Thursday, August 29, 2019

KINI WANITA JAUH TERTINGGAL : JAINAB


Kota Kinabalu : Golongan Wanita nyata semakin jauh tertinggal dalam banyak persaingan kerana kurang mendapat perhatian wajar dari kerajaan.

Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,peranan Wanita di dalam pembangunan semasa semakin kurang akibat peralihan kuasa pemerintahan di mana kerajaan lebih mengutamakan fasa kemajuan pada skala kecil dan sekaligus mengenepikan hak golongan Wanita.

"Sangat jauh bezanya sebelum PRU14 lalu di mana golongan Wanita sering mendapat perhatian untuk sama-sama seiring dan sejalan dalam pembangunan...Hari ini,setelah 400 hari pemerintahan kerajaan baharu,belum nampak lagi tindakan proaktif kerajaan terhadap hak dan nasib golongan Wanita," kata Jainab.

Menurutnya,pemimpin-pemimpin politik Wanita hari ini lebih cenderung untuk meletakkan diri mereka bagi meraih sebarang jawatan samada dalam GLC,parti mahupun dalam kerajaan.

"Ini sepatutnya tidak berlaku di mana para pemimpin Wanita hari ini terlalu fokus kepada kepentingan peribadi daripada berusaha membela hak-hak Wanita agar terus bersaing samarata dengan pembangunan semasa," tambah Jainab yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia.

Katanya,apa yang di lihat sekarang ini adalah polisi yang sudah dilupakan oleh pemimpin yang ada sekarang tanpa memikirkan betapa pentingnya peranan kaum Wanita dalam sesebuah institusi,organisasi mahupun dalam politik.

"Sepatutnya,dalam era kemajuan yang semakin pesat ini,golongan Wanita harus punya kesinambungan perjuangan dalam kerajaan baharu agar hak-hak Wanita ini terus terbela dan tidak tersisih.....Situasi ini jauh berbeza pada ketika kerajaan terdahulu memerintah di mana golongan Wanita tidak terabai dan seiring dengan kaum lelaki dalam semua aspek pembangunan," ujarnya lagi.

Mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu turut kesal dengan kalangan Menteri Wanita di negeri ini yang terlalu fokus kepada kepentingan lain berbanding memperjuangkan hak-hak Wanita sedia ada sehingga golongan Hawa ini terlalu jauh ketinggalan dalam arus pembangunan dan sosio ekonomi negari Sabah.


"Sewaktu Tan Sri Musa Aman menjadi Ketua Menteri,golongan Wanita terjamin kedudukan mereka malah setiap tahun beliau meraikan sambutan Hari Wanita sebagai cara menghargai jasa dan komitmen golongan ini kepada kerajaan...Begitu banyak seminar dan kursus melibatkan kaum Wanita diadakan sepanjang tahun sehingga terbinanya Wisma Wanita Sabah yang mampu melahirkan ikon-ikon usahawan dan kepimpinan peringkat kebangsaan dan antarabangsa," jelas Jainab lagi.

Dari itu,Wanita UMNO Sabah akan terus memperjuangkan hak-hak kaum Wanita dan akan terus membuat teguran membina kepada kerajaan yang ada sekarang.

Friday, August 23, 2019

LOOK INTO THE PEOPLES WELFARE : JAINAB


KOTA KINABALU: Programmes initiated by the previous administration which benefits the people should be maintained instead of being shelved, said Sabah Wanita Umno Chief, Datuk Dr Jainab Ahmad. 
Citing programmes like the monthly cycling activity held in Tanjung Lipat and programmes which involves going down to grassroots levels to look into the people’s welfare, she said such programmes not only benefits but engages community involvement. 
She said the current administration can also learn from the previous administration where sensitive issues such as addressing matters concerning street children and stateless children are concerned. 
“They should take the local people’s interest into account instead of imposing laws which appears to favour foreigners more,” she said. 
She also noted how during the previous administration, the chief minister at that time would always listen to the people and the ministers on matters related to welfare of those with special needs, etc. 
“There were allocations to carry out activities for those with special needs, they were happy because we try to be inclusive to everybody, but it seems nowadays there is no such allocations anymore,” she said. 
She said previous administration has made an effort to initiate a public friendly approach in order to engage everyone from all levels. 
She also noted that initiatives such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) and the Goods Sales Tax (GST) under the previous administration has helped the people more compared to the current Bantuan Sara Hidup (BSH) and Sales and Services Tax (SST). 
“I personally think what is good should be continued and done better instead of shelfing the idea,” she said. 
She cited during her tenure as Community Development and Consumer Affairs Minister, how she would go down to the ground to check the price of good sand the stock, in addition to explaining what GST was all about. 
“We were transparent about GST and people learned to accept it because they understand that whatever comes around, goes around,” she said. 
“If you compare GST and SST, which is better?,” she questioned.  
She also talked about projects which have come to a standstill and about projects which the current government promised to shelf such as the Dam and Tanjung Aru Eco Development Project. 
She admitted that the previous government might have some discrepancies but the majority of things were done right. 
“I know some people in my constituency don’t like me because I tell them that they cannot simply built squatter settlements here and there, but now I see any tom dick and harry are allowed to make houses anywhere.
“Instead of taking into account security and safety issues, the current YB just allow this to happen,” she said, also citing instances where certain party members who are implicated in murder and peeping tom issues. 
“How do people have the confidence, even the sovereignty of our country is at stake, with the national flag being hanged upside down, it seems like there is no law,” she said.
She said there are matters which the government should be strict on instead of choosing to be lenient, adding that this is the weaknesses of the government. 
She also cited the use of pump boats, resulting in goods being smuggled to neighbouring countries, the presence of beggars and street children, and the rising unemployment rate among local youths. 
“Is this what we call Sabah Ubah and Malaysia Baru? It appears like we are returning to the law of the jungle, instead of moving forward, we seem to be going backwards,” she said. 
Ends/

Tuesday, August 20, 2019

PRK KIMANIS
JAINAB - WANITA UMNO SABAH SEDIA AKTIF JENTERA



Kota Kinabalu : Wanita UMNO Sabah akan turut turun padang membantu kempen memenangkan calon UMNO-BN di Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis yang akan datang ini sepertimana yang diarahkan oleh Pengerusi Perhubungan,Dato' Seri Bung Moktar Radin dan Wanita UMNO Sabah akan membentuk ahli jawatankuasa Wanita  di PRK Kimanis sekaligus mengaktifkan petugas dan jentera pilihanraya di  19 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Menurut Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid,meskipun UMNO kini adalah pembangkang namun ia tidak mematahkan semangat gerakan mereka untuk merebut kembali kerusi Parlimen Kimanis.


"Kita mengharapkan sepanjang tempoh berkempen nanti penduduk Kimanis memberi peluang dan kerjasama untuk kita membantu memenangkan calon UMNO-BN.Wanita UMNO Sabah meletakkan kesempatan untuk menyampaikan mesej kepada golongan Wanita bahawa mereka itu adalah lebih penting dalam pembentukan kemakmuran dan kestabilan negara dan bukan hanya semasa tempoh berkempen," kata Jainab.

"Adalah penting untuk kita menyampaikan apa jua isu-isu politik ke akar umbi terutama kepada golongan Wanita termasuk isu pendidikan, kebajikan, kepenggunaan, keselamatan, pembangunan, dan banyak lagi. Begitu juga sekiranya kita tidak melibatkan diri atau mencari maklumat politik mengenai isu isu berkenaan sukar untuk kita sebagai rakyat menentukan dasar dan halatuju kerajaan," tambahnya lagi.

Jainab yang juga mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut menjelaskan bahawa landskap sosio-ekonomi Negeri Sabah telah berubah dalam masa setahun ini di mana terlalu banyak isu-isu menjadi sensasi hasil tangan kerajaan yang ada sekarang khususnya berkenaan isu PTI yang begitu sensitif dengan memberi kerakyatan kepada mereka yang bukan warganegara masih terus berleluasa.

"Politik adalah salah satu rangkaian keperluan yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ini kerana ia melibatkan banyak pihak, institusi keluarga seterusnya ke seluruh  masyarakat yg berbilang budaya agama ethnik,tua dan muda....Kita harus membudayakannya bermula dari keluarga seteruskan disebarluaskan dalam masyarakat," tegas Jainab dalam satu kenyataannya di sini sejurus selesai Mesyuarat UMNO Sabah di Bangunan UMNO Negeri Sabah,Kota Kinabalu.


"Sebagai suri dalam keluarga Wanita harus bersedia dengan apa juga kemungkinan yang datang. Kerana itu juga kita mahu menenrangkan pada mereka pentingnya berdaya saing dan melibatkan diri dalam keusahawanan. selain dapat membantu meringankan tanggungan keluarga tetap dalam membantu wanita itu untuk berdikari menjalani hidup."

"Insyallah.. Wanita Sabah akan berada di Kimanis...Semoga dipermudahkan segalanya," katanya lagi.

#KimanisMemilih

Sunday, August 18, 2019

KENYATAAN MEDIA UMNO KIMANIS
UMNO KIMANIS SIAPSIAGA PERTAHAN KERUSI P176

oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Bahagian Kimanis - Kota kinabalu,Sabah.

UMNO Sabah Bahagian Kimanis telah bermesyuarat sebentar tadi dan telah mengambil ketetapan seperti berikut:-

1. UMNO Kimanis menghormati keputusan Mahkamah Pilihanraya yang telah memerintahkan agar keputusan PIlihanraya Parlimen Kimanis pada PRU14 lalu sebagai terbatal dan tidak sah, maka dengan itu satu pilihanraya kecil (PRK) harus diadakan yang mana ianya hanya akan berlaku setelah proses rayuan selesai.


2. Selaras dengan pendirian UMNO dan Barisan Nasional Pusat yang telah diumumkan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, dan pengumuman oleh Dato' Sri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi UMNO Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, maka dengan itu UMNO/BN Bahagian Kimanis juga ingin menyatakan bahawa UMNO/BN Bahagian ini bersedia untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis sekiranya PRK tersebut terpaksa diadakan.


3. Sehubungan dengan itu, mesyuarat hari ini juga telah mengarahkan agar jentera pilihanraya di semua 19 Daerah Mengundi diaktifkan serta merta. Berdasarkan situasi politik semasa pada hari ini, UMNO/BN Kimanis mempunyai keyakinan yang sangat tinggi untuk mempertahankan kerusi ini In Sha Allah.

Sekian dan terima kasih.

SELAMAT BERJUANG & TERUS BERJUANG

AHMAD BIN GAIS
Ketua Penerangan UMNO Sabah
Bahagian Kimanis
18 Ogos 2019
UMNO SABAH DI PRK KIMANIS : BUNG

Kota Kinabalu : UMNO Sabah dalam mesyuarat Biro Politiknya telah memutuskan untuk meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis dan khabarnya UMNO sabah sudahpun mengenal pasti beberapa nama untuk di ketengahkan bagi mewakili UMNO.

"UMNO Sabah yakin lanskap dan senario politik masa kini berbeza dengan PRU 14 yang lalu, di mana ketika itu terlalu banyak Fitnah, dan Pembohongan serta janji janji palsu dari parti PH dan Warisan sehingga menyebabkan rakyat terpengaruh dan tertipu," kata Dato' Seri Bung Moktar Radin.

"Kimanis adalah kubu kuat UMNO dan kami yakin rakyat Kimanis masih mengharapkan UMNO dan BN utk meneruskan kegemilangan negeri sabah," tambah Pengerusi UMNO Sabah itu lagi.

Apa yang pasti UMNO dan BN Sabah sudah pasti akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kimanis ini,jelasnya.

Oleh yang demikian,beliau telah mengarahkan kesemua jentera pilihanraya UMNO Kimanis diaktifkan serta merta di kesemua 19 PDM di kawasan berkenaan.

"InshaAllah,UMNO Sabah yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis..UMNO Sabah akan berkampung bersama-sama rakyat Kimanis utk memberikan mereka keyakinan bahawa UMNO bukan hanya sebuah parti akan tetapi UMNO merupakan sebuah perjuangan yg meletakkan kepentingan rakyat menjadi keutamaan," ujar Bung lagi.

Beliau dalam satu kenyataannya di media sosial turut menyeru kepada semua sukarelawan UMNO agar turut membantu UMNO Sabah demi kejayaan dan kesinambungan pembangunan di daerah berkenaan kelak.

Kimanis kini berada di ambang pemilihan wakil rakyat Parlimen setelah Mahkamah Pilihanraya mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di PRU14 lalu terbatal selepas sesi pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi termasuklah penambahan kertas undi secara tidak sah.

Sunday, August 11, 2019

FOKUS MENANGI DUN MILIK PBS DAHULU


Kota Belud : Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu fokus kepada DUN yang mereka kalah atau terlepas (dikhianati oleh UPKO) dahulu sebelum cuba untuk mengambil bahagian dalam persempadan baharu 13 DUN menjelang PRU15 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian P169 Kota Belud,Tn Hj Fadli Hj Juanas berkata,Kadamaian adalah kerusi milik PBS secara tradisinya dan parti itu disarankan untuk memfokuskan bagi merebut semula kerusi berkenaan daripada cuba untuk bertanding di kawasan baharu,DUN Pintasan ataupun Parlimen Kota Belud.

"Tugas berat menanti PBS di Kadamaian kerana bukan mudah untuk merampas DUN tersebut yang kini diwakili oleh seorang menteri penuh," jelas Fadli.

Fadli berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBS,Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili baru-baru ini.

Maximus dalam kenyataannya menyebut akan hasrat parti itu untuk merebut kembali kerusi Kadamaian dan menegaskan untuk meletakkan calon di DUN Pintasan dan kerusi parlimen.

"Blok Pembangkang perlu bekerjasama untuk berhadapan dengan PH-Warisan pada PRU15 akan datang dan adalah terlalu drastik bagi kita di pembangkang untuk 'booking seat' terlalu awal tanpa musyawarah," jelas Fadli yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Kota Belud.

Menurut Fadli lagi,permuafakatan perlu sentiasa ada di dalam Blok Pembangkang bagi mengelakkan kekeliruan yang akhirnya menyebabkan undi berpecah.

"Kita di UMNO KB dan UMNO Sabah sangat menyokong jika PBS ingin merampas kembali Kadamaian yang 'dipinjamkan' kepada UPKO manakala UPKO pula,perlu berhati-hati di PRU akan datang kerana kita yakin bahawa kesemua parti-parti pembangkang akan turut sama berganding dengan PBS bagi memastikan Kadamaian dimenangi dengan majoriti yang besar biarpun bakal berhadapan dengan jentera kerajaan seperti UPKO-Warisan," tambahnya lagi.

Fadli berharap agar kerusi DUN Pintasan tidak usah dibicarakan dahulu kerana senario nya jauh berbeda daripada Dun yang sedia ada.

Tinjauan media tertumpu kepada Dun Pintasan setelah kawasan itu diwartakan sebagai DUN baharu di P69 Kota Belud dan sudah ada parti-parti politik menyatakan minat terhadap kerusi DUN berkenaan yang khabarnya bakal melahirkan wakil rakyat dari kalangan suku kaum Iranun.

Wednesday, August 7, 2019


WANITA BERPERANAN BESAR DALAM NEGARA : JAINAB


KOTA KINABALU : Peranan Wanita bukan sedikit dalam membantu kemakmuran negara sejak zaman kemodenan mula di terima di bumi Malaysia.Bahkan,sebelum Malaysia merdeka lagi,golongan Wanita turut memainkan peranan seganding bahu bersama kaum lelaki bagi menuntut hak kemerdekaan.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah,YBhg.Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,Wanita sememangnya berperanan besar demi kemakmuran negara khususnya dalam menjana ekonomi semasa dari hari ke hari.

“Dalam keluarga,Wanita merupakan tonggak kebahagiaan rumahtangga malah di dalam kelompok masyarakat pun,penyertaan Wanita amat membanggakan dan kita tidak dapat menolak kenyataan bahawa kaum Wanita adalah umpama tulang belakang keluarga,komuniti dan organisasi,” kata Jainab dalam satu temubual khas di sini.

Beliau yang juga mantan Menteri Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah menjelaskan bahawa dalam dunia korporat pun,Wanita kini dilevelkan sebagai sama taraf dengan kaum lelaki dan kecemerlang kaum Wanita semakin lumrah di negara ini dalam berbagai sektor.

“Di dalam politik pun,golongan Wanita di anggap sebagai tulang belakang kemaraan sesebuah parti dan apa yang jelas,Wanita juga merupakan golongan yang paling ramai mempunyai persatuan ataupun menganggotai sesebuah organisasi,” katanya lagi sebagai mengulas ucapan YB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak berkenaan kepentingan kaum Wanita di negara ini.Isu Wanita ini tular setelah mantan Perdana Menteri itu yang lebih dikenali sebagai ‘Bossku’,menyentuh soal keterlibatan kaum Wanita demi kemakmuran negara dalam siri lawatannya ke Papar dan Sipitang baru-baru ini.

“Setiap Wanita punya peranannya masing-masing seperti dalam keluarga,misalnya.Selain itu,saya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah,sangat bersetuju dengan ucapan Bossku tersebut kerana ianya adalah suatu kenyataan,” ujarnya lagi.

Jainab juga turut berharap agar semua lapisan masyarakat yang bergelar Wanita agar terus menjaga dan memastikan agar turut serta dalam membantu meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara dari masa ke semasa.

"Kita didik diri kita untuk berdikari, membina keutuhan kita sendiri bermula diri sendiri.Kita kaum Wanita harus memperkasakan bidang keusahawanan. Sebab itu, saya amat menggalakkan Wanita UMNO aktif dan memartabatkan diri dalam pelbagai bidang," kata Jainab yang pada 4 Ogos lepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Sandakan.
Contoh terbaik yang boleh dibanggakan ialah dengan perlantikan Datuk Dr.Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang di lantik sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) malah Noraini juga di lantik sebagai Wanita pertama di Asia selaku Pengerusi Badan Komanwel Asia,ujar beliau lagi.

Menurutnya,selama kerajaan BN memerintah dahulu,golongan Wanita berperanan dalam memperjuangkan hak-hak kewanitaan bermula dari akar umbi sehinggalah kepada peringkat tertinggi dalam usaha memartabatkan dan mengangkat naik golongan yang di anggap lemah ini agar 'duduk sama rendah-berdiri sama tinggi' dengan kaum lelaki.

"Wanita memang terkenal dengan kesetiaan,matang,tidak tamak dan sering berhemah tentang sesuatu perkara dan ianya adalah gandingan mantap untuk golongan lelaki samada dalam institusi keluarga mahupun organisasi."

"Secara peribadi,saya mewakili seluruh Wanita Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap mantan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd.Najib Razak kerana selama mengetuai kerajaan BN lalu,Najib banyak mengiktiraf golongan Wanita.

“Jangan lupa bahawa tangan yang menghayun buaian itu juga,mampu menggoncang dunia,” jelas Jainab lagi.

Thursday, August 1, 2019

PETANI SABAH TERANIAYA KATA JAINAB

Kota Kinabalu : Simpati dengan nasib yg ditanggung oleh golongan petani di Sabah yang terpaksa menanti dan menanti bantuan subsidi daripada kerajaan,Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid turut membidas tindakan NAFAS yang tular menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini berhubung pembahagian subsidi yang sekaligus seolah menganiaya petani dan peladang di Sabah.

"Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan terdahulu telah meletakkan  bantuan subsidi ini secara berjadual dan berterusan bagi membantu para petani. Oleh itu,kerajaan yg ada sekarang ini boleh meneruskan bantuan tersebut. Saya tidak pasti pula seandainya Kerajaan hari ini dibawah agensinya  menghentikan bantuan ini lagi tetapi sekiranya dihentikan juga ini merupakan satu bentuk penindasan terhadap petani terutama rakyat negeri Sabah," katanya.

Jainab turut menyeru agar pihak berwajib dpt melihat perkara ini dengan lebih serius dalam membantu petani-petani mahupun pekebun-pekebun kecil.

Menurutnya,NAFAS telah dipertanggungjawabkan membekal baja padi bersubsidi kepada peladang dan petani seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.Kebiasaannya baja padi bersubsidi ini sudah diedarkan sejak pertengahan tahun. Tetapi untuk tahun ini, sehingga sekarang masih belum diterima oleh peladang dan petani, sedangkan musim penanaman sudah bermula awal tahun.

"Petani dan peladang tidak tahu apa punca kelewatan tersebut, tetapi kelewatan pembekalan baja padi ini pasti akan menjejaskan pengeluaran hasil padi dan mereka merayu Kerajaan termasuk Kementerian Pertanian Persekutuan dan Negeri agar segera mengatasi masalah ini," kata Jainab.

Peladang dan petani amat mengharapkan dan bergantung kepada bantuan baja padi bersubsidi ini untuk usahakan mereka,ujar Jainab yang juga mantan Menteri Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.