Tindakan Verdon Buka Mata
Umum
SUMPAH LAKNAT KE ATAS PENDOKONG KLUSTER
PTI DI SABAH
Dari Meja Editor
Verdon Bahanda |
SUMPAH LAKNAT : Versi ini bakal mencerminkan
dua kejadian iaitu ‘makan diri’ dan juga ‘bala Azab, karma’.
Umum mengetahui bahawa tindakan Aktivis
Orang Asal Sabah (OAS),Dato’ Verdon Bahanda (DVB) mengutuk sekeras-kerasnya
pihak-pihak yang melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di Sabah sudahpun
bermula beberapa bulan yang lepas.
Saya gelarkan ia sebagai Kronologi DVB kerana
definisinya yang terlalu panjang bermula dari komentar muat naik di media
sosial hingga membawa kepada kutukan rejim-rejim pihak lain,ugutan ‘halal di
bunuh’,simbahan cat memenuhi ruang hadapan premis perniagaan DVB serta banyak
lagi siri kecaman di sesawang media tidak berhenti di sana sini.
Keadaan ini jelas sekali memperlihatkan
bahawa terdapatnya ‘pasukan-pasukan’ tertentu yang melakukan ‘serangan’ dari
berbagai sudut.
Adakah mereka ini ‘laskar upahan’ oleh
individu-individu tertentu ?
Atau,terdapatkah campurtangan politik
dalam isu ini ?
Atau mungkin juga ianya dilakukan oleh
subjek-subjek yang terkesan dengan istilah PTI itu dengan perjuangan DVB ?
Jawapannya belum ada pada pihak berkuasa
kerana siasatan masih dijalankan (melalui laporan polis dari DVB) tetapi sebenarnya,jawapan itu ada pada anda yang
sedang membaca ruangan komentar ini.
Dalam kronologi DVB ini,Sumpah Laknat yang
bakal diterjemahkan olehnya sudah berada di Fasa Ke-4,sedang fasa 1 hingga 3 sudah
terlaksana seperti seruan kepada pejuang-pejuang bangkit OAS,siri kempen boikot
barangan PTI dan laporan polis terhadap penempatan haram.
Sumpah Laknat (Fasa Ke-4) DVB sebenarnya
adalah sesuatu yang agak ekstrem dan di anggap sebagai ‘perbuatan berani mati’
kerana versi ini memerlukan kecekalan,keyakinan dan kesanggupan untuk
menanggungjawabkan apa yang menjadi Nawaitu (niat)nya.
Saya melihat ia sebagai sebuah Nazar hasil
dari nawaitunya sehingga sanggup untuk mempertaruhkan diri dan maruahnya
semata-mata demi menegakkan kebenaran dengan apa yang di lihat serta ditelusuri
olehnya sebelum ini.
Seperti yang diketahui oleh umum khususnya
masyarakat Islam di negara ini,Sumpah merupakan sebuah Perucapan Pembelaan atau
yang digunakan untuk menekankan kebenaran pada sesuatu kenyataan.
Sumpah melaknat sesama manusia sebenarnya
sudah ada dalam Sejarah Islam di mana ianya digunakan sebagai usaha untuk
membuktikan ucapan atau pendirian seseorang itu secara benar.
(Manakala
Istilah "mubahalah" (saling laknat melaknati) yang disebutkan dalam
Surah Ali Imran ayat ke-61 pula tidak merujuk kepada Perundangan Islam,kata Mufti)
Ia di lihat sebagai suatu ikrar,doa atau
ucapan terhadap Allah SWT bagi menunjukkan siapa sebenarnya yang bercakap
bohong atau bertindak songsang dalam menentukan sesuatu hal atau perkara.
Doa ini (sumpah) dilafazkan dengan harapan
agar Allah SWT melaknat sesiapa sahaja yang berkata dusta atau menjatuhkan Azab
ke atasnya dan ianya di panggil sebagai Muhabalah.
Di zaman Rasulullah SAW sendiri pernah
berlakunya Sumpah Laknat atau Muhabalah ini ke atas wakil Najran (kaum Nasrani)
bagi membuktikan kebenaran di mana kaum tersebut mempertikaikan hak kebenaran
Rasulullah SAW lalu seorang sahabat Hudzaifah R.A.,berkata ;
“Janganlah berbuat demikian kerana demi
Allah SWT,jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat akan dia
nescaya kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”
Ini jelas membuktikan bahawa sumpah untuk
menurunkan laknat dibenarkan di dalam Islam seperti yang dilakukan Baginda
Rasulullah SAW namun,ia mestilah dilakukan mengikut tatacara dan memenuhi
syarat-syarat tertentu seperti ;
1 1.Sudah
tidak ada cara lain lagi untuk menyelesaikan sesuatu hal atau perbalahan atau
perbalahan.
2 2.Pihak
yang bakal melafaz Muhabalah hendaklah membawa keluarga serta kerabatnya serta
saksi yang hadir menyaksikan lafaz Sumpah Laknat.
3.Pengucapan
haruslah dilafazkan secara tertib mengikut tatacara dan nilai-nilai murni
sebagai seorang Islam dengan menyebut ‘Laa ilaaha illallah’ serta lafaz ayat
tertib yang lain.
Sumpah Laknat ini juga pernah dilafazkan
oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Tun Abd.Razak pada tanggal 20 Disember 2019
di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur dengan mengucapkan ;
‘A’uzubillahi minas syaitonirrajim,
Bismillahirrahman,nirrahim,
Wallahi,Wabillahi,Watallahi...’
Sumpah Laknat Najib ini di buat setelah
beliau (Najib) mengkaji dan meneliti hukum hakam serta berbagai persoalan mengenai
perbuatan Muhabalah ini di dalam Islam dan beliau melaksanakannya setelah
mengetahui terdapatnya kebenaran untuk berbuat demikian sebagai jalan terakhir
bagi mengatakan dirinya berada dalam pihak yang benar.
Berbalik kepada Sumpah Laknat DVB yang
khabarkan akan berlangsung sekitar awal Ogos depan menunjukkan bahawa DVB sudah
mengetahui hukum hakam Muhabalah ini dan bersedia dari segi zahir dan batin
untuk melafazkannya seikhlas hati kelak.
Pada mulanya,Sumpah Laknat ini dijadualkan
berlangsung di Batu Sumpah Keningau pada 4 Julai lepas namun disebabkan
kesingkatan masa untuk membuat persediaan manakala ianya turut dijadualkan
dengan upacara sumpah dari kalangan ‘Datok Nenek’ melalui Bobolian,tarikh
tersebut terpaksa di tunda bagi persediaan yang lebih rapi.
Ini membawa makna bahawa akan terdapatnya
dua sesi acara keagamaan akan berlangsung di awal Ogos ini yakni secara Islamik
dan secara spiritualis mengikut kepercayaan masing-masing kerana Sabah amat
terkenal dengan kepelbagaian anutan,budaya dan kemajmukan kaum sebagai warna
harmoni keperpaduan warganya.
Apa yang jelas,upacara Sumpah Laknat
(Muhabalah) DVB ini bakal menyaksikan keterlibatan Warga Pribumi Asal Sabah
atau OAS itu sendiri dalam usaha mempertahankan hak-hak sendiri dan di lihat
sebagai suatu cara ilmiah bagi masa depan cucu cicit bangsa Sabah dengan
harapan terhindar dari ‘penjajahan bentuk baru’ yang semakin kelihatan dekad
ini.
Ramai bersetuju untuk sama-sama mengekang
kebanjiran PTI yang datang menetap dan bekerja di Sabah dan golongan ini datang
dari beberapa negara asing yang sekaligus memberikan impak sosial yang besar
terhadap kreadibiliti tanahair kita, Sabah.
Saat ini,bukan masanya untuk menuding jari
terhadap kerajaan lama ataupun yang baru kerana ianya turut sama
melipatgandakan usaha membenteras kemasukan warga asing tanpa izin ini sejak
sekian lama.
Bukan persoalannya dari segi kesungguhan
atau daya usaha tetapi golongan PTI ini boleh saja masuk ke Sabah melalui
jalan-jalan tikus yang sukar kita ketahui di mana lokasinya dan bila.
Kerajaan melalui pihak berkuasa sudah
berusaha sedaya upaya untuk membendung isu ini tetapi apa yang menjadi
khilafnya ialah terdapatnya beberapa golongan warga kita yang sanggup bersekongkol
memberikan ruang dan ‘jalan’ bagi
penghijrahan PTI ke Sabah.
Semoga pihak-pihak yang bersekongkol dan
menjadi dalang kemasukan PTI-PTI ini menerima karma (Azab) yang setimpal dari
Tuhan di atas pengkhianatan mereka terhadap Sabah dan OAS melalui usaha DVB dan
OAS yang lain melafazkan Sumpah Laknat ini nanti.
No comments:
Post a Comment