Sunday, August 18, 2019

KENYATAAN MEDIA UMNO KIMANIS
UMNO KIMANIS SIAPSIAGA PERTAHAN KERUSI P176

oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah Bahagian Kimanis - Kota kinabalu,Sabah.

UMNO Sabah Bahagian Kimanis telah bermesyuarat sebentar tadi dan telah mengambil ketetapan seperti berikut:-

1. UMNO Kimanis menghormati keputusan Mahkamah Pilihanraya yang telah memerintahkan agar keputusan PIlihanraya Parlimen Kimanis pada PRU14 lalu sebagai terbatal dan tidak sah, maka dengan itu satu pilihanraya kecil (PRK) harus diadakan yang mana ianya hanya akan berlaku setelah proses rayuan selesai.


2. Selaras dengan pendirian UMNO dan Barisan Nasional Pusat yang telah diumumkan oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, dan pengumuman oleh Dato' Sri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi UMNO Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, maka dengan itu UMNO/BN Bahagian Kimanis juga ingin menyatakan bahawa UMNO/BN Bahagian ini bersedia untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis sekiranya PRK tersebut terpaksa diadakan.


3. Sehubungan dengan itu, mesyuarat hari ini juga telah mengarahkan agar jentera pilihanraya di semua 19 Daerah Mengundi diaktifkan serta merta. Berdasarkan situasi politik semasa pada hari ini, UMNO/BN Kimanis mempunyai keyakinan yang sangat tinggi untuk mempertahankan kerusi ini In Sha Allah.

Sekian dan terima kasih.

SELAMAT BERJUANG & TERUS BERJUANG

AHMAD BIN GAIS
Ketua Penerangan UMNO Sabah
Bahagian Kimanis
18 Ogos 2019

No comments:

Post a Comment