AUTONOMI BAKAL JADIKAN UMNO PARTI LOKAL : GHAZALI
KOTA BELUD : UMNO dijangka akan mencadang dan membahaskan usul yang berkaitan dengan cadangan status autonomi UMNO Sabah,dalam persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu.
Bercakap kepada SABAHitz_Online disini,Setiausaha Bahagian itu,Sdr Mohd.Ghazali Hj.Mohd.Azim berkata,ini adalah suatu bentuk kekuatan baru kerana melalui autonomi ini,UMNO Sabah akan bersifat seperti parti tempatan,kerana ia tidak lagi terikat kepada keputusan di peringkat pusat.
"UMNO Kota Belud berpandangan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk memberi imej baru kepada UMNO di Sabah dengan memberi keistimewaan dan hak eksklusif yang membolehkannya membuat keputusan dan merangka strategi parti yang lebih sesuai dengan landskap politik Sabah," ujarnya lagi.
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud akan diadakan pada 29hb Jun 2019 bagi menyempurnakan tanggungjawab parti selaras dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Fasal 14 Perlembagaan UMNO.
"Persidangan ini adalah medan di mana perwakilan dapat menyuarakan pandangan atau cadangan mereka terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan perkembangan politik UMNO pada masa kini," jelas beliau lagi.
KOTA BELUD : UMNO dijangka akan mencadang dan membahaskan usul yang berkaitan dengan cadangan status autonomi UMNO Sabah,dalam persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu.
Bercakap kepada SABAHitz_Online disini,Setiausaha Bahagian itu,Sdr Mohd.Ghazali Hj.Mohd.Azim berkata,ini adalah suatu bentuk kekuatan baru kerana melalui autonomi ini,UMNO Sabah akan bersifat seperti parti tempatan,kerana ia tidak lagi terikat kepada keputusan di peringkat pusat.
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud akan diadakan pada 29hb Jun 2019 bagi menyempurnakan tanggungjawab parti selaras dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Fasal 14 Perlembagaan UMNO.
"Persidangan ini adalah medan di mana perwakilan dapat menyuarakan pandangan atau cadangan mereka terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan perkembangan politik UMNO pada masa kini," jelas beliau lagi.
UMNO Kota Belud telahpun merangka beberapa gerak kerja yang akan dilaksanakan selepas persidangan ini dan Jawatankuasa UMNO Bahagian akan menyusun semula struktur jentera parti di peringkat cawangan dan daerah mengundi bagi mempastikan kesiapsiagaan parti pada setiap masa,sesuai dengan saranan daripada pucuk pimpinan parti yang meminta agar jentera parti di semua peringkat sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan pilihanraya berlaku.
Persidangan kali ini bakal dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat,YBhg.Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan manakala persidangan sayap Wanita,Pergerakan Pemuda dan Puteri yang serentak diadakan,di jangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak,Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman,juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat.
Mengikut info terkini yang diberikan kepada SABAHitz_Online,Persidangan Sayap parti berkenaan akan berlangsung di sebelah pagi hari berkenaan dan kemudiannya disusuli dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian P169 Kota Belud.Sessi Perasmian persidangan bahagian pula akan berlangsung di sebelah petang.

No comments:
Post a Comment