Thursday, June 27, 2019

KOTA BELUD MAMPU BEKAL PADI 12 RIBU TAN SETAHUN : MUSBAH


KOTA BELUD : Nama sebuah daerah yang amat sinonim dengan industri pertanian dan kraftangannya yang terkemuka bukan sahaja di negara ini malahan juga di serata dunia.

Kota Belud ternyata masih lagi berada di ranking teratas sebagai sebuah daerah penghasil padi bermutu selain daerah atau kawasan Papar,Bongawan,Membakut dan Sipitang.

Di Kota Belud ini,kawasan Tamau dan Merabau sahaja misalnya,jelapang padinya memiliki keluasan lebih 3,000 ekar yang sedang diusahakan dan bakal menghasilkan 6,000 tan metrik padi dalam semusim penuaian dan 12,000 tan metrik dalam setahun.


"Saya difahamkan kerja-kerja menaiktaraf infranya sudah disiapkan hampir 90 peratus dan jika dikira pada kadar harga padi sekarang iaitu RM 1,350 dengan subsidi 1 tan ini bererti jelapang ini mampu menjana pendapatan kepada petani sebanyak RM16 juta setahun,inilah hasil perjuangan kita bersama dan legasi yang bakal kita tinggalkan kepada rakyat," kata YB Datuk Hj.Musbah Hj.Jamli,Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tempasuk.

Menurutnya yang juga mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,di kawasan Taun Gusi, Tempasuk 2, Rosok, dan Keguraaan juga masing-masing mempunyai keluasan yang hampir sama dan kini sedang dinaiktaraf infranya.

"Adalah diharapkan kelak,Kota Belud khususnya di kawasan Tempasuk ini,akan terus menjadi pengeluar hasil padi bermutu tinggi dan kerajaan akan terus menerus menyalur bantuan melalui kementerian yang berkaitan," jelas Musbah lagi.

No comments:

Post a Comment