Thursday, June 11, 2020

SEMANGAT OAS PERLU KENTAL HADAPI SITUASI POLITIK SEMASA
Editor Sam Hj.Othman


Berdarah asli sebagai seorang anak jati Orang Asal Sabah (OAS) perlulah punya sikap kental dan berdaya juang dalam menghadapi apa jua keadaan ibarat seorang nakhoda melayarkan sebuah bahtera dengan kelasi-kelasinya yang gagah perkasa.
Walau di lambung ombak,di hempas badai,di panah petir dan kilat,sang nakhoda tetap tenang memandang gelora samudera sambil mencatu mata fikir dan mata hati bagi memastikan bahteranya tidak pecah dan anak-anak kapalnya selamat.

Menjadi seorang pejuang OAS (biarpun bukan semudah yang difikirkan) wajar miliki sifat tahan tukul dan tahan maki walaupun menerima banyak tekanan sekeliling sebagai dugaan.
Bukannya laksana sekeping tisu yang mudah koyak bila di landa cobaan demi cobaan yang sengaja dicipta Yang Maha Kuasa bagi memperindahkan lagi susur galur sepanjang perjalanan dalam perjuangannya.

Situasi politik semasa merupakan musuh utama bagi segenap inci perjuangan OAS walau di mana sahaja kalian berada dan walau kalian itu dari lapisan masyarakat mana sekali pun.
Nyata,perjuangan OAS itu pasti akan selalu di noda inspirasi pandangan dan pemikiran setiap pejuang seakan-akan ianya adalah suatu lumrah umpama racun dan penawarnya sekali.

Definisi perjuangan bukanlah bererti kita harus bertempik garang di barisan hadapan lalu menyerbu membuta tuli begitu sahaja sedangkan kita tidak pernah menyedari bahawa musuh di hadapan itu cumalah sebuah cerminan pentomina yang kabur.



Musuh juga ada di dalam,di kalangan kita sendiri yang layak nyata merbahayanya,yang bisa menular racun sedikit demi sedikit sehingga mampu melumpuhkan sejuta laskar OAS yang sedia ada.


MENGAPA PERJUANGAN OAS TERKAIT DENGAN SITUASI POLITIK SEMASA ?

Percaya atau tidak,kerana politik lah begitu banyak situasi tercipta dengan sendirinya samada dengan kadar yang pantas ataupun perlahan.
Pengaruh politikus dalam minda politikangnya bisa saja tertiup menelusuri rona-rona dan selirat semangat juang OAS itu sendiri.


Andai selirat politik itu bernafas jahat,maka busuklah bau perjuangannya seolah-olah melebihkan ke suatu pihak lain semata-mata.

Jika selirat itu berbau wangi dan segar lalu ditiupkan ke dasar lubuk hati pejuang-pejuang OAS,maka mekarlah semangat itu memuncak-muncak kembangnya dari hari ke hari.

Pandangan sesetengah dari kita untuk menolak benih politik berkembang dalam perjuangan sebagai OAS adalah sesuatu yang silap kerana perjuangan OAS hari ini bukan mengangkat lembing bertamingkan ilmu kebal semata.

Perjuangan OAS hari ini perlu berlandaskan akal dan fikiran yang bijaksana melalui suatu sumber yang boleh dipercayai dan boleh diperkudakan,iaitu POLITIK.

Tanpa politik,perjuangan OAS lebih kepada sekadar Mimpi di siang hari sahaja...Bagai angan-angan yang tidak punya penghujung atau klimaks.

Lihat sahaja tokoh-tokoh pejuang OAS yang ada hari ini,semuanya bersayapkan politik bagi merealisasikan kehendak perjuangan.

Semangat mereka tidak pernah putus hampir puluhan tahun meski bahtera perjuangannya di olak-olek,di terajang badai dan di rungkup undang-undang jahat politik lawan.

Mereka masih utuh berdiri hingga saat ini sebagai ikonis OAS yang di puja-puja kerana semangat juang mereka belum lagi pernah menipis apatah lagi terobek terputus dek terjahan masa atau tekanan.

Mereka sedar dan tahu bahawa di kalangan OAS itu sendiri boleh muncul kumpulan porak peranda dan berhaluan kiri...Saya ulang....Di dalam kumpulan OAS itu sendiri ADA pejuang-pejuang berhaluan kiri yang suka memporak-perandakan kaum sendiri tetapi tokoh-tokoh pejuang OAS ini tetap teguh berjuang di samping terus mengamalkan corak pemikiran 'bertindak dengan otak (akal)-Berfikir dengan Hati (kemanusiaan)'.



Nah,begitulah akhirnya Sabah Tanahair Tercinta ini merasa cukup bangga dengan tokoh-tokoh OAS seperti Joseph Pairin Kitingan,Jeffrey Kitingan,Wilfred Bumburing,Anifah Aman,Verdon Bahanda,TJ Jamian,Henrynus Amin,Japiril Suhaimin,Yong Teck Lee,Jahid Jahim serta ramai lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

Mereka ini belum pernah tenteram sejak dahulu lagi kerana apa yang mereka perjuangkan itu belum lagi sampai ke kemuncaknya malah martabat OAS itu sekarang ini pun masih lagi ibarat telur meniti bilah pedang yang sangat tajam.

Mereka tidak putus-putus menerima ancaman demi ancaman....Ugutan bunuh dan sebagainya selain cemuhan,kritikan pedas dan panahan ribuan fitnah beracun.

Lihatlah sahabatku OAS...Mereka itu tidak berundur walau seinci pun kerana setiap apa sahaja yang merempuh,mereka tetap bangkit dengan semangat juang yang tiada kunjung padam.


PATRIOT OAS LAWAN OAS SENDIRI DARI DALAM.

Saya ingin menyentuh beberapa perkaitan kejadian sejak akhir-akhir ini bercempera melewati bumi Sabah,yang basahnya bukan setakat di tapak kaki tetapi mula naik ke paras lutut OAS itu sendiri.

Pertama : Kelantangan Jeffrey Kitingan mengenai Hak-Hak Sabah


  Jeffrey Kitingan  

Umum mengetahui perjuangan ikon KDM ini sejak puluhan tahun dengan semangat kentalnya memperjuangkan suara OAS dalam berbagai cara dan bentuk.
Bermula sebagai solo menjadi pejuang kehendak rakyat Sabah hingga lah ke pentas politik dia bersuara tanpa mengenal penat lelah,tanpa mengalah kepada dugaan mendatang sehingga sanggup menderita dipenjarakan bertahun.
Dari kumpulan pembangkang hinggalah beralih ke platform kerajaan,Jeffrey tetap tegar mempertahankan prinsip perjuangannya sehingga anak jati Tambunan itu di kritik teruk lantaran sudah berada di barisan kabinet persekutuan.

Anehnya,kritikan itu datang dari OAS itu sendiri (dari pihak lawan yang berhaluan kiri).

Dia tidak melenting bila di sergah tetapi menyambut semua tohmahan dengan senyuman sambil terus bekerja dan berjuang.

Baginya,jika dahulu di bahagian pembangkang,isu merealisasikan perjuangan menuntut Hak-Hak OAS itu agak tumpul,kini Jeffery melangsungkannya pula perjuangan tersebut dalam suasana yang berbeza iaitu di pihak kerajaan persekutuan.

Apa yang menariknya ialah,apabila berada di pihak kerajaan ini,Jeffrey terasa begitu mudah untuk bertindak melaksanakan tuntutan sehingga terwujudnya sebuah kementerian yang menjurus kepada maruah Sabah dan Sarawak.


Kedua : Kebangkitan semangat baharu ikonik OAS - Verdon Bahanda


  Verdon Bahanda

Kemunculan aktivis OAS ini merupakan sebuah kelangsungan perjuangan hasil dari keluarga pejuang sejati OAS itu sendiri,yakni dari tokoh-tokoh pejuang OAS yang saya sebutkan di atas.
Dia seorang yang lantang membidas keberadaan Warga Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di Sabah sejak beberapa tahun lampau,cuma beberapa bulan ini kelihatannya semakin agak agresif susulan suatu peristiwa di mana penyokong-penyokong Parti Warisan Sabah melaporkan kepada PDRM terhadap kenyataan-kenyataan Verdon di MedSos.

Tindakan itu umpama menjolok sarang tebuan lalu Verdon bangkit melancarkan kempen boikot barangan jualan PTI selain membuat laporan polis berhubung beberapa penempatan disyaki warga asing wujud di sekitar utara Sabah.

Perjuangan ini mendapat sambutan cukup popular di kalangan rakyat tempatan sehingga nama anak jati Matunggong itu meniti bibir ke bibir bukan sahaja di kalangan OAS malah juga di kalangan pemimpin pembangkang dan kerajaan.

Ada OAS menurut jejak Verdon membuat laporan polis yang sama di kawasan masing-masing secara sembunyi-sembunyi kerana ianya di anggap adalah gerakan sulit,tidak perlu publisiti menunjuk-nunjuk agar pihak berkuasa segera bertindak.

Ada pula OAS,membuat laporan yang sama kepada pihak berkuasa secara terang-terangan tetapi lebih ramai lagi yang sekadar tunggu dan lihat sahaja.

Adakah mereka ini pejuang sebenar jika hanya sekadar tunggu dan lihat sahaja ?

Kemana semangat perjuangan kalian yang kononnya padu sejati dan mengharap sesuatu imbalan pula sebagai balasan ?

Ini kah laskar yang kononnya ingin berada di barisan hadapan untuk menegakkan maruah dan martabat OAS itu sendiri ?

Bagaimanakah kita semua ingin melahirkan lebih ramai orang seperti Jeffrey Kitingan,lebih ramai seperti Pairin,lebih ramai seperti Tj Jamain,lebih ramai seperti Verdon dan tokoh-tokoh lain jika setakat Kempen Boikot Jenama PTI dan Kempen Lapor Polis pun sudah tidak berani ??

Apapun,di suatu pihak lain,Verdon di anggap musuh yang perlu di rancang kejatuhannya walau dengan berbagai cara termasuklah menggunakan SPRM dan polis manakala di suatu pihak yang lain,Verdon di angkat sebagai ikonik baharu dalam perjuangan kental OAS sejati yang cukup berani dan perkasa.

Persoalannya : Adakah Verdon bakal menuruti jejak Jeffrey dan tokoh-tokoh pejuangan OAS yang lain (yang tetap kental semangat jatidiri) ? Atau,rebah kah sebelum masuk ke gelanggang aksi ?

Jika kalian boleh membayangkan sesuatu yakni 'dunia politik',saya berharap kalian bersetuju dengan saya bahawa Verdon perlu menjadikan politik juga sebagai landasan perjuangan sepertimana yang dilakukan oleh Jeffrey dan tokoh-tokoh pejuang OAS yang lain.

Mengapa ?

Kerana rakyat tempatan (OAS) mahu daya kepimpinan perjuangan itu di asap-dupakan atau di langir sampai tajam bagi memimpin mereka untuk terus berada di medan tempur memartabatkan hak-hak OAS.

Kerana tokoh-tokoh yang ada sudah berusia dan sudah sampai masanya anak muda seperti Verdon berganti baton di barisan hadapan untuk memimpin pasukan yang sedia ada.

Kerana,tanpa landasan politik,perjuangan memartabatkan maruah OAS itu tidak akan setajam mana seperti yang pernah dialami oleh Jeffrey Kitingan serta tokoh-tokoh OAS dahulu.

Dan,

Kerana pihak lawan itu sudah menggunakan platform politik untuk MENAFIKAN hak-hak OAS hatta cukup berhasrat untuk menampilkan budaya lain dari kebiasaan kita di Sabah,tanahair tumpah darah kita yang tercinta.

Jika tidak...Suatu ketika di hari mendatang kelak,cucu cicit kita akan mendengus marah,menyumpah seranah kita,datuk nenek moyang mereka sendiri kerana mereka saat itu menghadap kehidupan ibarat MENUMPANG DI TANAH SENDIRI.


SABAH TANAH AIRKU 
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua Marilah
Bangunlah Bersatu Semua

Marilah bersama serta maju jaya 
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu segala bangsa sentosa
SABAH NEGERI MERDEKA


No comments:

Post a Comment