#KimanisMengundi
REKTOR KUASA RAKYAT PENENTU DI KIMANIS
Oleh
: Sam Hj.Othman
Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen
di Kimanis bakal menjadi medan tempur banyak parti politik dan dijadikan
sebagai medan penguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap mereka selepas
PRU14 lalu.
PRK Kimanis agak istimewa
berbanding PRK Sandakan Mei lalu kerana beberapa sebab yang antaranya ialah
kepercayaan pengundi hari ini cukup jauh berubah berdasarkan suasana politik
semasa khususnya penilaian kepada prestasi kerajaan yang hampir 2 tahun
memerintah.
Kalau di lihat apa yang
berlaku pada PRK Sandakan lalu,para pengundi masih terhidang dengan faktor
keyakinan yang menebal dan juga konsistenasi pentadbiran serta aroma kemenangan
PRU14 yang masih hangat saat itu.
Untuk PRK Kimanis ini pula,percaya
atau tidak,senarionya akan jauh berbeza dan ini perlu kewaspadaan kerajaan
Warisan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal,untuk tidak terlalu selesa
meskipun sudah menjadi pemerintah.
Jika di PRU14 lalu,tidak
dinafikan bahawa sentimen kenegerian begitu kebal dan tebal sehingga rakyat berani
membuat perubahan yang besar dalam sejarah politik negara.
Saat itu,kerajaan Barisan
Nasional (BN) merasa teramat selesa untuk menang meskipun amaran-amaran kecil
sudah mula kelihatan pada PRU sebelumnya.
Di Sabah,tidak ada yang mampu
menjangka ledakan perubahan bagai sang Tsunami yang tiba-tiba muncul tanpa
sebarang signal walaupun sudah kelihatan tanda-tanda kecil bahawa hari perubahan
itu sudah semakin dekat.
Sentimen memainkan peranan
yang cukup besar dalam kancah kempen PRU14 sehingga menyaksikan tokoh-tokoh
politik di beberapa kawasan,tumbang sewenang-wenangnya tanpa di duga.
Sentimen merupakan senjata
terkuat dan amat ampuh untuk memadam keselesaan di sebelah pihak sambil
dicampur-adukkan dengan pelbagai sebaran,kekuatan media sosial,bisik membisik dari
rumah ke rumah,fitnah (mungkin) dan
bermacam-macam lagi termasuklah janji-janji pilihanraya.
Pada pandangan sesetengah
pemerhati politik,BN tumbang kerana pancingan bijak Pakatan Harapan-Warisan
Sabah.
Manakala rakyat sedar juga (ada juga yang tidak sedar) bahawa
Warisan membentuk kerajaan bukan kerana kemenangan mutlak di Dewan Undangan
Negeri tetapi hasil dari gabungan parti-parti (PKR-Warisan-DAP) dan juga wakil
rakyat beralih arah.
Pada sesetengah penganalisa
politik Sabah pula berpendapat,keselesaan BN sebagai kerajaan ketika itu dan
keangkuhan pemimpin-pemimpinnya menyumbang sedikit kepada faktor kekalahan malah
ada yang mengatakan bahawa ‘orang-orang kanan’ pemimpin (ataupun ahli berjawatan) berkenaan terlalu ego dan tinggi diri
sehingga rakyat akar umbi merasa tersisih serta terpinggir.
Itu pendapat awam yang
seringkali kedengaran namun pada bicara para pemimpin atasan pula,adalah
sebaliknya malah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan awam berkenaan.
Bagaimana lagi hendak
menegur dan menjelaskan hasrat akar umbi,kiranya pemimpin sendiri tidak mahu
menerima kenyataan dan protes awam ??
Kini,BN khususnya UMNO
sudah menjalani proses pemutihan di mana hijrah yang begitu ramai membuatkan BN
terkontang kanting bersama sebahagian kecil pemimpin-pemimpin tegar yang ada serta
ahli-ahlinya yang setia.
Juga dikhabarkan bahawa isu
UMNO Parti Malaya turut mengesani perjuangan mereka selama ini dan inilah yang
di panggil sebagai sentimen kenegerian.
BN Sabah juga dikatakan
tidak begitu bijak (ketika itu) untuk
menangkis sebarang sebaran dan hujah porak peranda yang ditiupkan oleh
lawannya.
Apakah ini disebabkan oleh
keselesaan dan keyakinan yang tinggi (Over
Confident) bahawa selepas PRU,BN masih kekal memerintah lagi ?
Kebangkitan semula UMNO
selepas proses pemutihan membariskan nama-nama baharu yang di kira miliki
sedikit pengaruh dan kreadibiliti kepimpinan.
Kebangkitannya bak seekor
ular menelusuri akar onak berduri,penuh luka tetapi takkan hilang bisanya
sehingga memaksa kerajaan melakukan banyak ujian dan dugaan bagi menghalang
kebangkitan parti melayu terbesar itu.
Disember ini menyaksikan autonomi penuh bakal diberikan kepada UMNO Sabah
di mana seluruh bidang tadbirnya berpusat hanya di Sabah dan tidak lagi perlu
memohon kelulusan Malaya.
Ini mungkin suatu yang masih baharu dan sukar bagi rakyat Sabah menerimanya
malah ada yang tidak faham maksud sebenar AUTONOMI itu.
PRK Kimanis bakal menjadi medan sebaran khas dan agak istimewa di mana UMNO
Sabah kemungkinan besar akan menggunakan sentimen ‘Autonomi’ ini sebagai salah
satu dari senjata kempennya.
PH melalui Warisan Sabah
yang kini memegang tampuk pemerintahan negeri sebenarnya dibayangi sesuatu yang
menggerunkan bila sahaja pilihanraya berlaku di Sabah.
Berbagai isu
digembar-gemburkan sejak hampir dua tahun mereka memerintah dan parti ini perlu
bekerja keras bagi menangkis setiap isu yang dibangkitkan justeru pihak lawan
nanti akan menyerang dari arah berbagai sudut.
Entah dari mana sumber
ditiupkan mengenai perbalahan dalaman Warisan,juga bakal diperhujahkan
sepanjang kempen PRK ini kelak.
Bukan sahaja mengenai isu
Peter Anthony dan Shafie Apdal malah kononnya persefahaman antara menteri
kabinet juga turut goyah.
Menteri ini kata
begini,Shafie pula lain penjelasannya seolah-olah mereka tidak punya ‘Whatsapp
Group’ atau persepakatan.
Warisan juga bakal berdepan
dengan persoalan ‘Apakah kemajuan dan pembangunan yang sudah Warisan bawa
hingga kini ?’
Menteri dan wakil rakyat
bagaikan hanya menjadi perasmi kepada sesuatu acara dan hanya itu sahaja fungsi
mereka setakat hampir dua tahun ini dan paling terkesan sekali adalah isu
perasmian beberapa projek siap yang sebenarnya adalah usaha kerajaan terdahulu.
Isu paling panas ialah isu PTI dan Pas Sementara Sabah (PSS),biarpun sudah berjawab oleh Ketua Menteri dan Timbalan Menteri KDN Dato Azis Jamman,isu ini tetap berterusan lalu menyerap ke nadi rakyat keseluruhannya.
Kebijaksanaan Ketua Menteri
yang mengambil sikap berdiam diri apabila persoalan di atas diviralkan oleh
netizen,adalah suatu tindakan bijak kerana jika perkara tersebut
disoal-jawabkan,ia pasti akan berlarutan tanpa sebarang titik noktah.
.....bersambung di siri
kedua nanti.
PRK Kimanis : Pengaruh parti
atau Individu....
No comments:
Post a Comment