PERTANIAN,SUKAN DAN
PELANCONGAN PERLU DI PERTINGKAT DI MATUNGGONG : VERDON
Dato' Verdon Bahanda |
MATUNGGONG,KUDAT : Daerah
kecil Matunggong boleh membangun dalam sektor pertanian dan dan berpotensi
besar dalam industri pelancongan jika kedua-dua sektor ini diberikan perhatian
dan sekaligus dipertingkat pembangunannya oleh kerajaan.
Usahawan Terkemuka
Sabah,Dato’ Verdon Bahanda menggariskan dua pelan ini sebagai satu rujukan
dalam usaha kerajaan membangunkan Matunggong menjadi salah satu lokasi
pelancongan dunia dan pertanian sebagai produk pembangunan sosio ekonomi
penduduk setempat.
“Matunggong yang majoriti penduduknya
terdiri dari masyarakat Rungus,bukanlah asing dalam dunia pelancongan dan ianya
merupakan salah sebuah lokasi tumpuan para pelancong luar dan dalam negara
setiap hari.
Begitu jua dengan industri
pertanian,sebahagian Matunggong ini ditanami kelapa sawit,getah dan tanaman
kontan atau produk pertanian kampung.
Apa yang diperlukan oleh
Matunggong ialah suntikan pembangunan khususnya dari segi infrastruktur dan
prasarana supaya kedua-dua sektor ini mampu bergerak seiring dan lebih berkesan
lagi pada masa akan datang,” katanya dalam satu temubual Segmen Secawan Kopi
bersama Sabah_OnlineNews di Market
Tokow,Matunggong baru-baru ini.
Menurut beliau
lagi,masyarakat Rungus yang terkenal dengan tenunan manik,sulaman,pembuatan
gong dan parang sudah sekianlama dikenali manakala rumah-rumah tradisi suku
kaum Rungus perlu penjagaan rapi bagi menarik lebih ramai pelancong singgah.
“Kerajaan perlu
mempertingkat sistem jalanraya di daerah ini bagi kemudahan awam dan pelancong
yang datang kerana sistem jalanraya yang ada kini agak tidak memuaskan
terutamanya bagi kenderaan rendah dan kecil.
Kemudahan jalanraya sangat
penting bagi menghubungkan setiap kampung di Matunggong dan juga sangat penting
bagi kemudahan kenderaan pelancongan pergi dan balik ke lokasi yang ingin
mereka kunjungi di sini.
Bagi penduduk kampung
pula,jalanraya sangat diperlukan bagi mengangkut hasil-hasil pertanian dan
keperluan lain,” katanya lagi.
Menyentuh soal kepembangunan
belia di kawasan tersebut,Verdon turut mencadangkan kepada kerajaan agar
membantu golongan belia ini menerokai bidang pertanian moden memandangkan ruang
pekerjaan lain begitu terhad buat masa ini.
Katanya,kerajaan menerusi
agensi-agensi tertentu perlu membawa masuk siri kursus pertanian moden untuk
diperkenalkan di kawasan ini bukan sahaja untuk industri pertanian moden tetapi
juga siri penjanaan pendapatan penduduk kampung yang melibatkan sektor
pelancongan,kreativiti dan sebagainya dan apabila kemahiran-kemahiran sebegini
diperkenalkan serta diberikan panduan yang intensif,sudah tentu mampu mengekang
penghijrahan belia ke bandar sekaligus juga akan mampu menjana ekonomi penduduk
setempat.
“Kecenderungan bersukan
juga boleh memberikan impak yang besar dalam pembentukan belia yang
progresif,aktif dan sihat.
Jika di bandar-bandar
besar,belia atau remaja terdedah kepada permainan gajet yang canggih tetapi di
luar bandar seperti Matunggong ini,sukan menjadi tumpuan utama kepada mereka
dan inilah yang harus kita pandang serius supaya hobi dan minat mereka itu
mendapat sokongan.
Prasarana sukan merupakan
salah satu cara kita memberikan sokongan terhadap minat para golongan belia ini
dengan harapan,Matunggong akan melahirkan jaguh-jaguh sukan negara suatu ketika
nanti,” ujarnya lagi.
Karnival Bola Sepak Bawah
12 tahun bakal dilancarkan pada 7 Disember 2019 ini sempena Perasmian Kelab Bola
Sepak Matunggong Bersatu (MUFC-The Black Rhinos) oleh Dato’
Verdon Bahanda selaku penaung kelab berkenaan.
Krew Sabah_OnlineNEWS juga turut di bawa melawat tapak perasmian dan padang bolasepak sintetik
yang bakal dirasmikan untuk kegunaan kelab serta para belia setempat nanti.
JUMPA DI MATUNGGONG PADA 7 DIS
2019 !!
Syabas Datuk...Semoga Sabah FC menjadi unggul dan berkualiti
ReplyDelete