WANITA UMNO
SABAH SOKONG SARANAN BUNG
Pintu UMNO
Sabah terbuka luas untuk mereka
Editor Sam
Hj.Othman
KOTA
KINABALU : Ketua Wanita Umno Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab DSP Ahmad Ayid hari ini
melahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan Ketua UMNO
Sabah,Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang membuka pintu kepada mana-mana Wakil
Rakyat yang berhasrat untuk menyertai Umno Sabah.
Kenyataan
tersebut juga turut menyebut bahawa tiada syarat dikenakan kecuali hendaklah
mengikuti prosedur parti yang sudah sekianlama ditetapkan.
“Seperti apa
yang Bung sebutkan,terdapat beberapa orang wakil rakyat yang dahulunya bersama
kami (UMNO) tetapi kemudian berhijrah keluar meyertai parti lain selepas PRU14.
Biarpun
tindakan tersebut amat melukakan kami yang masih setia di dalam perjuangan Umno
Sabah,tetapi kami tetap bertolak ansur dan mengalu-alukan kekembalian mereka
semula ke pangkuan Umno,” kata Jainab dalam satu kenyataan di sini hari ini kepada Sabah_OnlineNEWS.
Kecaman dari
Presiden Warisan yang mengatakan bahawa terdapatnya percubaan daripada pihak
pembangkang negeri untuk memujuk wakil rakyat-wakil rakyat mereka berpaling
tadah, di anggap sebagai satu tuduhan tanpa bukti dan Bung juga sudah mencabar
Presiden Warisan itu agar mengemukakan bukti yang kuat dan sahih dan bukannya setakat tuduhan liar.
“Sebagai
seorang yang berpengalaman di dalam dunia politik,Datuk Seri Shafie Apdal
seharusnya bersikap professional dan bukannya bersikap seperti pemain politik
yang amatur.
Jika benar
ada bukti,mengapa sekadar bercakap sahaja dan tidak menamakan terus siapakah
yang bertanggungjawab ??
Atau adakah
Shafie berada dalam kerisauan sendirian bila memikirkan bahawa kerajaan
pimpinannya ini mungkin berhadapan dengan situasi goyah sejak kebelakangan ini ? “
Soal Jainab yang juga merupakan Ketua Wanita Umno Sepanggar dan Exco Wanita
Umno Malaysia.
Menurut Jainab
lagi,jika kepimpinan sudah tidak relevan di mata rakyat dan barisan wakil
rakyat yang ada pula di desak oleh akar umbi untuk berhijrah lagi,Shafie Apdal
tidak mempunyai hak untuk campurtangan urusan kehendak wakil rakyat-wakil
rakyat berkenaan kerana Sabah masih mengamalkan sistem demokrasi.
“Dahulu (pasca PRU14),semasa
mereka membentuk kerajaan terdapatnya ramai wakil rakyat-wakil rakyat melompat
meninggalkan parti masing-masing termasuklah Adun-Adun dan Ahli Parlimen Umno sendiri.
Saat itu,Warisan-UPKO
berkata itu hak masing-masing dalam mempertahankan demokrasi dan tidak
kelihatanpun demostrasi jalanan membantah situasi tersebut di Sabah ketika itu.
Dan hari
ini,jika perkara lompat melompat itu terjadi lagi sehingga kerajaan Warisan
tumbang,mereka juga tidak mempunyai hak untuk membantah kerana kita berpegang kepada
sistem demokrasi tersebut dan wakil-wakil rakyat yang ada mempunyai hak
masing-masing untuk memilih parti mana yang sesuai untuk mereka bernaung,” ujar Jainab lagi.
No comments:
Post a Comment