Sunday, June 14, 2020


WANITA UMNO SABAH SOKONG SARANAN BUNG  
Pintu UMNO Sabah terbuka luas untuk mereka  
Editor Sam Hj.Othman  


KOTA KINABALU : Ketua Wanita Umno Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid hari ini melahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan Ketua UMNO Sabah,Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang membuka pintu kepada mana-mana Wakil Rakyat yang berhasrat untuk menyertai Umno Sabah.

Kenyataan tersebut juga turut menyebut bahawa tiada syarat dikenakan kecuali hendaklah mengikuti prosedur parti yang sudah sekianlama ditetapkan.

“Seperti apa yang Bung sebutkan,terdapat beberapa orang wakil rakyat yang dahulunya bersama kami (UMNO) tetapi kemudian berhijrah keluar meyertai parti lain selepas PRU14.


Biarpun tindakan tersebut amat melukakan kami yang masih setia di dalam perjuangan Umno Sabah,tetapi kami tetap bertolak ansur dan mengalu-alukan kekembalian mereka semula ke pangkuan Umno,” kata Jainab dalam satu kenyataan di sini hari ini kepada Sabah_OnlineNEWS.

Kecaman dari Presiden Warisan yang mengatakan bahawa terdapatnya percubaan daripada pihak pembangkang negeri untuk memujuk wakil rakyat-wakil rakyat mereka berpaling tadah, di anggap sebagai satu tuduhan tanpa bukti dan Bung juga sudah mencabar Presiden Warisan itu agar mengemukakan bukti yang kuat dan sahih dan bukannya setakat tuduhan liar.

“Sebagai seorang yang berpengalaman di dalam dunia politik,Datuk Seri Shafie Apdal seharusnya bersikap professional dan bukannya bersikap seperti pemain politik yang amatur.

Jika benar ada bukti,mengapa sekadar bercakap sahaja dan tidak menamakan terus siapakah yang bertanggungjawab ??

Atau adakah Shafie berada dalam kerisauan sendirian bila memikirkan bahawa kerajaan pimpinannya ini mungkin berhadapan dengan situasi goyah sejak kebelakangan ini ? “ Soal Jainab yang juga merupakan Ketua Wanita Umno Sepanggar dan Exco Wanita Umno Malaysia.


Menurut Jainab lagi,jika kepimpinan sudah tidak relevan di mata rakyat dan barisan wakil rakyat yang ada pula di desak oleh akar umbi untuk berhijrah lagi,Shafie Apdal tidak mempunyai hak untuk campurtangan urusan kehendak wakil rakyat-wakil rakyat berkenaan kerana Sabah masih mengamalkan sistem demokrasi.

“Dahulu (pasca PRU14),semasa mereka membentuk kerajaan terdapatnya ramai wakil rakyat-wakil rakyat melompat meninggalkan parti masing-masing termasuklah Adun-Adun dan Ahli Parlimen Umno sendiri.

Saat itu,Warisan-UPKO berkata itu hak masing-masing dalam mempertahankan demokrasi dan tidak kelihatanpun demostrasi jalanan membantah situasi tersebut di Sabah ketika itu.

Dan hari ini,jika perkara lompat melompat itu terjadi lagi sehingga kerajaan Warisan tumbang,mereka juga tidak mempunyai hak untuk membantah kerana kita berpegang kepada sistem demokrasi tersebut dan wakil-wakil rakyat yang ada mempunyai hak masing-masing untuk memilih parti mana yang sesuai untuk mereka bernaung,” ujar Jainab lagi.

TAK PERLU KELUAR ANCAMAN : JEFFREY


KOTA KINABALU : Presiden Warisan Shafie Apdal seharusnya tidak membuat ancaman terhadap lawan politiknya setelah ada khabar angin bahawa beberapa rakan seperjuangannya mungkin akan melompat.

" Tidak sesuai bagi presiden sebuah parti, apalagi seorang Ketua Menteri, untuk bercakap seperti gangster jalanan, mengeluarkan ancaman dan amaran dalam usaha menakut-nakutkan lawannya. 
Dia pasti merasa bagai cacing kepanasan atau sangat tertekan sehingga bertindak balas dengan cara yang agresif ketika ditanya mengenai kemungkinan beberapa YBnya akan membuang pakatan Warisan-DAP-PKR-Upko," kata Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Shafie dipetik berkata bahawa dia tidak akan kecut dengan apa yang disebutkannya sebagai 'rancangan besar' Perikatan Nasional untuk memikat YB-YBnya bagi menyertai Perikatan Nasional.


" Mengapa dia begitu gelisah dan kelihatan marah jika YB-YB yang disebutnya itu tetap berada di belakangnya? 
Lebih penting lagi, mengapa ada keperluan untuk mengadakan perjumpaan solidariti sekiranya gabungan itu teguh? 
Perbincangan di mana-mana mengatakan bahawa akhir-akhir ini Shafie memanggil ‘para jeneral’nya untuk mengadakan perjumpaan hingga larut malam.

Ada juga disebut bahawa sebilangan Ahli-Ahli Parlimen dikurung kerana takut 'diculik'.

Adakah Shafie sekarang merasakan senjata sudah makan tuan ? Raja Dalang tentunya lebih kenal peralatannya sendiri.

" Mungkin ketakutannya berpunca dari ingatan yang tidak berapa lama dulu bagaimana dia sendiri menggunakan taktik seperti itu untuk memikat para ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya mengalihkan kesetiaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang dipilih secara demokratik," ujar Jeffrey lagi.


Shafie dipetik sebagai berkata, "Mana boleh kamu menyuap orang dengan jawatan dan faedah-faedah lain? Ini tidak seharusnya berlaku."

Shafie juga berkata bahawa beliau tidak ada menjanjikan Wilfred Madius Tangau (presiden Upko) dan Ewon Benedick dengan jawatan sebelum ini (untuk mereka mengubah kesetiaan dari Barisan Nasional yang telah menjadi asas kemenangan mereka, kepada Warisan) walaupun dia (Shafie) kemudiannya melantik mereka sebagai menteri di dalam kabinet Sabah.

" Berfikirlah dengan serius, berapa bodohkah rakyat mengikut fikiran Shafie? 

Hari ini kita sering terus mendengar orang berkata kita harus menyebut kenyataan sebenar setiap sesuatu hal. Maka kita harus bersikap begitu dalam hal ini. Madius Tangau tidak akan melompat sekiranya BN memenangi kerajaan Persekutuan pada PRU14.

Dia hanya memenangi kerusi MP Tuarannya dan pada mulanya tidak bernilai di peringkat Negeri kepada Shafie," jelas Jeffrey yang juga merupakan Presiden Star Sabah.

Menurut Jeffrey lagi,UPKO hanya berharga setelah berjanji kepada Presiden Warisan itu bahawa Madius dapat menyeret 4 ADUN Upko yang lain untuk meninggalkan BN.

Pokoknya, Madius Tangau tidak akan bergabung dengan kem Shafie jika dia tidak dijanjikan kerusi ADUN lantikan dan mengangkatnya menjadi Timbalan Ketua Menteri.

Malahan, sebagai Ahli Parlimen, Tangau tidak layak pun dilantik sebagai Pembantu Menteri, apatah lagi sebagai Timbalan Ketua Menteri, sekiranya Shafie tidak menjadikannya ADUN lantikan,jelas Jeffrey.

" Shafie juga dilaporkan telah marah dan berleter panjang mengenai tindakan Perikatan Nasional untuk menakut-nakutkan para pengikutnya.
Dia juga mempersoalkan kenapa siasatan pengubahan wang haram dibuat pada masa ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap naib presiden Warisan, Peter Anthony, yang merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri.

Sudah tentu dia ini mengamalkan cara fikir berpilih-pilih kerana dengan senang dia lupa bagaimana setelah sekian lama selepas Musa Aman dibebaskan oleh pihak berkuasa Hong Kong dan Malaysia dari tuduhan rasuah, kes yang sama tiba-tiba muncul kembali ketika Pakatan Harapan berkuasa.

Lebih buruk lagi, pihak berkuasa memutuskan untuk menangkap dan mendakwa Musa dua hari sebelum keputusan kes Ketua Menteri Sabah yang sah," dakwa Jeffrey yang kini Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia.

" Rakyat Sabah masih ingat bagaimana begitu banyak tuduhan terhadap Musa muncul begitu cepat sama cepatnya kes rasuah terhadap Shafie yang melibatkan RM1.5 bilion (ketika dia menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar) tiba-tiba digugurkan kerana konon kekurangan bukti.

Kes terhadap Shafie ini harus dibuka semula sekarang.

Siapa yang mendapat keuntungan dari rancangan yang didalangi dan digerakkan dengan cerdik ini?"

"Oleh itu, Shafie harus berhenti mengajar orang dari atas kuda moral tingginya kerana dia sungguh tidak layak berkhutbah tentang konon jahatnya berjanji memberi jawatan, keuntungan wang dan gertakan politik. Sungguh munafik (hipokrit) bagi dia untuk bercakap mengenai nilai dan harga diri!

Dia juga tidak boleh lyak bercakap tentang Rakyat Sabah diperalatkan dalam politik. Hari ini, Shafie menghabiskan lebih banyak masa untuk terlibat dalam politik Persekutuan daripada memberi tumpuan untuk menghidupkan semula ekonomi Sabah atau meningkatkan kesejahteraan rakyat. Jadi, siapa peralatkan siapa di sini? " Jelas Jeffrey.

Akhirnya, kita tidak harus lupa bahawa Musa dilantik sebagai Ketua Menteri sehari selepas pilihan raya Mei 2018, tetapi digantikan oleh Shafie dua hari kemudian. Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah beberapa ADUN dari Umno dan Upko melompat untuk menyokong Warisan.

Bolehkah kita berkata dengan jujur bahawa pembentukan pemerintahan Warisan, iaitu 'kerajaan pintu belakang yang sebenar', telah dilakukan konon dengan penuh kehormatan dan maruah atau sebenarnya telah dicapai dengan permainan pisau dalam lipatan?

Petikan hasil kenyataan akhbar
DATUK DR. JEFFREY KITINGAN

Saturday, June 13, 2020

VK LIEW,ANDA ADALAH MENTERI PADA 2019 : YONG


KOTA KINABALU : Isu tuntutan Kiram ke atas Sabah di mahkamah undang-undang Sepanyol, dan Datuk V.K. Liew, dalam pernyataan yang disiapkannya sendiri berselindung di sebalik nama kakitangannya adalah pengecut, meminta saya menanyakan soalan berkenaan kepada menteri persekutuan semasa dan bukan kepada pemimpin Warisan,kata Datuk Yong Teck dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini,tanggal 13 Jun 2020.

  Datuk VK Liew  


Kenyataan itu mengesahkan bahawa Datuk VK Liew, sebagai Menteri Undang-undang Persekutuan ketika itu, tidak mengetahui mengenai tuntutan Kiram kepada Sabah di Mahkamah Undang-Undang di Madrid, ibu negara Sepanyol pada tahun 2019. 

"Saya bertanya kepada V.K. Liew kerana dia adalah Menteri Undang-undang pada tahun 2019 dan dia juga seorang Sabahan.

V.K. Liew mengelak daripada ditanggungjawabkan maka mengalihkannya kepada menteri-menteri baru seperti Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr. Maximus Ongkili, yang baru sahaja dilantik pada bulan Mac 2020, saya boleh katakan bahawa sesungguhnya, pemerintah PN telah melakukannya dengan baik dengan membatalkan ancaman dari tuntutan Kiram yang dilakukan bermula semasa VK Liew menjadi menteri persekutuan," jelas Mantan Ketua Menteri Sabah itu lagi.


Pejabat Peguam Negara Persekutuan, di bawah pemerintahan PN yang baru, telah mendapat perintah mahkamah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bahawa tuntutan Kiram kepada Sabah di Mahkamah Madrid tidak berkuasa kerana hanya Mahkamah Tinggi Sabah yang merupakan mahkamah yang wajar dan sepatutnya untuk memutuskan pertikaian tersebut.


"Saya tidak bertanya kepada V.K. Liew mengenai kemenangan kerajaan Malaysia ke atas kes Kiram kerana kemenangan mahkamah berlaku pada bulan Mac 2020, semasa pemerintahan baru PN.

Dalam hal V.K. Liew, sebagai seorang peguam tertinggi sendiri, telah terlepas dari perkara itu, keputusan Mahkamah Tinggi KK (Hakim Datuk Marin Idang), dia harus membaca laporan undang-undang berkait Kerajaan Malaysia vs Nurhima Kiram Fornan & Lain-lain (2020) MLJU 425," ujar Yong yang juga merupakan Presiden SAPP.


MARMAZ GROUP LANCAR PEMBELIAN ATAS TALIAN  
FUYYOO.SHOP BANTU PENIAGA TEMPATAN TEMPATAN PASAR PRODUK  
Editor Sam Hj.Othman  


KOTA KINABALU : Pelancaran Aplikasi Hybrid Membeli belah di atas talian milik anak jati tempatan,Fuyyoo.shop bakal mewarnai dunia perniagaan Online di seluruh dunia dengan daya saing yang tinggi,kata Pengerusi Eksekutif Marmaz Group Holdings Dato’ Seri Utama Dr.Marajoh Hj.Unding.

Aplikasi Hybrid Fuyyoo.shop itu hampir menyerupai aplikasi-aplikasi pembelian atas talian yang ada di zaman ini dengan fungsi yang sama tetapi lebih mudah digunapakai kerana memiliki kelebihan dari beberapa sudut.


Marajoh yang juga merupakan Founder Marmaz Datatech Resources,menjalinkan kerjasama dengan Dr.Julhasim Masbaty sebagai rakan kongsi bagi membina Fuyyoo.shop. Julhasim juga merupakan Co-Founder dan Ketua Pegawai Eksekutif Marmaz Datatech Resources.

“Fuyyoo.shop akan menumpukan kepada memasarkan produk-produk jenama sendiri selain akan turut membantu peniagapeniaga tempatan memasarkan barangan mereka di atas talian bersama Fuyyoo.shop.

Saya yakin bahawa Fuyyoo.shop bukan sahaja mampu membantu peniaga-peniaga yang ada malah golongan sasar seperti peniaga yang terdiri daripada belia dan beliawanis yang begitu ramai berniaga di atas talian pada hari ini,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas melancarkan Grand Opening 1st Hybrid e-Market Place Fuyyoo.shop,di Sadong Jaya Kota Kinabalu 10 Jun lalu.

“Sepatutnya,aplikasi Fuyyoo.shop ini dilancarkan pada bulan Februari lalu tetapi akibat serangan pandemic Covid19,ianya ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Di dalam Fuyyoo.shop terdapat 27 bahagian barangan yang dipasarkan dan kebanyakannya adalah keluaran Fuyyoo.shop sendiri selain barangan kosmetik dan banyak lagi.


Semasa Soft Opening yang pernah kita buat terdahulu,sambutan begitu luarbiasa dan saya percaya selepas pelancaran hari ini,pendaftaran untuk golongan peniaga berdaftar di Fuyyoo.shop bakal meningkat secara mendadak akibat keperluan yang tinggi dan dalam keadaan ekonomi yang mendesak masa kini.

Selain itu,kita juga mengkaji sokongan dari 200 buah negara yang bersama dalam World International Economic Group yang memiliki keahlian lebih 18 juta di seluruh dunia,saya yakin ianya akan memberikan impak sambutan yang positif di peringkat global,” katanya lagi.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa di Malaysia sahaja,pelancaran aplikasi Fuyyoo.shop di negara ini sudah cukup menunjukkan betapa ianya menyediakan sistem yang sungguh mudah apatah lagi ianya adalah Hybrid pertama di Malaysia.
Malah katanya,aplikasi serba boleh ini banyak memendekkan masa para pengguna daripada rutin harian seperti membayar bil-bil utili,JPJ dan sebagainya.

“Selama tiga bulan,kita akan membuka pendaftaran secara percuma kepada umum untuk memudahkan mereka memasarkan produk-produk mereka ke aplikasi serba boleh ini.


Pendaftaran percuma tersebut adalah ihsan dari pihak kami sebagai suatu keistimewaan selain khidmat penggunaan semua sistem bayaran online utiliti dan banyak lagi bagi kemudahan yang boleh digunakan oleh mereka.

Kelebihan lain yang boleh diperolehi apabila mendaftar ke Fuyyoo.shop ialah pasaran produk-produk mereka akan berkembang bukan setakat di negara ini sahaja malahan hingga ke merata dunia kerana pihak kami mempunyai hubungan erat dengan 200 buah negara sebagai pengguna kepada aplikasi Fuyyoo.shop ini,” jelas beliau lagi.

Marajoh berkata teknologi yang didirikan daripada anak tempatan iaitu syarikat Marmaz Datatech menggabungkan pemantauan sistem berkualiti tinggi dengan mengawal keseluruhan rantaian bekalan disamping mengehadkan bilangan penjual bagi memastikan ianya dapat mengekalkan pengawasan kualiti yang terbaik.

Thursday, June 11, 2020

SEMANGAT OAS PERLU KENTAL HADAPI SITUASI POLITIK SEMASA
Editor Sam Hj.Othman


Berdarah asli sebagai seorang anak jati Orang Asal Sabah (OAS) perlulah punya sikap kental dan berdaya juang dalam menghadapi apa jua keadaan ibarat seorang nakhoda melayarkan sebuah bahtera dengan kelasi-kelasinya yang gagah perkasa.
Walau di lambung ombak,di hempas badai,di panah petir dan kilat,sang nakhoda tetap tenang memandang gelora samudera sambil mencatu mata fikir dan mata hati bagi memastikan bahteranya tidak pecah dan anak-anak kapalnya selamat.

Menjadi seorang pejuang OAS (biarpun bukan semudah yang difikirkan) wajar miliki sifat tahan tukul dan tahan maki walaupun menerima banyak tekanan sekeliling sebagai dugaan.
Bukannya laksana sekeping tisu yang mudah koyak bila di landa cobaan demi cobaan yang sengaja dicipta Yang Maha Kuasa bagi memperindahkan lagi susur galur sepanjang perjalanan dalam perjuangannya.

Situasi politik semasa merupakan musuh utama bagi segenap inci perjuangan OAS walau di mana sahaja kalian berada dan walau kalian itu dari lapisan masyarakat mana sekali pun.
Nyata,perjuangan OAS itu pasti akan selalu di noda inspirasi pandangan dan pemikiran setiap pejuang seakan-akan ianya adalah suatu lumrah umpama racun dan penawarnya sekali.

Definisi perjuangan bukanlah bererti kita harus bertempik garang di barisan hadapan lalu menyerbu membuta tuli begitu sahaja sedangkan kita tidak pernah menyedari bahawa musuh di hadapan itu cumalah sebuah cerminan pentomina yang kabur.



Musuh juga ada di dalam,di kalangan kita sendiri yang layak nyata merbahayanya,yang bisa menular racun sedikit demi sedikit sehingga mampu melumpuhkan sejuta laskar OAS yang sedia ada.


MENGAPA PERJUANGAN OAS TERKAIT DENGAN SITUASI POLITIK SEMASA ?

Percaya atau tidak,kerana politik lah begitu banyak situasi tercipta dengan sendirinya samada dengan kadar yang pantas ataupun perlahan.
Pengaruh politikus dalam minda politikangnya bisa saja tertiup menelusuri rona-rona dan selirat semangat juang OAS itu sendiri.


Andai selirat politik itu bernafas jahat,maka busuklah bau perjuangannya seolah-olah melebihkan ke suatu pihak lain semata-mata.

Jika selirat itu berbau wangi dan segar lalu ditiupkan ke dasar lubuk hati pejuang-pejuang OAS,maka mekarlah semangat itu memuncak-muncak kembangnya dari hari ke hari.

Pandangan sesetengah dari kita untuk menolak benih politik berkembang dalam perjuangan sebagai OAS adalah sesuatu yang silap kerana perjuangan OAS hari ini bukan mengangkat lembing bertamingkan ilmu kebal semata.

Perjuangan OAS hari ini perlu berlandaskan akal dan fikiran yang bijaksana melalui suatu sumber yang boleh dipercayai dan boleh diperkudakan,iaitu POLITIK.

Tanpa politik,perjuangan OAS lebih kepada sekadar Mimpi di siang hari sahaja...Bagai angan-angan yang tidak punya penghujung atau klimaks.

Lihat sahaja tokoh-tokoh pejuang OAS yang ada hari ini,semuanya bersayapkan politik bagi merealisasikan kehendak perjuangan.

Semangat mereka tidak pernah putus hampir puluhan tahun meski bahtera perjuangannya di olak-olek,di terajang badai dan di rungkup undang-undang jahat politik lawan.

Mereka masih utuh berdiri hingga saat ini sebagai ikonis OAS yang di puja-puja kerana semangat juang mereka belum lagi pernah menipis apatah lagi terobek terputus dek terjahan masa atau tekanan.

Mereka sedar dan tahu bahawa di kalangan OAS itu sendiri boleh muncul kumpulan porak peranda dan berhaluan kiri...Saya ulang....Di dalam kumpulan OAS itu sendiri ADA pejuang-pejuang berhaluan kiri yang suka memporak-perandakan kaum sendiri tetapi tokoh-tokoh pejuang OAS ini tetap teguh berjuang di samping terus mengamalkan corak pemikiran 'bertindak dengan otak (akal)-Berfikir dengan Hati (kemanusiaan)'.



Nah,begitulah akhirnya Sabah Tanahair Tercinta ini merasa cukup bangga dengan tokoh-tokoh OAS seperti Joseph Pairin Kitingan,Jeffrey Kitingan,Wilfred Bumburing,Anifah Aman,Verdon Bahanda,TJ Jamian,Henrynus Amin,Japiril Suhaimin,Yong Teck Lee,Jahid Jahim serta ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

Mereka ini belum pernah tenteram sejak dahulu lagi kerana apa yang mereka perjuangkan itu belum lagi sampai ke kemuncaknya malah martabat OAS itu sekarang ini pun masih lagi ibarat telur meniti bilah pedang yang sangat tajam.

Mereka tidak putus-putus menerima ancaman demi ancaman....Ugutan bunuh dan sebagainya selain cemuhan,kritikan pedas dan panahan ribuan fitnah beracun.

Lihatlah sahabatku OAS...Mereka itu tidak berundur walau seinci pun kerana setiap apa sahaja yang merempuh,mereka tetap bangkit dengan semangat juang yang tiada kunjung padam.


PATRIOT OAS LAWAN OAS SENDIRI DARI DALAM.

Saya ingin menyentuh beberapa perkaitan kejadian sejak akhir-akhir ini bercempera melewati bumi Sabah,yang basahnya bukan setakat di tapak kaki tetapi mula naik ke paras lutut OAS itu sendiri.

Pertama : Kelantangan Jeffrey Kitingan mengenai Hak-Hak Sabah


  Jeffrey Kitingan  

Umum mengetahui perjuangan ikon KDM ini sejak puluhan tahun dengan semangat kentalnya memperjuangkan suara OAS dalam berbagai cara dan bentuk.
Bermula sebagai solo menjadi pejuang kehendak rakyat Sabah hingga lah ke pentas politik dia bersuara tanpa mengenal penat lelah,tanpa mengalah kepada dugaan mendatang sehingga sanggup menderita dipenjarakan bertahun.
Dari kumpulan pembangkang hinggalah beralih ke platform kerajaan,Jeffrey tetap tegar mempertahankan prinsip perjuangannya sehingga anak jati Tambunan itu di kritik teruk lantaran sudah berada di barisan kabinet persekutuan.

Anehnya,kritikan itu datang dari OAS itu sendiri (dari pihak lawan yang berhaluan kiri).

Dia tidak melenting bila di sergah tetapi menyambut semua tohmahan dengan senyuman sambil terus bekerja dan berjuang.

Baginya,jika dahulu di bahagian pembangkang,isu merealisasikan perjuangan menuntut Hak-Hak OAS itu agak tumpul,kini Jeffery melangsungkannya pula perjuangan tersebut dalam suasana yang berbeza iaitu di pihak kerajaan persekutuan.

Apa yang menariknya ialah,apabila berada di pihak kerajaan ini,Jeffrey terasa begitu mudah untuk bertindak melaksanakan tuntutan sehingga terwujudnya sebuah kementerian yang menjurus kepada maruah Sabah dan Sarawak.


Kedua : Kebangkitan semangat baharu ikonik OAS - Verdon Bahanda


  Verdon Bahanda

Kemunculan aktivis OAS ini merupakan sebuah kelangsungan perjuangan hasil dari keluarga pejuang sejati OAS itu sendiri,yakni dari tokoh-tokoh pejuang OAS yang saya sebutkan di atas.
Dia seorang yang lantang membidas keberadaan Warga Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di Sabah sejak beberapa tahun lampau,cuma beberapa bulan ini kelihatannya semakin agak agresif susulan suatu peristiwa di mana penyokong-penyokong Parti Warisan Sabah melaporkan kepada PDRM terhadap kenyataan-kenyataan Verdon di MedSos.

Tindakan itu umpama menjolok sarang tebuan lalu Verdon bangkit melancarkan kempen boikot barangan jualan PTI selain membuat laporan polis berhubung beberapa penempatan disyaki warga asing wujud di sekitar utara Sabah.

Perjuangan ini mendapat sambutan cukup popular di kalangan rakyat tempatan sehingga nama anak jati Matunggong itu meniti bibir ke bibir bukan sahaja di kalangan OAS malah juga di kalangan pemimpin pembangkang dan kerajaan.

Ada OAS menurut jejak Verdon membuat laporan polis yang sama di kawasan masing-masing secara sembunyi-sembunyi kerana ianya di anggap adalah gerakan sulit,tidak perlu publisiti menunjuk-nunjuk agar pihak berkuasa segera bertindak.

Ada pula OAS,membuat laporan yang sama kepada pihak berkuasa secara terang-terangan tetapi lebih ramai lagi yang sekadar tunggu dan lihat sahaja.

Adakah mereka ini pejuang sebenar jika hanya sekadar tunggu dan lihat sahaja ?

Kemana semangat perjuangan kalian yang kononnya padu sejati dan mengharap sesuatu imbalan pula sebagai balasan ?

Ini kah laskar yang kononnya ingin berada di barisan hadapan untuk menegakkan maruah dan martabat OAS itu sendiri ?

Bagaimanakah kita semua ingin melahirkan lebih ramai orang seperti Jeffrey Kitingan,lebih ramai seperti Pairin,lebih ramai seperti Tj Jamain,lebih ramai seperti Verdon dan tokoh-tokoh lain jika setakat Kempen Boikot Jenama PTI dan Kempen Lapor Polis pun sudah tidak berani ??

Apapun,di suatu pihak lain,Verdon di anggap musuh yang perlu di rancang kejatuhannya walau dengan berbagai cara termasuklah menggunakan SPRM dan polis manakala di suatu pihak yang lain,Verdon di angkat sebagai ikonik baharu dalam perjuangan kental OAS sejati yang cukup berani dan perkasa.

Persoalannya : Adakah Verdon bakal menuruti jejak Jeffrey dan tokoh-tokoh pejuangan OAS yang lain (yang tetap kental semangat jatidiri) ? Atau,rebah kah sebelum masuk ke gelanggang aksi ?

Jika kalian boleh membayangkan sesuatu yakni 'dunia politik',saya berharap kalian bersetuju dengan saya bahawa Verdon perlu menjadikan politik juga sebagai landasan perjuangan sepertimana yang dilakukan oleh Jeffrey dan tokoh-tokoh pejuang OAS yang lain.

Mengapa ?

Kerana rakyat tempatan (OAS) mahu daya kepimpinan perjuangan itu di asap-dupakan atau di langir sampai tajam bagi memimpin mereka untuk terus berada di medan tempur memartabatkan hak-hak OAS.

Kerana tokoh-tokoh yang ada sudah berusia dan sudah sampai masanya anak muda seperti Verdon berganti baton di barisan hadapan untuk memimpin pasukan yang sedia ada.

Kerana,tanpa landasan politik,perjuangan memartabatkan maruah OAS itu tidak akan setajam mana seperti yang pernah dialami oleh Jeffrey Kitingan serta tokoh-tokoh OAS dahulu.

Dan,

Kerana pihak lawan itu sudah menggunakan platform politik untuk MENAFIKAN hak-hak OAS hatta cukup berhasrat untuk menampilkan budaya lain dari kebiasaan kita di Sabah,tanahair tumpah darah kita yang tercinta.

Jika tidak...Suatu ketika di hari mendatang kelak,cucu cicit kita akan mendengus marah,menyumpah seranah kita,datuk nenek moyang mereka sendiri kerana mereka saat itu menghadap kehidupan ibarat MENUMPANG DI TANAH SENDIRI.


SABAH TANAH AIRKU 
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua Marilah
Bangunlah Bersatu Semua

Marilah bersama serta maju jaya 
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu segala bangsa sentosa
SABAH NEGERI MERDEKA


Wednesday, June 10, 2020

Siaran akhbar
YONG CABAR PEMIMPIN WARISAN
membisu diatas tuntutan Kiram terhadap Sabah di mahkamah Madrid

  DSP Yong Teck Lee  

Kota Kinabalu, Rabu, 10 Jun 2020

Saya sekali lagi mencabar para pemimpin kanan Parti Warisan untuk menjawab mengapa mereka membisu dengan laporan berita mengenai tindakan undang-undang yang diambil oleh keluarga Kiram di sebuah mahkamah Madrid di Sepanyol, yang merupakan bekas penjajah Filipina.

Akhbar tempatan Daily Express telah menyiarkan, pada 2 Jun, bahawa "waris yang diakui Sultan Sulu telah memulai proses timbang tara di Sepanyol terhadap Pemerintah Malaysia pada 30 Julai 2019 dan mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi di Madrid untuk melantik penimbang tara tunggal untuk memutuskan pertikaian (Timbang Tara Sepanyol) ”berhubung tuntutan Sulu ke Sabah. The Daily Express juga melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu telah memutuskan untuk memilih Malaysia kerana mahkamah yang tepat untuk memutuskan pertikaian itu adalah di mahkamah Malaysia kerana mahkamah Sepanyol tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Malaysia.

Pada 5 Jun, saya bertanya mengapa para pemimpin Warisan berdiam diri dalam isu tuntutan Kiram terhadap Sabah di Sepanyol yang merisaukan ini. Adakah mereka tahu mengenai kes Kiram di Sepanyol? Itu adalah soalan mudah yang pantas dijawab. Tetapi kedua-dua Datuk V. K. Liew dan Datuk Shafie Aqdal telah memilih untuk berdiam diri.

Datuk V.K. Liew, Speaker Tetap Parti Warisan, adalah Menteri Undang-Undang Persekutuan yang bertanggungjawab untuk Jabatan Peguam Negara, ketika  kes timbang tara tuntutan kepada Sabah dimulakan dan didengar di Sepanyol pada tahun 2019. Kemudian, mahkamah Sepanyol itu memberikan perintah untuk melantik satu penimbang tara.
Datuk Shafie Apdal, pemimpin Parti Warisan, memegang jawatan Ketua Menteri Sabah sepanjang tempoh tersebut. Sebelum itu dia dilaporkan bercakap di Parlimen pada April 2016 seolah-olah mendorong tuntutan Filipina/Sulu terhadap Sabah dibawa ke arena antarabangsa.

Menurut video yang masih ada di Youtube, dia dirakam mengatakan "mengapa tidak sekali-kali, bawa ke PBB atau Mahkamah Antarabangsa, untuk diselesaikan, sehingga generasi masa depan tidak akan menghadapi masalah".

Adakah ucapan Ahli Parlimen Semporna itu pada tahun 2016 mendorong keluarga Kiram untuk mengambil kes tersebut ke platform antarabangsa?

Pemimpin Warisan lain seperti Timbalan Presiden, Datuk Darell Leiking, dan Setiausaha Agong YB Loretto Padua, yang kedua-duanya merupakan peguam kanan yang mempunyai akses kepada kuasa tertinggi kerajaan, tidak boleh berdiam diri. Rakyat Malaysia sedang menunggu pemimpin Warisan untuk menjernihkan isu kedaulatan ini.

Datuk Yong Teck Lee
Presiden SAPP, Bekas Ketua Menteri

Tuesday, June 2, 2020

AZIS JAMMAN PERLU AKUI KEGAGALAN KATA SORAK SABAH

  Jamain Sarudin  
KOTA KINABALU (2 Jun 2020): Aktivis Sorak Sabah, Jamain Sarudin hari ini menyelar sikap keanak-anakan Dato Azis Jamman dalam isu melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin. Sorak Sabah yang aktif dalam gerakan bantahan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin sejak 2010 berkata, tindakan Azis Jamman mencabar Datuk Dr Jeffrey Kitingan Timbalan Menteri Pelancongan, kesenian dan budaya hanyalah seperti kata pepatah "menepuk air di dulang kena muka sendiri".

"Azis sepatutnya muhasabah diri kerana gagal melakukan sesuatu berkaitan isu PATI semasa memeggang jawatan Timbalan Menteri KDN selama 22 bulan, sebaliknya memburukkan keadaan dengan mempertahankan Pas Sementara Sabah (PSS) sehingga menyebabkan Warisan menerima tamparan hebat pada pilihanraya Kecil Kimanis", kata Jamain.


Alasan yang diberikan oleh Azis bahawa negara asal PATI tidak menerima rakyat mereka kembali hanyalah satu alasan dangkal, untuk menutup kelemahan beliau sendiri, malahan diplomat negara berkenaan menafikannya. Baru-baru ini dalam satu kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Ismail Sabri berkata, penghantaran balik rakyat asing mendapat kerjasama negara-negara yang terbabit dan bukanlah suatu perkara mustahil Filipina turut akan bersedia berbuat demikian. 

"Ia memerlukan usaha untuk berbuat demikian, bukan hanya seperti pergi ke kedai buat cermin mata" 

Pada ketika Azis Jamman menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri, beliau sepatutnya melakukan tindakan yang lebih berkesan, akan tetapi tindakan ringan beliau seperti melepaskan batuk di tangga.

"ketika itu tidak ada pandemik Covid19, tidak ada PKP, keadaan aman dan stabil untuk membolehkan tindakan berkesan diambil bagi menangani masalah PATI di Sabah, tetapi Kerajaan Sabah dan Azis mungkin merasakan ianya bukan perkara yg begitu penting, jadi kenapa sekarang baru nak bercakap?"

Datuk Dr Jeffrey Kitingan Presiden Star dalam kenyataannya baru-baru ini mencadangkan satu forum dianjurkan bagi mengumpulkan cadangan dan melibatkan penglibatan pemain industri dan orang awam. Sementara Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyokong cadangan tersebut dan berkata forum dan tindakan terhadap PATI boleh dilakukan secara beriringan dan bersekali. 

Bagaimanapun ianya mendapat reaksi dan kritikan dari pemimpin Kerajaan Sabah dan memperlekehkan usaha Jeffrey. 

"Datuk Jeffrey tak bangkit cadangan, mereka desak. Bila ada cadangan, mereka kritik. Mereka seperti monyet kena belacan" 

Yang lebih mengejutkan ialah Azis Jamman kini cuba mengalihkan persoalan kepada Stateless di Sabah, dan tidak lagi menggunakan istilah Pendatang Asing Tanpa Izin. Bilamana beliau pernah mempunyai akses untuk berbuat demikian, tetapi enggan mengambil risiko, merupakan kelemahan seorang pemimpin. 

Bagi Sorak Sabah, penganjur bantahan aman Blacksunday, tugas dan tanggungjawab mereka tetap sama iaitu menjadi pemantau terhadap isu Sabah terutama isu PATI, dan akan bertindak sekiranya isu ini tidak ditangani.

"pendirian kita tetap sama, menjadi wadah rakyat, tidak kira siapakah kerajaan, isu PATI harus diselesaikan dan kita tidak akan berkompromi, tetapi di manakah pemimpin dalam  kerajaan Sabah semasa kami berjuang, malah mereka melarang kita membuat protes?"


Jamain Sarudin
Pengerusi Solidariti Rakyat Sabah (SORAK)