KINI WANITA JAUH TERTINGGAL : JAINAB
Kota Kinabalu : Golongan Wanita nyata semakin jauh tertinggal dalam banyak persaingan kerana kurang mendapat perhatian wajar dari kerajaan.
Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,peranan Wanita di dalam pembangunan semasa semakin kurang akibat peralihan kuasa pemerintahan di mana kerajaan lebih mengutamakan fasa kemajuan pada skala kecil dan sekaligus mengenepikan hak golongan Wanita.
"Sangat jauh bezanya sebelum PRU14 lalu di mana golongan Wanita sering mendapat perhatian untuk sama-sama seiring dan sejalan dalam pembangunan...Hari ini,setelah 400 hari pemerintahan kerajaan baharu,belum nampak lagi tindakan proaktif kerajaan terhadap hak dan nasib golongan Wanita," kata Jainab.
Menurutnya,pemimpin-pemimpin politik Wanita hari ini lebih cenderung untuk meletakkan diri mereka bagi meraih sebarang jawatan samada dalam GLC,parti mahupun dalam kerajaan.
"Ini sepatutnya tidak berlaku di mana para pemimpin Wanita hari ini terlalu fokus kepada kepentingan peribadi daripada berusaha membela hak-hak Wanita agar terus bersaing samarata dengan pembangunan semasa," tambah Jainab yang juga merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia.
Katanya,apa yang di lihat sekarang ini adalah polisi yang sudah dilupakan oleh pemimpin yang ada sekarang tanpa memikirkan betapa pentingnya peranan kaum Wanita dalam sesebuah institusi,organisasi mahupun dalam politik.

"Sepatutnya,dalam era kemajuan yang semakin pesat ini,golongan Wanita harus punya kesinambungan perjuangan dalam kerajaan baharu agar hak-hak Wanita ini terus terbela dan tidak tersisih.....Situasi ini jauh berbeza pada ketika kerajaan terdahulu memerintah di mana golongan Wanita tidak terabai dan seiring dengan kaum lelaki dalam semua aspek pembangunan," ujarnya lagi.
Mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna itu turut kesal dengan kalangan Menteri Wanita di negeri ini yang terlalu fokus kepada kepentingan lain berbanding memperjuangkan hak-hak Wanita sedia ada sehingga golongan Hawa ini terlalu jauh ketinggalan dalam arus pembangunan dan sosio ekonomi negari Sabah.
"Sewaktu Tan Sri Musa Aman menjadi Ketua Menteri,golongan Wanita terjamin kedudukan mereka malah setiap tahun beliau meraikan sambutan Hari Wanita sebagai cara menghargai jasa dan komitmen golongan ini kepada kerajaan...Begitu banyak seminar dan kursus melibatkan kaum Wanita diadakan sepanjang tahun sehingga terbinanya Wisma Wanita Sabah yang mampu melahirkan ikon-ikon usahawan dan kepimpinan peringkat kebangsaan dan antarabangsa," jelas Jainab lagi.
Dari itu,Wanita UMNO Sabah akan terus memperjuangkan hak-hak kaum Wanita dan akan terus membuat teguran membina kepada kerajaan yang ada sekarang.

No comments:
Post a Comment