Friday, October 18, 2019

DUN PINTASAN : BAKAL CALON MULA PIKAT MEMIKAT  


KOTA BELUD : Biarpun kata orang PRU15 atau Pilihanraya Negeri (PRN) lama lagi namun wajah-wajah calon mula kelihatan mendekati rakyat di kawasan baharu (persempadanan baharu SPR) Dewan Undangan Negeri N08 Pintasan.

Senario pikat memikat hati rakyat mula kelihatan di sana sini dengan pelbagai aktiviti tidak mengira majlis kenduri,majlis kahwin,ziarah orang meninggal,amal kebajikan,melawat orang kesusahan dan macam-macam lagi.

Begitupun,ada juga ura-ura si polan ini dan si polan itu ingin mencalonkan diri di pilihanraya akan datang tetapi kurang pula perjalanan aktivitinya malah hampir-hampir 'lupus' pula dalam ingatan.

Manakala beberapa calon lain mula mencipta nama sebagai 'pengenalan diri' dan di anggap bakal menjadi calon berwibawa di DUN Pintasan.Malah,ada sudah yang mula mengumpul pengaruh berdasarkan imej kekeluargaan mahupun populariti setempat.

Mengikut statistik pengundi yang berdaftar di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada PRU14 yang lalu dan kini disempadankan semula,jumlah pengundi Pintasan lebih 10,000 orang (termasuk pendaftaran pengundi baharu 2019).

Ianya datang dari pecahan kawasan iaitu Dudar (1,333 orang),Peladok (1,679 orang),Rampayan (1,547 orang),Tamau (1,197 orang),Merabau (576 orang),Timbang (1,342 orang),Pandasan (865 orang),Rampayan Ulu (257 orang),Kota Peladuk (546 orang) dan Pulau Mantanani (522 orang).

DUN Pintasan merangkumi tiga etnik iaitu suku kaum Iranun,Bajau dan Dusun di mana majoritinya lebih tertumpu kepada suku kaum Iranun sendiri sehingga menjadikan ia semakin unik dan menarik perhatian umum.

Mana tidaknya,sudah sekian lama suku kaum Iranun menginginkan suara di Dewan Undangan Negeri Sabah dan ini menjadikan DUN ini berjaya menimbulkan perbincangan hangat di media sosial serta Whatsapp Group.

Mengikut tinjauan umum Sabah_OnlineNew baru-baru ini di kawasan Pintasan mendapati,sudah ada tanda-tanda munculnya calon-calon yang mungkin boleh diketengahkan bila saja DUN bubar nanti samada ianya dalam masa terdekat mahupun beberapa tahun lagi.

Antara yang di kesan membina populariti dan pengaruh ialah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR),Parti Bersatu Sabah (PBS) dan UMNO manakala parti kerajaan (Warisan),Bersatu (PPBM) atau PKR pula kelihatan mengambil sedikit kelonggaran waktu dengan pendekatan bahawa Pilihanraya lama lagi.Apa pun,jika ingin menjadi sebahagian daripada 'kumpulan elit calon pilihanraya',pendekatan sebegitu sangat merbahaya dan berisiko tinggi.

Untuk meletakkan diri dalam kelompok 'calon YB' di sesebuah kawasan,para calon sepatutnya mengambil inisiatif untuk bergerak lebih awal menemui rakyat walau dalam situasi apapun...Bukannya muncul semasa 'ura-ura' DUN mahu bubar,barulah mula kelihatan mengusung tangki,menggalas zink atau sebagainya.

Kita ambil contoh sifat seorang pemimpin yang benar-benar telah berjaya memikat hati rakyatnya iaitu Datuk Musbah Hj.Jamli...Bukanlah niat untuk puji melambung tinggi walhal tidak pun di bayar apa-apa untuk menyebut nama beliau sebagai contoh.


Datuk Musbah Jamli
Musbah memiliki sikap dan sifat pemimpin berjiwa rakyat...Dalam situasi apa sekalipun,orang meninggal,kenduri kahwin,bersukan,beriadah,majlis kecil dan besar,Musbah pasti ada di kawasannya memperlihatkan diri...Beliau sanggup meredah hujan,berpanas terik,malam atau siang,sibuk atau tidak,duduk minum di cawan plastik dan menjamah makanan apa yang terhidang di makan oleh orang kampung,Musbah itu tetap juga Musbah yang dahulu.

Ini contoh yang bagus jika ingin bergelar pemimpin...Usah memikirkan gelas berkilau,makanan high class,takut injak lumpur,takut berpanas dan hujan,kerana pemimpin itu tergelar darjatnya dan di lantik oleh rakyat,bekerja untuk rakyat dan berjuang untuk rakyat.

Dr.Kibin
Berbalik pada kisah calon-calon yang mungkin bakal menghias poster di pilihanraya yang akan datang,tinjauan kami mendapati tersebutnya beberapa nama yang popular.Antaranya ialah Sdr.Ir.Awang Salleh Makmud (Warisan),Dr.Kibin Hj.Samad (UMNO),Abd.Hikmat Hj.Mulia (AKAR),Dato' Raplin Samat (STAR) dan Datuk Almudin Kaida (PBS).

Kesemua penama di atas ini mempunyai latar belakangnya yang tersendiri dan boleh di anggap berwibawa...Wibawa itu datang dari hasil kerja kemasyarakatan mereka dan juga (yang terpenting),berjaya memenangi hati Gen Y di kawasan berkenaan.

Datuk Almudin Kaida
Bagaimanapun,Kibin dan Almudin bukan muda lagi berbanding usia Raplin,Awang Salleh dan Hikmat...Tetapi,dari segi pengalaman politiknya,kedua-dua mereka (Kibin dan Almudin) memang berpengalaman....Dr.Kibin pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri KKMM dan sudah lama di dalam UMNO seperti mana juga Datuk Baharul Sawi.

Datuk Almudin Kaida pula merupakan veteran politik PBS yang prolifik dan begitu terkenal di daerah Kota Belud ini.Cuma malangnya,nama beliau belum pernah diumumkan menjadi calon di pilihanraya-pilihanraya sebelum ini...Bagi DUN Pintasan pula,terdapat sedikit percanggahan pendapat di kalangan netizen yang menyebut Datuk Almudin sebenarnya Ketua PBS Bahagian Tempasuk dan bukannya Pintasan.

Abd.Himat Mulia
Hikmat pula merupakan adinda kepada Tan Sri Pandikar Amin Hj.Mulia yang baru-baru ini berniat untuk menghidupkan kembali parti AKAR yang suatu waktu dulu pernah menjadi fenomena dalam senario politik Sabah...Pada segelintir anak muda khususnya Gen Y,nama Abdul Hikmat bukanlah asing bagi mereka kerana Hikmat sudah begitu lama bersama-sama kumpulan usia muda sejak dahulu lagi...Beliau begitu sinonim dengan istilah usahawan muda yang baik hati dan bijak bergaul dengan generasi tua dan muda.

Parti STAR ingin menampilkan tenaga muda juga dalam politik Pintasan di mana muncul lah nama Dato' Raplin Samat,seorang
Dato' Raplin Samat
usahawan dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Sabah...Beliau merupakan anak jati Kg.Tamau dalam kawasan DUN Pintasan dan sudahpun bergerak aktif mencari ruang dan peluang bersama-sama rakyat setempat.

Begitu halnya dengan Ir.Awang Salleh Hj.Makmud,juga seorang usahawan berjaya yang sedang mengukir nama dalam dunia politik.Pengalaman anak muda ini di timba ketika menyertai parti-parti lain sebelumnya dan kini berjuang di bawah panji Parti Warisan Sabah (Warisan)....Beliau di anggap seorang yang
Ir.Awg.Salleh Makmud
kreatif dan mesra pada semua lapisan masyarakat sehingga membolehkan namanya disebut-sebut sebagai bakal calon dari pihak kerajaan di DUN Pintasan kelak.

Sebenarnya,terdapat beberapa nama lain lagi yang sedang pihak kami intai bagi menambah perisa dalam setiap laporan berhubung DUN Pintasan..Ada di antaranya ingin bertanding atas tiket Bebas dan ada pula sedang mengintai peluang dengan memohon keahlian di parti-parti tertentu seperti PKR,Usno dan mungkin juga sebuah parti baharu lagi.

Apapun,ini adalah tinjauan rambang yang tidak semestinya sahih 100% hingga perkara calon itu menjadi benar tetapi dunia politik ini sangat payah untuk diramalkan perubahannya kerana terlalu banyak sandiwara dan wabak U-Turn boleh berlaku bila-bila masa...Apapun keadaan dan siapapun calonnya nanti,pengundi perlu berhati-hati memangkah kertas undi kerana jika tersilap pangkah,menyesal kemudian tidak berguna 'sebab pangkahnya terlebih keluar kotak yang disediakan).

#WhySerious?
..istidi ko busku....Kita pilih calon terbaik..
...atau pilih saja di mana Sabah_OnlineNews ikut berkempen nanti...Ha..Ha...

JUMPA LAGI di episod akan datang...Peace !!

No comments:

Post a Comment