Sunday, August 11, 2019

FOKUS MENANGI DUN MILIK PBS DAHULU


Kota Belud : Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu fokus kepada DUN yang mereka kalah atau terlepas (dikhianati oleh UPKO) dahulu sebelum cuba untuk mengambil bahagian dalam persempadan baharu 13 DUN menjelang PRU15 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian P169 Kota Belud,Tn Hj Fadli Hj Juanas berkata,Kadamaian adalah kerusi milik PBS secara tradisinya dan parti itu disarankan untuk memfokuskan bagi merebut semula kerusi berkenaan daripada cuba untuk bertanding di kawasan baharu,DUN Pintasan ataupun Parlimen Kota Belud.

"Tugas berat menanti PBS di Kadamaian kerana bukan mudah untuk merampas DUN tersebut yang kini diwakili oleh seorang menteri penuh," jelas Fadli.

Fadli berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PBS,Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili baru-baru ini.

Maximus dalam kenyataannya menyebut akan hasrat parti itu untuk merebut kembali kerusi Kadamaian dan menegaskan untuk meletakkan calon di DUN Pintasan dan kerusi parlimen.

"Blok Pembangkang perlu bekerjasama untuk berhadapan dengan PH-Warisan pada PRU15 akan datang dan adalah terlalu drastik bagi kita di pembangkang untuk 'booking seat' terlalu awal tanpa musyawarah," jelas Fadli yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno Kota Belud.

Menurut Fadli lagi,permuafakatan perlu sentiasa ada di dalam Blok Pembangkang bagi mengelakkan kekeliruan yang akhirnya menyebabkan undi berpecah.

"Kita di UMNO KB dan UMNO Sabah sangat menyokong jika PBS ingin merampas kembali Kadamaian yang 'dipinjamkan' kepada UPKO manakala UPKO pula,perlu berhati-hati di PRU akan datang kerana kita yakin bahawa kesemua parti-parti pembangkang akan turut sama berganding dengan PBS bagi memastikan Kadamaian dimenangi dengan majoriti yang besar biarpun bakal berhadapan dengan jentera kerajaan seperti UPKO-Warisan," tambahnya lagi.

Fadli berharap agar kerusi DUN Pintasan tidak usah dibicarakan dahulu kerana senario nya jauh berbeda daripada Dun yang sedia ada.

Tinjauan media tertumpu kepada Dun Pintasan setelah kawasan itu diwartakan sebagai DUN baharu di P69 Kota Belud dan sudah ada parti-parti politik menyatakan minat terhadap kerusi DUN berkenaan yang khabarnya bakal melahirkan wakil rakyat dari kalangan suku kaum Iranun.

No comments:

Post a Comment