Friday, December 13, 2019


SPECIAL SPICY : RESIPI SAMBAL CILI ‘MAKCIK’   
Membalas kenyataan mentah Ketua Wirawati Warisan Tenom Saudari Rafidah Arkani 

Bahan-bahannya ialah :   

1. Mengenang dan mengungkit sejarah lalu UMNO dan pemimpin ibarat "menepuk air di dulang,terpercik di muka sendiri".

Saudari sudah lupakah atau buat-buat  lupa yang Presiden Parti Warisan merangkap Ketua Menteri Sabah kini merupakan mantan Naib Presiden UMNO?
Sudah 22 tahun dalam arus perdana politik atas platform UMNO?
Cuba tanya DS Shafie Apdal pula soalan yang sama.

2. Di awal kenyataan Saudari menyentuh tentang autonomi tetapi kemudian "terpesong" ke MA63.
Saudari Rafidah,FAHAM atau tidak Autonomi Sabah yang telah diluluskan dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini?
Yang dibentangkan ialah AUTONOMI UMNO SABAH yang mana antara yang dimaktubkan ialah;
-Pemilihan calon untuk Pilihanraya (DUN/PARLIMEN) bukan lagi diputuskan oleh UMNO Pusat di Kuala Lumpur tetapi UMNO Sabah sendiri.
Begitu juga dalam menentukan Ketua Menteri kelak jika berjaya memenangi Pilihanraya.

3. Saudari juga memperlekeh kekuatan terkini UMNO dengan menyatakan bahawa "melihat kepada PAU baru-baru ini,impaknya tidaklah terlalu kuat walaupun UMNO bakal mengetengahkan pemimpin2 muda"
Terlalu angkuh kenyataan saudari ini ; walau bagaimanapun ayuh jadikan PRK P176 KIMANIS ini sebagai kayu pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap "tranformasi" dalam UMNO dan dasar mesra PTI oleh Warisan yang ketika ini beriya-iya melaksanakan dokumen PSS.

4. Oh ya saudari Ketua  Wirawati yang cantik lagi bijaksana,alang-alang Makcik sudah tercuit isu PSS ini ; mengenai biometrik, seandainya mereka (pemegang IMM13, kad burung-burung dan sijil banci) mahu bekerja di Sabah,patut dapatkan passport dan berdaftar sebagai pekerja asing jika ada majikan.
Pas kerja mempunyai biometrik,sama juga dari segi kawalan keselamatan,jadi tidak perlu arguement PSS diberi kerana ada biometrik untuk kawalan keselamatan.

5. Kos 3 tahun bayaran PSS ini RM120 SAHAJA untuk seorang sedangkan kos paling murah untuk pekerja asing yang memiliki Passport dan Permit Pekerja Asing paling murah dalam sektor pertanian pun ialah RM1,200 seorang untuk tempoh setahun.
Jadi dari segi kutipan bayaran PSS jika PAS kerja 3 tahun ialah RM3,600 seorang,Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM3,480.
Nampakkan betapa mesranya Warisan yang terkenal dengan slogan "Sabah Kita Punya" ini pada pendatang asing?

6. Jika PTI-PTI ini tidak dapat kerja,apa pula punca pendapatan mereka?
Bolehkah mereka berniaga?
Jika tiada syarat mereka perlu bekerja untuk tinggal di sini, apakah yang mereka buat jika mereka tidak ada pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup  mereka?
Ini mengundang isu keselamatan awam.

7. Selepas 3 tahun dlm pengumuman yang disiarkan dalam suratkhabar,bakal pemegang PSS ini nanti boleh melanjutkan tempoh sah kad PSS mereka.
Dalam ertikata lainnya, mereka boleh kekal tinggal sini seumur hidup.

8. Justeru, bagaimana pula dengan anak mereka?
Boleh ke bersekolah atau tidak di sekolah kerajaan?
Boleh terus tinggal sini atau tidak?
Jika boleh pasti akan beranak-pinak nanti.
Bolehkah kerajaan bagi jaminan bahawa mereka boleh di hantar balik ke negara asal mereka?
Kalau sekarang dikatakan payah,apa lagi pada masa akan datang?
Persoalannya juga,sebagai rakyat Sabah yang membayar cukai,jika mereka bersekolah di sini,adakah wang rakyat akan digunakan untuk membiayai kos persekolahan dan apa sahaja yang berkaitan dengan mereka?
Mohon pencerahan dari saudari....

9. Sedangkan orang Semenanjung yang bekerja di Sabah pun perlu memperbaharui pas kerja mereka setiap tahun jika bertugas sini.
Paling tidakpun,pas lawatan yang hanya boleh menetap tiga bulan sahaja di Sabah.
Ini kan pula PTI kategori ini boleh tinggal 3 tahun tanpa syarat bekerja atau tidak ??

10. Seramai 600,000 orang yg diumumkan akan diberi PSS dan ianya BUKAN ANGKA YANG SEDIKIT.
Ini bersifat "halus" tapi boleh menyebabkan Orang Asal Sabah menjadi minoriti jika di lihat pada atau dalam jangka masa yang panjang.
Tambahan lagi seperti yg diperkatakan,ada PTI yg mendapat kad pengenalan melalui projek IC seperti yang terdapat dalam laporan RCI.
Akibatnya Hak Orang Asal Sabah menjadi rundum dan ini sekaligus akan menyebabkan kita kehilangan kuasa eksekutif dan perundangan.

JANGAN LUPA,SAMBAL NI TAK SEDAP JIKA DIJADIKAN SAPUAN ROTI.JUMPA LAGI.
WASSALAM.


RALAT : Ini adalah tulisan/pendapat penulis sahaja dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak kami.Ianya sekadar ruang untuk penulis menzahirkan corak fikir dan kreativiti minda semata.Terimakasih.

Thursday, December 12, 2019

Kenyataan Media  
PERHIMPUNAN AMAN BLACK SUNDAY TETAP DITERUSKAN  

Jamain Sarudin
KOTA KINABALU : Pengerusi Solidariti Rakyat Sabah (SORAK) Jamain Sarudin menyatakan bahawa Perhimpunan Aman Black Sunday akan tetap diadakan pada hari Ahad, 15 Disember 2019 pada jam 10.00 pagi di Lintasan Deasoka Gaya Street,Kota Kinabalu.

Beliau, menegaskan perhimpunan ini bertujuan untuk membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang asing.

Pas Sementara Sabah yang bakal dikeluarkan pada Jun 2020, dilihat lebih banyak mendatangkan keburukan kepada Sabahan. Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin telah berlarutan dari kerajaan yang lepas dan bertambah buruk dengan cadangan memberikan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada 600,000 pemegang IMM13, Kad Burung-Burung dan resit Bancian Pendatang Asing.

Jamain turut menggesa agar kerajaan hari ini tidak lagi mengulangi kesilapan kerajaan yang lalu sehingga menyebabkan jumlah pendatang asing meningkat melebihi penduduk asal.

“Sudah tiba masanya kerajaan serius menghantar mereka balik ke negara asal mereka,” tegas beliau.

Ditanya mengenai perjumpaan kumpulan Sorak Sabah dengan Tuan OCPD balai polis Karamunsing. Jamain enggan mengulas lanjut dan hanya tersenyum kepada pihak wartawan.


Pemberian Pas Sementara Sabah (PSS)  
WANITA UMNO SABAH ULANGI TENTANGAN  
Oleh Sam Hj.Othman  

KOTA KINABALU : Wanita UMNO Sabah mengulangi tentangan terhadap hasrat kerajaan negeri dan persekutuan melaksanakan pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kerana ianya di lihat tidak membawa sebarang kebaikan melainkan keuntungan pula kepada pemegang kad IMM13,Kad Banci dan Kad Burong-Burong di Sabah.

“Mengapa mereka (pemegang kad tersebut) pula di bela dengan pengeluaran PSS seolah-olah kedudukan mereka begitu berharga pula di Sabah ini sedangkan kita semua tahu bahawa mereka ini sudah sekianlama mendatangkan masalah dari segi keselamatan,populasi dan sosio ekonomi ?” Soal Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.

“Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2019) minggu lalu,Wanita UMNO Sabah sudahpun membuat pernyataan dan pendirian mengenai isu ini dan mendapat sokongan oleh perwakilan.

Penolong Setiausaha Wanita UMNO Sabah,Puan Hjh.Aminah Johan berucap menyatakan pendirian Wanita UMNO Sabah mengenai isu PSS dan kami sebulat suara menggesa agar pemberian PSS ini tidak diteruskan,” katanya lagi dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Jainab,pemberian PSS kepada pemegang kad IMM13,Kad Banci dan Kad Burong-Burong,tidak akan membawa apa-apa kebaikan untuk rakyat Sabah malahan ianya dikhuatiri pula akan mencipta lebih banyak masalah lambakan pendatang asing ke negeri ini.

“Lihat pada kes Polio yang baru-baru ini menggemparkan rakyat sehingga mendatangkan kekhuatiran kepada penduduk setempat khususnya di Tuaran.

Kes tersebut di bawa oleh rakyat asing dan melibatkan kematian pula,” ujarnya lagi.

Beliau turut memberikan pesanan kepada rakyat tempatan agar berhati-hati apabila membeli makanan atau minuman yang di jual oleh warga asing terutamanya di lorong-lorong kaki lima,pasar malam atau mereka yang menjaja di tepi-tepi jalan.

“Rakyat tempatan sudah menerima vaksin polio semasa bayi tetapi tidak kepada rakyat asing yang bermastautin di Sabah kerana mereka tidak pernah mendapat suntikan vaksin anti polio.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri mengesahkan bahawa wabak polio memang menular di Selatan Filipina dan sekaligus memberikan risiko kepada rakyat Sabah lantaran penyakit ini boleh menjangkit melalui udara,makanan dan air.

Kerana itu Wanita UMNO Sabah menentang sekeras-kerasnya pemberian PSS dan inilah salah satu masalah yang amat menggusarkan” menurutnya lagi.

Dalam pada itu,Jainab turut menyentuh soal aktiviti Wanita UMNO Sabah sebelum dan selepas autonomi diberikan minggu lepas mengenai wujudnya Skuad Sayang 3K iaitu Skuad Sayang Kebajikan,Skuad Sayang Kesihatan dan Skuad Sayang Keselamatan untuk rakyat keseluruhannya.

Friday, December 6, 2019


#KimanisMengundi  
PRK KIMANIS : KEPENTINGAN PARTI ATAU INDIVIDU ?  
Oleh : Sam Hj.Othman  

Parlimen P176 Kimanis terdiri daripada tiga kawasan iaitu Membakut,Kimanis dan Bongawan (N23 Bongawan & N24 Membakut) dimana populasi kependudukannya majoriti bumiputera Islam dari suku kaum Berunai manakala selebihnya adalah suku kaum kadazandusun,cina,kedayan dan lain-lain.

N23 Bongawan diwakili oleh YB Dr.Daud Hj.Yusof – Warisan (termasuk kawasan Kimanis) manakala N24 Membakut diwakili oleh YB Datuk Hj.Arifin Mohd.Arif – BN (kini menyertai PPBM) dalam penghijrahan beramai-ramai yang diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Hj.Noor awal 2019.

Mengikut tinjauan terkini krew Sabah_OnlineNEWS,mantan Ahli Parlimen P176 Kimanis Datuk Seri Anifah Hj.Aman yang disahkan kehilangan kerusi berkenaan oleh mahkamah baru-baru ini,berkemungkinan untuk kembali mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRK kali ini.
Menurut fakta,Anifah menang atas tiket BN-UMNO sebelum mengisytiharkan diri keluar dari parti tersebut sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Kemudiannya,beliau sering kelihatan dan mengambil bahagian pada sesi pembentangan dan pencerahan MA63 bersama-sama dengan anggota Gabungan Bersatu Sabah (GBS) iaitu Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan (STAR),Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (SAPP) dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing.
Dua hari lepas,Jeffrey Kitingan menyatakan keinginan untuk bermusyawarah dengan Anifah,Yong dan Wilfred bagi mencapai kata sepakat mengenai calon atau parti yang layak bertanding di PRK Kimanis bagi mewakili GBS.

Persoalannya,adakah Anifah kini menjadi sebahagian daripada GBS ?

Pada ketika yang sama,parti USNO melalui Presidennya Ibrahim Linggam juga sudah awal-awal lagi membunyikan siren ingin meletakkan calon.

Persoalannya,siapakah yang layak mewakili USNO ?
Adakah Anifah ?
Sedangkan USNO tidak berada di dalam GBS dan GBS pula belum lagi didaftarkan sebagai pertubuhan politik.


Sumber terdekat kami juga difahamkan bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menyatakan hasrat untuk mencuba nasib di Kimanis selain besarnya minat PKR dan PPBM sendiri.

PH mungkin berdepan masalah untuk menzahirkan siapakah yang layak dicalonkan (atas tiket parti pakatan) samada Warisan Sabah atau PKR atau PPBM.

PPBM pernah menyatakan minat untuk bercalon di Kimanis....PKR pula memang mengintai kerusi ini sejak PRU12 lagi..


Warisan Sabah sudah pasti akan berkeras untuk mencalonkan ahlinya kali ini dan perkara ini sudah beberapa kali disuarakan oleh Presiden Warisan sendiri seolah-olah pendirian tersebut sudah muktamad dan tidak boleh di ubah lagi.

Perlu di ingat,jika bukan kerana Datuk Karim Bujang mengungkayahkan kes pengundian di Kimanis ini ke mahkamah,belum tentu lagi PRK akan diadakan....Beliau sepatutnya dicalonkan bagi mewakili Warisan Sabah sebagai mengenang komitmennya ke arah itu.

Tidak dinafikan,antara mereka ini saling tidak sehaluan di negeri Sabah...Cytro (CyberTrooper) parti masing-masing pun sering sindir menyindir,bertembung di media sosial dengan hujah masing-masing beserta komplen dan komen mengikut pandangan sendiri.

Cytro Warisan-PH sering mengucapkan ketidakwujudan UMNO di Sabah malah ramai yang terpedaya dengan notis-notis sebegini di media sosial...Kononnya,UMNO sudah mati dan berkubur.
Ini bukan sesuatu yang baharu bagi netizen malah notis-notis sebegini sebenarnya di lihat sebagai suatu cara untuk menutup apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang sehingga isu-isu rasuah,penyalahgunaan kuasa dan sebagainya dijadikan bahan untuk mempengaruhi.

Pada pemerhatian sesetengah penulis dan pengkritik politik berpendapat,berperang dengan isu yang tidak wujud atau isu yang cuba ditokok tambah sudah ketinggalan zaman.
Politik hari ini ialah politik yang menilai visi dan misi demi pembangunan negeri Sabah dan apakah impaknya turut menguntungkan penduduk luar bandar atau sebaliknya.

Netizen melihat PRK Kimanis adalah pertembungan di antara Warisan vs UMNO,sebenarnya.
Mari kita ungkap sedikit....


Warisan-PH harus mula berhenti sedikit demi sedikit untuk tidak menjadikan isu kerajaan dahulu sebagai senjata,kelak akan memakan diri.
Warisan-PH perlu lebih memperkasakan parti dan meminta ahli atau penyokong-penyokongnya bertindak wajar sekaligus memisahkan antara nafsu dan fakta....
Warisan-PH wajar untuk menjadikan apa yang berlaku dahulu adalah sempadan dan tauladan dan bukannya terus-terusan membicarakan hal yang sama sehingga menimbulkan kebosanan kepada rakyat yang akhirnya dilabelkan sebagai Sama Sahaja.

Kita Serupa – adalah tajuk lagu kumpulan Headwind.

UMNO pula,sering dilabelkan sebagai Parti Malaya (tetapi mengapa PKR dan DAP tidak dikenakan caj yang sama ?)

Autonomi untuk UMNO Sabah menjadikan parti Malaya itu kini berstatus Parti Lokal...Parti tempatan dan ditadbir sendiri tanpa merujuk ke semenanjung.

Ini membawa makna bahawa UMNO Sabah sudah tidak lagi mengikut TELUNJUK KL seperti dahulu....(Hadamkan ya kerana ini kronologi sejarah politik Sabah juga).

Sebenarnya..Sedar atau pun tidak,kelemahan UMNO Sabah adalah kerana sering mengaitkan sesuatu perkara atau bicara atau hujah mereka dengan merujuk kepada apa yang berlaku di semenanjung.

Setelah autonomi diperolehi,UMNO Sabah perlu mengurangkan/memperbandingkan sesuatu isu di semenanjung itu apabila berhujah di Sabah kerana apa yang kita nampak sebelum ini,setiap kali tokoh-tokoh UMNO Sabah berucap,pasti 85% isinya berkisar apa yang UMNO Pusat telah lakukan.

Inilah isu yang meracuni pemikiran rakyat jelata kerana itu mereka sewenangnya menerima tiap sebaran pihak sebelah bahawa UMNO Sabah itu Parti Malaya.

Tumpukan kepada apa yang ada di Sabah. 

Sentimen adalah senjata yang ampuh untuk meledakkan semangat penyokong dan juga rakyat...Sentimen juga berperanan besar bagi meluapkan api perjuangan dan mampu mencipta kejayaan yang tidak di duga.


Sentimen parti-parti di Sabah dari sudut positif dan tauladan (sedikit ringkasan).

Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR) berpegang pada sentimen Perjuangan Demi Hak-Hak Rakyat Asal Sabah dan MA63 sehingga mampu menambah kekuatan ahli dua kali ganda dalam tahun ini.
USNO meniupkan sentimen yang hampir serupa berpaksikan keramatnya parti tertua Sabah dengan Semangat 1961 Tun Datu Hj.Mustapha Datu Harun.

Parti Bersatu Sabah (PBS) sinonim dengan perjuangannya khusus untuk kemajmukan dan perpaduan kaum di Sabah,mengubah susur galur perjuangannya dengan 3 pimpinan tertinggi yang masing-masing mewakili suku kaum dan agama (Bumiputera Islam,Cina & KDMR).


Warisan Sabah mengibarkan panji-panji #SabahUbah sebagai sentimen untuk menawan hati rakyat yang berbilang kaum di Sabah dan akhirnya berjaya mengubah pendirian rakyat ke arah pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan yang lama.

UMNO berjuang sejak melangkah masuk sekitar tahun 90an dahulu dan memerintah Malaysia sejak dari merdeka lagi...Jasa dan budinya tidak terperi sehingga Malaysia gah di mata dunia sebagai negara dunia ketiga yang maju.
Parti ini membuat pengurangan sentimen sejak ke Sabah di era 90an dahulu kerana telah berjaya menawan Sabah sehingga PRU14 dan kerana kejayaan pemerintahan inilah yang mendorong UMNO-BN untuk tidak terlalu menyonsong sentimen sebagai senjata kempen,hanya berhujah bagi memberi jasa kepada pembangunan rakyat dan negara.


HABIS MADU – SEPAH DI BUANG.

...ikuti kupasan seterusnya di lain siaran
#KimanisMengundi






Thursday, December 5, 2019


#KimanisMengundi  
REKTOR KUASA RAKYAT PENENTU DI KIMANIS  
Oleh : Sam Hj.Othman  


Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen di Kimanis bakal menjadi medan tempur banyak parti politik dan dijadikan sebagai medan penguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap mereka selepas PRU14 lalu.

PRK Kimanis agak istimewa berbanding PRK Sandakan Mei lalu kerana beberapa sebab yang antaranya ialah kepercayaan pengundi hari ini cukup jauh berubah berdasarkan suasana politik semasa khususnya penilaian kepada prestasi kerajaan yang hampir 2 tahun memerintah.

Kalau di lihat apa yang berlaku pada PRK Sandakan lalu,para pengundi masih terhidang dengan faktor keyakinan yang menebal dan juga konsistenasi pentadbiran serta aroma kemenangan PRU14 yang masih hangat saat itu.

Untuk PRK Kimanis ini pula,percaya atau tidak,senarionya akan jauh berbeza dan ini perlu kewaspadaan kerajaan Warisan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal,untuk tidak terlalu selesa meskipun sudah menjadi pemerintah.

Jika di PRU14 lalu,tidak dinafikan bahawa sentimen kenegerian begitu kebal dan tebal sehingga rakyat berani membuat perubahan yang besar dalam sejarah politik negara.
Saat itu,kerajaan Barisan Nasional (BN) merasa teramat selesa untuk menang meskipun amaran-amaran kecil sudah mula kelihatan pada PRU sebelumnya.
Di Sabah,tidak ada yang mampu menjangka ledakan perubahan bagai sang Tsunami yang tiba-tiba muncul tanpa sebarang signal walaupun sudah kelihatan tanda-tanda kecil bahawa hari perubahan itu sudah semakin dekat.

Sentimen memainkan peranan yang cukup besar dalam kancah kempen PRU14 sehingga menyaksikan tokoh-tokoh politik di beberapa kawasan,tumbang sewenang-wenangnya tanpa di duga.
Sentimen merupakan senjata terkuat dan amat ampuh untuk memadam keselesaan di sebelah pihak sambil dicampur-adukkan dengan pelbagai sebaran,kekuatan media sosial,bisik membisik dari rumah ke rumah,fitnah (mungkin) dan bermacam-macam lagi termasuklah janji-janji pilihanraya.

Pada pandangan sesetengah pemerhati politik,BN tumbang kerana pancingan bijak Pakatan Harapan-Warisan Sabah.
Manakala rakyat sedar juga (ada juga yang tidak sedar) bahawa Warisan membentuk kerajaan bukan kerana kemenangan mutlak di Dewan Undangan Negeri tetapi hasil dari gabungan parti-parti (PKR-Warisan-DAP) dan juga wakil rakyat beralih arah.

Pada sesetengah penganalisa politik Sabah pula berpendapat,keselesaan BN sebagai kerajaan ketika itu dan keangkuhan pemimpin-pemimpinnya menyumbang sedikit kepada faktor kekalahan malah ada yang mengatakan bahawa ‘orang-orang kanan’ pemimpin (ataupun ahli berjawatan) berkenaan terlalu ego dan tinggi diri sehingga rakyat akar umbi merasa tersisih serta terpinggir.

Itu pendapat awam yang seringkali kedengaran namun pada bicara para pemimpin atasan pula,adalah sebaliknya malah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan awam berkenaan.
Bagaimana lagi hendak menegur dan menjelaskan hasrat akar umbi,kiranya pemimpin sendiri tidak mahu menerima kenyataan dan protes awam ??


Kini,BN khususnya UMNO sudah menjalani proses pemutihan di mana hijrah yang begitu ramai membuatkan BN terkontang kanting bersama sebahagian kecil pemimpin-pemimpin tegar yang ada serta ahli-ahlinya yang setia.
Juga dikhabarkan bahawa isu UMNO Parti Malaya turut mengesani perjuangan mereka selama ini dan inilah yang di panggil sebagai sentimen kenegerian.
BN Sabah juga dikatakan tidak begitu bijak (ketika itu) untuk menangkis sebarang sebaran dan hujah porak peranda yang ditiupkan oleh lawannya.
Apakah ini disebabkan oleh keselesaan dan keyakinan yang tinggi (Over Confident) bahawa selepas PRU,BN masih kekal memerintah lagi ?

Kebangkitan semula UMNO selepas proses pemutihan membariskan nama-nama baharu yang di kira miliki sedikit pengaruh dan kreadibiliti kepimpinan.
Kebangkitannya bak seekor ular menelusuri akar onak berduri,penuh luka tetapi takkan hilang bisanya sehingga memaksa kerajaan melakukan banyak ujian dan dugaan bagi menghalang kebangkitan parti melayu terbesar itu.

Disember ini menyaksikan autonomi penuh bakal diberikan kepada UMNO Sabah di mana seluruh bidang tadbirnya berpusat hanya di Sabah dan tidak lagi perlu memohon kelulusan Malaya.
Ini mungkin suatu yang masih baharu dan sukar bagi rakyat Sabah menerimanya malah ada yang tidak faham maksud sebenar AUTONOMI itu.
PRK Kimanis bakal menjadi medan sebaran khas dan agak istimewa di mana UMNO Sabah kemungkinan besar akan menggunakan sentimen ‘Autonomi’ ini sebagai salah satu dari senjata kempennya.

PH melalui Warisan Sabah yang kini memegang tampuk pemerintahan negeri sebenarnya dibayangi sesuatu yang menggerunkan bila sahaja pilihanraya berlaku di Sabah.
Berbagai isu digembar-gemburkan sejak hampir dua tahun mereka memerintah dan parti ini perlu bekerja keras bagi menangkis setiap isu yang dibangkitkan justeru pihak lawan nanti akan menyerang dari arah berbagai sudut.

Entah dari mana sumber ditiupkan mengenai perbalahan dalaman Warisan,juga bakal diperhujahkan sepanjang kempen PRK ini kelak.
Bukan sahaja mengenai isu Peter Anthony dan Shafie Apdal malah kononnya persefahaman antara menteri kabinet juga turut goyah.
Menteri ini kata begini,Shafie pula lain penjelasannya seolah-olah mereka tidak punya ‘Whatsapp Group’ atau persepakatan.

Warisan juga bakal berdepan dengan persoalan ‘Apakah kemajuan dan pembangunan yang sudah Warisan bawa hingga kini ?’

Menteri dan wakil rakyat bagaikan hanya menjadi perasmi kepada sesuatu acara dan hanya itu sahaja fungsi mereka setakat hampir dua tahun ini dan paling terkesan sekali adalah isu perasmian beberapa projek siap yang sebenarnya adalah usaha kerajaan terdahulu.

Isu paling panas ialah isu PTI dan Pas Sementara Sabah (PSS),biarpun sudah berjawab oleh Ketua Menteri dan Timbalan Menteri KDN Dato Azis Jamman,isu ini tetap berterusan lalu menyerap ke nadi rakyat keseluruhannya.

Kebijaksanaan Ketua Menteri yang mengambil sikap berdiam diri apabila persoalan di atas diviralkan oleh netizen,adalah suatu tindakan bijak kerana jika perkara tersebut disoal-jawabkan,ia pasti akan berlarutan tanpa sebarang titik noktah.

.....bersambung di siri kedua nanti.
PRK Kimanis : Pengaruh parti atau Individu....

Tuesday, December 3, 2019

BN P176 KIMANIS SIAP SIAGA : MOHAMAD  
Oleh : Sam Hj.Othman  

KIMANIS : Kem Barisan Nasional khususnya UMNO Bahagian P176 Kimanis siap siaga menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenepikan rayuan Datuk Seri Anifah Hj.Aman sekaligus membatalkan kemenangan mantan Menteri Luar itu mengikut apa yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihanraya sebelum ini.

Pengerusi Barisan Nasional P176 Kimanis,Datuk Mohamad Hj.Alamin dalam satu kenyataan di sini menjelaskan,kesiapsiagaan BN-UMNO sudah pun bermula selepas PRU14 yang lalu meski berada di dalam blok pembangkang.

"Kita sentiasa siap siaga sejak berakhirnya PRU14 walaupun sebagai pembangkang kerana kebajikan dan kesusahan rakyat perlu diutamakan biarpun tidak lagi berada dalam kerajaan.

Kita redha dengan keputusan mahkamah tersebut dan kita bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan lantaran Parlimen Kimanis itu adalah kerusi tradisi BN-UMNO.

Rakyat ataupun pengundi di kawasan Parlimen Kimanis ini sentiasa di hati kami sebagai parti keramat yang saban waktu berjuang demi agama,bangsa dan negara," jelas Mohamad.

Menurutnya,jentera parti sentiasa aktif sejurus tamatnya PRU14 lagi dan kini jentera itu diperkukuhkan lagi bila sahaja mahkamah memberikan keputusan akhir berkenaan kes tersebut.

"BN-UMNO,biarpun berada di blok pembangkang selepas PRU14 lalu,tetap menggerakkan jentera parti melalui sayap Pemuda,Puteri dan Wanita tanpa menunggu saat-saat akhir sepertimana yang dilakukan oleh parti-parti lain.


Inisiatif kita adalah demi rakyat.Perjuangan BN-UMNO juga adalah perjuangan untuk rakyat dan membela nasib rakyat.

Kita bukanlah seperti parti-parti lain yang hanya gah muncul bila ada upacara perasmian atau muncul pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya.

BN berkeyakinan untuk terus mempertahankan kerusi P176 Kimanis dan kekal milik BN di PRK kali ini.

BN-UMNO muncul setiap saat mendekati rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun kerana itu saya berani mengatakan bahawa BN-UMNO sentiasa siap siaga," ujar Mohamad yang juga merupakan Ketua UMNO Sabah Bahagian P176 Kimanis.

PRK Kimanis bakal menjadi kayu pengukur oleh rakyat terhadap kreadibiliti kerajaan hari ini yang di anggap telah gagal melaksanakan tanggungjawab dan janji manifesto PRU14 lalu.


Sebahagian penganalisa politik berpendapat,bukan mudah Pakatan Harapan (PH)-Warisan Sabah untuk menembusi dan meraih kerusi Parlimen Kimanis berdasarkan senario politik hari ini berbanding keadaan yang jauh lebih bagus semasa PRU14 lalu yang di anggap sebagai PRU yang penuh sentimen dan kehendak baharu.

#KimanisMengundi