Friday, December 6, 2019


#KimanisMengundi  
PRK KIMANIS : KEPENTINGAN PARTI ATAU INDIVIDU ?  
Oleh : Sam Hj.Othman  

Parlimen P176 Kimanis terdiri daripada tiga kawasan iaitu Membakut,Kimanis dan Bongawan (N23 Bongawan & N24 Membakut) dimana populasi kependudukannya majoriti bumiputera Islam dari suku kaum Berunai manakala selebihnya adalah suku kaum kadazandusun,cina,kedayan dan lain-lain.

N23 Bongawan diwakili oleh YB Dr.Daud Hj.Yusof – Warisan (termasuk kawasan Kimanis) manakala N24 Membakut diwakili oleh YB Datuk Hj.Arifin Mohd.Arif – BN (kini menyertai PPBM) dalam penghijrahan beramai-ramai yang diketuai oleh YB Datuk Seri Panglima Hj.Hajiji Hj.Noor awal 2019.

Mengikut tinjauan terkini krew Sabah_OnlineNEWS,mantan Ahli Parlimen P176 Kimanis Datuk Seri Anifah Hj.Aman yang disahkan kehilangan kerusi berkenaan oleh mahkamah baru-baru ini,berkemungkinan untuk kembali mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRK kali ini.
Menurut fakta,Anifah menang atas tiket BN-UMNO sebelum mengisytiharkan diri keluar dari parti tersebut sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Kemudiannya,beliau sering kelihatan dan mengambil bahagian pada sesi pembentangan dan pencerahan MA63 bersama-sama dengan anggota Gabungan Bersatu Sabah (GBS) iaitu Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan (STAR),Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (SAPP) dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing.
Dua hari lepas,Jeffrey Kitingan menyatakan keinginan untuk bermusyawarah dengan Anifah,Yong dan Wilfred bagi mencapai kata sepakat mengenai calon atau parti yang layak bertanding di PRK Kimanis bagi mewakili GBS.

Persoalannya,adakah Anifah kini menjadi sebahagian daripada GBS ?

Pada ketika yang sama,parti USNO melalui Presidennya Ibrahim Linggam juga sudah awal-awal lagi membunyikan siren ingin meletakkan calon.

Persoalannya,siapakah yang layak mewakili USNO ?
Adakah Anifah ?
Sedangkan USNO tidak berada di dalam GBS dan GBS pula belum lagi didaftarkan sebagai pertubuhan politik.


Sumber terdekat kami juga difahamkan bahawa Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menyatakan hasrat untuk mencuba nasib di Kimanis selain besarnya minat PKR dan PPBM sendiri.

PH mungkin berdepan masalah untuk menzahirkan siapakah yang layak dicalonkan (atas tiket parti pakatan) samada Warisan Sabah atau PKR atau PPBM.

PPBM pernah menyatakan minat untuk bercalon di Kimanis....PKR pula memang mengintai kerusi ini sejak PRU12 lagi..


Warisan Sabah sudah pasti akan berkeras untuk mencalonkan ahlinya kali ini dan perkara ini sudah beberapa kali disuarakan oleh Presiden Warisan sendiri seolah-olah pendirian tersebut sudah muktamad dan tidak boleh di ubah lagi.

Perlu di ingat,jika bukan kerana Datuk Karim Bujang mengungkayahkan kes pengundian di Kimanis ini ke mahkamah,belum tentu lagi PRK akan diadakan....Beliau sepatutnya dicalonkan bagi mewakili Warisan Sabah sebagai mengenang komitmennya ke arah itu.

Tidak dinafikan,antara mereka ini saling tidak sehaluan di negeri Sabah...Cytro (CyberTrooper) parti masing-masing pun sering sindir menyindir,bertembung di media sosial dengan hujah masing-masing beserta komplen dan komen mengikut pandangan sendiri.

Cytro Warisan-PH sering mengucapkan ketidakwujudan UMNO di Sabah malah ramai yang terpedaya dengan notis-notis sebegini di media sosial...Kononnya,UMNO sudah mati dan berkubur.
Ini bukan sesuatu yang baharu bagi netizen malah notis-notis sebegini sebenarnya di lihat sebagai suatu cara untuk menutup apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang sehingga isu-isu rasuah,penyalahgunaan kuasa dan sebagainya dijadikan bahan untuk mempengaruhi.

Pada pemerhatian sesetengah penulis dan pengkritik politik berpendapat,berperang dengan isu yang tidak wujud atau isu yang cuba ditokok tambah sudah ketinggalan zaman.
Politik hari ini ialah politik yang menilai visi dan misi demi pembangunan negeri Sabah dan apakah impaknya turut menguntungkan penduduk luar bandar atau sebaliknya.

Netizen melihat PRK Kimanis adalah pertembungan di antara Warisan vs UMNO,sebenarnya.
Mari kita ungkap sedikit....


Warisan-PH harus mula berhenti sedikit demi sedikit untuk tidak menjadikan isu kerajaan dahulu sebagai senjata,kelak akan memakan diri.
Warisan-PH perlu lebih memperkasakan parti dan meminta ahli atau penyokong-penyokongnya bertindak wajar sekaligus memisahkan antara nafsu dan fakta....
Warisan-PH wajar untuk menjadikan apa yang berlaku dahulu adalah sempadan dan tauladan dan bukannya terus-terusan membicarakan hal yang sama sehingga menimbulkan kebosanan kepada rakyat yang akhirnya dilabelkan sebagai Sama Sahaja.

Kita Serupa – adalah tajuk lagu kumpulan Headwind.

UMNO pula,sering dilabelkan sebagai Parti Malaya (tetapi mengapa PKR dan DAP tidak dikenakan caj yang sama ?)

Autonomi untuk UMNO Sabah menjadikan parti Malaya itu kini berstatus Parti Lokal...Parti tempatan dan ditadbir sendiri tanpa merujuk ke semenanjung.

Ini membawa makna bahawa UMNO Sabah sudah tidak lagi mengikut TELUNJUK KL seperti dahulu....(Hadamkan ya kerana ini kronologi sejarah politik Sabah juga).

Sebenarnya..Sedar atau pun tidak,kelemahan UMNO Sabah adalah kerana sering mengaitkan sesuatu perkara atau bicara atau hujah mereka dengan merujuk kepada apa yang berlaku di semenanjung.

Setelah autonomi diperolehi,UMNO Sabah perlu mengurangkan/memperbandingkan sesuatu isu di semenanjung itu apabila berhujah di Sabah kerana apa yang kita nampak sebelum ini,setiap kali tokoh-tokoh UMNO Sabah berucap,pasti 85% isinya berkisar apa yang UMNO Pusat telah lakukan.

Inilah isu yang meracuni pemikiran rakyat jelata kerana itu mereka sewenangnya menerima tiap sebaran pihak sebelah bahawa UMNO Sabah itu Parti Malaya.

Tumpukan kepada apa yang ada di Sabah. 

Sentimen adalah senjata yang ampuh untuk meledakkan semangat penyokong dan juga rakyat...Sentimen juga berperanan besar bagi meluapkan api perjuangan dan mampu mencipta kejayaan yang tidak di duga.


Sentimen parti-parti di Sabah dari sudut positif dan tauladan (sedikit ringkasan).

Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR) berpegang pada sentimen Perjuangan Demi Hak-Hak Rakyat Asal Sabah dan MA63 sehingga mampu menambah kekuatan ahli dua kali ganda dalam tahun ini.
USNO meniupkan sentimen yang hampir serupa berpaksikan keramatnya parti tertua Sabah dengan Semangat 1961 Tun Datu Hj.Mustapha Datu Harun.

Parti Bersatu Sabah (PBS) sinonim dengan perjuangannya khusus untuk kemajmukan dan perpaduan kaum di Sabah,mengubah susur galur perjuangannya dengan 3 pimpinan tertinggi yang masing-masing mewakili suku kaum dan agama (Bumiputera Islam,Cina & KDMR).


Warisan Sabah mengibarkan panji-panji #SabahUbah sebagai sentimen untuk menawan hati rakyat yang berbilang kaum di Sabah dan akhirnya berjaya mengubah pendirian rakyat ke arah pembentukan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan yang lama.

UMNO berjuang sejak melangkah masuk sekitar tahun 90an dahulu dan memerintah Malaysia sejak dari merdeka lagi...Jasa dan budinya tidak terperi sehingga Malaysia gah di mata dunia sebagai negara dunia ketiga yang maju.
Parti ini membuat pengurangan sentimen sejak ke Sabah di era 90an dahulu kerana telah berjaya menawan Sabah sehingga PRU14 dan kerana kejayaan pemerintahan inilah yang mendorong UMNO-BN untuk tidak terlalu menyonsong sentimen sebagai senjata kempen,hanya berhujah bagi memberi jasa kepada pembangunan rakyat dan negara.


HABIS MADU – SEPAH DI BUANG.

...ikuti kupasan seterusnya di lain siaran
#KimanisMengundi






No comments:

Post a Comment