ISU PENGARAH
JANS : WANITA UMNO DESAK KERAJAAN NEGERI HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH
KOTA
KINABALU : Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Datuk Amarjit Singh yang dinafikan
jawatannya oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini tetap meneruskan tugasnya
selaku Ketua Jabatan berkenaan dengan alasan diberikan keizinan oleh Ketua
Menteri Sabah Wanita UMNO Sabah mendesak agar kerajaan negeri menghormati
keputusan mahkamah berhubung perkara tersebut.
Ketua Wanita
UMNO Sabah Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,Datuk Amarjit Singh pula
baru-baru ini menandatangani Surat Pembahagian Kontrak kepada kontraktor
meskipun dari sudut undang-undang,perbuatan tersebut menyalahi enakmen yang
sedia ada.
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini memutuskan bahawa perlantikan Datuk Amarjit Singh selaku Pengarah JANS tidak sah kerana melanggar Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah.
“Sepatutnya,Datuk Amarjit mengambil cuti sementara rayuannya di dengar berhubung kes tersebut dan tidak mengambil apa-apa bahagian dalam urusan jabatan berkenaan,” katanya lagi.
Mengekalkan
Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air oleh kerajaan negeri Sabah bukan saja
tidak menghormati keputusan Mahkamah tapi juga akan menunjukkan seolah-olah tiada pegawai lain yang layak di
kalangan State public service untuk memegang jawatan berkenaan
setelah mahkamah memutuskan.
Sekiranya
ini dibiarkan berlaku ia akan menjadi sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam
agensi kerajaan di mana kerajaan yang memerintah sewenang-wenangnya boleh
melantik mana-mana orang luar yang bukan dalam kerajaan yang tidak pernah
melalui proses latihan, kursus, intensif dan penilaian agensi kerajaan untuk
mengetuai sebarang jabatan kerajaan,” ujar Jainab.
Dalam pada
itu,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong
pula mengeluarkan kenyataan mempertikai keputusan mahkamah dan memihak kepada
Amarjit sedangkan umum mengetahui bahawa Liew dan Amarjit Singh mempunyai
kepentingan tertentu lantaran keduanya adalah ahli Parti WARISAN Sabah.
"Ia seolah-olah memperlihatkan betapa kefahaman menteri-menteri di Sabah berkenaan konsep pemisahan kuasa di antara Kuasa Eksekutif dan Kuasa Kehakiman,sangat kurang dan bertindak membelakanginya pula.
"Ia seolah-olah memperlihatkan betapa kefahaman menteri-menteri di Sabah berkenaan konsep pemisahan kuasa di antara Kuasa Eksekutif dan Kuasa Kehakiman,sangat kurang dan bertindak membelakanginya pula.
“Tindakan
Amarjit melakukan urusan jabatan biarpun setelah mahkamah memutuskan
kedudukannya,bakal berdepan implikasi undang-undang dan tidak sah.
Wanita UMNO
Sabah juga turut menyokong kenyataan Pengerusi Biro Undang-Undang dan
Perlembagaan UMNO Sabah Datuk Mohamad Hj.Alamin dan kenyataan Naib Presiden PBS
Datuk Johnny Mositun berhubung dengan perkara ini.
“Dari sudut
pandangan politik,Amarjit dan kabinet kerajaan Sabah dikatakan tidak
menghormati keputusan badan kehakiman tertinggi itu seolah-olah menampakkan
bahawa kerajaan Warisan ingin berbuat sesuka hati mengikut acuan mereka
sendiri.
Badan
Kehakiman adalah badan undang-undang tertinggi di negara kita dan kita sebagai
rakyat tidak kira memegang apa jawatan sekalipun,perlu patuh kepada keputusan
hakim dan mahkamah,” jelas Jainab yang juga merupakan Exco Wanita UMNO
Malaysia.
Terbaik Datuk KWN
ReplyDelete