuasa beli yang berterusan dan rakyat boleh merasai kesenangan.
Sepatutnya kerajaan hari ini perlu lebih gah dan lebih bagus lagi daripada kerajaan terdahulu kerana itulah yang rakyat harap-harapkan," kata Verdon yang juga merupakan mantan Bendahari UPKO sebelum ini.

Beliau menegaskan bahawa politik dan ekonomi itu adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan serta haruslah difahami rantaiannya.

Gambar Hiasan Sawit
"Jika politik kita stabil,ekonomi juga ikut stabil dan begitulah sebaliknya....Biar macamana sekalipun para pemimpin mempromosikan kerajaan di luar negara dengan harapan pelabur-pelabur akan datang ke sini membuat pelaburan,jika corak pentadbiran tidak konsisten,banyak aduan ketidakseimbangan dan sebagainya,para pelabur akan menolak..
Pelabur-pelabur ini bijak sebenarnya,mereka juga punya penyiasat dan penyelidik dan tidak akan membuat sebarang ketetapan tanpa memantau terlebih dahulu".

"Harga sawit misalnya...Saya menjangkakan bahawa akan ada lagi penurunan harga dalam dua tiga bulan ini nanti sedangkan harga sawit sekarang ini pun berada pada paras yang terlalu rendah berbanding dahulu.
Saya juga mempunyai beberapa ekar tanaman sawit dan saya sangat bimbang dengan keadaan ini...Bagaimana pula dengan nasib pengusaha-pengusaha sawit di seluruh negeri Sabah khususnya para pekebun kecil dan sederhana...Komoditi sawit dan getah rata-ratanya diusahakan oleh penduduk luar bandar di Sabah dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan isu harga ini," jelasnya lagi.

"Berhenti dari memikirkan isu-isu pewartaan tanah,isu PTI,isu selongkar keaiban pemimpin-pemimpin terdahulu yang kelihatannya tiada penghujung dan sehingga kini belum terbukti pun mereka bersalah.....
Berhentilah menuding jari ke arah kerajaan terdahulu dan mulakan fokus kepada pembangunan sosio ekonomi yang lebih mapan kerana rakyat sangat-sangat memerlukan sesuatu untuk menangani kos sara hidup yang semakin tinggi setelah begitu banyak subsidi dan bantuan dimansuhkan termasuklah dengan isu harga barang yang semakin meningkat..
Berhentilah dari berpolitik kerana kerajaan sudah di bentuk dan sudah pun memerintah...Rakyat sudah beri mandat,dan kini giliran kerajaan pula membalas budi," ujarnya yang juga merupakan Pengasas kepada Yayasan Verdon Bahanda Sabah.


Mengulas mengenai pertumbuhan ekonomi dan sara hidup diluar bandar,Verdon berkata,tidak ada yang boleh dibanggakan setakat ini.

"Orang-orang kampung ini 'very simple' dan tidaklah begitu 'demand' lebih...Apa yang penting,mereka mahu tahu apa yang kerajaan lakukan dan adakah impaknya berfaedah untuk mereka atau pun tidak...
Saya akui bahawa kerajaan ini masih baru dan perlukan banyak masa untuk melaksanakan sesuatu tetapi sekurang-kurangnya ada juga sedikit perubahan ataupun,keadaan sekarang ini jauh lebih baik dari keadaan dahulu dan bukannya lebih teruk lagi".