Monday, October 28, 2019

Syed Hamizan menulis....
BELIA BIJAKSANA TEROKA MASA DEPAN

Zaman akan terus bertukar zaman,cabaran akan berubah mengikut zaman,jika dahulu belia berhadapan dengan cabaran pendidikan,namun hari ini ianya bukan lagi satu cabaran kerana banyak pinjaman pendidikan dan pusat-pusat pendidikan tersedia dalam kerajaan mahupun swasta.

Begitu juga dengan pilihan-pilihan cabang pendidikan.Begitu banyak pilihan yang tersedia dari teknikal,seni,pendidikan sehinggalah perkhidmatan,begitu banyak jurusan-jurusan sedia ada di dalam negara hari ini.

Namun di masa akan datang, cabaran belia akan berubah....Ianya tidak akan berpusat dengan masalah pendidikan semata, kerana majoritas belia hari ini mempunyai segulung sijil sebagai dasar dan bukti kependidikan.Masalahnya hari ini ialah peluang pekerjaan dan peluang ekonomi. 

Akan datang pula saiz penjawat awam akan terus mengecil seperti mana negara maju-maju yang lain......Malaysia pasti akan keluar garisan dari negara sedang membangun ke arah sebuah negara yang lebih maju.

Oleh yang demikian, pekerjaan di sektor Kerajaan bukan lagi pilihan utama pada masa itu. Dengan keupayaan sektor Swasta untuk 'menyambut' puluhan graduan yang keluar saban tahun masih di tahap membimbangkan,belia perlu keluar dari zon keselesaan mereka selama ini.

Hari ini Gig ekonomi semakin mendapat tempat di hati belia, di mana kebebasan dan keselesaan dapat dioptimumkan semaksima mungkin....Belia ini,bilamana mereka tidak terikat secara tetap dengan mana-mana pihak yang mana mereka hanya terikat pada satu kontrak,perkhidmatan dan masa yang di tetapkan oleh Pelanggan mereka.

Mengambil contoh Zulkarnain seorang graduan Binaan, mahir melukis pelan binaan. Syarikat A pula memerlukan seseorang yang mahir melukis satu pelan binaan namun tidak ada kemampuan untuk mengambil pekerja secara tetap apatah lagi melukis pelan hanya mengambil masa dalam sebulan dua.
Maka di sinilah Gig ekonomi membantu, Syarikat A akan mengambil khidmat Zulkarnain untuk melukis pelan tersebut dengan bayaran yang dipersetujui bersama dengan tempoh masa di tetapkan.Beginilah rantaian dalam gig ekonomi semasa.

Di sebabkan itu, belia- belia kita hari ini harus mahir dan kreatif dalam memaksimakan kemahiran mereka untuk menjana pendapatan melalui sistem gig ekonomi ini.

Akan datang revolusi industri 4.0 pula akan muncul,dimana banyak industri akan memfokuskan penggunaan android dan robotik sebagai pekerja utama dalam industri atau perusahaan mereka dan pekerjaan mengunakan Tenaga Buruh semakin mengecil.

Sebelum perkara ini menjadi parah, belia perlu mengikuti dan melibatkan diri dalam gig ekonomi mulai dari sekarang, sebagai pendapatan tetap mahupun pendapatan sampingan.

Syed Md Hamizan menulis....

Friday, October 18, 2019

DUN PINTASAN : BAKAL CALON MULA PIKAT MEMIKAT  


KOTA BELUD : Biarpun kata orang PRU15 atau Pilihanraya Negeri (PRN) lama lagi namun wajah-wajah calon mula kelihatan mendekati rakyat di kawasan baharu (persempadanan baharu SPR) Dewan Undangan Negeri N08 Pintasan.

Senario pikat memikat hati rakyat mula kelihatan di sana sini dengan pelbagai aktiviti tidak mengira majlis kenduri,majlis kahwin,ziarah orang meninggal,amal kebajikan,melawat orang kesusahan dan macam-macam lagi.

Begitupun,ada juga ura-ura si polan ini dan si polan itu ingin mencalonkan diri di pilihanraya akan datang tetapi kurang pula perjalanan aktivitinya malah hampir-hampir 'lupus' pula dalam ingatan.

Manakala beberapa calon lain mula mencipta nama sebagai 'pengenalan diri' dan di anggap bakal menjadi calon berwibawa di DUN Pintasan.Malah,ada sudah yang mula mengumpul pengaruh berdasarkan imej kekeluargaan mahupun populariti setempat.

Mengikut statistik pengundi yang berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada PRU14 yang lalu dan kini disempadankan semula,jumlah pengundi Pintasan lebih 10,000 orang (termasuk pendaftaran pengundi baharu 2019).

Ianya datang dari pecahan kawasan iaitu Dudar (1,333 orang),Peladok (1,679 orang),Rampayan (1,547 orang),Tamau (1,197 orang),Merabau (576 orang),Timbang (1,342 orang),Pandasan (865 orang),Rampayan Ulu (257 orang),Kota Peladuk (546 orang) dan Pulau Mantanani (522 orang).

DUN Pintasan merangkumi tiga etnik iaitu suku kaum Iranun,Bajau dan Dusun di mana majoritinya lebih tertumpu kepada suku kaum Iranun sendiri sehingga menjadikan ia semakin unik dan menarik perhatian umum.

Mana tidaknya,sudah sekian lama suku kaum Iranun menginginkan suara di Dewan Undangan Negeri Sabah dan ini menjadikan DUN ini berjaya menimbulkan perbincangan hangat di media sosial serta Whatsapp Group.

Mengikut tinjauan umum Sabah_OnlineNew baru-baru ini di kawasan Pintasan mendapati,sudah ada tanda-tanda munculnya calon-calon yang mungkin boleh diketengahkan bila saja DUN bubar nanti samada ianya dalam masa terdekat mahupun beberapa tahun lagi.

Antara yang di kesan membina populariti dan pengaruh ialah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),Parti Bersatu Sabah (PBS) dan UMNO manakala parti kerajaan (Warisan),Bersatu (PPBM) atau PKR pula kelihatan mengambil sedikit kelonggaran waktu dengan pendekatan bahawa Pilihanraya lama lagi.Apa pun,jika ingin menjadi sebahagian daripada 'kumpulan elit calon pilihanraya',pendekatan sebegitu sangat merbahaya dan berisiko tinggi.

Untuk meletakkan diri dalam kelompok 'calon YB' di sesebuah kawasan,para calon sepatutnya mengambil inisiatif untuk bergerak lebih awal menemui rakyat walau dalam situasi apapun...Bukannya muncul semasa 'ura-ura' DUN mahu bubar,barulah mula kelihatan mengusung tangki,menggalas zink atau sebagainya.

Kita ambil contoh sifat seorang pemimpin yang benar-benar telah berjaya memikat hati rakyatnya iaitu Datuk Musbah Hj.Jamli...Bukanlah niat untuk puji melambung tinggi walhal tidak pun di bayar apa-apa untuk menyebut nama beliau sebagai contoh.


Datuk Musbah Jamli
Musbah memiliki sikap dan sifat pemimpin berjiwa rakyat...Dalam situasi apa sekalipun,orang meninggal,kenduri kahwin,bersukan,beriadah,majlis kecil dan besar,Musbah pasti ada di kawasannya memperlihatkan diri...Beliau sanggup meredah hujan,berpanas terik,malam atau siang,sibuk atau tidak,duduk minum di cawan plastik dan menjamah makanan apa yang terhidang di makan oleh orang kampung,Musbah itu tetap juga Musbah yang dahulu.

Ini contoh yang bagus jika ingin bergelar pemimpin...Usah memikirkan gelas berkilau,makanan high class,takut injak lumpur,takut berpanas dan hujan,kerana pemimpin itu tergelar darjatnya dan di lantik oleh rakyat,bekerja untuk rakyat dan berjuang untuk rakyat.

Dr.Kibin
Berbalik pada kisah calon-calon yang mungkin bakal menghias poster di pilihanraya yang akan datang,tinjauan kami mendapati tersebutnya beberapa nama yang popular.Antaranya ialah Sdr.Ir.Awang Salleh Makmud (Warisan),Dr.Kibin Hj.Samad (UMNO),Abd.Hikmat Hj.Mulia (AKAR),Dato' Raplin Samat (STAR) dan Datuk Almudin Kaida (PBS).

Kesemua penama di atas ini mempunyai latar belakangnya yang tersendiri dan boleh di anggap berwibawa...Wibawa itu datang dari hasil kerja kemasyarakatan mereka dan juga (yang terpenting),berjaya memenangi hati Gen Y di kawasan berkenaan.

Datuk Almudin Kaida
Bagaimanapun,Kibin dan Almudin bukan muda lagi berbanding usia Raplin,Awang Salleh dan Hikmat...Tetapi,dari segi pengalaman politiknya,kedua-dua mereka (Kibin dan Almudin) memang berpengalaman....Dr.Kibin pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri KKMM dan sudah lama di dalam UMNO seperti mana juga Datuk Baharul Sawi.

Datuk Almudin Kaida pula merupakan veteran politik PBS yang prolifik dan begitu terkenal di daerah Kota Belud ini.Cuma malangnya,nama beliau belum pernah diumumkan menjadi calon di pilihanraya-pilihanraya sebelum ini...Bagi DUN Pintasan pula,terdapat sedikit percanggahan pendapat di kalangan netizen yang menyebut Datuk Almudin sebenarnya Ketua PBS Bahagian Tempasuk dan bukannya Pintasan.

Abd.Himat Mulia
Hikmat pula merupakan adinda kepada Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia yang baru-baru ini berniat untuk menghidupkan kembali parti AKAR yang suatu waktu dulu pernah menjadi fenomena dalam senario politik Sabah...Pada segelintir anak muda khususnya Gen Y,nama Abdul Hikmat bukanlah asing bagi mereka kerana Hikmat sudah begitu lama bersama-sama kumpulan usia muda sejak dahulu lagi...Beliau begitu sinonim dengan istilah usahawan muda yang baik hati dan bijak bergaul dengan generasi tua dan muda.

Parti STAR ingin menampilkan tenaga muda juga dalam politik Pintasan di mana muncul lah nama Dato' Raplin Samat,seorang
Dato' Raplin Samat
usahawan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Sabah...Beliau merupakan anak jati Kg.Tamau dalam kawasan DUN Pintasan dan sudahpun bergerak aktif mencari ruang dan peluang bersama-sama rakyat setempat.

Begitu halnya dengan Ir.Awang Salleh Hj.Makmud,juga seorang usahawan berjaya yang sedang mengukir nama dalam dunia politik.Pengalaman anak muda ini di timba ketika menyertai parti-parti lain sebelumnya dan kini berjuang di bawah panji Parti Warisan Sabah (Warisan)....Beliau di anggap seorang yang
Ir.Awg.Salleh Makmud
kreatif dan mesra pada semua lapisan masyarakat sehingga membolehkan namanya disebut-sebut sebagai bakal calon dari pihak kerajaan di DUN Pintasan kelak.

Sebenarnya,terdapat beberapa nama lain lagi yang sedang pihak kami intai bagi menambah perisa dalam setiap laporan berhubung DUN Pintasan..Ada di antaranya ingin bertanding atas tiket Bebas dan ada pula sedang mengintai peluang dengan memohon keahlian di parti-parti tertentu seperti PKR,Usno dan mungkin juga sebuah parti baharu lagi.

Apapun,ini adalah tinjauan rambang yang tidak semestinya sahih 100% hingga perkara calon itu menjadi benar tetapi dunia politik ini sangat payah untuk diramalkan perubahannya kerana terlalu banyak sandiwara dan wabak U-Turn boleh berlaku bila-bila masa...Apapun keadaan dan siapapun calonnya nanti,pengundi perlu berhati-hati memangkah kertas undi kerana jika tersilap pangkah,menyesal kemudian tidak berguna 'sebab pangkahnya terlebih keluar kotak yang disediakan).

#WhySerious?
..istidi ko busku....Kita pilih calon terbaik..
...atau pilih saja di mana Sabah_OnlineNews ikut berkempen nanti...Ha..Ha...

JUMPA LAGI di episod akan datang...Peace !!

Thursday, October 17, 2019


ISU PENGARAH JANS : WANITA UMNO DESAK KERAJAAN NEGERI HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH  

KOTA KINABALU : Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Datuk Amarjit Singh yang dinafikan jawatannya oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini tetap meneruskan tugasnya selaku Ketua Jabatan berkenaan dengan alasan diberikan keizinan oleh Ketua Menteri Sabah Wanita UMNO Sabah mendesak agar kerajaan negeri menghormati keputusan mahkamah berhubung perkara tersebut.

Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,Datuk Amarjit Singh pula baru-baru ini menandatangani Surat Pembahagian Kontrak kepada kontraktor meskipun dari sudut undang-undang,perbuatan tersebut menyalahi enakmen yang sedia ada.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini memutuskan bahawa perlantikan Datuk Amarjit Singh selaku Pengarah JANS tidak sah kerana melanggar Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah.

“Sepatutnya,Datuk Amarjit mengambil cuti sementara rayuannya di dengar berhubung kes tersebut dan tidak mengambil apa-apa bahagian dalam urusan jabatan berkenaan,” katanya lagi.

Mengekalkan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air oleh kerajaan negeri Sabah bukan saja tidak menghormati keputusan Mahkamah tapi juga akan menunjukkan  seolah-olah tiada pegawai lain yang layak di kalangan  State public  service untuk memegang jawatan berkenaan setelah mahkamah memutuskan.
Sekiranya ini dibiarkan berlaku ia akan menjadi sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam agensi kerajaan di mana kerajaan yang memerintah sewenang-wenangnya boleh melantik mana-mana orang luar yang bukan dalam kerajaan yang tidak pernah melalui proses latihan, kursus, intensif dan penilaian agensi kerajaan untuk mengetuai sebarang jabatan kerajaan,” ujar Jainab.

Dalam pada itu,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong pula mengeluarkan kenyataan mempertikai keputusan mahkamah dan memihak kepada Amarjit sedangkan umum mengetahui bahawa Liew dan Amarjit Singh mempunyai kepentingan tertentu lantaran keduanya adalah ahli Parti WARISAN Sabah.

"Ia seolah-olah memperlihatkan betapa kefahaman menteri-menteri di Sabah berkenaan konsep pemisahan kuasa di antara Kuasa Eksekutif dan Kuasa Kehakiman,sangat kurang dan bertindak membelakanginya pula.

“Tindakan Amarjit melakukan urusan jabatan biarpun setelah mahkamah memutuskan kedudukannya,bakal berdepan implikasi undang-undang dan tidak sah.
Wanita UMNO Sabah juga turut menyokong kenyataan Pengerusi Biro Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO Sabah Datuk Mohamad Hj.Alamin dan kenyataan Naib Presiden PBS Datuk Johnny Mositun berhubung dengan perkara ini.

“Dari sudut pandangan politik,Amarjit dan kabinet kerajaan Sabah dikatakan tidak menghormati keputusan badan kehakiman tertinggi itu seolah-olah menampakkan bahawa kerajaan Warisan ingin berbuat sesuka hati mengikut acuan mereka sendiri.
Badan Kehakiman adalah badan undang-undang tertinggi di negara kita dan kita sebagai rakyat tidak kira memegang apa jawatan sekalipun,perlu patuh kepada keputusan hakim dan mahkamah,” jelas Jainab yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia.



Wednesday, October 16, 2019


ISU PENGARAH JANS : MOHAMAD BIDAS KENYATAAN LIEW VUI KEONG  
  
Kota Kinabalu : Ketua UMNO Bahagian P176 Kimanis Datuk Mohamad Hj.Alamin hari ini mebidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berhubung isu Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Datuk Amarjit Singh.

Menurut Mohamad,kenyataan Liew telah memperlihatkan betapa kefahaman menteri itu berkenaan konsep pemisahan kuasa di antara Kuasa Eksekutif dan Kuasa Kehakiman.

"Samada beliau (Liew) tidak faham ataupun sengaja buat-buat tak faham berkenaan konsep tersebut sehingga menampakkan seolah-olah menteri itu tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu," ujar beliau.

Baru-baru ini,Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa perlantikan Datuk Amarjit Singh selaku Pengarah JANS tidak sah kerana melanggar Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah.

"Mungkin saja beliau mempunyai tafsiran berbeza terhadap [eruntukan undang-undang tersebut tetapi sebagai Menteri Undang-Undang yang menjaga hal ehwal istitusi kehakiman negara,adalah sangat tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan secara terbuka seoalah-olah tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah.

Tindakan begitu boleh mencemar imej kerajaan yang seharusnya bebas daripada mencampuri urusan Badan Kehakiman."

Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO Sabah menjelaskan bahawa,beliau (Liew) yang juga bekas pengamal Undang Undang WAJIB faham dan bertindak secara professional lebih-lebih lagi khalayak umum tahu bahawa Liew dan Amarjit Singh mempunyai kepentingan tertentu lantaran keduanya adalah ahli Parti WARISAN Sabah.

"Kita mendesak agar YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dapat memberikan teguran kepada Menteri Undang Undang ini, jangan bikin malu orang Sabah bah !" Ujar Mohamad lagi.

JEFFREY RASMI STAR DUN PINTASAN DAN USUKAN 20 OKTOBER  


Jalumin Bayogoh
KOTA KINABALU : Dua lagi Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sah akan dirasmikan penubuhannya di Parlimen P169 Kota Belud pada 20 Oktober ini oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan,Presiden parti berkenaan.

Ketua Star Bahagian P169 Kota Belud,Jalumin Bayogoh ketika bercakap kepada media di sini mengesahkan perkara tersebut dan beranggapan bahawa sudah tiba masanya STAR bertapak kukuh di Kota Belud berdasarkan senario politik Sabah hari ini.

"Pengukuhan STAR melalui penubuhan Bahagian di DUN Pintasan dan DUN Usukan adalah tepat pada masanya di mana rakyat sudah menebal keyakinannya terhadap perjuangan dan dasar atau hala tuju parti ini dalam memperjuangkan hak-hak rakyat pribumi Sabah itu sendiri," katanya.

"Yang Berhormat Presiden akan ke Kota Belud untuk merasmikan dua bahagian baharu ini iaitu DUN N8 Pintasan dan DUN N10 Usukan pada Ahad 20 Oktober 2019 bertempat di laman terbuka Kg.Kota Bungan Kota Belud.
Program bersejarah ini akan bermula pada sebelah pagi dengan berbagai acara menarik bersama rakyat setempat dan perasmiannya bakal bermula pada jam 1 petang," ujar Jalumin lagi.

"Oleh yang demikian,orang ramai adalah di jemput dan dialu-alukan untuk hadir memeriahkan lagi program sehari ini dan mendengar sendiri amanat dari YB Presiden berkenaan dengan isu semasa politik tanahair," katanya lagi.

Dato Raplin DUN Pintasan
Dalam pada itu,Ketua Bahagian Star N8 Pintasan,Dato Raplin Samat menjelaskan bahawa banyak acara melibatkan rakyat setempat telah di susun sepanjang sehari sambutan bersejarah berkenaan.

"Selain banyak acara yang menyediakan hadiah-hadiah menarik,kami juga ingin menyerahkan sumbangan amal kepada surau dan masjid berupa penghawa dingin dan juga pam air.
Orang ramai juga berpeluang untuk memeriksa kesihatan diri dan keluarga kerana pihak kami menjemput pasukan medik turut serta dalam program ini," jelas Raplin.

DUN N10 Usukan
Setakat berita ini di tulis,Parlimen Kota Belud mencatatkan lebih 4 ribu ahli Parti Star telah didaftarkan dan jumlah berkenaan di jangka akan meningkat dengan mendadak apabila dua bahagian parti itu dirasmikan kelak.
Ibu pejabat parti STAR juga di jangka akan membuka kaunter pendaftaran keahlian pada hari berkenaan selain beramah mesra bersama penduduk setempat dan pengunjung-pengunjung yang hadir.

Monday, October 14, 2019

kenyataan media
14.10.2019

BELANJAWAN 2020 GAGAL PENUHI ASPIRASI RAKYAT - JAINAB


KOTA KINABALU : Pembentangan Belanjawan 2020 kerajaan Pakatan Harapan ternyata gagal memenuhi aspirasi Rakyat kata Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh Jainab Ahmad Ayid.

"Sepertimana Manifesto nya terdahulu yang nyata gagal, begitu jugalah Belanjawan yang baru saja dibentangkan 3 hari lalu.
Rakyat secara keseluruhannya kecewa dengan Belanjawan kali ini malah turut terkesan juga kepada pengundi pengundi PH yang menyokong mereka dahulu, " kata Jainab.

Jainab turut beranggapan bahawa Belanjawan kali ini lebih tertumpu kepada keuntungan Developer dan orang luar dari memikirkan kebajikan masa depan Rakyat tempatan.
Baca dengan teliti Belanjawan 2020 berkenaan dan kesan ketidakseimbangan dalam agihan yang lebih memihak kepada pihak lain.
Ia seolah-olah membelakangi kepentingan rakyat, katanya lagi.

Menurut mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu, lebih mengecewakan jika kembali mengenang janji-janji mereka di PRU lepas untuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah dan hak-hak Bumiputera, langsung tidak di pandang serius.

"Ini membawa maksud bahawa kerajaan hari ini memandang ringan hal tersebut sedangkan rakyat sangat-sangat mengharapkan perubahan Sepertimana yang mereka laung-laungkan dulu.
Bila ini terjadi, nyatalah bahawa kerajaan hari ini berbohong menipu rakyat semata-mata mahu memancing undi," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, menurut Jainab,tindakan kerajaan meneruskan dasar Dan Pembangunan yang dirancang oleh kerajaan terdahulu di sambut baik seperti contohnya Projek Pan Borneo.

" Sebagai pembangkang, tidak semua yang boleh kita kritik terhadap kerajaan kerana ada juga hal-hal tertentu seperti penerusan plan pembangunan yang pernah kerajaan terdahulu rancangkan dan kita menyambut baik kerana ianya memberikan impak dan kebaikan untuk Rakyat, " katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan agar kembali memberikan ruang kepada kaum Wanita dalam arus pembangunan dan sosio ekonomi Sabah.

" Saya berharap agar kerajaan menitipkan sedikit fokus kepada golongan Wanita supaya segala plan yang pernah di buat dan dirancang sejak dulu dapat diteruskan serta ditambahbaikkan lagi agar golongan Wanita ini tidak jauh tertinggal dalam arus Perdana.
Memang ada penambahan bagi insentif golongan Wanita tetapi dari segi perlaksaannya kelak,kita belum tahu lagi.
Namun,usaha-usaha bersepadu dan serius ke arah pembangunan wanita dalam industri professional belum lagi didedahkan khususnya ke arah tujuan latihan atau kursus berkemahiran,ujarnya lagi.

"Ini negara kita... Jangan benarkan kita di tipu terus menerus... Hak-hak kita beransur-ansur di hakis sedikit demi sedikit dan ianya bermula apabila Bantuan Sara Hidup dikurangkan, bantuan persekolahan dimansuhkan dan harga barangan semakin mahal.

Bagi saya, Belanjawan 2020 ini secara diam-diam menidakkan orang melayu dan mengelirukan rakyat meskipun terdapatnya peruntukan bagi Bumiputera tetapi kaum cina pula yang mendapat lebih besar.
Bukankah lebih baik jika peruntukan tersebut disamaratakan mengikut kaum sedangkan kita juga mahu bersama-sama dengan kaum yang lain dalam usahasama, perniagaan Dan sebagainya," Menurutnya lagi.

Sunday, October 13, 2019

STAR PINTASAN SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG.SARANG  

KOTA BELUD : Parti STAR Sabah hari ini menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit bebanan yang di tanggung oleh magsa-mangsa kebakaran di Kg.Sarang Kota Belud dalam siri lawatan ziarah amal parti itu.

Misi ziarah amal tersebut diketuai oleh Dato Raplin Samat,Ketua Star DUN Pintasan beserta rombongan,turut menyaksikan tragedi kebakaran yang melibatkan empat buah keluarga di kampung berkenaan sambil menerima taklimat sebenar kejadian daripada mangsa-mangsa kebakaran.

Dato Raplin juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak=Anak Negeri Sabah,turut menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Rijuah Mondongot,Timpas Malingkam,Sintom Mungkilas dan Agai Rombitu.


Dalam satu temubual bersama Sabah_OnlineNews di sini,Raplin turut terkesan dengan keadaan banjir yang melanda daerah Kota Belud sejak beberapa hari ini dan sudahpun mengarahkan kakitangannya untuk meninjau keadaan di pusat penempatan banjir yang disediakan sekiranya keadaan banjir kembali naik mendadak.

"Kita difahamkan bahawa pusat penempatan banjir di dua tempat sudahpun di tutup pada jam 1 petang tadi tetapi melihat kepada keadaan sungai Tempasuk dan Kadamaian,langkah berjaga-jaga perlu dilakukan tiap masa dan kita akan berbuat sesuatu untuk kebajikan mangsa-mangsa berkenaan dengan segera sekiranya banjir kembali," kata Raplin lagi.


Pusat Maklumat Rakyat Kota Belud yang dikendalikan oleh kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia hari ini mengisytiharkan bahawa kedua-dua pusat penempatan banjir (Dewan Tun Said & PKOB) sudahpun di tutup pada tengahari 12hb Oktober dan mangsa-mangsa yang terlibat juga sudah kembali ke kediaman masing-masing.