AZIS JAMMAN PERLU AKUI KEGAGALAN KATA SORAK SABAH
Jamain Sarudin |
KOTA KINABALU (2 Jun 2020): Aktivis Sorak Sabah, Jamain Sarudin hari ini menyelar sikap keanak-anakan Dato Azis Jamman dalam isu melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin. Sorak Sabah yang aktif dalam gerakan bantahan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin sejak 2010 berkata, tindakan Azis Jamman mencabar Datuk Dr Jeffrey Kitingan Timbalan Menteri Pelancongan, kesenian dan budaya hanyalah seperti kata pepatah "menepuk air di dulang kena muka sendiri".
"Azis sepatutnya muhasabah diri kerana gagal melakukan sesuatu berkaitan isu PATI semasa memeggang jawatan Timbalan Menteri KDN selama 22 bulan, sebaliknya memburukkan keadaan dengan mempertahankan Pas Sementara Sabah (PSS) sehingga menyebabkan Warisan menerima tamparan hebat pada pilihanraya Kecil Kimanis", kata Jamain.
Alasan yang diberikan oleh Azis bahawa negara asal PATI tidak menerima rakyat mereka kembali hanyalah satu alasan dangkal, untuk menutup kelemahan beliau sendiri, malahan diplomat negara berkenaan menafikannya. Baru-baru ini dalam satu kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Ismail Sabri berkata, penghantaran balik rakyat asing mendapat kerjasama negara-negara yang terbabit dan bukanlah suatu perkara mustahil Filipina turut akan bersedia berbuat demikian.
"Ia memerlukan usaha untuk berbuat demikian, bukan hanya seperti pergi ke kedai buat cermin mata"
Pada ketika Azis Jamman menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri, beliau sepatutnya melakukan tindakan yang lebih berkesan, akan tetapi tindakan ringan beliau seperti melepaskan batuk di tangga.
"ketika itu tidak ada pandemik Covid19, tidak ada PKP, keadaan aman dan stabil untuk membolehkan tindakan berkesan diambil bagi menangani masalah PATI di Sabah, tetapi Kerajaan Sabah dan Azis mungkin merasakan ianya bukan perkara yg begitu penting, jadi kenapa sekarang baru nak bercakap?"
Datuk Dr Jeffrey Kitingan Presiden Star dalam kenyataannya baru-baru ini mencadangkan satu forum dianjurkan bagi mengumpulkan cadangan dan melibatkan penglibatan pemain industri dan orang awam. Sementara Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyokong cadangan tersebut dan berkata forum dan tindakan terhadap PATI boleh dilakukan secara beriringan dan bersekali.
Bagaimanapun ianya mendapat reaksi dan kritikan dari pemimpin Kerajaan Sabah dan memperlekehkan usaha Jeffrey.
"Datuk Jeffrey tak bangkit cadangan, mereka desak. Bila ada cadangan, mereka kritik. Mereka seperti monyet kena belacan"
Yang lebih mengejutkan ialah Azis Jamman kini cuba mengalihkan persoalan kepada Stateless di Sabah, dan tidak lagi menggunakan istilah Pendatang Asing Tanpa Izin. Bilamana beliau pernah mempunyai akses untuk berbuat demikian, tetapi enggan mengambil risiko, merupakan kelemahan seorang pemimpin.
Bagi Sorak Sabah, penganjur bantahan aman Blacksunday, tugas dan tanggungjawab mereka tetap sama iaitu menjadi pemantau terhadap isu Sabah terutama isu PATI, dan akan bertindak sekiranya isu ini tidak ditangani.
"pendirian kita tetap sama, menjadi wadah rakyat, tidak kira siapakah kerajaan, isu PATI harus diselesaikan dan kita tidak akan berkompromi, tetapi di manakah pemimpin dalam kerajaan Sabah semasa kami berjuang, malah mereka melarang kita membuat protes?"
Jamain Sarudin
Pengerusi Solidariti Rakyat Sabah (SORAK)
No comments:
Post a Comment