PETANI SABAH TERANIAYA KATA JAINAB
Kota Kinabalu : Simpati dengan nasib yg ditanggung oleh golongan petani di Sabah yang terpaksa menanti dan menanti bantuan subsidi daripada kerajaan,Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid turut membidas tindakan NAFAS yang tular menjadi isu hangat sejak kebelakangan ini berhubung pembahagian subsidi yang sekaligus seolah menganiaya petani dan peladang di Sabah.
"Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan terdahulu telah meletakkan bantuan subsidi ini secara berjadual dan berterusan bagi membantu para petani. Oleh itu,kerajaan yg ada sekarang ini boleh meneruskan bantuan tersebut. Saya tidak pasti pula seandainya Kerajaan hari ini dibawah agensinya menghentikan bantuan ini lagi tetapi sekiranya dihentikan juga ini merupakan satu bentuk penindasan terhadap petani terutama rakyat negeri Sabah," katanya.
Jainab turut menyeru agar pihak berwajib dpt melihat perkara ini dengan lebih serius dalam membantu petani-petani mahupun pekebun-pekebun kecil.
Menurutnya,NAFAS telah dipertanggungjawabkan membekal baja padi bersubsidi kepada peladang dan petani seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.Kebiasaannya baja padi bersubsidi ini sudah diedarkan sejak pertengahan tahun. Tetapi untuk tahun ini, sehingga sekarang masih belum diterima oleh peladang dan petani, sedangkan musim penanaman sudah bermula awal tahun.
"Petani dan peladang tidak tahu apa punca kelewatan tersebut, tetapi kelewatan pembekalan baja padi ini pasti akan menjejaskan pengeluaran hasil padi dan mereka merayu Kerajaan termasuk Kementerian Pertanian Persekutuan dan Negeri agar segera mengatasi masalah ini," kata Jainab.
Peladang dan petani amat mengharapkan dan bergantung kepada bantuan baja padi bersubsidi ini untuk usahakan mereka,ujar Jainab yang juga mantan Menteri Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.
No comments:
Post a Comment