MARMAZ GROUP LANCAR PEMBELIAN ATAS TALIAN
FUYYOO.SHOP BANTU PENIAGA TEMPATAN
TEMPATAN PASAR PRODUK
Editor Sam Hj.Othman
KOTA KINABALU : Pelancaran Aplikasi Hybrid Membeli belah di atas talian milik anak jati tempatan,Fuyyoo.shop bakal mewarnai dunia perniagaan Online di seluruh dunia dengan daya saing yang tinggi,kata Pengerusi Eksekutif Marmaz Group Holdings Dato’ Seri Utama Dr.Marajoh Hj.Unding.
Aplikasi Hybrid Fuyyoo.shop itu hampir
menyerupai aplikasi-aplikasi pembelian atas talian yang ada di zaman ini dengan
fungsi yang sama tetapi lebih mudah digunapakai kerana memiliki kelebihan dari
beberapa sudut.
Marajoh yang juga merupakan Founder Marmaz Datatech Resources,menjalinkan kerjasama dengan Dr.Julhasim Masbaty sebagai rakan kongsi bagi membina Fuyyoo.shop. Julhasim juga merupakan Co-Founder dan Ketua Pegawai Eksekutif Marmaz Datatech Resources.
“Fuyyoo.shop akan menumpukan kepada memasarkan
produk-produk jenama sendiri selain akan turut membantu peniagapeniaga tempatan
memasarkan barangan mereka di atas talian bersama Fuyyoo.shop.
Saya yakin bahawa Fuyyoo.shop bukan sahaja
mampu membantu peniaga-peniaga yang ada malah golongan sasar seperti peniaga
yang terdiri daripada belia dan beliawanis yang begitu ramai berniaga di atas
talian pada hari ini,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas
melancarkan Grand Opening 1st Hybrid e-Market Place Fuyyoo.shop,di
Sadong Jaya Kota Kinabalu 10 Jun lalu.
“Sepatutnya,aplikasi Fuyyoo.shop ini
dilancarkan pada bulan Februari lalu tetapi akibat serangan pandemic Covid19,ianya
ditangguhkan sehingga ke hari ini.
Di dalam Fuyyoo.shop terdapat 27 bahagian
barangan yang dipasarkan dan kebanyakannya adalah keluaran Fuyyoo.shop sendiri
selain barangan kosmetik dan banyak lagi.
Semasa Soft Opening yang pernah kita buat
terdahulu,sambutan begitu luarbiasa dan saya percaya selepas pelancaran hari
ini,pendaftaran untuk golongan peniaga berdaftar di Fuyyoo.shop bakal meningkat
secara mendadak akibat keperluan yang tinggi dan dalam keadaan ekonomi yang
mendesak masa kini.
Selain itu,kita juga mengkaji sokongan
dari 200 buah negara yang bersama dalam World International Economic Group yang
memiliki keahlian lebih 18 juta di seluruh dunia,saya yakin ianya akan
memberikan impak sambutan yang positif di peringkat global,” katanya lagi.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa
di Malaysia sahaja,pelancaran aplikasi Fuyyoo.shop di negara ini sudah cukup
menunjukkan betapa ianya menyediakan sistem yang sungguh mudah apatah lagi
ianya adalah Hybrid pertama di Malaysia.
Malah katanya,aplikasi serba boleh ini
banyak memendekkan masa para pengguna daripada rutin harian seperti membayar
bil-bil utili,JPJ dan sebagainya.
“Selama tiga bulan,kita akan membuka
pendaftaran secara percuma kepada umum untuk memudahkan mereka memasarkan
produk-produk mereka ke aplikasi serba boleh ini.
Pendaftaran percuma tersebut adalah ihsan
dari pihak kami sebagai suatu keistimewaan selain khidmat penggunaan semua
sistem bayaran online utiliti dan banyak lagi bagi kemudahan yang boleh
digunakan oleh mereka.
Kelebihan lain yang boleh diperolehi
apabila mendaftar ke Fuyyoo.shop ialah pasaran produk-produk mereka akan
berkembang bukan setakat di negara ini sahaja malahan hingga ke merata dunia
kerana pihak kami mempunyai hubungan erat dengan 200 buah negara sebagai
pengguna kepada aplikasi Fuyyoo.shop ini,” jelas beliau lagi.
Marajoh
berkata teknologi yang didirikan daripada anak tempatan iaitu syarikat Marmaz
Datatech menggabungkan pemantauan sistem berkualiti tinggi dengan mengawal
keseluruhan rantaian bekalan disamping mengehadkan bilangan penjual bagi
memastikan ianya dapat mengekalkan pengawasan kualiti yang terbaik.
No comments:
Post a Comment