Tuesday, December 3, 2019

BN P176 KIMANIS SIAP SIAGA : MOHAMAD  
Oleh : Sam Hj.Othman  

KIMANIS : Kem Barisan Nasional khususnya UMNO Bahagian P176 Kimanis siap siaga menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenepikan rayuan Datuk Seri Anifah Hj.Aman sekaligus membatalkan kemenangan mantan Menteri Luar itu mengikut apa yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihanraya sebelum ini.

Pengerusi Barisan Nasional P176 Kimanis,Datuk Mohamad Hj.Alamin dalam satu kenyataan di sini menjelaskan,kesiapsiagaan BN-UMNO sudah pun bermula selepas PRU14 yang lalu meski berada di dalam blok pembangkang.

"Kita sentiasa siap siaga sejak berakhirnya PRU14 walaupun sebagai pembangkang kerana kebajikan dan kesusahan rakyat perlu diutamakan biarpun tidak lagi berada dalam kerajaan.

Kita redha dengan keputusan mahkamah tersebut dan kita bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan lantaran Parlimen Kimanis itu adalah kerusi tradisi BN-UMNO.

Rakyat ataupun pengundi di kawasan Parlimen Kimanis ini sentiasa di hati kami sebagai parti keramat yang saban waktu berjuang demi agama,bangsa dan negara," jelas Mohamad.

Menurutnya,jentera parti sentiasa aktif sejurus tamatnya PRU14 lagi dan kini jentera itu diperkukuhkan lagi bila sahaja mahkamah memberikan keputusan akhir berkenaan kes tersebut.

"BN-UMNO,biarpun berada di blok pembangkang selepas PRU14 lalu,tetap menggerakkan jentera parti melalui sayap Pemuda,Puteri dan Wanita tanpa menunggu saat-saat akhir sepertimana yang dilakukan oleh parti-parti lain.


Inisiatif kita adalah demi rakyat.Perjuangan BN-UMNO juga adalah perjuangan untuk rakyat dan membela nasib rakyat.

Kita bukanlah seperti parti-parti lain yang hanya gah muncul bila ada upacara perasmian atau muncul pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya.

BN berkeyakinan untuk terus mempertahankan kerusi P176 Kimanis dan kekal milik BN di PRK kali ini.

BN-UMNO muncul setiap saat mendekati rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun kerana itu saya berani mengatakan bahawa BN-UMNO sentiasa siap siaga," ujar Mohamad yang juga merupakan Ketua UMNO Sabah Bahagian P176 Kimanis.

PRK Kimanis bakal menjadi kayu pengukur oleh rakyat terhadap kreadibiliti kerajaan hari ini yang di anggap telah gagal melaksanakan tanggungjawab dan janji manifesto PRU14 lalu.


Sebahagian penganalisa politik berpendapat,bukan mudah Pakatan Harapan (PH)-Warisan Sabah untuk menembusi dan meraih kerusi Parlimen Kimanis berdasarkan senario politik hari ini berbanding keadaan yang jauh lebih bagus semasa PRU14 lalu yang di anggap sebagai PRU yang penuh sentimen dan kehendak baharu.

#KimanisMengundi

No comments:

Post a Comment