Pemberian Pas Sementara Sabah (PSS)
WANITA UMNO SABAH ULANGI TENTANGAN
Oleh Sam Hj.Othman
“Mengapa mereka (pemegang
kad tersebut) pula di bela dengan pengeluaran PSS seolah-olah kedudukan mereka
begitu berharga pula di Sabah ini sedangkan kita semua tahu bahawa mereka ini
sudah sekianlama mendatangkan masalah dari segi keselamatan,populasi dan sosio
ekonomi ?” Soal Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid.
“Pada Perhimpunan Agung
UMNO (PAU 2019) minggu lalu,Wanita UMNO Sabah sudahpun membuat pernyataan dan
pendirian mengenai isu ini dan mendapat sokongan oleh perwakilan.
Penolong Setiausaha Wanita
UMNO Sabah,Puan Hjh.Aminah Johan berucap menyatakan pendirian Wanita UMNO Sabah
mengenai isu PSS dan kami sebulat suara menggesa agar pemberian PSS ini tidak
diteruskan,” katanya lagi dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Jainab,pemberian
PSS kepada pemegang kad IMM13,Kad Banci dan Kad Burong-Burong,tidak akan membawa
apa-apa kebaikan untuk rakyat Sabah malahan ianya dikhuatiri pula akan mencipta
lebih banyak masalah lambakan pendatang asing ke negeri ini.
“Lihat pada kes Polio yang
baru-baru ini menggemparkan rakyat sehingga mendatangkan kekhuatiran kepada
penduduk setempat khususnya di Tuaran.
Kes tersebut di bawa oleh rakyat
asing dan melibatkan kematian pula,” ujarnya lagi.
Beliau turut memberikan
pesanan kepada rakyat tempatan agar berhati-hati apabila membeli makanan atau
minuman yang di jual oleh warga asing terutamanya di lorong-lorong kaki
lima,pasar malam atau mereka yang menjaja di tepi-tepi jalan.
“Rakyat tempatan sudah
menerima vaksin polio semasa bayi tetapi tidak kepada rakyat asing yang bermastautin
di Sabah kerana mereka tidak pernah mendapat suntikan vaksin anti polio.
Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) sendiri mengesahkan bahawa wabak polio memang menular di Selatan
Filipina dan sekaligus memberikan risiko kepada rakyat Sabah lantaran penyakit
ini boleh menjangkit melalui udara,makanan dan air.
Kerana itu Wanita UMNO
Sabah menentang sekeras-kerasnya pemberian PSS dan inilah salah satu masalah
yang amat menggusarkan” menurutnya lagi.
Dalam pada itu,Jainab turut
menyentuh soal aktiviti Wanita UMNO Sabah sebelum dan selepas autonomi
diberikan minggu lepas mengenai wujudnya Skuad Sayang 3K iaitu Skuad Sayang
Kebajikan,Skuad Sayang Kesihatan dan Skuad Sayang Keselamatan untuk rakyat
keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment