Friday, December 13, 2019


SPECIAL SPICY : RESIPI SAMBAL CILI ‘MAKCIK’   
Membalas kenyataan mentah Ketua Wirawati Warisan Tenom Saudari Rafidah Arkani 

Bahan-bahannya ialah :   

1. Mengenang dan mengungkit sejarah lalu UMNO dan pemimpin ibarat "menepuk air di dulang,terpercik di muka sendiri".

Saudari sudah lupakah atau buat-buat  lupa yang Presiden Parti Warisan merangkap Ketua Menteri Sabah kini merupakan mantan Naib Presiden UMNO?
Sudah 22 tahun dalam arus perdana politik atas platform UMNO?
Cuba tanya DS Shafie Apdal pula soalan yang sama.

2. Di awal kenyataan Saudari menyentuh tentang autonomi tetapi kemudian "terpesong" ke MA63.
Saudari Rafidah,FAHAM atau tidak Autonomi Sabah yang telah diluluskan dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini?
Yang dibentangkan ialah AUTONOMI UMNO SABAH yang mana antara yang dimaktubkan ialah;
-Pemilihan calon untuk Pilihanraya (DUN/PARLIMEN) bukan lagi diputuskan oleh UMNO Pusat di Kuala Lumpur tetapi UMNO Sabah sendiri.
Begitu juga dalam menentukan Ketua Menteri kelak jika berjaya memenangi Pilihanraya.

3. Saudari juga memperlekeh kekuatan terkini UMNO dengan menyatakan bahawa "melihat kepada PAU baru-baru ini,impaknya tidaklah terlalu kuat walaupun UMNO bakal mengetengahkan pemimpin2 muda"
Terlalu angkuh kenyataan saudari ini ; walau bagaimanapun ayuh jadikan PRK P176 KIMANIS ini sebagai kayu pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap "tranformasi" dalam UMNO dan dasar mesra PTI oleh Warisan yang ketika ini beriya-iya melaksanakan dokumen PSS.

4. Oh ya saudari Ketua  Wirawati yang cantik lagi bijaksana,alang-alang Makcik sudah tercuit isu PSS ini ; mengenai biometrik, seandainya mereka (pemegang IMM13, kad burung-burung dan sijil banci) mahu bekerja di Sabah,patut dapatkan passport dan berdaftar sebagai pekerja asing jika ada majikan.
Pas kerja mempunyai biometrik,sama juga dari segi kawalan keselamatan,jadi tidak perlu arguement PSS diberi kerana ada biometrik untuk kawalan keselamatan.

5. Kos 3 tahun bayaran PSS ini RM120 SAHAJA untuk seorang sedangkan kos paling murah untuk pekerja asing yang memiliki Passport dan Permit Pekerja Asing paling murah dalam sektor pertanian pun ialah RM1,200 seorang untuk tempoh setahun.
Jadi dari segi kutipan bayaran PSS jika PAS kerja 3 tahun ialah RM3,600 seorang,Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM3,480.
Nampakkan betapa mesranya Warisan yang terkenal dengan slogan "Sabah Kita Punya" ini pada pendatang asing?

6. Jika PTI-PTI ini tidak dapat kerja,apa pula punca pendapatan mereka?
Bolehkah mereka berniaga?
Jika tiada syarat mereka perlu bekerja untuk tinggal di sini, apakah yang mereka buat jika mereka tidak ada pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup  mereka?
Ini mengundang isu keselamatan awam.

7. Selepas 3 tahun dlm pengumuman yang disiarkan dalam suratkhabar,bakal pemegang PSS ini nanti boleh melanjutkan tempoh sah kad PSS mereka.
Dalam ertikata lainnya, mereka boleh kekal tinggal sini seumur hidup.

8. Justeru, bagaimana pula dengan anak mereka?
Boleh ke bersekolah atau tidak di sekolah kerajaan?
Boleh terus tinggal sini atau tidak?
Jika boleh pasti akan beranak-pinak nanti.
Bolehkah kerajaan bagi jaminan bahawa mereka boleh di hantar balik ke negara asal mereka?
Kalau sekarang dikatakan payah,apa lagi pada masa akan datang?
Persoalannya juga,sebagai rakyat Sabah yang membayar cukai,jika mereka bersekolah di sini,adakah wang rakyat akan digunakan untuk membiayai kos persekolahan dan apa sahaja yang berkaitan dengan mereka?
Mohon pencerahan dari saudari....

9. Sedangkan orang Semenanjung yang bekerja di Sabah pun perlu memperbaharui pas kerja mereka setiap tahun jika bertugas sini.
Paling tidakpun,pas lawatan yang hanya boleh menetap tiga bulan sahaja di Sabah.
Ini kan pula PTI kategori ini boleh tinggal 3 tahun tanpa syarat bekerja atau tidak ??

10. Seramai 600,000 orang yg diumumkan akan diberi PSS dan ianya BUKAN ANGKA YANG SEDIKIT.
Ini bersifat "halus" tapi boleh menyebabkan Orang Asal Sabah menjadi minoriti jika di lihat pada atau dalam jangka masa yang panjang.
Tambahan lagi seperti yg diperkatakan,ada PTI yg mendapat kad pengenalan melalui projek IC seperti yang terdapat dalam laporan RCI.
Akibatnya Hak Orang Asal Sabah menjadi rundum dan ini sekaligus akan menyebabkan kita kehilangan kuasa eksekutif dan perundangan.

JANGAN LUPA,SAMBAL NI TAK SEDAP JIKA DIJADIKAN SAPUAN ROTI.JUMPA LAGI.
WASSALAM.


RALAT : Ini adalah tulisan/pendapat penulis sahaja dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pihak kami.Ianya sekadar ruang untuk penulis menzahirkan corak fikir dan kreativiti minda semata.Terimakasih.

1 comment:

  1. PSS DAN WARISAN jika dikaitkan , hanya memantapkan kekuatan PARTI itu dikawasan B1..... SAYA tak minat membahas soal ini , namun for sure menguntungkan WARISAN di kawasan BI ......

    ReplyDelete