Saturday, June 29, 2019

KENYATAAN MEDIA (28.06.2019)

JEFFERY NOR MOHAMED
Pemangku Ketua UMNO BAHAGIAN PUTATAN
Kota kinabalu :
Nampaknya isu Tanjung Aru Eco Development (TAED) mendapat liputan meluas di media sosial sejak kebelakangan ini dan saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana saya mantan salah seorang pegawai kepada ADUN N.17 Tanjung Aru ketika itu.

Kronologinya,Projek TAED telah dirasmikan pada 16/9/2013 dimana perasminya ketika itu ialah Dato Seri Najib Tun Razak dan projek itu dikatakan akan bermula pada April 2017,tetapi sayang hingga kini belum terlaksana dan antara sebab kenapa projek ini perlu dijalankan ialah memberi kembali ROH pantai Tanjung Aru kembali segar dan bermaya, memberi impak ekonomi yg baik kepada sekitarnya serta susun atur kembali perkampungan terdekat.

Tapi sayang antara kempen utama NGO dan calon WARISAN semasa PRU14 lalu adalah mengatakan bahawa projek TAED akan merosakan ekosistem dan akan mengusir penduduk-penduduk kampung yang berhampiran ke tempat yang jauh dari kawasan asal penempatan mereka sekarang.

Saya masih ingat lagi dalam manifesto calon WARISAN ketika itu ialah jika WARISAN memerintah projek TAED tidak akan diteruskan dan penduduk-penduduk kampung tidak terjejas.

Kita di pihak kerajaan ketika itu penjelasan kepada penduduk-penduduk kampung yang terlibat bahawa kerajaan tidak akan mengabaikan sama sekali hak para penduduk kampung tetapi majoriti penduduk masih lagi mempercayai kata-kata calon WARISAN berkenaan yang sekarang sudah pun jadi menteri.

Kita difahamkan kos projek TAED menelan belanja sebanyak  RM7.1 Billion dan kos pengambilan tanah saja melibatkan nilai RM1.83 Billion.

Jika sejumlah besar pelaburan ini yang mana Kerajaan negeri Sabah sebagai penerima pelaburan berkenaan,bukankah ia menguntungkan kerajaan negeri dan ketika itu pihak lawan melontarkan pelbagai fitnah dn kecaman mengenai Projek TAED ini.

Persolannya disini,kenapa tidak membuat kajian dulu sebelum berjanji dalam manifesto calon tempoh hari ?

Kedua,kenapa baru sekarang mengatakan projek tersebut memberi keuntungan kepada kerajaan negeri ?

Dan ketiga,jangan nafikan bahawa ianya adalah taktik kempen utama Warisan ketika itu bagi meraih undi dan sokongan daripada NGO-NGO juga dari penduduk setempat.

Jadi saya menuntut wakil rakyat tersebut yag telah pun menjadi menteri memohon maaf kepada penduduk-penduduk kampung Tanjung Aru Baru dan rakyat Sabah bahawa janji-janji kempen ketika PRU14 lalu tidak dapat dilaksanakan dan nyatakan juga bahawa Projek TAED yang d iumumkan dan dirancang oleh kerajaan BN terdahulu adalah satu projek yang memberi manfaat kepada penduduk sekitarnya dan negeri Sabah amnya .

Sekian

Jeffery Nor B.Mohamed (JNM)
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Putatan


Friday, June 28, 2019

UMNO TERUSKAN 'SENTUHAN RAKYAT'


KOTA KINABALU : Program Sentuhan Rakyat akan tetap di teruskan kerana ianya sudah berlangsung sejak sekian lama,jelas Sdr Mohd.Ghazali Hj.Mohd.Azim,Setiausaha UMNO Bahagian P169 Kota Belud.

"UMNO Kota Belud akan meneruskan gerak kerja 'sentuhan rakyat' yang lebih menjurus kepada isu-isu kebajikan sepertimana yang kita lakukan sebelum ini dan antara gerak kerja lain yang telah digariskan dalam plan tindakan parti ialah "engagement program" dengan golongan muda bagi melihat dan memahami dengan lebih jelas akan isu dan dilema yang dihadapi oleh orang muda berikutan begitu banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pada masa kini," jelasnya ketika ditemui di sini.

Menurutnya,UMNO Kota Belud yakin bahawa rakyat akan kembali memilih UMNO sebagai parti yang selayaknya diberi mandat untuk memerintah.

"Kita akan menjadi pembangkang yang berwibawa....Kita perlu mengutarakan hal-hal yang memberi manfaat kepada kesedaran rakyat terhadap hak mereka dan tanggungjawab kerajaan. Kita tidak akan mengikut acuan "stereotaip" pembangkang. Sebaliknya, kita perlu memainkan peranan "check and balance" dan memberi peringatan yang membina agar kerajaan melaksanakan janji mereka demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Setiap yang dikatakan, haruslah dikotakan. Kerajaan PH tidak wajar memperlekehkan harapan dan mandat yang telah diberikan kepada mereka dengan alasan yang tidak munasabah dan hanya menuding jari kepada kerajaan yang lepas," ujar beliau lagi.

Menyentuh tentang situasi masa kini khususnya di Kota Belud,beliau menjelaskan bahawa penerimaan rakyat terhadap UMNO juga didorong antara lainnya melalui kerjasama rapat bersama PAS di atas nama Penyatuan Ummah.

"Kesedaran masyarakat melayu dan bumiputera tentang betapa perlunya mereka bersatu demi kelangsungan bangsa dan agama semakin memuncak.Justeru, seruan untuk penyatuan ummah adalah tepat pada masanya."

UMNO Kota Belud,setelah PRU14 lalu menyaksikan proses pentadbirannya agak goyah tatkala beberapa pemimpin parti itu beralih arah ke parti lain khususnya dua ADUN yang memenangi kerusi masing-masing diatas tiket BN(UMNO) iaitu Datuk Musbah Hj.Jamli (Tempasuk) dan Datuk Japlin Hj.Akim (Usukan).

Parti itu kini diketuai oleh tenaga anak muda Tn.Hj.Fadli Hj.Juanas yang memangku jawatan Ketua Bahagian manakala timbalannya,Sdr Selamat Antang.Rata-rata barisan komiti baharu UMNO Kota Belud terhasil dari gandingan tenaga lama dan baru sebagai kesinambungan perjuangan parti keramat tersebut.


Thursday, June 27, 2019

AUTONOMI BAKAL JADIKAN UMNO PARTI LOKAL : GHAZALI


KOTA BELUD : UMNO dijangka akan mencadang dan membahaskan usul yang berkaitan dengan cadangan status autonomi UMNO Sabah,dalam persidangan perwakilan bahagian itu pada Sabtu.

Bercakap kepada SABAHitz_Online disini,Setiausaha Bahagian itu,Sdr Mohd.Ghazali Hj.Mohd.Azim berkata,ini adalah suatu bentuk kekuatan baru kerana melalui autonomi ini,UMNO Sabah akan bersifat seperti parti tempatan,kerana ia tidak lagi terikat kepada keputusan di peringkat pusat.

"UMNO Kota Belud berpandangan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk memberi imej baru kepada UMNO di Sabah dengan memberi keistimewaan dan hak eksklusif yang membolehkannya membuat keputusan dan merangka strategi parti yang lebih sesuai dengan landskap politik Sabah," ujarnya lagi.

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud akan diadakan pada 29hb Jun 2019 bagi menyempurnakan tanggungjawab parti selaras dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Fasal 14 Perlembagaan UMNO.

"Persidangan ini adalah medan di mana perwakilan dapat menyuarakan pandangan atau cadangan mereka terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan perkembangan politik UMNO pada masa kini," jelas beliau lagi.

UMNO Kota Belud telahpun merangka beberapa gerak kerja yang akan dilaksanakan selepas persidangan ini dan Jawatankuasa UMNO Bahagian akan menyusun semula struktur jentera parti di peringkat cawangan dan daerah mengundi bagi mempastikan kesiapsiagaan parti pada setiap masa,sesuai dengan saranan daripada pucuk pimpinan parti yang meminta agar jentera parti di semua peringkat sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan pilihanraya berlaku.

Persidangan kali ini bakal dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat,YBhg.Dato' Seri Abdul Rahman Dahlan manakala persidangan sayap Wanita,Pergerakan Pemuda dan Puteri yang serentak diadakan,di jangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak,Dato' Seri Tajuddin Abdul Rahman,juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat.

Mengikut info terkini yang diberikan kepada SABAHitz_Online,Persidangan Sayap parti berkenaan akan berlangsung di sebelah pagi hari berkenaan dan kemudiannya disusuli dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian P169 Kota Belud.Sessi Perasmian persidangan bahagian pula akan berlangsung di sebelah petang.

KOTA BELUD MAMPU BEKAL PADI 12 RIBU TAN SETAHUN : MUSBAH


KOTA BELUD : Nama sebuah daerah yang amat sinonim dengan industri pertanian dan kraftangannya yang terkemuka bukan sahaja di negara ini malahan juga di serata dunia.

Kota Belud ternyata masih lagi berada di ranking teratas sebagai sebuah daerah penghasil padi bermutu selain daerah atau kawasan Papar,Bongawan,Membakut dan Sipitang.

Di Kota Belud ini,kawasan Tamau dan Merabau sahaja misalnya,jelapang padinya memiliki keluasan lebih 3,000 ekar yang sedang diusahakan dan bakal menghasilkan 6,000 tan metrik padi dalam semusim penuaian dan 12,000 tan metrik dalam setahun.


"Saya difahamkan kerja-kerja menaiktaraf infranya sudah disiapkan hampir 90 peratus dan jika dikira pada kadar harga padi sekarang iaitu RM 1,350 dengan subsidi 1 tan ini bererti jelapang ini mampu menjana pendapatan kepada petani sebanyak RM16 juta setahun,inilah hasil perjuangan kita bersama dan legasi yang bakal kita tinggalkan kepada rakyat," kata YB Datuk Hj.Musbah Hj.Jamli,Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tempasuk.

Menurutnya yang juga mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah,di kawasan Taun Gusi, Tempasuk 2, Rosok, dan Keguraaan juga masing-masing mempunyai keluasan yang hampir sama dan kini sedang dinaiktaraf infranya.

"Adalah diharapkan kelak,Kota Belud khususnya di kawasan Tempasuk ini,akan terus menjadi pengeluar hasil padi bermutu tinggi dan kerajaan akan terus menerus menyalur bantuan melalui kementerian yang berkaitan," jelas Musbah lagi.

Wednesday, June 19, 2019

POLITIK BERPADA-PADA VS POLITIK MENGADA-NGADA

Banyak parti politik yang didaftarkan di Sabah dengan pelbagai nama,khabarnya lebih 40 buah kesemuanya.

Akan tetapi,kemanakah perginya parti-parti ini ?
Kalau mahu lihat mereka muncul,tunggu sahaja di bulan-bulan terakhir Dewan Undangan Negeri bakal dibubarkan atau sudah cukup tempoh matangnya.

Saya ingin ajak anda semua untuk memikir timbal-balik terhadap suatu perkara yang mungkin anda telah terlupa (akibat seronok melihat perkara zahir yang ada).

Kemusyikilannya :
Mengapa parti-parti kurang ternama (khususnya parti baru) di Sabah ini timbul tenggelam ?

Mari kita lihat dari segi logikal dahulu dengan persoalan,mengapa mereka menubuhkan parti baru sedangkan parti yang establish sudah sedia ada ?
Tentu sekali antara penyebabnya ialah akibat penerimaan sebelah sana dan juga ketidaksamaan ideologi.
Jika tidak pun,tentu sekali kerana ingin memperjuangkan hak-hak tertentu yang di rasa telah terabai dan kurang telus.
Ada pula,mungkin juga kerana gila kuasa atau terlalu ingin mahu ke depan tanpa memikirkan risiko lain yang bakal muncul di hadapan.

Kebanyakan para pemimpin ini kurang berpengalaman dalam sepak terajang politik.
Sangat suka menghirup yang manis-manis sahaja tetapi SENTAP pula bila di hidang kritikan yang pedas-pedas.

Pada pendapat saya yang kerdil ini,banyak juga merasai rempah ratus politik Sabah,meski tidak pernah menyertai mana-mana parti sejak 1989 mula bertugas dalam mediamassa.

Parti politik (apapun namanya) perlu seseorang yang wibawa,berpengalaman,berpengaruh dan punya nama yang besar dalam dunia politik.

Andai kiranya anda ingin menyertai mana-mana parti politik,anda harus memastikan bahawa parti itu siapa pemimpinnya.

Terkenalkah dia ?......
Besarkah pengaruhnya ?....
Bagaimana hubungannya dengan pemimpin-pemimpin besar yang lain ?.....
Dan bagaimana pula jalinan diplomatik nya dengan masyarakat setakat ini...

Tuju alam fikir kalian ke satu sudut besar yang logik...Bukan Taksub dan Bukan Fanatik.

Sesebuah parti politik itu (apapun namanya) apa lagi yang baru muncul,perlu seseorang yang bijaksana dan pakar politik di peringkat nasional.

Jangan dulu pilih orang-orang yang tidak diketahui asal usul politiknya atau yang terlalu aktif di dunia TALAM DUA MUKA...Sebentar kata begini-sekejap lagi bicara yang lain seolah tidak punya pendirian yang konsisten.

Menjaja nama parti haruslah di landasan yang betul...Bukannya 'bedagang' demi kepentingan diri sendiri yang akhirnya 'kedapatan' lalu mencemarkan imej parti dan menconteng arang di muka para pengikut-pengikutnya yang setia.

Ingatlah...Berparti perlu komitmen...Berparti wajib beperjuangan...Berparti perlu kebijaksanaan.

Mengapa saya menulis begini ??????
Kerna saya ingin anda melihat risiko di balik risiko.
Kerna saya ingin mengajak anda memikir masa depan anak cucu cicit kita 10 hingga 20 tahun akan datang....

Sebab...Politik hari ini politik matang di era teknologi dan kecanggihan alam fikir yang sangat unik berbanding di zaman 80-an dahulu.....

Friday, June 14, 2019


A.P.U MAHU USNO JADI PEMBANGKANG BERWIBAWA

titipan berita dari MediaUSNO

KOTA KINABALU : Perjuangan untuk memartabatkan kembali parti keramat ini tidak pernah luntur atau pudar,jelas Zamzuri P.Amin,Ketua Angkatan Pemuda Usno (APU) Sabah.

"Atas ikhthiar para pejuang dan penyokong tegar tertentu, USNO berjaya dibangkitkan dan dihidupkan kembali dengan mendakap roh dan semangat pejuang nenek moyang kita yang terdahulu dalam jiwa sanubari kita iaitu semangat PERJUANGAN 1961," katanya yang juga merupakan AMT USNO Negeri Sabah bagi mewakili golongan muda belia.

USNO dan kepimpinannya tidak akan berganjak untuk sentiasa memastikan kelangsungan agenda membina peradaban rakyat Sabah supaya akar yang telah dibina oleh nenek moyang kita dapat diperkukuhkan dan diperkasakan semula demi kesinambungan.

Bagi generasi anak muda wajar memahami perjuangan USNO parti yang terlibat dalam peristiwa untuk memerdekakan Sabah.

Beliau turut menggariskan tiga perkara pokok untuk menerangkan misi sebenar pergerakan golongan muda belia di dalam parti berkenaan.

Dengan itu,saya ingin menyatakan bahawa Hala tuju pergerakan sayap Angkatan Pemuda USNO di peringkat awal ini, akan terjurus atau terarah kepada tiga aspek signifikan iaitu: -

                   Menjadi pembangkang yang berwibawa dan menjuarai rakyat yang mampu membela nasib rakyat dan menjadi lidah rakyat. Kalau membangkang kita akan bersandar kepada fakta dan bukan auta dan fitnah semata-mata. Pembangkang yang berkredibiliti dan berwibawa adalah agenda utama kita dalam memperjuangkan hak, isu dan kebajikan rakyat. Membawa suara rakyat, menjadi semak dan imbang yang efektif pada dasar-dasar dan polisi yang dibuat oleh kerajaan;

                   Seterusnya ialah Pentarbiyahan parti yang berterusan dan barpandukan kepada model sikap kerterbukaan, keseimbangan, dan keadilan di semua peringkat samada di Pusat, Bahagian atau Cawangan peringkat akar umbi. Kesemua AMT, Ketua2 Sayap dan ahli-ahlinya akan mengerahkan usahanya untuk menyusuri akar umbi dengan memulakan siri jelajah ke seluruh Sabah bagi memberi penerangan berleluasa dan komprehesif; dan

                   Akhir sekali, Menerapkan elemen inklusif dan bersifat holistik kepada setiap ahli-ahli Pemuda USNO untuk mencampur masyarakat. Untuk menjadikan USNO ini sebagai satu parti yang bukan eksklusif. Tidak kira latar belakang, anutan agama, bangsa dan suku kaum, USNO akan menerima mereka ini untuk terus teguh dan kekal relevan serta tidak mudah longgar daripada prinsip perjuangan meskipun difitnah, ditohmah dan diremehkan dalam mendepani dunia peperangan persepsi.

"Selaku Ketua Pemuda USNO, apa yang saya boleh nyatakan ialah parti keramat ini dalam proses memperhalusi dan memantapkan urustadbirnya yang dilakukan secara berfasa....USNO berada di satu titik permulaan melangkah ke arah cabaran baru iaitu mengembalikan status kegemilangan dan memartabatkan semula reputasinya di mata masyarakat," tambah beliau lagi.

"Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemuda-pemudi golongan anak muda, AYUH, kita bangkit bersama-sama untuk memperjuangkan dan terus menuntut hak-hak kesamarataan bagi rakyat Sabah yang terhakis dan tidak diendahkan oleh Kerajaan Persekutuan," tegas Zamzuri mengakhiri kenyataannya.

Thursday, June 13, 2019


MENGAPA ANAK MUDA MEMILIH USNO


Susunan semula oleh MediaUSNO

USNO berada di satu titik permulaan melangkah ke arah cabaran baru iaitu mengembalikan status kegemilangan dan memartabatkan semula reputasinya di mata masyarakat.

Bagi Generasi anak muda wajar memahami perjuangan USNO yakni parti yang terlibat dalam peristiwa untuk memerdekakan Sabah,jelas Zamzuri P.Amin.

Kalau pemimpin yang terdahulu dapat melibatkan diri dan menyumbang secara positif untuk memerdekakan Sabah dalam pembentukkan Malaysia walaupun mereka mempunyai kekangan pendidikan dan pengalaman,kini tidak ada alasan bagi generasi muda Sabah untuk tidak dapat menyumbang kepada usaha untuk menyedarkan Kerajaan Persekutuan kepada pentingnya ‘keberadaan’ Sabah dalam Malaysia.

"Untuk mengekalkan ‘keberadaan’ dalam Malaysia ini,Kerajaan mesti prihatin kepada aspirasi rakyat Sabah yang sebenar."

Bagi golongan anak muda yang tidak dapat memahami,menghayati dan mengikuti perjuangan wadah parti politik yang lain,mereka harus menghayati dan menerapkan semangat perjuangan nenek moyang kita yang terdahulu dalam jiwa mereka untuk menuntut hak-hak Sabah yang terabai semasa usaha memerdekakan Sabah dulu sehingga kini.

"Kerajaan sekarang dibentuk atas pembohongan. Rakyat, hari demi hari, selepas setahun mereka memerintah sudah semakin benci dan muak dengan naratif menyalahkan kerajaan dahulu", tegas Ketua Angkatan Pemuda Usno Sabah itu lagi.

Mereka Berjanji Tapi Gagal melaksana.

Kemudian minta maaf.Kalau buat silap jangan beri seribu alasan tetapi Itu lah modus operandi mereka sekarang ini.
Senang sangat memerintah kalau macam ini.Kemudian menyalahkan kerajaan BN kerana kegagalan itu sedangkan mereka sendiri yang lemah.
Banyak janji kerajaan untuk menghapuskan atau melupuskan pelbagai perkara adalah satu penipuan yang besar dan khianat kepada amanah dan mandat yang diberikan oleh anak muda.

Fitnah dan propaganda yang terancang dan dahsyat yang telah direka dan dihidangkan kepada rakyat seluruhnya,adalah satu perkara yang harus Anak Muda sedar dan insaf untuk menghukum Kerajaan ini pada masa PRU yang akan datang.
Kita ini golongan Anak Muda telah dijadikan sebagai mangsa – diperdaya,diperalat dan dibohong!

Tuntutan yang disebut ini adalah melalui USNO dalam Era Malaysia Baharu yang berasaskan pada NEW DEAL atau PERJANJIAN BARU di samping Hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang sudah boleh disifatkan sebagai DONE DEAL bagi perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Adaptasi Pertama dari minda Sdr Zamzuri P.Amin (Ketua Angkatan Pemuda Usno Sabah)