Thursday, November 7, 2019


ISU PSS : WANITA UMNO SABAH ULANGI PENDIRIAN TIDAK SETUJU   
Oleh : Sam Hj.Othman   

KOTA KINABALU : Wanita UMNO Sabah tetap berpendirian untuk tidak menyokong pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) atau pun kad-kad seumpamanya kata Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.

Beliau menegaskan bahawa pendirian itu tidak akan berubah kerana pihaknya sudah meneliti setiap sudut dari segala kebaikan,keburukan dan kelemahan pemberian kad tersebut kepada pemegang IMM13,Kad Burong-Burong dan Kad Banci yang ada kini.


“Setiap sudut berkenaan hal ini telah kami perincikan dengan teliti malah kami juga ada melihat pada sudut kebaikannya tetapi ternyata terlalu banyak kesan buruk kami perolehi kerana kelemahan-kelemahan ketara melalui impak atau risikonya lebih menonjol berbanding kebaikannya.
Sumber FMT  

Malah,belumpun reda isu PSS ini,sudah ada pihak tertentu mula mengeluarkan kad pekerjaan bagi pendatang asing yang bekerja di Sabah sehingga berani mencemar institusi perlembagaan kita apabila mereka dengan sewenang-wenangnya meletakkan ‘Warganegara-Sabah’ pada bahagian kewarganegaraan,” jelas Jainab dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Jainab,inilah salah satu kelemahan yang boleh di timbangtara oleh kerajaan dalam isu ini dan jangan pula terlalu fanatik dan melenting bila menilai teguran pihak lain khususnya dari pihak pembangkang kerana setiap dari lapisan masyarakat mempunyai hak untuk menegur selagi ianya demi kebaikan bersama.

“Seperti kenyataan kami tempohari berkenaan bantahan terhadap isu pemberian PSS ini,sekali lagi kami mengulangi kenyataan bahawa pendirian kami tetap untuk tidak menyokong.
Bayangkan apabila tibanya hari-hari dimana para pemilik kad IMM13 dan yang lain diarahkan untuk membuat pendaftaran ke kaunter PSS,akan ramai orang-orang tertentu akan mengambil kesempatan mendaftar sama.

Mereka akan gunakan berbagai cara dan sudah pasti akan ada surat-surat sokongan muncul,malah pihak-pihak tertentu akan muncul lagi sebagai agen-agen khas atau sebagainya,sindiket atau orang tengah akan muncul di sana sini sehingga urusan pemberian kad tidak telus malah akan ada system birokrasi,” katanya lagi.

Menyentuh soal pekerjaan pula,Jainab menegaskan bahawa rakyat Sabah bukan jenis pemalas atau memilih kerja dan tidak berdisiplin tetapi mereka sebenarnya tidak diberikan peluang di negeri ini sehingga ramai yang berhijrah ke semenanjung atau Singapura melalui agen pekerjaan.

“Saya turut tertarik dengan satu kenyataan Menteri Sumber Manusia yang mengatakan sebanyak 600,000 lebih bidang pekerjaan diwujudkan di antara Januari hingga Ogos 2019 tetapi pengisiannya terlalu lembab.
Saya ingin menyoal apakah peratusan pengangguran yang tinggi di negara kita ini tidak mengetahui berkenaan wujudnya jawatan kosong sebesar 600,000 yang diumumkan oleh menteri berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Ogos lalu ?
\
Persoalan ini menjadi perbualan hangat di media-media sosial sehingga netizen menganggap pengumuman tersebut sebagai suatu bahan jenaka kerajaan PH semata,” ujar Jainab yang juga mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.



No comments:

Post a Comment