Wednesday, June 19, 2019

POLITIK BERPADA-PADA VS POLITIK MENGADA-NGADA

Banyak parti politik yang didaftarkan di Sabah dengan pelbagai nama,khabarnya lebih 40 buah kesemuanya.

Akan tetapi,kemanakah perginya parti-parti ini ?
Kalau mahu lihat mereka muncul,tunggu sahaja di bulan-bulan terakhir Dewan Undangan Negeri bakal dibubarkan atau sudah cukup tempoh matangnya.

Saya ingin ajak anda semua untuk memikir timbal-balik terhadap suatu perkara yang mungkin anda telah terlupa (akibat seronok melihat perkara zahir yang ada).

Kemusyikilannya :
Mengapa parti-parti kurang ternama (khususnya parti baru) di Sabah ini timbul tenggelam ?

Mari kita lihat dari segi logikal dahulu dengan persoalan,mengapa mereka menubuhkan parti baru sedangkan parti yang establish sudah sedia ada ?
Tentu sekali antara penyebabnya ialah akibat penerimaan sebelah sana dan juga ketidaksamaan ideologi.
Jika tidak pun,tentu sekali kerana ingin memperjuangkan hak-hak tertentu yang di rasa telah terabai dan kurang telus.
Ada pula,mungkin juga kerana gila kuasa atau terlalu ingin mahu ke depan tanpa memikirkan risiko lain yang bakal muncul di hadapan.

Kebanyakan para pemimpin ini kurang berpengalaman dalam sepak terajang politik.
Sangat suka menghirup yang manis-manis sahaja tetapi SENTAP pula bila di hidang kritikan yang pedas-pedas.

Pada pendapat saya yang kerdil ini,banyak juga merasai rempah ratus politik Sabah,meski tidak pernah menyertai mana-mana parti sejak 1989 mula bertugas dalam mediamassa.

Parti politik (apapun namanya) perlu seseorang yang wibawa,berpengalaman,berpengaruh dan punya nama yang besar dalam dunia politik.

Andai kiranya anda ingin menyertai mana-mana parti politik,anda harus memastikan bahawa parti itu siapa pemimpinnya.

Terkenalkah dia ?......
Besarkah pengaruhnya ?....
Bagaimana hubungannya dengan pemimpin-pemimpin besar yang lain ?.....
Dan bagaimana pula jalinan diplomatik nya dengan masyarakat setakat ini...

Tuju alam fikir kalian ke satu sudut besar yang logik...Bukan Taksub dan Bukan Fanatik.

Sesebuah parti politik itu (apapun namanya) apa lagi yang baru muncul,perlu seseorang yang bijaksana dan pakar politik di peringkat nasional.

Jangan dulu pilih orang-orang yang tidak diketahui asal usul politiknya atau yang terlalu aktif di dunia TALAM DUA MUKA...Sebentar kata begini-sekejap lagi bicara yang lain seolah tidak punya pendirian yang konsisten.

Menjaja nama parti haruslah di landasan yang betul...Bukannya 'bedagang' demi kepentingan diri sendiri yang akhirnya 'kedapatan' lalu mencemarkan imej parti dan menconteng arang di muka para pengikut-pengikutnya yang setia.

Ingatlah...Berparti perlu komitmen...Berparti wajib beperjuangan...Berparti perlu kebijaksanaan.

Mengapa saya menulis begini ??????
Kerna saya ingin anda melihat risiko di balik risiko.
Kerna saya ingin mengajak anda memikir masa depan anak cucu cicit kita 10 hingga 20 tahun akan datang....

Sebab...Politik hari ini politik matang di era teknologi dan kecanggihan alam fikir yang sangat unik berbanding di zaman 80-an dahulu.....

No comments:

Post a Comment