Kota Kinabalu : UMNO Sabah dalam mesyuarat Biro Politiknya telah memutuskan untuk meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kimanis dan khabarnya UMNO sabah sudahpun mengenal pasti beberapa nama untuk di ketengahkan bagi mewakili UMNO.
"UMNO Sabah yakin lanskap dan senario politik masa kini berbeza dengan PRU 14 yang lalu, di mana ketika itu terlalu banyak Fitnah, dan Pembohongan serta janji janji palsu dari parti PH dan Warisan sehingga menyebabkan rakyat terpengaruh dan tertipu," kata Dato' Seri Bung Moktar Radin.
"Kimanis adalah kubu kuat UMNO dan kami yakin rakyat Kimanis masih mengharapkan UMNO dan BN utk meneruskan kegemilangan negeri sabah," tambah Pengerusi UMNO Sabah itu lagi.
Apa yang pasti UMNO dan BN Sabah sudah pasti akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kimanis ini,jelasnya.
Oleh yang demikian,beliau telah mengarahkan kesemua jentera pilihanraya UMNO Kimanis diaktifkan serta merta di kesemua 19 PDM di kawasan berkenaan.
"InshaAllah,UMNO Sabah yakin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis..UMNO Sabah akan berkampung bersama-sama rakyat Kimanis utk memberikan mereka keyakinan bahawa UMNO bukan hanya sebuah parti akan tetapi UMNO merupakan sebuah perjuangan yg meletakkan kepentingan rakyat menjadi keutamaan," ujar Bung lagi.
Beliau dalam satu kenyataannya di media sosial turut menyeru kepada semua sukarelawan UMNO agar turut membantu UMNO Sabah demi kejayaan dan kesinambungan pembangunan di daerah berkenaan kelak.
Kimanis kini berada di ambang pemilihan wakil rakyat Parlimen setelah Mahkamah Pilihanraya mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman di PRU14 lalu terbatal selepas sesi pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi mendapati bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi termasuklah penambahan kertas undi secara tidak sah.
No comments:
Post a Comment