WANITA BERPERANAN BESAR DALAM NEGARA :
JAINAB
KOTA KINABALU : Peranan Wanita bukan sedikit dalam membantu kemakmuran negara sejak zaman kemodenan
mula di terima di bumi Malaysia.Bahkan,sebelum Malaysia merdeka lagi,golongan Wanita turut memainkan peranan seganding bahu bersama kaum lelaki bagi menuntut
hak kemerdekaan.
Ketua Pergerakan Wanita
UMNO Sabah,YBhg.Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid berkata,Wanita sememangnya
berperanan besar demi kemakmuran negara khususnya dalam menjana ekonomi semasa
dari hari ke hari.
“Dalam keluarga,Wanita
merupakan tonggak kebahagiaan rumahtangga malah di dalam kelompok masyarakat pun,penyertaan Wanita amat membanggakan dan kita tidak dapat menolak kenyataan bahawa kaum Wanita adalah umpama tulang belakang keluarga,komuniti dan organisasi,” kata
Jainab dalam satu temubual khas di sini.
Beliau yang juga mantan
Menteri Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Sabah menjelaskan bahawa dalam
dunia korporat pun,Wanita kini dilevelkan sebagai sama taraf dengan kaum lelaki
dan kecemerlang kaum Wanita semakin lumrah di negara ini dalam berbagai sektor.
“Di dalam politik
pun,golongan Wanita di anggap sebagai tulang belakang kemaraan sesebuah parti
dan apa yang jelas,Wanita juga merupakan golongan yang paling ramai mempunyai
persatuan ataupun menganggotai sesebuah organisasi,” katanya lagi sebagai
mengulas ucapan YB Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak berkenaan kepentingan
kaum Wanita di negara ini.Isu Wanita ini tular setelah mantan Perdana Menteri itu
yang lebih dikenali sebagai ‘Bossku’,menyentuh soal keterlibatan kaum Wanita
demi kemakmuran negara dalam siri lawatannya ke Papar dan Sipitang baru-baru
ini.
“Setiap Wanita punya
peranannya masing-masing seperti dalam keluarga,misalnya.Selain itu,saya
sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah,sangat bersetuju dengan ucapan Bossku tersebut
kerana ianya adalah suatu kenyataan,” ujarnya lagi.
Jainab juga turut berharap
agar semua lapisan masyarakat yang bergelar Wanita agar terus menjaga dan
memastikan agar turut serta dalam membantu meningkatkan kemajuan dan pembangunan
negara dari masa ke semasa.
"Kita didik diri kita untuk berdikari, membina keutuhan kita sendiri
bermula diri sendiri.Kita kaum Wanita harus memperkasakan bidang
keusahawanan. Sebab itu, saya amat menggalakkan Wanita UMNO
aktif dan memartabatkan diri dalam pelbagai bidang," kata Jainab yang pada 4 Ogos lepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Sandakan.
Contoh terbaik yang boleh dibanggakan ialah dengan perlantikan Datuk Dr.Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang di lantik sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) malah Noraini juga di lantik sebagai Wanita pertama di Asia selaku Pengerusi Badan Komanwel Asia,ujar beliau lagi.
Menurutnya,selama kerajaan BN memerintah dahulu,golongan Wanita berperanan dalam memperjuangkan hak-hak kewanitaan bermula dari akar umbi sehinggalah kepada peringkat tertinggi dalam usaha memartabatkan dan mengangkat naik golongan yang di anggap lemah ini agar 'duduk sama rendah-berdiri sama tinggi' dengan kaum lelaki.
"Wanita memang terkenal dengan kesetiaan,matang,tidak tamak dan sering berhemah tentang sesuatu perkara dan ianya adalah gandingan mantap untuk golongan lelaki samada dalam institusi keluarga mahupun organisasi."
"Secara peribadi,saya mewakili seluruh Wanita Sabah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap mantan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd.Najib Razak kerana selama mengetuai kerajaan BN lalu,Najib banyak mengiktiraf golongan Wanita.

“Jangan lupa bahawa tangan
yang menghayun buaian itu juga,mampu menggoncang dunia,” jelas Jainab lagi.
No comments:
Post a Comment