PRK KIMANIS
JAINAB - WANITA UMNO SABAH SEDIA AKTIF JENTERA
Kota Kinabalu : Wanita UMNO Sabah akan turut turun padang membantu kempen memenangkan calon UMNO-BN di Pilihanraya Kecil (PRK) Kimanis yang akan datang ini sepertimana yang diarahkan oleh Pengerusi Perhubungan,Dato' Seri Bung Moktar Radin dan Wanita UMNO Sabah akan membentuk ahli jawatankuasa Wanita di PRK Kimanis sekaligus mengaktifkan petugas dan jentera pilihanraya di 19 Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Menurut Ketua Wanita UMNO Sabah,Datuk Dr.Hjh.Jainab Ahmad Ayid,meskipun UMNO kini adalah pembangkang namun ia tidak mematahkan semangat gerakan mereka untuk merebut kembali kerusi Parlimen Kimanis.
"Kita mengharapkan sepanjang tempoh berkempen nanti penduduk Kimanis memberi peluang dan kerjasama untuk kita membantu memenangkan calon UMNO-BN.Wanita UMNO Sabah meletakkan kesempatan untuk menyampaikan mesej kepada golongan Wanita bahawa mereka itu adalah lebih penting dalam pembentukan kemakmuran dan kestabilan negara dan bukan hanya semasa tempoh berkempen," kata Jainab.
"Adalah penting untuk kita menyampaikan apa jua isu-isu politik ke akar umbi terutama kepada golongan Wanita termasuk isu pendidikan, kebajikan, kepenggunaan, keselamatan, pembangunan, dan banyak lagi. Begitu juga sekiranya kita tidak melibatkan diri atau mencari maklumat politik mengenai isu isu berkenaan sukar untuk kita sebagai rakyat menentukan dasar dan halatuju kerajaan," tambahnya lagi.
Jainab yang juga mantan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut menjelaskan bahawa landskap sosio-ekonomi Negeri Sabah telah berubah dalam masa setahun ini di mana terlalu banyak isu-isu menjadi sensasi hasil tangan kerajaan yang ada sekarang khususnya berkenaan isu PTI yang begitu sensitif dengan memberi kerakyatan kepada mereka yang bukan warganegara masih terus berleluasa.
"Politik adalah salah satu rangkaian keperluan yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ini kerana ia melibatkan banyak pihak, institusi keluarga seterusnya ke seluruh masyarakat yg berbilang budaya agama ethnik,tua dan muda....Kita harus membudayakannya bermula dari keluarga seteruskan disebarluaskan dalam masyarakat," tegas Jainab dalam satu kenyataannya di sini sejurus selesai Mesyuarat UMNO Sabah di Bangunan UMNO Negeri Sabah,Kota Kinabalu.
"Sebagai suri dalam keluarga Wanita harus bersedia dengan apa juga kemungkinan yang datang. Kerana itu juga kita mahu menenrangkan pada mereka pentingnya berdaya saing dan melibatkan diri dalam keusahawanan. selain dapat membantu meringankan tanggungan keluarga tetap dalam membantu wanita itu untuk berdikari menjalani hidup."
"Insyallah.. Wanita Sabah akan berada di Kimanis...Semoga dipermudahkan segalanya," katanya lagi.
#KimanisMemilih
No comments:
Post a Comment