UMNO KOTA KINABALU HARGAI KETEGASAN KDN
Oleh Sam Hj.Othman
Musliati Moslimin |
Masalah Dokumentasi “Stateless Children” yang dibahaskan di Sidang Dewan Rakyat oleh Menteri KDN
1. Tahniah & Terima kasih di ucapkan kpd Menteri KDN serta MP2 drpd Sabah & Sarawak yang membahaskan berkenaan dgn masalah dokumentasi “stateless children” atau anak-anak tanpa dokumen di sidang dewan rakyat hari ini.
2. Sebagai rakyat Sabah saya menghargai atas ketegasan yg disampaikan oleh Menteri KDN bahawa tiada soal pemberian kewarganegaraan atau dokumentasi otomatik boleh di berikan kpd mana2 “stateless children” ini sebab ianya tetakluk kpd Perlembagaan Persekutuan Peraturan Kewarganegaraan Tahun 1964.
3. Beliau selaku Menteri akan mencari jalan & mengkaji apa bentuk identiti yg boleh di berikan untuk mereka yang terlibat.
4. Tim. Menteri KDN dalam era Kerajaan PH bersama dgn Kerajaan Warisan Sabah ada usaha memperkenalkan PSS utk membolehkan anak2 “Stateless” ini mendapat dokumentasi yg cuba di perkenalkan oleh mereka tetapi ianya tidak di teruskan selepas mendapat banyak bantahan drpd rakyat Sabah.
5. Akibat penolakkan rakyat Sabah keatas PSS ini menyebabkan antara faktor penolakan rakyat Kimanis kepada Calon Parti Warisan yg merupakan parti yg menjadi tulang belakang Kerajaan Warisan di Sabah Kalah dlm PRK Kimanis baru-baru ini.
6. Kami mengharapkan janganlah ada usaha atau langkah yg bakal di ambil oleh Kerajaan PN selepas ini untuk mengiktiraf pemilik kad burung-burung atau surat banci atau yg serupa dengannya utk dimasukkan nama mereka sebagai pemegang kad IMM13 pula.
7. Kami berpendapat Pemegang Kad IMM13 yg baru tidak perlu sdh di keluarkan memandangkan Negara Selatan Filipina sdh tidak mengalami sebarang perang untuk membolehkan rakyatnya keluar dari negara tersebut untuk mendapatkan perlindungan ke Negara lain seperti Malaysia.
8. Apa yang di sampaikan oleh Ketua Menteri Sabah dalam Sidang Dewan tadi menampakkan beliau begitu terdesak agar Dokumentasi sah dapat di berikan kepada anak anak “Stateless” ini.
9. Walaupun atas dasar kemanusiaan seperti yg di sebutkan oleh Ketua Menteri Sabah tetapi selepas ini sekiranya ada usaha Kerajaan pusat untuk mengeluarkan identiti tersebut biarlah ianya di kaji sepenuhnya dengan mengambil kira nasib rakyat Negeri Sabah di masa hadapan.
10. Semoga MP2 Sabah tidak kira mana mana parti akan terus bersuara serta menghalang sebarang usaha & tindakan utk memberikan dokumen yg sah kpd anak anak “Stateless” ini secara automatik tanpa melalui saluran yg teratur.
HAJAH MUSLIATI MOSLIMIN
Ketua UMNO Sabah
Bahagian Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment