Wednesday, July 3, 2019

PEMUDA PEMUDI SABAH MANTAPKAN USNO

sedutan dari MediaUSNO

KOTA KINABALU : USNO bakal dimantapkan lagi dengan penyertaan belia dan beliawanis anak jati Sabah dalam usaha melayarkan bahtera perjuangannya.

Pandangan sesetengah pihak terhadap kebangkitan USNO sejak kebelakangan ini,lebih cenderung kepada 'old-school' serta menyifatkan bahawa parti ini dipelopori oleh muka lama sahaja.

Tohmahan tersebut disifatkan sebagai 'kurang akal' kerana tidak menyelidiki terlebih dahulu matlamat dan hala tuju USNO yang sering dilaung-laungkan oleh para pemimpinnya seperti Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia,Tuan Ibrahim Linggam (presiden) dan kalangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti berkenaan.

Penyertaan golongan Gen Y atau pemuda dan pemudi anak jati Sabah semakin dipergiat bagi tujuan memantapkan penstrukturan parti agar intipatinya tetap bugar dan sama rata di antara golongan lama dan baharu.


Ibaratnya,sang Rajawali ingin terbang tinggi,perlu kedua belah sayap untuk memacu laju ke angkasa,biar lebih perkasa bersama kibarnya panji-panji USNO.

Sudah pasti Angkatan Pemuda USNO (APU) sedang rancak menggamit para belia untuk sama-sama berjuang dan begitu halnya juga Angkatan Puteri USNO serta sayap Wanitanya.

Tidak ada tawaran yang lebih mapan untuk berjuang bersama USNO selain untuk mengembalikan maruah dan hak milik anak-anak jati Sabah yang selama ini diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya.

Tidak ada tawaran yang lebih bernilai selain suara anak-anak muda Sabahan ini berkumandang menuntut kesamarataan di Era Malaysia baharu yang serba serbinya seakan makin goyah dan menuju songsang.

Dan tidak ada tawaran yang lebih ikhlas selain memartabatkan harga diri anak-anak Sabah yang original itu daripada ianya jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin yang hipokrit,birokrasi dan kronisme.


Generasi Muda Sabahan perlu bangkit dari terus di pijak-pijak oleh kerakusan politik songsang hari ini dan bersatu padu di bawah panji USNO demi kesejahteraan,kemakmuran dan kestabilan negeri Sabah,tanahair tercinta.

Pemuda dan pemudi,harus bangun dari kealpaan setelah PRU14 yang penuh penipuan dan hari ini,golongan muda mengalami penindasan yang amat kritikal akibat percantasan budi yang terang-terangan dilakukan.

Kemanakah maruah dan harga diri kita sebagai anak-anak muda Sabah yang pernah membina 'gelombang tsunami' di tahun 2018 itu ??

Senang dan selesakah anak-anak muda Sabahan setelah dijanjikan bulan dan bintang di tahun 2018 dulu itu ??

Bertaburkah kekosongan jawatan untuk graduasi dan lepasan sekolah (yang menganggur) yang dulunya tergamak menumbangkan sebuah kerajaan kukuh di tahun 2018 itu ?? 

TIDAK ADA,KAN......

Kembalilah kepada fitrah..Insyaallah...USNO parti berbilang kaum dan agama serta HANYA untuk anak-anak Sabah yang Original sahaja.


USNO sudah melabuh cabaran...Cabaran untuk anak-anak muda agar berdiri sama tinggi-duduk sama rendah dalam barisan kepimpinannya.

Kerajaan PH akan membentangkan suatu akta di Parlimen dalam bulan Juli ini, yang memberikan kelayakan kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun. Apapun alasannya, USNO tetap menyokong cadangan yang baik ini.
Sebab? Ianya selari dengan dasar perjuangan USNO era Malaysia Baharu dalam 'Blueprint' perjuangan USNO, 'New Deal @ Perundingan Baharu', dimana USNO akan memberi ruang (70%) barisan kepimpinannya dalam semua peringkat kepada generasi Y dan Wanita.
          -petikan teks dari Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia,
          Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi Politik USNO 2/7/2019

#UsnoBangkit
#TheNewDeal
#TakutApaBossku
                                                 




Monday, July 1, 2019

PANDIKAR SAH KETUAI JPS USNO


KOTA KINABALU : Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USNO yang berlangsung semalam mengesahkan mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi politik parti itu berkuatkuasa 30 Jun 2019.

Menurut Ketua Penerangan USNO Pusat,Datuk Musli Hj.Oli,mesyuarat tersebut yang berlangsung di Palace Hotel Kota Kinabalu turut sebulat suara memberi sokongan dan mandat sepenuhnya kepada Tn.Ibrahim Linggam bagi mengekalkan jawatannya sebagai Presiden USNO.

Usul tersebut dibacakan sendiri oleh Puan Leong Chau Chu,Timbalan Presiden USNO dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh semua Anggota Majlis Tertinggi yang hadir.

"Kita rapatkan kembali saf parti keramat Sabah ini yang sebelumnya di landa banyak krisis kepimpinan ibarat buang yang keruh ambil yang jernih.Kita lupakan hal tersebut bagi memberikan tumpuan kepada usaha memantapkan jentera dan pentadbiran parti" kata Puan Leong ketika membaca usul berkenaan.

Mesyuarat AMT juga bersetuju dan menyokong sepenuhnya perlantikan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi parti USNO.

Beberapa bulan kebelakangan ini,bahagian dalaman parti itu mengalami sedikit percanggahan sehingga membentuk dua kumpulan sebelum kemunculan Tan Sri Pandikar yang di anggap sebagai ikon yang berperanan besar menaikkan semula semangat USNO.

Kedudukan Ibrahim sebagai presiden turut mendapat perkaitan krisis termasuklah beberapa anggota AMT yang kononnya tidak mengiktiraf Ibrahim menjalankan tugas-tugas selaku presiden.

Kemelut ini ini sedikit mengendur apabila Tan Sri Pandikar mula muncul bagi meredakan keadaan pada saat Pilihanraya Kecil Sandakan April lalu dengan meniupkan nafas baharu bagi kebangkitan USNO,parti keramat anak Sabah.

Keajaiban berlaku dengan kemunculan Pandikar yang mungkin berperanan untuk menyatukan semula dua kumpulan di dalam parti berkenaan sehinggalah terbentuknya muafakat dan penyatuan semula pada Mesyuarat AMT kali ini.


Menurut Musli lagi,dalam mesyuarat tersebut,AMT USNO juga meminta ketua-ketua Bahagian yg telah di lantik untuk menubuhkan barisan AJK termasuk Wanita, Angkatan Pemuda dan Angkatan Puteri USNO dan setelah kesemua disahkan (pembentukan AJK dan Bahagian) seluruh Sabah akan dirasmikan.

Sejumlah 25 bahagian bakal terbentuk di seluruh Sabah mengikut pembahagian DUN sejurus selepas pindaan perlembagaan di buat dalam tempoh terdekat ini melalui mesyuarat EGM USNO,jelas Musli lagi.

Saturday, June 29, 2019

KENYATAAN MEDIA (28.06.2019)

JEFFERY NOR MOHAMED
Pemangku Ketua UMNO BAHAGIAN PUTATAN
Kota kinabalu :
Nampaknya isu Tanjung Aru Eco Development (TAED) mendapat liputan meluas di media sosial sejak kebelakangan ini dan saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana saya mantan salah seorang pegawai kepada ADUN N.17 Tanjung Aru ketika itu.

Kronologinya,Projek TAED telah dirasmikan pada 16/9/2013 dimana perasminya ketika itu ialah Dato Seri Najib Tun Razak dan projek itu dikatakan akan bermula pada April 2017,tetapi sayang hingga kini belum terlaksana dan antara sebab kenapa projek ini perlu dijalankan ialah memberi kembali ROH pantai Tanjung Aru kembali segar dan bermaya, memberi impak ekonomi yg baik kepada sekitarnya serta susun atur kembali perkampungan terdekat.

Tapi sayang antara kempen utama NGO dan calon WARISAN semasa PRU14 lalu adalah mengatakan bahawa projek TAED akan merosakan ekosistem dan akan mengusir penduduk-penduduk kampung yang berhampiran ke tempat yang jauh dari kawasan asal penempatan mereka sekarang.

Saya masih ingat lagi dalam manifesto calon WARISAN ketika itu ialah jika WARISAN memerintah projek TAED tidak akan diteruskan dan penduduk-penduduk kampung tidak terjejas.

Kita di pihak kerajaan ketika itu penjelasan kepada penduduk-penduduk kampung yang terlibat bahawa kerajaan tidak akan mengabaikan sama sekali hak para penduduk kampung tetapi majoriti penduduk masih lagi mempercayai kata-kata calon WARISAN berkenaan yang sekarang sudah pun jadi menteri.

Kita difahamkan kos projek TAED menelan belanja sebanyak  RM7.1 Billion dan kos pengambilan tanah saja melibatkan nilai RM1.83 Billion.

Jika sejumlah besar pelaburan ini yang mana Kerajaan negeri Sabah sebagai penerima pelaburan berkenaan,bukankah ia menguntungkan kerajaan negeri dan ketika itu pihak lawan melontarkan pelbagai fitnah dn kecaman mengenai Projek TAED ini.

Persolannya disini,kenapa tidak membuat kajian dulu sebelum berjanji dalam manifesto calon tempoh hari ?

Kedua,kenapa baru sekarang mengatakan projek tersebut memberi keuntungan kepada kerajaan negeri ?

Dan ketiga,jangan nafikan bahawa ianya adalah taktik kempen utama Warisan ketika itu bagi meraih undi dan sokongan daripada NGO-NGO juga dari penduduk setempat.

Jadi saya menuntut wakil rakyat tersebut yag telah pun menjadi menteri memohon maaf kepada penduduk-penduduk kampung Tanjung Aru Baru dan rakyat Sabah bahawa janji-janji kempen ketika PRU14 lalu tidak dapat dilaksanakan dan nyatakan juga bahawa Projek TAED yang d iumumkan dan dirancang oleh kerajaan BN terdahulu adalah satu projek yang memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya dan negeri Sabah amnya .

Sekian

Jeffery Nor B.Mohamed (JNM)
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Putatan


Friday, June 28, 2019

UMNO TERUSKAN 'SENTUHAN RAKYAT'


KOTA KINABALU : Program Sentuhan Rakyat akan tetap di teruskan kerana ianya sudah berlangsung sejak sekian lama,jelas Sdr Mohd.Ghazali Hj.Mohd.Azim,Setiausaha UMNO Bahagian P169 Kota Belud.

"UMNO Kota Belud akan meneruskan gerak kerja 'sentuhan rakyat' yang lebih menjurus kepada isu-isu kebajikan sepertimana yang kita lakukan sebelum ini dan antara gerak kerja lain yang telah digariskan dalam plan tindakan parti ialah "engagement program" dengan golongan muda bagi melihat dan memahami dengan lebih jelas akan isu dan dilema yang dihadapi oleh orang muda berikutan begitu banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pada masa kini," jelasnya ketika ditemui di sini.

Menurutnya,UMNO Kota Belud yakin bahawa rakyat akan kembali memilih UMNO sebagai parti yang selayaknya diberi mandat untuk memerintah.

"Kita akan menjadi pembangkang yang berwibawa....Kita perlu mengutarakan hal-hal yang memberi manfaat kepada kesedaran rakyat terhadap hak mereka dan tanggungjawab kerajaan. Kita tidak akan mengikut acuan "stereotaip" pembangkang. Sebaliknya, kita perlu memainkan peranan "check and balance" dan memberi peringatan yang membina agar kerajaan melaksanakan janji mereka demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Setiap yang dikatakan, haruslah dikotakan. Kerajaan PH tidak wajar memperlekehkan harapan dan mandat yang telah diberikan kepada mereka dengan alasan yang tidak munasabah dan hanya menuding jari kepada kerajaan yang lepas," ujar beliau lagi.

Menyentuh tentang situasi masa kini khususnya di Kota Belud,beliau menjelaskan bahawa penerimaan rakyat terhadap UMNO juga didorong antara lainnya melalui kerjasama rapat bersama PAS di atas nama Penyatuan Ummah.

"Kesedaran masyarakat melayu dan bumiputera tentang betapa perlunya mereka bersatu demi kelangsungan bangsa dan agama semakin memuncak.Justeru, seruan untuk penyatuan ummah adalah tepat pada masanya."

UMNO Kota Belud,setelah PRU14 lalu menyaksikan proses pentadbirannya agak goyah tatkala beberapa pemimpin parti itu beralih arah ke parti lain khususnya dua ADUN yang memenangi kerusi masing-masing diatas tiket BN(UMNO) iaitu Datuk Musbah Hj.Jamli (Tempasuk) dan Datuk Japlin Hj.Akim (Usukan).

Parti itu kini diketuai oleh tenaga anak muda Tn.Hj.Fadli Hj.Juanas yang memangku jawatan Ketua Bahagian manakala timbalannya,Sdr Selamat Antang.Rata-rata barisan komiti baharu UMNO Kota Belud terhasil dari gandingan tenaga lama dan baru sebagai kesinambungan perjuangan parti keramat tersebut.


Thursday, June 27, 2019

AUTONOMI BAKAL JADIKAN UMNO PARTI LOKAL : GHAZALI


KOTA BELUD : UMNO dijangka akan mencadang dan membahaskan usul yang berkaitan dengan cadangan status autonomi UMNO Sabah,dalam persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu.

Bercakap kepada SABAHitz_Online disini,Setiausaha Bahagian itu,Sdr Mohd.Ghazali Hj.Mohd.Azim berkata,ini adalah suatu bentuk kekuatan baru kerana melalui autonomi ini,UMNO Sabah akan bersifat seperti parti tempatan,kerana ia tidak lagi terikat kepada keputusan di peringkat pusat.

"UMNO Kota Belud berpandangan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk memberi imej baru kepada UMNO di Sabah dengan memberi keistimewaan dan hak eksklusif yang membolehkannya membuat keputusan dan merangka strategi parti yang lebih sesuai dengan landskap politik Sabah," ujarnya lagi.

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud akan diadakan pada 29hb Jun 2019 bagi menyempurnakan tanggungjawab parti selaras dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Fasal 14 Perlembagaan UMNO.

"Persidangan ini adalah medan di mana perwakilan dapat menyuarakan pandangan atau cadangan mereka terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan perkembangan politik UMNO pada masa kini," jelas beliau lagi.

UMNO Kota Belud telahpun merangka beberapa gerak kerja yang akan dilaksanakan selepas persidangan ini dan Jawatankuasa UMNO Bahagian akan menyusun semula struktur jentera parti di peringkat cawangan dan daerah mengundi bagi mempastikan kesiapsiagaan parti pada setiap masa,sesuai dengan saranan daripada pucuk pimpinan parti yang meminta agar jentera parti di semua peringkat sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan pilihanraya berlaku.

Persidangan kali ini bakal dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat,YBhg.Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan manakala persidangan sayap Wanita,Pergerakan Pemuda dan Puteri yang serentak diadakan,di jangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak,Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman,juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat.

Mengikut info terkini yang diberikan kepada SABAHitz_Online,Persidangan Sayap parti berkenaan akan berlangsung di sebelah pagi hari berkenaan dan kemudiannya disusuli dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian P169 Kota Belud.Sessi Perasmian persidangan bahagian pula akan berlangsung di sebelah petang.

KOTA BELUD MAMPU BEKAL PADI 12 RIBU TAN SETAHUN : MUSBAH


KOTA BELUD : Nama sebuah daerah yang amat sinonim dengan industri pertanian dan kraftangannya yang terkemuka bukan sahaja di negara ini malahan juga di serata dunia.

Kota Belud ternyata masih lagi berada di ranking teratas sebagai sebuah daerah penghasil padi bermutu selain daerah atau kawasan Papar,Bongawan,Membakut dan Sipitang.

Di Kota Belud ini,kawasan Tamau dan Merabau sahaja misalnya,jelapang padinya memiliki keluasan lebih 3,000 ekar yang sedang diusahakan dan bakal menghasilkan 6,000 tan metrik padi dalam semusim penuaian dan 12,000 tan metrik dalam setahun.


"Saya difahamkan kerja-kerja menaiktaraf infranya sudah disiapkan hampir 90 peratus dan jika dikira pada kadar harga padi sekarang iaitu RM 1,350 dengan subsidi 1 tan ini bererti jelapang ini mampu menjana pendapatan kepada petani sebanyak RM16 juta setahun,inilah hasil perjuangan kita bersama dan legasi yang bakal kita tinggalkan kepada rakyat," kata YB Datuk Hj.Musbah Hj.Jamli,Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tempasuk.

Menurutnya yang juga mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,di kawasan Taun Gusi, Tempasuk 2, Rosok, dan Keguraaan juga masing-masing mempunyai keluasan yang hampir sama dan kini sedang dinaiktaraf infranya.

"Adalah diharapkan kelak,Kota Belud khususnya di kawasan Tempasuk ini,akan terus menjadi pengeluar hasil padi bermutu tinggi dan kerajaan akan terus menerus menyalur bantuan melalui kementerian yang berkaitan," jelas Musbah lagi.

Wednesday, June 19, 2019

POLITIK BERPADA-PADA VS POLITIK MENGADA-NGADA

Banyak parti politik yang didaftarkan di Sabah dengan pelbagai nama,khabarnya lebih 40 buah kesemuanya.

Akan tetapi,kemanakah perginya parti-parti ini ?
Kalau mahu lihat mereka muncul,tunggu sahaja di bulan-bulan terakhir Dewan Undangan Negeri bakal dibubarkan atau sudah cukup tempoh matangnya.

Saya ingin ajak anda semua untuk memikir timbal-balik terhadap suatu perkara yang mungkin anda telah terlupa (akibat seronok melihat perkara zahir yang ada).

Kemusyikilannya :
Mengapa parti-parti kurang ternama (khususnya parti baru) di Sabah ini timbul tenggelam ?

Mari kita lihat dari segi logikal dahulu dengan persoalan,mengapa mereka menubuhkan parti baru sedangkan parti yang establish sudah sedia ada ?
Tentu sekali antara penyebabnya ialah akibat penerimaan sebelah sana dan juga ketidaksamaan ideologi.
Jika tidak pun,tentu sekali kerana ingin memperjuangkan hak-hak tertentu yang di rasa telah terabai dan kurang telus.
Ada pula,mungkin juga kerana gila kuasa atau terlalu ingin mahu ke depan tanpa memikirkan risiko lain yang bakal muncul di hadapan.

Kebanyakan para pemimpin ini kurang berpengalaman dalam sepak terajang politik.
Sangat suka menghirup yang manis-manis sahaja tetapi SENTAP pula bila di hidang kritikan yang pedas-pedas.

Pada pendapat saya yang kerdil ini,banyak juga merasai rempah ratus politik Sabah,meski tidak pernah menyertai mana-mana parti sejak 1989 mula bertugas dalam mediamassa.

Parti politik (apapun namanya) perlu seseorang yang wibawa,berpengalaman,berpengaruh dan punya nama yang besar dalam dunia politik.

Andai kiranya anda ingin menyertai mana-mana parti politik,anda harus memastikan bahawa parti itu siapa pemimpinnya.

Terkenalkah dia ?......
Besarkah pengaruhnya ?....
Bagaimana hubungannya dengan pemimpin-pemimpin besar yang lain ?.....
Dan bagaimana pula jalinan diplomatik nya dengan masyarakat setakat ini...

Tuju alam fikir kalian ke satu sudut besar yang logik...Bukan Taksub dan Bukan Fanatik.

Sesebuah parti politik itu (apapun namanya) apa lagi yang baru muncul,perlu seseorang yang bijaksana dan pakar politik di peringkat nasional.

Jangan dulu pilih orang-orang yang tidak diketahui asal usul politiknya atau yang terlalu aktif di dunia TALAM DUA MUKA...Sebentar kata begini-sekejap lagi bicara yang lain seolah tidak punya pendirian yang konsisten.

Menjaja nama parti haruslah di landasan yang betul...Bukannya 'bedagang' demi kepentingan diri sendiri yang akhirnya 'kedapatan' lalu mencemarkan imej parti dan menconteng arang di muka para pengikut-pengikutnya yang setia.

Ingatlah...Berparti perlu komitmen...Berparti wajib beperjuangan...Berparti perlu kebijaksanaan.

Mengapa saya menulis begini ??????
Kerna saya ingin anda melihat risiko di balik risiko.
Kerna saya ingin mengajak anda memikir masa depan anak cucu cicit kita 10 hingga 20 tahun akan datang....

Sebab...Politik hari ini politik matang di era teknologi dan kecanggihan alam fikir yang sangat unik berbanding di zaman 80-an dahulu.....