Oleh Sam
Hj.Othman
“Kebimbangan
awam ini timbul daripada niat kerajaan yang ingin mengekalkan orang asing di
Sabah, terbukti dari banyak kenyataan dari menteri-menteri kerajaan seperti
memberikan pendatang tanpa izin untuk menetap, menggazet setinggan sebagai
penempatan selain mempromosikan pendirian bahawa ekonomi Sabah memerlukan
pendatang tanpa izin sebagai buruh asing.
Timbalan
Menteri Dalam Negeri juga telah memberikan alasan bahawa kerajaan Filipina
enggan menerima kembali pendatang haram berasal dari Filipina tetapi pada masa
yang sama ianya telah dinafikan oleh
Filipina sendiri.
Semua
kenyataan daripada menteri-menteri kerajaan itu menunjukkan terdapatnya corak yang
konsisten dan niat yang jelas bahawa kerajaan tidak berniat pun untuk
menghantar pendatang tanpa izin ini kembali ke negara asal mereka,” ujar Yong
dalam satu kenyataan medianya di sini.
Menurut Yong
yang juga Presiden SAPP berkata,ia masih segar dalam ingatan rakyat bahawa
menteri persekutuan dan menteri Kabinet Sabah hari ini berulang kali dan dengan
tegas menyokong cadangan pelaksanaan PSS selama beberapa bulan sebelum ini.
“Segala
alasan untuk menghalalkan PSS diberikan dengan alasan untuk memantau pendatang
tanpa izin dari sudut keselamatan, ekonomi,fasiliti akademik, menggunakan kemudahan
hospital, membuka akaun bank, berkahwin dan sebagainya.
Menteri-menteri
kerajaan juga menyerang pembangkang dan aktivis yang menentang PSS dan menghina
Perhimpunan Aman Blacksunday Anti-PSS yang diadakan di Gaya Street di Kota
Kinabalu pada 15 Disember lepas dan di Membakut baru-baru ini.
Jadi,
bagaimana pula, secara tiba-tiba, semua justifikasi dan alasan untuk PSS itu
mereka lupakan ?
Atau apakah
rancangan lain seperti Projek IC 2.0 sedang direncanakan?” Tegas beliau lagi.
Menurut
Yong,apa yang rakyat mahukan ialah memberikan jaminan yang jelas,tegas dan
secara umum dari kerajaan negeri bahawa pendatang tanpa izin ini tidak akan
diberikan dokumen kewarganegaraan.
Kenyataan
Media oleh
Datuk Yong
Teck Lee
Presiden
SAPP.
No comments:
Post a Comment