Wednesday, November 25, 2020

WARISAN TAKUT KELIBAT JEFFREY KITINGAN ?


 SEJAK DARI DULU DR. JEFFREY G. KITINGAN DITAKUTI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN WARISAN.

BENARKAH WARISAN TAKUT KELIBAT JEFFREY KITINGAN ?

Hingga sanggup putar belit dan fitnah dari dahulu hingga kini..

TS Ir.Jovilis Majami,Penganalisa Politik


1. Isu Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan presiden STAR Sabah digasak oleh Datuk Azis Jamman berhubung kehadirannya di dewan rakyat yang dikatakan melanggar arahan 14 hari kuarantin wajib menujukan bahawa parti Warisan ini sangat takut dengan susuk tubuh yang bernama Dr. Jeffrey G. Kitingan.

2. Semua orang sedar, sejak dari wujudnya parti Warisan sehinggalah hari ini tiada lain pemimpin Sabah yang menjadi sasaran utama mereka ialah presiden STAR Sabah ini. 

3. Mereka tidak kira sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang tetapi ketakutan itu tetap sama terhadap presiden STAR Sabah.

4. Sebenarnya kalaulah pemimpin Warisan ini tidak gundah-gulana dengan kelibat Dr. Jeffrey G. Kitingan isu ini sangat mudah difahami iaitu dengan meminta maklumat lanjut daripada Kementerian Kesihatan kerana kementerian ini yang bertanggungjawab memberi pelepasan kepada presiden STAR ini untuk datang ke Dewan Rakyat dan bukannya berterusan menuding jari kepada Dr. Jeffrey.

5.  Kalaulah Azis Jamman benar-benar mengambil berat terhadap kesihatan ahli-ahli dewan maka beliau juga sepatutnya lebih risau dengan rakyat dan menyuarakan perkara ini sejak dahulu lagi kepada Kementerian Kesihatan memandangkan sebelum ini memang ramai rakyat kita yang dibenarkan untuk tidak menghabiskan kuarantin 14 hari sekiranya mereka berpuashati dengan beberapa keputusan ujian yang dibuat. 

6.  Namun, sekiranya Azis Jamman mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan adanya prosedur sebegitu maka kita anggap sahaja yang beliau ini tidak sensitif dan malas mengambil tahu hal-hal rakyat yang terkesan dengan COVID-19.  

7.  Sebagai wakil rakyat Azis Jamman sepatutnya mengetengahkan sesuatu isu yang lebih menjurus kepada kepentingan Rakyat Sabah daripada mempersoalkan dan mempertikaikan perkara remeh seperti ini.

8.  Ataupun mungkin juga pembangkang kita kali ini sudah ketandusan idea untuk dibahaskan di Dewan Rakyat kerana sebelum ini mereka pernah diberi peluang untuk menjadi kerajaan namun keadaan rakyat bertambah sengsara.

-TS.Ir.Jovilis Majami adalah merupakan Penganalisa Politik semasa di Sabah

(Ini adalah pandangan peribadi melalui analisa penulis dan tidak mewakili portal Sabah_OnlineNEWS)

Friday, November 13, 2020

KAJI LEBAR KEMBALI SUNGAI TEMPASUK : JEFFREY

KAJIAN TERPERINCI MELEBAR KEMBALI SUNGAI TEMPASUK : JEFFREY

Oleh Sam Hj.Othman

13hb November 2020


KOTA BELUD : Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM) dikhabarkan sedang mengkaji semula kerja-kerja mengaut pasir dan mendalamkan sungai Tempasuk-Kadamaian di daerah Kota Belud.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata kerja-kerja tersebut di lihat sebagai satu jalan alternatif bagi mengelakkan situasi banjir berlaku.

"Kita akan membuat kajian terperinci berpandukan pada sistem kerja yang ada sekarang dan melihat di sudut mana ianya perlu ditambahbaik atau di ubah.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah sudah memaklumkan situasi sungai serta syarikat yang mengendalikan kerja-kerja tersebut.

Apa yang kita ketahui ialah kelemahan sistem tersebut dimana kontraktor di bayar daripada hasil penjualan pasir yang dikaut dari sungai berkenaan," jelas beliau.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah itu lagi,di bahagian muara sungai terdapatnya longgokan pasir yang tebal sehingga menyempitkan laluan sungai dan malang sekali,tiada syarikat pembinaan lain yang berminat untuk membeli pasir-pasir ini kerana ianya masin (tidak sesuai untuk binaan konkrit).

"Tiada pembeli...Tidak laku maka tidak ada insentif walaupun Menteri KPIM terdahulu menjamin bahawa akan ada pembeli dari China.

Sebab itu syarikat yang di lantik mengendalikan sistem pengorekan pasir di sungai berkenaan menghentikan kerja akibat ketiadaan pembayaran bagi menampung kos," jelasnya lagi.


Apapun,kerajaan sedang berusaha untuk melihat dari cara mana pasir-pasir ini boleh dialihkan dari tebing sungai bagi mengelakkan banjir semakin teruk melanda Kota Belud,kata Jeffrey.

Sebelum tahun 2018, Kerajaan Persekutuan pernah melaksanakan kerja-kerja mengaut pasir dan melebarkan sungai berkenaan.

Apabila Warisan mengambilalih tampuk pemerintahan negeri,khidmat kontraktor yang terlibat dihentikan.

Kerja-kerja berkenaan tertangguh hampir lebih setahun sebelum Warisan (kerajaan negeri ketika itu) melantik sebuah syarikat lain menyambung projek berkenaan.

Bagaimanapun,sehingga sebelum PRN lalu,syarikat berkenaan tidak kelihatan memfokuskan kerja-kerja berkenaan menyebabkan limpahan pasir membentuk di tebing hingga menyebabkan sungai semakin sempit.


Persoalan ini sering dijadikan topik hangat bila saja daerah berkenaan di landa banjir dan tidak dinafikan sejak kebelakangan ini, situasi banjir semakin teruk hingga menyebabkan jalan utama menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu ke utara negeri ini terputus.

"Kerajaan tidak akan duduk diam khususnya kementerian saya tentang masalah ini.

Kita sedang buat kajian dan akan mencuba cari jalan untuk mengatasi masalah rakyat ini seberapa cepat yang boleh," ujarnya lagi.

Tuesday, November 3, 2020

STARSABAH BUKAN PARTI RASIS

STARSABAH BUKAN PARTI RASIS SEPERTI DAKWAAN ADRIAN LIM 


PARTI STAR SABAH BUKAN PARTI RASIS SEPERTI DAKWAAN ADRIAN LIM - Parti Perlu Ambil Tindakan Undang-undang

1. Saya sangat mengambil serius satu kenyataan yang dibuat oleh orang bernama Adrian Lim@Happy Boy dalam group whatsapp SABAH POLITICS yang tular baru-baru ini dengan dakwaan bahawa parti STAR merupakan parti rasis.

2.  Beliau mendakwa bahawa STAR Sabah pergi ke kawasan-kawasan pedalaman dan mengajar Kadazan-Murut-Murut (KDM) untuk membenci orang Bajau dan Orang Asal Sabah yang berkulit hitam.

3. Beliau juga megatakan bahawa STAR Sabah memberitahu masyarakat KDM yang tinggal di pergunungan dan lembah bahawa hanya suku kamu KDM sahaja merupakan orang Asal Sabah (OAS) manakala suku kaum yang lain adalah Pendatang Tanpa Izin (PTI).

4. Saya tegaskan disini bahawa bahawa kenyataan yang dibuat oleh individu ini adalah satu kenyataan yang bersifat fitnah, tidak bertanggungjawab, menganggu perpaduan dan keharmonian kaum, menjatuhkan reputasi parti STAR Sabah sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dan turut boleh  menimbulkan kebencian kaum lain kepada STAR Sabah.

5.  Parti STAR Sabah ini ditubuhkan dengan matlamat yang sangat jelas seperti yang dinyatakan di dalam pelembagaan parti bahawa tujuan dan matlamat penubuhan parti yang paling utama ialah MEMPERTAHANKAN DAN MELINDUNGI KEDAULATAN MALAYSIA DAN OTONOMI SABAH.

6.  Dalam Perkara 3.1.4 Tujuan dan Matlamat penubuhan parti STAR juga menyebut bahawa tujuan lain pewujudan parti ini adalah untuk menggalakkan ekonomi yang dinamik untuk KEMAKMURAN hidup bagi seluruh rakyat Malaysia, serta menggalakkan damai, perpaduan dan keharmonian diantara rakyat berbilang kaum, budaya dan agama di Sabah.

7.  Daripada apa yang terkandung di dalam perlembagaan parti STAR Sabah jelas menujukan bahawa parti STAR Sabah ini memperjuangkan dan mengangkat martabat semua kaum asal di Sabah dan bukannya seperti apa yang diperkatakan oleh Adrian Lim.

8.  Maka itu, dakwaan Adrian Lim bahawa STAR Sabah membenci kaum Bajau dan orang berkulit gelap merupakan satu fitnah yang sangat merbahaya dan tidak boleh diterima oleh Rakyat Sabah.

9.  Hakikatnya parti STAR mempunyai keahlian dikawasan-kawasan yang majoritinya kaum Bajau dan Suluk seperti di daerah Kota Belud, Semporna, Papar, Putatan Sepanggar, Tawau, dan tempat-tempat lain lagi.

https://www.sabahpost.net/2020/06/30/penyertaan-500-ahli-bumiputera-islam-permulaan-baru-buat-parti-kitingan/

10.  Sudah tentu mereka ini tidak akan bersama-sama dengan parti STAR sekiranya dakwaan yang dilontarkan oleh Adrian Lim ini adalah betul.

11.  Di sini juga ingin saya tegaskan bahawa parti STAR Sabah tidak pernah menyebarkan propaganda kepada sesiapa pun bahawa hanya KDM sahaja satu-satunya kaum Orang Asal Sabah (OAS).

12.  Kaum-kaum Penduduk asal di Sabah sudah terdapat dan ditakrifkan di dalam Perlembagaan Sabah dan Pelambagaan Persekutuan maka sudah tentu STAR Sabah berpegang kepada maksud Orang Asal Sabah seperti yang terdapat dalam perlembagaan itu.

13.   Mungkin Adrian Lim keliru atau sengaja memutarbelitkan fakta kerana sakit hati apabila parti dokongannya gagal mempertahankan kerajaan selepas PRN baru-baru ini sehingga beliau tidak dapat membezakan antara Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan OAS.

14.  Hakikatnya STAR Sabah tidak pernah menuduh mana-mana kaum OAS sebagai PTI tetapi STAR Sabah menentang keberadaan PTI di Sabah termasuklah mereka-mereka yang mesra dangan PTI.

15.  Sebaliknya, pemimpin kaum lain pula yang mendakwa bahawa mereka itu adalah kaum kelas pertama di Sabah tetapi pada ketika itu Adrian Lim mengunci mulutnya atas dakwaan itu.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/01/651268/dakwaan-kaum-suluk-orang-asal-kelas-pertama-tidak-masuk-akal

16.  Oleh yang demikian, memandangkan dakwaan ini sangat merbahaya kepada perpaduan dan keharmonian Sabah maka saya berharap agar parti mengambil tindakan undang-undang ke atas Adrian Lim.

17.  Ini juga sebagai pengajaran kepada beliau memandangkan beliau ini banyak menyebarkan berita-berita palsu terutamanya kepada parti STAR Sabah.

Ts. Ir. JOVILIS MAJAMI

Timbalan Ketua Bahagian STAR N.07 Tandek 

03.11.2020

Saturday, October 31, 2020

ISU PAS SEMENTARA SABAH (PSS)

TIDAK MAHU ULANGI KESILAPAN KERAJAAN TERDAHULU (WARISAN) : JEFFREY KITINGAN


KOTA KINABALU
: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan membantah satu kenyataan blog yang mendakwa bahawa kerajaan pusat akan memberikan pas khas untuk pendatang tanpa izin di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jeffrey yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengatakan bahawa kenyataan blog yang telah dimuat naik di media sosial hari ini amat mengelirukan dan benar-benar berniat jahat.

Blog yang sama juga telah menggunakan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jeffrey sebagai gambar utama padahal gambar itu tidak ada kaitan langsung dengan kenyataan tersebut.

“Perdana menteri hanya merujuk kepada situasi di semenanjung bahawa pas sementara adalah berbeza seperti kad sementara di Sabah atau PSS yang telah dipertahankan oleh Warisan dengan bersungguh-sungguh dan angkuh pada awal tahun ini.

"Cadangan itu adalah untuk memberi pendatang tanpa izin yang sedia ada di Semenanjung Malaysia untuk membolehkan mereka bekerja di ladang getah dan kelapa sawit secara sementara, ini membolehkan mereka bekerja selama setahun dua sebelum digantikan oleh pekerja yang sah," katanya.

Selain itu, Jeffrey mengatakan bahawa Sabah mempunyai dasar buruh tersendiri dan imigrasi dimana kerajaan pusat tidak boleh campur tangan.

Di Sabah, situasinya berbeza kerana kadar pengangguran yang tinggi. Pemberian pas kerja khas kepada pendatang tanpa izin sama seperti mencuri peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah sendiri.

"Kerajaan Sabah yang baru tidak mahu mengulangi kesalahan WARISAN.  Rakyat Sabah telah melaungkan suara mereka dengan lantang dan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan perkara karut seperti itu, ”katanya.

Jeffrey menasihati pembangkang untuk mengugunakan masa ini dengan lebih baik dan mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk berhenti bermain politik.

"Ini adalah masa yang amat getir terutama di Sabah di mana jumlah jangkitan Covid-19 belum menunjukkan penurunan yang positif.  Daripada memutarbelitkan setiap perkataan yang keluar dari mulut pemimpin kerajaan, saya rasa mereka seharusnya menyumbangkan idea mereka untuk bersama sama memerangi wabak ini, ”katanya.


Wednesday, October 28, 2020

STARSABAH + WARISAN/UPKO : APA KATA JEFFREY 


KOTA KINABALU :
Kisah ini sudah hampir tiga minggu berawang-awangan dijadikan salah satu subjek penting perbualan di ceruk-ceruk kampung hinggalah membawa ke Media Sosial.

Isu ini tercetus pada kala Kerajaan Negeri baharu mula terbentuk dan jelas sekali isu ini adalah rentetan dari kemelut perlantikan dalam jawatan kabinet Sabah sendiri.

Itu perkara biasa dalam membentuk sebuah organisasi pentadbiran negeri apabila ianya dipelopori lebih dari satu komponen parti.

Umpama menangguk di air keruh,pihak-pihak tertentu mula menyebar berbagai plot dalam usaha terakhir mereka menggagalkan pembentukan sebuah kabinet baharu. Cubaan itu nyata gagal sama sekali.

Antara plot terancang yang cuba diapi-apikan oleh sebahagian Cytro ini ialah isu StarSabah bakal bergabung bersama Warisan-UPKO untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan yang ada sekarang yang baru saja sebulan lebih usianya.

Apakah ini benar ?....Masakan pokok bergoyang tanpa di tiup angin ?

Sabah_OnlineNEWS menyingkap situasi ini bagi mendapatkan kebenaran dalam usaha untuk menutup terus 'kes' plot yang terancang ini kerana ianya mengelirukan rakyat khususnya kepada para penyokong StarSabah dan pengundinya yang kebingungan kesan dari tularan plot ini.

Hari ini,wartawan kami berdepan dengan Presiden StarSabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan untuk mendesak beliau mengesahkan situasi sebenar isu 'Parti StarSabah 'bakal nikah' dengan Warisan-Upko'.

"Buat apa mau join Warisan ?" Soal Jeffrey kepada kami semula. Wartawan kami terdiam dengan soalan tersebut yang disertai senyuman sinis di bibir Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

"Dua tahun (selepas PRU14) Star berjuang bermati-matian untuk menukar kerajaan Warisan (ketika itu) semata-mata kerana motif Warisan-Upko yang membelakangi hak rakyat orang asal Sabah dan mesra PTI," jelasnya lagi.

"Kita tumbangkan Warisan-Upko,mengapa pula timbul soal mahu bergabung dengan mereka? Nonsense....Itu tidak mungkin berlaku ," katanya lagi.

Perbualan singkat itu sudah jelas menunjukkan bahawa apa yang ditularkan di media sosial dan di kampung-kampung itu cumalah sebuah spekulasi liar yang sengaja diapi-apikan dengan tujuan memecahbelah dan mungkin juga di lihat sebagai antara peluang terakhir mereka membuat onar dalam situasi politik hari ini.

"Kita semua,tidak kira fahaman politik apapun,berhenti dari berpolitik dulu..Lebih baik tumpukan kepada peperangan melawan pandemik Covid19 di Sabah dan perlu terus berusaha bagaimana caranya kita mahu membantu rakyat yang terkesan dengan PKPB ini.

Titah YDP Agong itu perlu di junjung sebagai perintah,demi rakyat," jelas Jeffrey lagi.

Seorang lagi anggota kanan StarSabah memberitahu Sabah_OnlineNEWS bahawa isu tersebut dimainkan dengan harapan untuk mereka menjadi kerajaan semula.

"Kehilangan kuasa,kehilangan kedudukan dan kehilangan elaun atau gaji yang besar telah membuatkan mereka (Cytro) ini bertindak meniupkan propaganda demi kepuasan diri sendiri atau bermotifkan dendam sedangkan mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu seperti 'pengemis' yang secara tidak langsung memburukkan lagi imej parti mereka sendiri (Warisan)", jelasnya.

Maka dengan kenyataan dari Presiden StarSabah itu sendiri telah menutup spekulasi berkenaan ura-ura kononnya StarSabah akan bergabung dengan Warisan-UPKO.

"Presiden StarSabah kini Timbalan Ketua Menteri Sabah,mereka bersama-sama dalam kerajaan baharu hari ini kerana itulah hasil permuafakatan dan persefahaman mereka (PN-BN-PBS) hari ini.

Yang penting,Warisan-UPKO sudah berjaya ditumbangkan...Itu yang penting dan itulah kehendak sebahagian besar rakyat Sabah yang totally menolak kepimpinan mereka.

Perlu juga di ingat,Presiden StarSabah adalah merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia,orang nombor 2 selepas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN)."

NOKTAH.TAMAT.

Sunday, August 23, 2020

Kenyataan Media

KHIANATI MANDAT RAKYAT JADI BUDAYA WARISAN-UPKO : HERBERT


KOTA BELUD : UPKO adalah parti yang mempunyai tradisi malang dalam sejarah politik Sabah dan tidak boleh dipercayai oleh rakyat Sabah khususnya oleh masyarakat KDMR. Ketika berucap dalam satu majlis pelancaran jentera Parti Bersatu Sabah (PBS) N. 11 Kadamaian di  PDM Tengkurus, Datuk Herbert T. Lagadan menyeru semua pengundi supaya menghukum calon-calon UPKO dalam PRN 16 khususnya di DUN N 11 Kadamaian. Menurut beliau, Pemimpin -pemimpin seperti DSP Madius Tangau dan Datuk Ewon Benedict tidak boleh dipercayai kerana mereka  membawa UPKO bergabung dengan WARISAN selepas PRU 14 sekaligus menghianati permuafakatan Majlis Presiden. Majlis presiden merujuk pakatan tiga parti iaitu PBS, UPKO dan PBRS yang di memeterai sebelum PRU 14 yang bertujuan mengabungkan tenaga, sokongan dan jentera kempen 3 parti terbabit untuk membantu calon yang bertanding memenangi PRU.

Beliau merujuk kedua-dua pemimpin tersebut sebagai pemimpin yang tidak berintegriri dan hanya mengejar jawatan semata-mata. Kenyataan Timbun diperkuatkan oleh kenyataan presiden UPKO Madius bahawa UPKO akan mengikuti sesiapa sahaja yang menjadi Kerajaan.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian En Demis Rumanti , beberapa AJK bahagian, ketua-ketua cawangan mukim Tengkurus, jentera PDM dan  penyokong-penyokong parti.

Timbun seterusnya menyorot kembali perjuangan parti UPKO yang sejak awal gagal menjaga kepentingan politik KDMR. Selepas menang 12 kerusi dalam PRN 1967  parti UPKO yang diasaskan untuk menjaga kepentingan KDMR dibubarkan beberapa tahun kemudian oleh Tun Donald Stephen atas alasan perpaduan rakyat Sabah dan ahlinya diserap dalam USNO yang menguasai kerajaan perikatan bersama SCA. Payar Juman,  adun UPKO partama melompat ke USNO telah di lantik sebagai menteri kebajikan masyarakat.

Catatan 53  tahun yang lalu, mengingatkan kita betapa UPKO adalah parti malang dimana pada tahun 1967 UPKO dibubar untuk ahlinya bekerjasama dengan parti perikatan, lebih malang pada 2018 kerana UPKO menghianati permuafakatan majlis Presiden, mandat rakyat ,tidak boleh dipercayai dan bekerjasama dengan parti mesra PTI.

Monday, August 17, 2020

PRN SABAH : PARTI BARU MUNCUL VS PARTI SEDIA ADA

Tinjauan R.Mikhail@Sabah_OnlineNEWS


Bila saja umum mengetahui terdapatnya gerakan Musa Aman dalam usaha mengumpul sokongan ADUN Sabah bagi membolehkan Kerajaan Sabah pimpinan Shafie Apdal di tukar,seperti wajah politik negeri ini tiba-tiba di timpa pertukaran monsun.

Lima hari gerakan Musa Aman itu berusaha mau mencapai puncak tetapi klimaksnya jadi lain bila Shafie bertindak membubarkan DUN.

Tidak berhenti di situ,kedua-dua pihak mula perang saraf dengan berpaksikan hujah benar di pihak masing-masing tanpa sedar betapa natijahnya berbias kepada rakyat jelata.

Pada saat inilah,para politikus mula melabuh mata kail kerana ikan-ikan besar sudah dilepaskan di dalam sungai.

Ada yang berumpankan air liur dengan mentaksir minda rakyat melalui perjumpaan dengan alasan mahu melihat sejauh mana relevannya diri sendiri di mata pengundi.

Ada yang menangguk di air keruh dengan cubaan menyalakan kembali obor parti yang sekianlama terpadam dengan bercirikan tema baharu.

Ada juga yang berumpankan daging segar untuk mengaut kepercayaan rakyat yang mula merundum akibat tidak dipedulikan pada pasca PRU14.

Lagi lucu,ada juga yang mula kelihatan memberi bantuan itu ini,masuk kampung ke sana ke sini,ikut gotong royong dan mula duduk sebelah warga emas sedangkan mukanya sebelum ini hilang entah kemana.

Inilah senario politik di kala DUN dibubarkan manakala politik tebal muka berduyun-duyun muncul tanpa rasa malu.

Isu lompat melompat parti tidak boleh dijadikan istilah sinonim kepada politik Sabah kerana hal ini juga terjadi di tanah Semenanjung dan Sarawak.

Rakyat pula,ada juga yang lompat parti atau menukar lambang perjuangan semata-mata demi masa depan politik masing-masing.

Menuduh pemimpin atau parti lain sebagai KATAK adalah tidak wajar kerana hampir semua pemimpin merasainya atau terlibat dalam mengusahakannya.

Jadi,adalah wajar jika istilah katak itu digantikan dengan istilah hijrah,yakni berpindah sokongan kepada pihak lain.

Pilihanraya Negeri Sabah (jika terjadi) kali ini merupakan PRN paling unik pernah anda saksikan kerana kemungkinan terdapatnya pertandingan lebih dari 3 penjuru.

Rugi jika tidak terlibat dalam sejarah PRN kali ini kerana ianya tidak mungkin sama dengan PRN atau PRU yang akan datang atau sebelum ini.

Setiap parti punya kelebihan sendiri,biar pun kelemahan itu tetap ada.

Rakyat perlu lebih bijak kali ini dan jangan lagi tersalah pilih seperti PRU14 lalu dalam cubaan untuk mewarnakan kembali politik lama.

Kesilapan undi pilihan perlu diperbaiki pada PRN kali ini sebagai membuktikan bahawa rakyat tidak salah pilih lagi atau ingin mengubah sekali lagi ataupun mandat itu terus dikekalkan.

Melihat kepada kebijaksanaan pengundi di Era Politik Baharu kali ini,hukuman tetap akan dilakukan di beberapa kawasan atau DUN.

Mengikut tinjauan yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan kemunculan parti-parti baru atau parti-parti re-branding belum pasti mampu menjadi suatu 'kuasa baru' kerana rakyat masih lagi trauma dengan pengalaman lalu akibat salah pilih (parti baru).

Tinjauan mendapati,kemunculan semula wajah-wajah ikon politik lama boleh menggugat persepsi pengundi tetapi tidaklah sehebat mana kerana rakyat membayangkan dua kemungkinan iaitu 'sistem politik lama' yang tidak relevan lagi dan juga misi otai-otai ini kembali hanya untuk singgahsana Ketua Menteri.

Persepsi rakyat sangat pelbagai dan sukar untuk meletakkan inspirasi mereka mengikut gred-gred tertentu kerana ada di antara mereka sering kelihatan di perjumpaan parti sebelah sini dan kemudiannya esok di parti sebelah situ pula.

Malah,ada persepsi nyata-nyata merengus bila bakal-bakal calon sesebuah parti itu terdiri daripada golongan lanjut usia dan 'muka-muka itu juga'.

Rengusan 'tiada muka lain lagi kah?' sering kedengaran terutamanya di kalangan anak-anak muda belia yang baru mahu mengundi kali ini.

Kebosanan dengan karenah birokrasi,nepotisme dan kronisme masih membayang di mata rakyat selepas PRU14 dan adalah kemungkinan,situasi sebegini bakal membawa sekali lagi angin perubahan di persada politik Sabah.

Di MedSos,kalangan petugas cytro mula muncul dengan post-post kempen lebih-lebih lagi bila menyedari ikon politik lama ini bakal beraksi di pentas PRN.

Rengusan rakyat dan persepsi di tangkis dengan berbagai cara dan alasan semata-mata demi meraih sokongan tetapi,adakah cara itu berkesan ?

Kempen mengetengahkan calon PRN bukan sekadar hebat di pesbuk semata tetapi rakyat lebih suka membuat ukuran berdasarkan prestasi dan kewajipan calon-calon ini di masa lalu.

Menyakinkan pengundi bukanlah begitu mudah kerana pengundi hari ini tidak boleh di suap lagi dengan janji-janji atau imbalan tunai seperti dahulu.

Hari ini,jika di beri janji,mereka akan cakap 'ok bos'....Terbaik.

Hari ini,jika di beri imbalan wang ringgit,mereka akan cakap,tengkiu bosku....Kau jugalah pemimpin.

Esok lusa,warna baju boleh di tukar...Lambang bendera turun naik....Hukuman tetap dijalankan.

Rakyat hari ini tidak boleh diperkota-katikkan dengan sogokan sistem politik lama...Kau bagi,kami ambil tetapi undi tetap pada yang satu.

Pagi-pagi pakai baju Biru...Tengahari pakai baju putih..Petang sikit tukar lain dan malam kupi2 dengan duit pemberian bakal calon sambil membawang kedunguan manusia lain.

Tiba masa mengundi,berilah apa saja,rakyat tetap menerima....Terima pujukan dan rayuan...Terima sampul saguhati dan sebagainya.

Undinya hanya dia yang tahu kerana dia sudah matang untuk menilai calon mana pilihan hati.

Calon PRN pula,kurangkan lah membuka aib calon lain kerana apabila kau mula memburuk-burukkan orang lain,rakyat akan menilaimu dari kata-kata dan perbuatanmu samada layakkah kau menjadi YB kalau baru bergelar 'calon' sudah mula menunjukkan peribadimu yang jelek.

Akhir kalam,jika PRN itu jadi...Selamat Mengundi.Selamat Berkempen.Selamat Berjuang.

TAHNIAH bila sudah menang dan bergelar Yang Berhormat.

TAHNIAH juga kerana telah berjaya menjadi KULI rakyat.

ps : jangan jadi YB krik-krik bila kuasa sudah di tangan,takut nanti kecundang di pilihanraya akan datang....Rajin-rajinlah check wassap,sms dan pesbuk demi rakyat yang mengundimu.