Masalah
Bekalan Air Kritikal
KOMUNITI
DESAK JANS BERTINDAK SEGERA
KOTA
KINABALU : Masalah bekalan air semakin kritikal di sebahagian kawasan Bandaraya
Kota Kinabalu dan komuniti mendesak agar Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
bertindak segera untuk mengatasi masalah ini yang sekaligus menyebabkan banyak
gangguan dari segi perniagaan dan urusan seharian.
Beberapa
kawasan kritikal yang terlibat termasuklah hotel-hotel penginapan di sekitar
bandaraya,premis-premis perniagaan terutamanya restoran dan kafe serta rumah
atau apartment.
Tinjauan
krew Sabah_OnlineNEWS dilakukan berikutan terdapatnya aduan terus kepada blog
kami yang pada mulanya di hantar oleh seorang penduduk Kg.Anggun Jaya yang
bernama Rizal Jumat,32,yang mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan ke JANS
berkenaan masalah ketiadaan air yang sudah lama berlaku di kampung berkenaan .
Menurut
Rizal,sebuah sekolah juga terlibat mengalami masalah air ini di sini dan bukan
setakat penduduk kampung sahaja.
“Kami sudah
beberapa kali mengadu kepada JANS namun sehingga hari ini,belum ada sebarang
tindakan di buat melainkan hanya dihidangkan dengan alasan demi alasan.
Kami
menderita tanpa ada bekalan air bersih selama beberapa bulan ini dan terpaksa
mencari alternative lain termasuk turun ke sungai kecil kampung kami untuk
mengambil air,” katanya lagi.
Rizal selaku
jurucakap kepada seluruh penduduk Kg.Anggun Jaya juga mendedahkan bahawa alasan
JANS mengenai masalah ketiadaan air ini ialah pam air rosak dan ketiadaan tangki
air bagi menampung bekalan.
“Takkan
masalah itu,kami semua yang perlu atasi dan sediakan ?....Apakah kerajaan
melalui JANS sudah tidak berfungsi lagi ? ” Soal beliau lagi.
Memang benar
kata Rizal lagi,Sepanggar pesat membangun dengan projek-projek perumahan dan
kilang perusahaan kecil yang bermula dua tiga tahun lalu sehingga menyebabkan
kekurangan bekalan air berlaku tetapi adakah kerana itu,kesejahteraan dan
keperluan rakyat perlu diabaikan ?
“Sampai bila
masalah air ini akan berterusan kerana sebelum ini,tidaklah jadi sampai begini
teruk ?” Katanya lagi.
Semalam
muncul viral sebuah senario yang menarik perhatian netizen bila mana sebuah
hotel terkemuka di pusat bandar begitu terdesak sehingga terpaksa membeli
bekalan air menggunakan lori bagi kegunaan hotel berkenaan.
Senario ini
amat jarang berlaku kerana selalunya,isu kekurangan bekalan air ini hanya
melanda kawasan-kawasan luar bandar sahaja.
Menurut netizen
di laman sosial yang di petik sebagai berkata,Mahkamah sudah memutuskan bahawa
perlantikan Pengarah JANS baru-baru ini adalah tidak sah dan pada ketika yang hamper
sama,Ketua Menteri Sabah pula mengarahkan Pengarah tersebut agar meneruskan
tugas yang sekaligus merupakan perbuatan membelakangi keputusan Badan
Kehakiman.
Menurut
netizen,sudah lah perlantikan itu tidak sah malah kebajikan rakyat sebagai
pengguna air di negeri ini pula diabaikan.
No comments:
Post a Comment