Saturday, October 31, 2020

ISU PAS SEMENTARA SABAH (PSS)

TIDAK MAHU ULANGI KESILAPAN KERAJAAN TERDAHULU (WARISAN) : JEFFREY KITINGAN


KOTA KINABALU
: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan membantah satu kenyataan blog yang mendakwa bahawa kerajaan pusat akan memberikan pas khas untuk pendatang tanpa izin di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengatakan bahawa kenyataan blog yang telah dimuat naik di media sosial hari ini amat mengelirukan dan benar-benar berniat jahat.

Blog yang sama juga telah menggunakan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jeffrey sebagai gambar utama padahal gambar itu tidak ada kaitan langsung dengan kenyataan tersebut.

“Perdana menteri hanya merujuk kepada situasi di semenanjung bahawa pas sementara adalah berbeza seperti kad sementara di Sabah atau PSS yang telah dipertahankan oleh Warisan dengan bersungguh-sungguh dan angkuh pada awal tahun ini.

"Cadangan itu adalah untuk memberi pendatang tanpa izin yang sedia ada di Semenanjung Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja di ladang getah dan kelapa sawit secara sementara, ini membolehkan mereka bekerja selama setahun dua sebelum digantikan oleh pekerja yang sah," katanya.

Selain itu, Jeffrey mengatakan bahawa Sabah mempunyai dasar buruh tersendiri dan imigrasi dimana kerajaan pusat tidak boleh campur tangan.

Di Sabah, situasinya berbeza kerana kadar pengangguran yang tinggi. Pemberian pas kerja khas kepada pendatang tanpa izin sama seperti mencuri peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah sendiri.

"Kerajaan Sabah yang baru tidak mahu mengulangi kesalahan WARISAN.  Rakyat Sabah telah melaungkan suara mereka dengan lantang dan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan perkara karut seperti itu, ”katanya.

Jeffrey menasihati pembangkang untuk mengugunakan masa ini dengan lebih baik dan mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk berhenti bermain politik.

"Ini adalah masa yang amat getir terutama di Sabah di mana jumlah jangkitan Covid-19 belum menunjukkan penurunan yang positif.  Daripada memutarbelitkan setiap perkataan yang keluar dari mulut pemimpin kerajaan, saya rasa mereka seharusnya menyumbangkan idea mereka untuk bersama sama memerangi wabak ini, ”katanya.


Wednesday, October 28, 2020

STARSABAH + WARISAN/UPKO : APA KATA JEFFREY 


KOTA KINABALU :
Kisah ini sudah hampir tiga minggu berawang-awangan dijadikan salah satu subjek penting perbualan di ceruk-ceruk kampung hinggalah membawa ke Media Sosial.

Isu ini tercetus pada kala Kerajaan Negeri baharu mula terbentuk dan jelas sekali isu ini adalah rentetan dari kemelut perlantikan dalam jawatan kabinet Sabah sendiri.

Itu perkara biasa dalam membentuk sebuah organisasi pentadbiran negeri apabila ianya dipelopori lebih dari satu komponen parti.

Umpama menangguk di air keruh,pihak-pihak tertentu mula menyebar berbagai plot dalam usaha terakhir mereka menggagalkan pembentukan sebuah kabinet baharu. Cubaan itu nyata gagal sama sekali.

Antara plot terancang yang cuba diapi-apikan oleh sebahagian Cytro ini ialah isu StarSabah bakal bergabung bersama Warisan-UPKO untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang yang baru saja sebulan lebih usianya.

Apakah ini benar ?....Masakan pokok bergoyang tanpa di tiup angin ?

Sabah_OnlineNEWS menyingkap situasi ini bagi mendapatkan kebenaran dalam usaha untuk menutup terus 'kes' plot yang terancang ini kerana ianya mengelirukan rakyat khususnya kepada para penyokong StarSabah dan pengundinya yang kebingungan kesan dari tularan plot ini.

Hari ini,wartawan kami berdepan dengan Presiden StarSabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk mendesak beliau mengesahkan situasi sebenar isu 'Parti StarSabah 'bakal nikah' dengan Warisan-Upko'.

"Buat apa mau join Warisan ?" Soal Jeffrey kepada kami semula. Wartawan kami terdiam dengan soalan tersebut yang disertai senyuman sinis di bibir Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

"Dua tahun (selepas PRU14) Star berjuang bermati-matian untuk menukar kerajaan Warisan (ketika itu) semata-mata kerana motif Warisan-Upko yang membelakangi hak rakyat orang asal Sabah dan mesra PTI," jelasnya lagi.

"Kita tumbangkan Warisan-Upko,mengapa pula timbul soal mahu bergabung dengan mereka? Nonsense....Itu tidak mungkin berlaku ," katanya lagi.

Perbualan singkat itu sudah jelas menunjukkan bahawa apa yang ditularkan di media sosial dan di kampung-kampung itu cumalah sebuah spekulasi liar yang sengaja diapi-apikan dengan tujuan memecahbelah dan mungkin juga di lihat sebagai antara peluang terakhir mereka membuat onar dalam situasi politik hari ini.

"Kita semua,tidak kira fahaman politik apapun,berhenti dari berpolitik dulu..Lebih baik tumpukan kepada peperangan melawan pandemik Covid19 di Sabah dan perlu terus berusaha bagaimana caranya kita mahu membantu rakyat yang terkesan dengan PKPB ini.

Titah YDP Agong itu perlu di junjung sebagai perintah,demi rakyat," jelas Jeffrey lagi.

Seorang lagi anggota kanan StarSabah memberitahu Sabah_OnlineNEWS bahawa isu tersebut dimainkan dengan harapan untuk mereka menjadi kerajaan semula.

"Kehilangan kuasa,kehilangan kedudukan dan kehilangan elaun atau gaji yang besar telah membuatkan mereka (Cytro) ini bertindak meniupkan propaganda demi kepuasan diri sendiri atau bermotifkan dendam sedangkan mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu seperti 'pengemis' yang secara tidak langsung memburukkan lagi imej parti mereka sendiri (Warisan)", jelasnya.

Maka dengan kenyataan dari Presiden StarSabah itu sendiri telah menutup spekulasi berkenaan ura-ura kononnya StarSabah akan bergabung dengan Warisan-UPKO.

"Presiden StarSabah kini Timbalan Ketua Menteri Sabah,mereka bersama-sama dalam kerajaan baharu hari ini kerana itulah hasil permuafakatan dan persefahaman mereka (PN-BN-PBS) hari ini.

Yang penting,Warisan-UPKO sudah berjaya ditumbangkan...Itu yang penting dan itulah kehendak sebahagian besar rakyat Sabah yang totally menolak kepimpinan mereka.

Perlu juga di ingat,Presiden StarSabah adalah merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia,orang nombor 2 selepas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN)."

NOKTAH.TAMAT.

Sunday, August 23, 2020

Kenyataan Media

KHIANATI MANDAT RAKYAT JADI BUDAYA WARISAN-UPKO : HERBERT


KOTA BELUD : UPKO adalah parti yang mempunyai tradisi malang dalam sejarah politik Sabah dan tidak boleh dipercayai oleh rakyat Sabah khususnya oleh masyarakat KDMR. Ketika berucap dalam satu majlis pelancaran jentera Parti Bersatu Sabah (PBS) N. 11 Kadamaian di  PDM Tengkurus, Datuk Herbert T. Lagadan menyeru semua pengundi supaya menghukum calon-calon UPKO dalam PRN 16 khususnya di DUN N 11 Kadamaian. Menurut beliau, Pemimpin -pemimpin seperti DSP Madius Tangau dan Datuk Ewon Benedict tidak boleh dipercayai kerana mereka  membawa UPKO bergabung dengan WARISAN selepas PRU 14 sekaligus menghianati permuafakatan Majlis Presiden. Majlis presiden merujuk pakatan tiga parti iaitu PBS, UPKO dan PBRS yang di memeterai sebelum PRU 14 yang bertujuan mengabungkan tenaga, sokongan dan jentera kempen 3 parti terbabit untuk membantu calon yang bertanding memenangi PRU.

Beliau merujuk kedua-dua pemimpin tersebut sebagai pemimpin yang tidak berintegriri dan hanya mengejar jawatan semata-mata. Kenyataan Timbun diperkuatkan oleh kenyataan presiden UPKO Madius bahawa UPKO akan mengikuti sesiapa sahaja yang menjadi Kerajaan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian En Demis Rumanti , beberapa AJK bahagian, ketua-ketua cawangan mukim Tengkurus, jentera PDM dan  penyokong-penyokong parti.

Timbun seterusnya menyorot kembali perjuangan parti UPKO yang sejak awal gagal menjaga kepentingan politik KDMR. Selepas menang 12 kerusi dalam PRN 1967  parti UPKO yang diasaskan untuk menjaga kepentingan KDMR dibubarkan beberapa tahun kemudian oleh Tun Donald Stephen atas alasan perpaduan rakyat Sabah dan ahlinya diserap dalam USNO yang menguasai kerajaan perikatan bersama SCA. Payar Juman,  adun UPKO partama melompat ke USNO telah di lantik sebagai menteri kebajikan masyarakat.

Catatan 53  tahun yang lalu, mengingatkan kita betapa UPKO adalah parti malang dimana pada tahun 1967 UPKO dibubar untuk ahlinya bekerjasama dengan parti perikatan, lebih malang pada 2018 kerana UPKO menghianati permuafakatan majlis Presiden, mandat rakyat ,tidak boleh dipercayai dan bekerjasama dengan parti mesra PTI.

Monday, August 17, 2020

PRN SABAH : PARTI BARU MUNCUL VS PARTI SEDIA ADA

Tinjauan R.Mikhail@Sabah_OnlineNEWS


Bila saja umum mengetahui terdapatnya gerakan Musa Aman dalam usaha mengumpul sokongan ADUN Sabah bagi membolehkan Kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal di tukar,seperti wajah politik negeri ini tiba-tiba di timpa pertukaran monsun.

Lima hari gerakan Musa Aman itu berusaha mau mencapai puncak tetapi klimaksnya jadi lain bila Shafie bertindak membubarkan DUN.

Tidak berhenti di situ,kedua-dua pihak mula perang saraf dengan berpaksikan hujah benar di pihak masing-masing tanpa sedar betapa natijahnya berbias kepada rakyat jelata.

Pada saat inilah,para politikus mula melabuh mata kail kerana ikan-ikan besar sudah dilepaskan di dalam sungai.

Ada yang berumpankan air liur dengan mentaksir minda rakyat melalui perjumpaan dengan alasan mahu melihat sejauh mana relevannya diri sendiri di mata pengundi.

Ada yang menangguk di air keruh dengan cubaan menyalakan kembali obor parti yang sekianlama terpadam dengan bercirikan tema baharu.

Ada juga yang berumpankan daging segar untuk mengaut kepercayaan rakyat yang mula merundum akibat tidak dipedulikan pada pasca PRU14.

Lagi lucu,ada juga yang mula kelihatan memberi bantuan itu ini,masuk kampung ke sana ke sini,ikut gotong royong dan mula duduk sebelah warga emas sedangkan mukanya sebelum ini hilang entah kemana.

Inilah senario politik di kala DUN dibubarkan manakala politik tebal muka berduyun-duyun muncul tanpa rasa malu.

Isu lompat melompat parti tidak boleh dijadikan istilah sinonim kepada politik Sabah kerana hal ini juga terjadi di tanah Semenanjung dan Sarawak.

Rakyat pula,ada juga yang lompat parti atau menukar lambang perjuangan semata-mata demi masa depan politik masing-masing.

Menuduh pemimpin atau parti lain sebagai KATAK adalah tidak wajar kerana hampir semua pemimpin merasainya atau terlibat dalam mengusahakannya.

Jadi,adalah wajar jika istilah katak itu digantikan dengan istilah hijrah,yakni berpindah sokongan kepada pihak lain.

Pilihanraya Negeri Sabah (jika terjadi) kali ini merupakan PRN paling unik pernah anda saksikan kerana kemungkinan terdapatnya pertandingan lebih dari 3 penjuru.

Rugi jika tidak terlibat dalam sejarah PRN kali ini kerana ianya tidak mungkin sama dengan PRN atau PRU yang akan datang atau sebelum ini.

Setiap parti punya kelebihan sendiri,biar pun kelemahan itu tetap ada.

Rakyat perlu lebih bijak kali ini dan jangan lagi tersalah pilih seperti PRU14 lalu dalam cubaan untuk mewarnakan kembali politik lama.

Kesilapan undi pilihan perlu diperbaiki pada PRN kali ini sebagai membuktikan bahawa rakyat tidak salah pilih lagi atau ingin mengubah sekali lagi ataupun mandat itu terus dikekalkan.

Melihat kepada kebijaksanaan pengundi di Era Politik Baharu kali ini,hukuman tetap akan dilakukan di beberapa kawasan atau DUN.

Mengikut tinjauan yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kemunculan parti-parti baru atau parti-parti re-branding belum pasti mampu menjadi suatu 'kuasa baru' kerana rakyat masih lagi trauma dengan pengalaman lalu akibat salah pilih (parti baru).

Tinjauan mendapati,kemunculan semula wajah-wajah ikon politik lama boleh menggugat persepsi pengundi tetapi tidaklah sehebat mana kerana rakyat membayangkan dua kemungkinan iaitu 'sistem politik lama' yang tidak relevan lagi dan juga misi otai-otai ini kembali hanya untuk singgahsana Ketua Menteri.

Persepsi rakyat sangat pelbagai dan sukar untuk meletakkan inspirasi mereka mengikut gred-gred tertentu kerana ada di antara mereka sering kelihatan di perjumpaan parti sebelah sini dan kemudiannya esok di parti sebelah situ pula.

Malah,ada persepsi nyata-nyata merengus bila bakal-bakal calon sesebuah parti itu terdiri daripada golongan lanjut usia dan 'muka-muka itu juga'.

Rengusan 'tiada muka lain lagi kah?' sering kedengaran terutamanya di kalangan anak-anak muda belia yang baru mahu mengundi kali ini.

Kebosanan dengan karenah birokrasi,nepotisme dan kronisme masih membayang di mata rakyat selepas PRU14 dan adalah kemungkinan,situasi sebegini bakal membawa sekali lagi angin perubahan di persada politik Sabah.

Di MedSos,kalangan petugas cytro mula muncul dengan post-post kempen lebih-lebih lagi bila menyedari ikon politik lama ini bakal beraksi di pentas PRN.

Rengusan rakyat dan persepsi di tangkis dengan berbagai cara dan alasan semata-mata demi meraih sokongan tetapi,adakah cara itu berkesan ?

Kempen mengetengahkan calon PRN bukan sekadar hebat di pesbuk semata tetapi rakyat lebih suka membuat ukuran berdasarkan prestasi dan kewajipan calon-calon ini di masa lalu.

Menyakinkan pengundi bukanlah begitu mudah kerana pengundi hari ini tidak boleh di suap lagi dengan janji-janji atau imbalan tunai seperti dahulu.

Hari ini,jika di beri janji,mereka akan cakap 'ok bos'....Terbaik.

Hari ini,jika di beri imbalan wang ringgit,mereka akan cakap,tengkiu bosku....Kau jugalah pemimpin.

Esok lusa,warna baju boleh di tukar...Lambang bendera turun naik....Hukuman tetap dijalankan.

Rakyat hari ini tidak boleh diperkota-katikkan dengan sogokan sistem politik lama...Kau bagi,kami ambil tetapi undi tetap pada yang satu.

Pagi-pagi pakai baju Biru...Tengahari pakai baju putih..Petang sikit tukar lain dan malam kupi2 dengan duit pemberian bakal calon sambil membawang kedunguan manusia lain.

Tiba masa mengundi,berilah apa saja,rakyat tetap menerima....Terima pujukan dan rayuan...Terima sampul saguhati dan sebagainya.

Undinya hanya dia yang tahu kerana dia sudah matang untuk menilai calon mana pilihan hati.

Calon PRN pula,kurangkan lah membuka aib calon lain kerana apabila kau mula memburuk-burukkan orang lain,rakyat akan menilaimu dari kata-kata dan perbuatanmu samada layakkah kau menjadi YB kalau baru bergelar 'calon' sudah mula menunjukkan peribadimu yang jelek.

Akhir kalam,jika PRN itu jadi...Selamat Mengundi.Selamat Berkempen.Selamat Berjuang.

TAHNIAH bila sudah menang dan bergelar Yang Berhormat.

TAHNIAH juga kerana telah berjaya menjadi KULI rakyat.

ps : jangan jadi YB krik-krik bila kuasa sudah di tangan,takut nanti kecundang di pilihanraya akan datang....Rajin-rajinlah check wassap,sms dan pesbuk demi rakyat yang mengundimu.

Sunday, August 16, 2020

PRN ATAU TIDAK,TERUSLAH DEKATI RAKYAT KATA JEFFREY

Oleh Wartawan Sabah_OnlineNEWS

 

KIAWAYAN,TAMBUNAN : StarSabah mengamalkan prinsip terus bekerja dan prihatin terhadap rakyat walau di mana jua di negara ini tanpa mengira masa samada DUN Bubar,pilihanraya ataupun tidak melanda Sabah.

Bercakap selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Santai di Mukim Nambayan,Tambunan semalam,Presiden StarSabah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan menegaskan bahawa amalan 'penunjukan kuasa' di dalam parti bukanlah suatu amalan bagi StarSabah kerana prinsip tersebut boleh merencat keharmonian dan perpaduan di kalangan ahli parti. 

“Samada PRN ataupun tidak,StarSabah tetap terus berjuang demi rakyat Sabah dari berbagai aspek dan cara,kerana itulah komitmen kita yang kekal sejak dahulu sehingga ke hari ini.

Rakyat perlu pembelaan dan harus didekati setiap masa dan walau dalam keadaan apa sekalipun kerana StarSabah wujud adalah semata-mata untuk perjuangan sebegitu,iaitu membela nasib,masa depan serta hak-hak kepentingan Orang Asal Sabah itu sendiri,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri N39 Tambunan itu menyifatkan tindakan sesetengah anasir-anasir untuk ‘menunjukkan kuasa’ di dalam parti adalah bertentangan dengan amalan parti itu sendiri malah kegelojohan budaya sedemikian bakal merosakkan institusi serta perpaduan yang sedia ada.

“Jentera parti sentiasa bersiap siaga sepanjang masa tanpa mengira pilihanraya sudah dekat ataupun tidak kerana StarSabah berbeza daripada parti politik yang lain di mana apabila tarikh pembubaran sudah dekat,barulah mula masuk keluar kampung.

StarSabah tetap berusaha mendekati rakyat di kawasan masing-masing  bermula selepas pilhanraya dan sehingga ke pilihanraya seterusnya tanpa berhenti.”

Jeffrey yang juga merupakan Ahli Parlimen P180 Keningau,turut menyatakan rasa gembira dengan jentera parti di seluruh Sabah yang terus bekerja menemui rakyat dari kampung ke kampung semata-mata untuk memberikan pencerahan dan penerangan tentang perjuangan StarSabah sehingga berjaya membawa masuk lebih ramai keahlian.

Katanya,rakyat kini menaruh kepercayaan dan keyakinan dengan perjuangan parti StarSabah kerana perjuangan itu konsisten sejak parti itu ditubuhkan beberapa tahun lepas lalu tidak mustahil setiap hari,ada saja ahli baru menyertai parti. 

“Jentera parti di setiap kawasan berganding bahu dan punya persepakatan sesama ahli kerana tiada perbezaan antara pejuang lama dan baharu,mereka sama-sama bangkit dan berusaha mendekati rakyat serapat yang boleh.

Istilah permuafakatan dijadikan teras utama dalam pergerakan kerana semua anggota parti mengamalkan prinsip kekeluargaan dan berusaha untuk menolak sebarang persengketaan.

"Musuh tetap ada dalam perjuangan politik...Malah,musuh juga ada di dalam parti dan persekitaran tetapi kita di StarSabah lebih suka mengambil pendekatan supaya musuh itu dijadikan kawan," katanya.

sumber foto Awani

Di dalam perjuangan politik,mencipta musuh yang ramai boleh mengakibatkan karier politik seseorang itu tidak punya masa depan....Maka ada baiknya ambil langkah positif untuk menjadikan musuh-musuh kita itu sebagai kawan dengan harapan agar mereka berubah hati untuk melangkah bersama-sama kita,seperjuangan dan saling sokong menyokong.

"Di arena politik zaman ini,tidak sama dengan dunia politik tahun-tahun sebelumnya kerana kita berhadapan dengan suasana Politik Era Baharu di mana fitnah dan tohmahan adalah intipati perosak minda masyarakat.

Perjuangan politik perlukan minda yang sihat dan jauhi sifat munafik dan adu domba kerana rakyat hari ini menilai setiap apa yang kita perbuat dan apa yang kita lakukan samada secara rutin ataupun di MedSos.

Perjuangan StarSabah adalah perjuangan berasaskan minda sihat dan positif kerana kita ikhlas bersama rakyat dan terus-terusan berusaha untuk mendekati rakyat di masa susah dan di masa senang.

Inilah yang menjadikan StarSabah itu di pandang tinggi oleh masyarakat khususnya para pengundi,selain kita memperjuangkan nasib dalam menuntut hak-hak milik kita sebagai pribumi Sabah,kita juga terus kekal dan relevan sebagai sebuah parti pilihan rakyat setiap masa samada pilihanraya sudah hampir ataupun jauh lagi.

Rakyat pribumi Sabah perlu diutamakan dan tiada istilah ‘tunggu dan lihat’ kerana sikap begitu membuang masa,” jelas beliau lagi.

 

Sunday, July 26, 2020

Siaran Media  
SATU LAGI PEMBOHONGAN 50 JUTA? : YONG  

Kota Kinabalu, Sabtu, 25 Julai 2020


Dakwaan seorang menteri Warisan ditawarkan wang rasuah RM50 juta sama dengan pembohongan oleh pemimpin Warisan yang lain, yang dipanggil Junz Wong, yang telah berbohong bahawa saya telah disogok oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Najib Razak sebelum Pilihan raya umum 2013. Angka yang disebutkan juga RM50 juta.

Mengulangi Tabiat lama yang teruk

Tuduhan palsu dan tidak masuk akal oleh YB Moyog dan Kapayan bahawa mereka telah dikunjungi oleh anak-anak ahli politik terkemuka pada pukul 5 pagi mengingatkan saya kepada khabar angin palsu dan tidak masuk akal bahawa saya telah menggunakan teksi untuk mengangkut wang tunai RM50 juta.


Junz Wong telah meminta maaf dan menarik balik pembohongannya setelah saya menyamannya. Walau bagaimanapun, kerosakan telah dilakukan kepada saya.

Nampaknya mereka mengulangi tabiat lama mereka yang teruk. Pembohongan kejam rasuah berjuta-juta ini diedarkan untuk tujuan politik yang sama untuk membunuh profail orang lain yang tidak bersalah. Saya tahu kerana saya menjadi mangsa pembohongan itu.

Semua akaun Najib dirampas, tempatnya digeledah, dan akaunnya diperiksa oleh kerajaan Pakatan / Warisan sejak dua tahun kebelakangan ini. Sepanjang tempoh tersebut, para pemimpin Warisan menjawat jawatan yang penting di Kementerian Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri. Bukan sahaja tidak ada yang menunjukkan aliran wang ringgit kepada saya, tetapi juga sekurang-kurangnya seorang pemimpin Warisan menerima beberapa juta ringgit ketika mereka masih bersama BN.

Apa yang didakwa oleh Timbalan Ketua Menteri yang dirasakan boleh menjadi bentuk halusinasi lain yang turut mempengaruhi Presiden Parti Warisan yang menyatakan bahawa dia ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.

Setelah PM menafikan memberi tawaran DPM kepada Shafie, pemimpin Warisan terus senyap dan tidak ada yang berani mengulasnya.

Para YB yang mendakwa mereka ditawarkan berpuluh-puluh juta oleh orang yang tidak disebutkan namanya akhirnya akan bertanggungjawab terhadap kata-kata mereka.

Seolah-olah Ketua Menteri membuat pengumuman puluhan bilion ringgit dana pembangunan di sana sini tetapi kita tidak dapat melihat  projek yang dilaksanakan. Akhirnya, orang akan bertanya ke mana perginya berbilion ringgit?

Datuk Yong Teck Lee
Presiden SAPP

Thursday, July 16, 2020

UMNO KOTA KINABALU HARGAI KETEGASAN KDN  
Oleh Sam Hj.Othman  

  Musliati Moslimin  

Masalah Dokumentasi “Stateless Children” yang dibahaskan di Sidang Dewan Rakyat oleh Menteri KDN

1. Tahniah & Terima kasih di ucapkan kpd Menteri KDN serta MP2 drpd Sabah & Sarawak yang membahaskan berkenaan dgn masalah dokumentasi “stateless children” atau anak-anak tanpa dokumen di sidang dewan rakyat hari ini.

2. Sebagai rakyat Sabah saya menghargai atas ketegasan yg disampaikan oleh Menteri KDN bahawa tiada soal pemberian kewarganegaraan atau dokumentasi otomatik boleh di berikan kpd mana2 “stateless children” ini sebab ianya tetakluk kpd Perlembagaan Persekutuan Peraturan Kewarganegaraan Tahun 1964.

3. Beliau selaku Menteri akan mencari jalan & mengkaji apa bentuk identiti yg boleh di berikan untuk mereka yang terlibat. 


4. Tim. Menteri KDN dalam era Kerajaan PH bersama dgn Kerajaan Warisan Sabah ada usaha memperkenalkan PSS utk membolehkan anak2 “Stateless” ini mendapat dokumentasi yg cuba di perkenalkan oleh mereka tetapi ianya tidak di teruskan selepas mendapat banyak bantahan drpd rakyat Sabah.  

5. Akibat penolakkan rakyat Sabah keatas PSS ini menyebabkan antara faktor penolakan rakyat Kimanis kepada Calon Parti Warisan yg merupakan parti yg menjadi tulang belakang Kerajaan Warisan di Sabah Kalah dlm PRK Kimanis baru-baru ini. 

6. Kami mengharapkan janganlah ada usaha atau langkah yg bakal di ambil oleh Kerajaan PN selepas ini untuk mengiktiraf pemilik kad burung-burung atau surat banci atau yg serupa dengannya utk dimasukkan nama mereka sebagai pemegang kad IMM13 pula. 

7. Kami berpendapat Pemegang Kad IMM13 yg baru tidak perlu sdh di keluarkan memandangkan Negara Selatan Filipina sdh tidak mengalami sebarang perang untuk membolehkan rakyatnya keluar dari negara tersebut untuk mendapatkan perlindungan ke Negara lain seperti Malaysia. 

8. Apa yang di sampaikan oleh Ketua Menteri Sabah dalam Sidang Dewan tadi menampakkan beliau begitu terdesak agar Dokumentasi sah dapat di berikan kepada anak anak “Stateless” ini. 

9. Walaupun atas dasar kemanusiaan seperti yg di sebutkan oleh Ketua Menteri Sabah tetapi selepas ini sekiranya ada usaha Kerajaan pusat untuk mengeluarkan identiti tersebut biarlah ianya di kaji sepenuhnya dengan mengambil kira  nasib rakyat Negeri Sabah di masa hadapan. 

10. Semoga MP2 Sabah tidak kira mana mana parti akan terus bersuara serta menghalang sebarang usaha & tindakan utk memberikan dokumen yg sah kpd anak anak “Stateless”  ini secara automatik tanpa melalui saluran yg teratur. 

HAJAH MUSLIATI MOSLIMIN
Ketua UMNO Sabah
Bahagian Kota Kinabalu