BUNG MOKTAR
PEJUANG YANG TIDAK MUDAH MENYERAH
KOTA
KINABALU : Ketua UMNO Sabah, Datuk Bung
Moktar Radin merupakan pemimpin dan pejuang yang tidak mudah menyerah, walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam karier politiknya.
Ketua
Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Encik Titing Putang berkata, Bung memiliki semangat juang yang kental dan
tinggi.
Katanya,
Bung adalah tokoh yang tidak mudah menyerah kalah walaupun di hambat dengan
pelbagai cabaran dan dugaan dalam perjuangannya bersama UMNO.
Beliau
berkata, selaku Ketua UMNO Sabah,
Bung bukan sahaja perlu
memastikan kesemua 25 Bahagian UMNO seluruh Sabah dapat berfungsi dengan
berkesan, malah UMNO perlu terus relavan di negeri ini.
"Beliau
di beri kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Sabah selepas
parti itu menghadapi Tsunami Politik
dengan penghijrahan beramai-ramai Wakil Rakyat dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO
Sabah ke parti komponan Pakatan Harapan (PH).
Ketika itu
UMNO Sabah menghadapi krisis sokongan apabila ramai ahli UMNO meninggalkan
parti dan menyertai parti lain, termasuk beberapa orang Wakil Rakyatnya yang
meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Warisan Sabah.
Namun semua
dugaan itu tidak mematahkan semangat juang Bung dan beliau menyusul semula
kepimpinan UMNO Sabah agar parti itu bertambah kuat dan teguh", katanya
dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Titing
lagi, UMNO Sabah di bawah pimpinan Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan
kini berada di landasan yang kukuh dengan sokongan daripada rakyat yang kembali
memihak kepada UMNO Sabah.
“ Kekuatan
UMNO Sabah dapat dilihat dan diuji apabila Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad
Alamin yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang besar dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis 18 Januari lalu.
Selaras dengan
autonomi yang diberikan oleh UMNO Pusat kepada UMNO Sabah, buat pertama kalinya
dalam sejarah politik UMNO, Bung diberi kepercayaan dan kuasa untuk memilih dan
menentukan calon PRK Kimanis,” jelas Titing.
Beliau
berkata, Bung yang mengetuai Jentera PRK itu dengan sokongan dan dokongan padu
daripada pemimpin UMNO Pusat dan parti komponen BN yang lain serta parti-parti
pembangkang lain iaitu PAS, Parti
Bersatu Sabah (PBS), Star, SAPP dan lain-lain, maka misi mengekalkan kerusi
P176 kimanis itu mencapai kejayaan sekaligus menunjukkan petanda bahawa UMNO
masih relevan di hati rakyat.
Kepimpinan
Bung begitu menyerah apabila UMNO dan BN berjaya menewaskan Parti Warisan Sabah
dalam PRK Parlimen Kimanis dengan kelebihan majoriti 2,029 undi.
"Bukan
mudah bagi UMNO dan BN yang berada dalam blok pembangkang untuk mengalahkan
parti Warisan yang menerajui Kerajaan Negeri Sabah dalam pertandingan satu lawan
satu dalam PRK Kimanis yang lalu.
Kemenangan
BN dalam PRK Kimanis bukan sahaja membuktikan bahawa rakyat menolak Warisan
yang merancang untuk melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) pada mulanya, malah
sekaligus membukti sokongan yang padu daripada rakyat terhadap UMNO dan
BN", tegasnya.
Bung Moktar
Radin, 60, dilahirkan pada tahun 1959 di
Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan pernah berjuang bersama United Sabah
National Organisation (USNO) sebelum menyertai USNO yang dibubarkan bagi
memberi laluan kepada ahli-ahlinya untuk menyertai UMNO supaya parti itu dapat
bertapak di Sabah.
Ternyata perjuangan Dato Sri boleh dibanggakan oleh semua rakyat Sabah...sabah for sabahan not for alien..tq
ReplyDelete